Selasa, 9 Februari 2016

Yang Menurut Perintah..!


Faham...faham...amat fahammm..!

Polis akan hanya menyiasat tulisan blog bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya ada laporan polis dibuat terhadapnya, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Kalau ada laporan, kami akan jalankan siasatan.
"Dalam kes-kes tertentu kita tak perlukan laporan, tapi ni (kes Mahathir) kita tunggu laporan.
"Kalau ada yang tak puas hati buat la report. Nanti kita siasat (sama ada Mahathir) langgar undang-undang atau tidak," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur selepas menghadiri seminar bersama antara polis dan Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja).

Seminar tersebut diadakan bagi melatih anggota Aswaja untuk mendidik orang ramai tentang bahaya kumpulan militan IS.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini berkata tulisan Mahathir di blognya pada 3 Februari lalu adalah berunsur hasutan.
Annuar bagaimanapun tidak menjelaskan bahagian mana daripada tulisan bertajuk 'AG to AG' itu adalah hasutan.
Rakyat memang dah lama faham..! Tak gitu?
Lu Fikir La Sendiri!!!

10 ulasan:

  1. Untuk meredakan keadaan saya rakyat biasa yg tidak ada berkepentingan merayu kpd org2 (atasan UMNO) supaya tidak menyiram minyak keatas api yg sedang membakar, Cukup2 la tu rakyat dah lemas dan hampir tak boleh bernafas. Pempimpin2 UMNO seperti Anuar Musa tak usah banyak cakap, berkerja lah keras utk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. kami di bawah sentiasa memerahatikan anda semua.

    BalasPadam
  2. Umno dah semakin membusuk, penyakit barah dah merebak ketulang...dah tsk ada harapan untuk hidup, tunggu ajal sampai aja...kalau hidup pun nenyusahkan orang lain aja...
    Aku benci aku benci pemimpin2 umno, parti umno, dan lambang umno sekali...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Chai, nak benci Najib dipersilakan, jika benci umno yang banyak berjasa pada orang melayu Dan bumiputra tidak sekali Kali!

      Begitu jugalah kami bencikan parti DAP dan proksi2 nya sepertimana amanah, pan Dan pkr.

      Jika Najib masih memegang kuasa dalam umno, adalah molek kiranya PAS, isma, perkasa Dan lain2 parti melayu Dan bumiputra bergabung menentang DAP, proksi2 mereka Dan UMNO Najib!

      Jangan sesekali kita bersekongkol dengan pemimpin yang tidak amanah yang diberi kepercayaan oleh rakyat!

      Padam
  3. Najib, apandi dan khalid, moga berjaya mendapat rehat secukupnya di penjara sg buluh.........

    Kalau ada 40 orang berdoa serupa, mungkin akan dimakbulkan...

    BalasPadam
  4. Kalau boleh rosmah sekali...

    BalasPadam
  5. I just wonder how khalid has performed to date!

    1. MH370 case - my junior manager can speak better than him with facts, not rhetorics

    2. Khairuddin/matthias case - my head of security can easily differentiate between legal and illegal arrest

    3. On release of the chinese who was alleged to have paid a killer of Ambank Founder - my investigation officer can know who to charge or not if pilferers at supermarket were caught.

    4. Arresting instigators or those writing seditious article, my public relations executive can know which are facts which are seditious...

    Poor khalid, he is really a stooge. What is his capability.....wallahuaklam

    BalasPadam
  6. Cukup le Bos saja yang huru hara. Ini tidak habis semua orang UMNO jadi hura hara. Tun Mahathir tu orang UMNO kalau dah tak suka memadai pecat keahlian UMNO saja. Ini sampai arah Polis siasat Tun M dibawah akta hasutan pa hal?
    Tan Sri Annuar Musa sepatutnya bijak menggunakan platform atace ketua Biro penerangan UMNO dengan mengguna perbahasan debat bersama Tun Mahathir. Berbahas secara profesional dan buktikan kerajaan tak melakukan kesalahan apa-apa jenayah dalam isu derma dan penyelewengan 1MDB.
    Perkara mudah untuk ahli ialah setia pada parti tapi adalah sukar untuk ahli setia terhadap pucuk pimpinan parti. Kenapa? Tanyalah pada hati nurani empunya diri.

    BalasPadam
  7. 'rakan' saya seoarang proffesor yg banyak akui ada lah seorang pakar perlembagaan tlh menceritakan kpd saya bahawa kedua belah pihak tlh bertemu beliau utk mendapat pandangan/nasihat.

    isu penahanan tun m tlh juga d bangkitkan. beliau tlh memberi pendapat undang2 yg membenarkan pihak berkuasa mengambil apa jua tindakan terhadap tun m termasuk penahanan.

    namun beliau tlh mengingatkan yg berkaitan tentang akibat nya jika tun m menghembuskan nafas terakhir semasa dlm tahanan.ini berlaku 6 bulan sudah.

    tidak mustahil tindakan yg sama akan d ambil. secara peribadi saya harap tun m akan d bawa k hadapan pengadilan agar semua nya akan terpapar utk d ketahui umum. namun saperti kes saman tun ling, saya yakin ia nya tidak akan d terus kan olih najib kerana semua nya akan terburai dlm makhamah.

    kita tunggu dan lihat.

    BalasPadam
  8. Bukan setakat tulisan Tun dalam blog, malahan tuduhan yang dilemparkan mengatakan Tun mengkayakan kroni kroni beliau selama 22 tahun memerintah? Malahan rakyat juga mencabar pentadbiran najib mengadakan suruhanhaya siasatan diraja terhadap pentadbiran Tun!

    Sila kumpulkan segala bukti yang ada! Bukankah berani kerana benar?

    Seterusnya....


    Berlaku adillah, jika Tun berani disiasat maka Najib juga perlu berani tampil disiasat tanpa perlu penjawat awam, pegawai penyiasat diugut, ditukarkan, disejukbekukan, AG terdahulu dibesara awalkan malahan timbalan perdana menteri dibuang dari jawatan beliau. Malahan Najib tak perlu takut jika rakyat mahukan siasatan diraja ditubuhkan.(sudahkah pembaca dan rakyat menanandatangani petisyen yang diadakan?)

    Mengikut keadaan dan situasi hari ini, Jika Najib boleh tidak hadir forum Nothing 2 hide, persidangan rasuah sedunia dan ikut pintu belakang PWTC adakah Najib punyai keberanian?

    Berani kerana Benar?

    Selagi Najib menjadi pemimpin umno, sudah pasti rakyat menolak umno. Sudah pasti rakyat memilih alternarif selain dari umno dan bukan pula parti DAP dan proksi2 mereka seperti PAN, Pasma, PKR dan sekutu mereka.

    Sudah pasti parti atau NGO seperti PAS Isma, Perkasa dan lain2 bergabung menjadi pilihan.

    Ummo johor(kerana disini ianya ditubuhkan),

    Bersedialah melihat parti keramat ini dikuburkan oleh kerana mempunyai pemimpin yang tidak amanah, tidak bertanggungjawab yang diberi kepercayaan oleh rakyat.

    BalasPadam
  9. Assalam Bro,Aku sokong UMNO TETAPI buang Najib ke dalam longkang......Aku dah meluat tengok muka dia......

    BalasPadam