Berani kerana benar..!
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan menyatakan kebenaran apabila dirinya diheret ke mahkamah kerana mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan kredibilti peguam negara yang didakwa melindungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata demikian selepas disoal-siasat oleh polis berhubung tulisannya di blog mengenai kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang membersihkan Najib daripada sebarang sala laku dalam 1MDB dan juga derma RM2.6 bilion.
"Pihak polis tanya mengenai artikel peguam negara yang saya tulis, tetapi saya tidak jawab soalan spesifik berkenaan...
"Kerana saya nak jawab di mahkamah masa perbicaraan (selepas didakwa). Saya harap dapat jawab apabila ada perbicaraan di mahkamah nanti," kata Mahathir.
Menurutnya, beliau juga bersedia ke penjara kerana tulisannya itu.
"Jika kita hulurkan kepala, kita akan kena pancung. Jika hidup saya akan berakhir dalam penjara, okay, sahaja," katanya.
Ditanya sama ada beliau menjangkakan akan bersama Ketua Umum PKR Datuk Serin Anwar di penjara Sungai Buloh, Mahathir secara berseloroh berkata tidak mustahil mereka akan berkongsi sel yang sama.
Mahathir juga memberitahu wartawan pada sidang media di di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya itu bahawa beliau turut membangkitkan mengapa hanya keterangannya yang dirakamkan tetapi tidak orang lain.
"Saya juga nyatakan mengapa saya sahaja disoal oleh polis sedangkan banyak orang lain yang bercakap perkara sama dan buat tanggapan sama tetapi tak disoal.
"Adakah ada diskriminasi pada pihak mahkamah atau peguam negara untuk buat tuduhan kepada saya, dan tidak kepada orang lain, yang buat kenyataan sama," soalnya.
Dr Mahathir turut mengulangi gesaan kepada Apandi supaya bersumpah dengan Al-Quran bagi menegakkan kebenaran.
"Beliau (Apandi) perlu angkat sumpah dengan Al Quran.
"Dia tidak boleh bohong kepada Tuhan, kalau tipu dia akan masuk negara," katanya.
Pagi tadi, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan merakamkan percakapan Dr Mahathir berikutan kenyataannya di laman blog yang mempersoalkan kredibiliti Apandi.
Katanya, polis terpaksa menjalankan siasatan berikutan terdapat laporan polis yang diterima dan siasatan adalah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan berkaitan fitnah.
Ini adalah kali kedua bekas perdana menteri itu disoal siasat polis.
Pada 6 November tahun lalu, Dr Mahathir disiasat mengikut seksyen yang sama atas dakwaan berhubung kenyataannya semasa menghadiri perhimpunan BERSIH 4 pada Ogos 2015.
Jangan pulak nanti ada yang minta mediasi..!
Ada yang gigil ke? Api takkan mampu membungkus kertas bro..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
HANYA JAUHARI YANG KENAL MANIKAM
BalasPadamYesss. Kalau tun hanya ada kail yang panjang sejengkal tak mungkin tun memancing dilautan yang dalam. Kita lihat samada tun balik tabgan kosong atau ikan besar berjaya dipancing.
BalasPadamSelamat berjuang demi kebenaran untuk rakyat dan negara..
Patut dah lama Tun ni diambil tindakan kerana memfitnah dan menghasut. Rakyat dan teramat jijik dengan perangai kejinya.
BalasPadamMinta pencerahan dimana fitnah n menghasut n perangai jijik tun
Padamsiasatan sambung lagi.......mana mau lariiiii.......klu pitnah, dah lama tutop.......ni ko sendiri yg cakap pitnah.....
PadamSiasatlah x jadi hal. Kalau memang x salah x delah salah sampai kiamat. Yg pasti yg memfitnah yg menghimpun dosa. Sesungguhnya Allah mengetahui segalanya.
PadamPasal apa tak mau angkat sumpah??
PadamTunjukkan anda berani di pihak yang benar..
keturunan RAJAH MENDALIAR mana munkin mengaku kalah....
BalasPadamSPRM terus siasat SRC International dan dana RM2.6 bilion
BalasPadamAstro Awani | Kemas kini: Februari 24, 2016 (Diterbitkan pada: Februari 24, 2016 20:20 MYT)
PPO bersetuju dengan tindakan SPRM menghantar semula kertas siasatan berhubung SRC International kepada Peguam Negara untuk disemak semula. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneruskan siasatan berhubung isu derma RM2.6 bilion atas nasihat Panel Penilaian Operasi (PPO).
Panel itu juga menasihatkan agar suruhanjaya berkenaan menghantar semula kertas siasatan terhadap SRC International Sdn. Bhd. kepada Peguam Negara untuk semakan semula.
"Serentak itu PPO bersetuju dengan tindakan SPRM menghantar semula kertas siasatan berhubung SRC International kepada Peguam Negara untuk disemak semula," kata agensi itu dalam satu kenyataan pada petang Rabu.
Panel berkenaan turut mencadangkan kepada SPRM untuk meminta bantuan peguam negara mengeluarkan Bantuan Perundangan Bersama, (MLA) bagi membolehkan SPRM mendapatkan bukti dan dokumen daripada institusi kewangan di luar negara.
Ia sebagai sebahagian daripada proses siasatan terhadap derma RM2.6 bilion yang masih belum selesai.
Sementara itu dalam kenyataan berasingan PPO memaklumkan mereka telah diberikan taklimat berhubung perkembangan terkini terhadap kes SRC International dan dana RM2.6 bilion oleh SPRM.
"Panel Penilaian Operasi telah memberikan nasihat yang sewajarnya kepada SPRM untuk meneruskan siasatan." kata kenyataan itu.
Panel berkenaan turut memuji SPRM kerana menunjukkan profesionalisme, dedikasi dan intergiriti dalam menjalankan tugasnya.
Pada 26 Januari lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum ini membersihkan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada sebarang kesalahan berhubung kes SRC International dan dana RM2.6 bilion.
Beliau mengarahkan ketiga-tiga kertas siasatan berhubung dua kes berkenaan dikembalikan kepada SPRM dengan arahan supaya ia ditutup.
PPO ialah sebuah badan bebas yang dibentuk kerajaan bagi memantau perjalanan SPRM.
Siasatlah sampai kiamat, jika Najib x salah x de le. Yg nampak salahnya ialah yg memfitnah, siap ubah maklumat lagi. Memang keji akhlak orang yg berkonspirasi ni.
PadamSPRM ni patut tukar oranglah. Yg ada tu kaki rasuah dan kaki kelentung macam si Bahari tu x guna.
Padampatut dia juga bersumpah dengan alquran, kenapa suruh orang, buat lah dulu" bahawa saya dengan ini bersumpah dgn alquran tuduhan saya terhadap....... adalah benar,..berani ke wahai Tun,..
BalasPadamKetinggalan bas ke? TDM kan dah bersedia bersumpah dgn ag pun menyambut cabaran...
PadamOrang nak dia bersumpah bukan bersedia, lol.
PadamAlahai, kalau najib mengaku bersalah masuk jel beberapa bulan jer....
BalasPadamBawa sekali punahsihat dan pencacai ya.
Tu baru kat dunia, akhirat blum lagi.
Alahai yg memfitnah tulah yg masuk jel, bukan Najib.
PadamLove u tun m. Moga diberi kesihatan yg baik dan dipermudahkan semua urusan...amin.
BalasPadamMahathir - 'Najib tidak akan berani saman wsj kerana dia tahu dia bersalah'.
BalasPadamKuang kuang kuang.
Bacalah blog ayt nak tahu kenapa. Tun memfitnah lagi...
PadamBaca lah sejarah tun. Sejarah tak pernah tipu.
BalasPadamGelaran x datang tanpa sebab be. Mahazalim, mahafiraun dll....
PadamDia gaduh dengan Tunku, Musa, Anwar, Razali, Dolah Badawi, Najib....baikkah orang macam ni?
PadamChai yang sama 11.57 & 12.34, orang dah tidur baru nak komen.
PadamGaduh pun tak la sampai ugut orang, menindas kena buang dsbgnya.
PadamContoh pak lah tu, dulu join s46 pastu masuk balik umno, ada Tun buang dia dari umno? Ada Tun halang dia dari masuk balik umno?
Jawapannya takder....siap beri jawatan menteri luar, jawatan senior tu....dimanakah zalim yang dimaksudkan?
Bertaubatlah chai, tabur "air liur" mengata orang lain fitnah haram tu.
Aiikk sanggup duduk satu sel dgn anwar???
BalasPadamBagus bagus boleh la tun minta maaf banyak2 dgn anwar sebelum ajal dtg menjemput...
Haritu pun dah tumpang sekaki turun bersih 4...
Apapun jom sama2 berganding bahu untuk lesing penyamun 2.6 dari putrajaya...
9.47 lu apa crita sohai?
BalasPadamKlau orang tua ni masuk jel bagus juga sbb dulu awak pun zalim!!! WGACA
BalasPadamAwak di zalim olih tun ke?
PadamSemua rakyat dizalimi Tun. Ada yg dipenjara di kemunting tanpa bicara bawah ISA, dicekik wang rak yat lalu perjanjian berat sebelah ipp dan tol. Guna wang rakyat untuk bail out sykt kroni dll.
Padam11:52
PadamIsh ish ish kesian.
Maknanya ko la antara orang yg dapat BR1M sekarang ni ye.
Ko meniaga apa dulu, sampai Tun cekik ko?
11.52
PadamRasanya anda tidak hidup masa tun memerintah... Bertapa bertuahnya menjadi rakyat malaysia... Jgn bertanya pd rakyat malaysia... Bertanya lah pd rakyat seluroh dunia...
11.52,
Padam"Ada yg dipenjara di kemunting tanpa bicara bawah ISA"
Itulah perbezaan Tun dan Najib,
Semasa Tun memerintah rakyat hidup aman damai dan sejahtera.malah rakyat hidup senang, orang kampung pun boleh pergi melancung dalam dan luar negara.
Najib? Lihatlah disekeliling anda, hari berganti hari, begitu jugalah penindasan dan kezaliman makin meningkat (bukan menurun) setiap hari.
Sebelum nak suruh org lain bersumpah, apa kata tun bersumpah dulu bahawa tun tak ada kena mengena dengan kekayaan anak beranak tun, kroni2 tun dan juga tun sendiri. Selain itu tun juga harus bersumpah tidak be3sekongkol dengan claire brown untuk menjatuhkan najib melalui 1mdb.
BalasPadamAmacam mamakdey? Ada berani ka?
TDM memang berani...Pemakan dedak berani ke...
PadamKalau berani bersumpahlah dahulu wahai Tun, jangan cakap nak tapi x buat juga. Kaki kelentung memang begitu.
PadamTELO BERAYONNN a.k.a. Pemakan Dedak Bugis Penyamun
Padam..umur da 90 tahun.. apelah sangat najib penakut bini tuh!!.. alangkan yahudi/amerika pun TDM gasak depan depan..kite tengok najib time dia takder kuasa.. ader berani mcm TDM tak??!!.. TDM da buktikan dia berani dan semua org tau la.. yg buat buat tak tau hanyalah pemakan dedak bajingan jer!!..
11.45,
PadamNajib yang patut bersumpah tentang salahgunakuasa 1mdb tu. Tutup cerita...altantuya boleh bersumpah bohong (la ni sumpah najib makan diri sendiri) tak kan 1mdb tak boleh?
yang salah tetap salah..yang benar tetap benar..
BalasPadamApapun wang 2.6 billion telah disahkan ada masuk dalam akaun peribadi najib razak dan itu ternyata bukanlah fitnah.
Malangnya, perkataan fitnah siang malam dikatakan oleh pihak yang dituduh hingga amat membosankan rakyat negara ini. Harap dewan bahasa boleh tukar perkataan menafikan dengan perkataan difitnah dalam edisi terbaru kamus dewan nanti. Pusing manapun uncang emas tetap sama.. ada cop made in malaysia lagi..
anda telah memfitnah perkataan 'fitnah'. Jaga2! keterangan anda akan diaambil, anda perlu bersedia untuk ditukarkan atau direhatkan atas masalah kesihatan.
BalasPadamsalam semua
BalasPadamyang duk sokong kerajaan satu je yang bes dalam ni..duk pertikai tun tuk sumpah kekayaan anak dia n apa2 sahaja...tapi kalau betul pun ada kaitan dengan kekayaan anak dia dan kroni dia adalah menghalalkan najib nak abik duit dan lain yang dia buat yang salah...
salah tetap salah...anak buah kiai salleh mana ada berani undur...jepun pun boleh dia perang dengan kiai salleh ape halnya dengan najib...tu masa2 muda dulu..ni penuh dah ilmu menurut dengan yang 7 adakah tun jadi semakin penakut...
gie7
RAsa-rasanya Polis tidak akan berani sampai jadikan kes kritikan Tun Mahathir hingga ke Mahkamah, terlalu berisiko buat Najib juga kestabilan Negara. Kalau berani silalah, Nampak gaya Tun Dr Mahathir pun tak sabar dah... Kita lihatlah sekeliling yang mana satu gerakan tersusun sudah mula berjalan... TSMY sudah mengorak langkah bersama GKCM di seluruh Negara... Kumpulan NGO spt Perkasa dlll pun tunggu masa sahaja untuk digerakkan.. Malah ahli Umno dan barisan atas pagar berjumlah 75 peratus daripada kaum Melayu juga sudah bersedia, kalau dicampur dengan kumpulan parti pembangkang yang bersedia mengambil kesempatan pula... Maka boleh dikatakan sekarang hampir 80 peratus rakyat Malaysia telah bersiap sedia untuk menguburkan barisan kepimpinan Najib dan kroni2 pemakan dedak cap RM@2.6BB.
BalasPadam