Ahad, 3 April 2016

Buat Filem Dari Duit 1MDB..?


Mana nak tutup malu ni..! ini soal maruah dan harga diri..! Takkan nak dibiarkan..! Takkan buat filem berunsur lucah pakai duit rakyat? Takkan buat filem berunsur lucah pakai duit rembat? Saman la..tunggu apa lagi? 

WSJ: Dana AS$155 juta 1MDB biayai 'Wolf of Wall Street'

Siasatan di dua negara mempercayai dana 1MDB berjumlah AS$155 juta (RM603 juta) disalurkan ke syarikat produksi Red Granite bagi penerbitan filem 'The Wolf of Wall Street' pada 2013, menurut laporan Wall Street Journal (WSJ).
Wang dari firma pelaburan Malaysia yang bermasalah itu dipindahkan kepada Red Granite pada tahun 2012 melalui laluan berliku membabitkan syarikat luar pesisir, kata WSJ yang memetik mereka yang rapat dengan sisatan dan disokong oleh dokumen yang diteliti oleh akhbar berkenaan.
Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, 39, adalah pengerusi Red Granite, sebuah syarikat penerbitan filem yang ditubuhkan pada 2010.
Walaupun tidak dikenali, Red Granite berjaya mengumpulkan AS$100 juta untuk pembikinan 'The Wolf of Wall Street', sebuah filem yang memaparkan kisah seks dan dadah dalam pasaran saham yang dibintangi oleh pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio.
"Biro Siasatan Persekutuan (FBI) telah mengeluarkan sepina kepada beberapa pekerja dan bekas kakitangan Red Granite dan kepada sebuah bank serta sebuah firma perakaunan yang digunakan oleh syarikat itu," kata laporan WSJitu.
Seorang jurucakap Red Granite berkata syarikat itu telah "memberi reaksi kepada semua pertanyaan dan bekerjasama sepenuhnya" dengan siasatan.
Beliau berkata syarikat produksi itu tidak mempunyai sebab untuk mempercayai sumber pembiayaannya adalah mencurigakan.
Riza sebelum ini menafikan bahawa Red Granite dibiayai oleh wang yang berasal dari Malaysia.
Dalam wawancaranya bersama akhbar New York Times pada 2014, beliau memberitahu bahawa pelabur utamanya adalah ahli perniagaan Abu Dhabi, Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
"Al-Husseiny adalah rakyat Amerika yang kemudian menerajui Aabar Investments PJS, yang adalah cabang pelaburan Abu Dhabi yang dikenali sebagai IPIC. Firma milik negara itu mempunyai urusniaga dengan 1MDB. Sebagai contoh, IPIC menjamin beberapa bon dana Malaysia.
"Sehubungan dengan jaminan IPIC, 1MDB dalam laporan korporat 2012 berkata syarikat berkenaan menghantar AS$1.4 bilion kepada Aabar sebagai cagaran," kata WSJ.
Menurut penyelidik, wang itu tidak dihantar ke Aabar tetapi kepada sebuah syarikat lain yang mempunyai nama yang hampir sama yang ditubuhkan oleh Al-Husseiny di Kepulauan British Virgin iaitu Aabar Investments PJS Ltd".
"Para penyiasat percaya wang AS$155 juta itu kemudian mengalir ke Red Granite Capital, sebuah firma yang ditubuhkan oleh (Riza) Aziz untuk membiayai syarikat filem itu."
WSJ berkata dokumen menunjukkan tiga pemindahan ke Red Granite Capital pada tahun 2012 - AS$60 juta, AS$45 juta dan AS$50 juta.
Apa tunggu lagi???
Yang jelas rakyat memang tak boleh tunggu beb..!
Tunggu apa?
Lu Fikir La Sendiri!!!

21 ulasan:

  1. Modal guna duit rakyat, pusing2 ...
    untung masuk poket beb!...
    Sekor lagi tu modal lembu guna duit rakyat pusing2 tak sempat nk kaut untung pun akhirnya modal duit rakyat guna utk beli kondo kereta mewah dll...
    Puak umno ni mmg lahanat!!!
    Projeck hanya atas kertas yg sbnrnya projek rembat merembat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. TS P Ramlee hanya perlu modal sekeciput untuk memberi pulangan keuntungan berjuta-juta kpd pihak Shaw Brothers sewaktu zaman kegemilangannya di Spura. Selain itu beliau meletakkan keharuman Bangsa Melayu di peta dunia dgn meraih pelbagai Anugerah Antarabangsa di bidang seni hingga diberi jolokan "The Charlie Chaplain of Asia'.

      Reza Aziz anak Rosmah dgn laki lain sewenang-wenangnya berbelanja ratusan US$juta (duit hutang kerajaan) untuk bikin filem lucah, apa manfaat & hasil boleh dibanggakan? Yang INI sampai ke akhirat pun akan rakyat jelata tuntut.

      Padam
  2. Saya masih ingat lagi...awal awal dulu..sewaktu wolf of wall street baru ditayangkan...apabila produser dan lain2 termasuk reza ajis ditanya oleh wartawan...dari mana sumber buat filem...jawapan mereka ialah dapat suntikan modal from a sovereign wealth fund. Tetapi setakat itu je la. Tiada lagi pertanyaan.

    Apabila skandal 1mdb terdedah...barulah saya faham...bukan ke 1mdb pun a sovereign wealth fund?

    Hmmmmm....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada ke bukti dia kata gitu... meh tunjukkan... kalau setakat kau taip ja aku boleh kata "seingat saya anwar ada kata dulu jubor tu sedap atau mader ada kata nk sgt sebelum mati nengok anak jadi pm" amacam? Setakan spin bodoh xpayahlah main bangsat

      Padam
  3. Ahli umno bangga dengan kejayaan 1mdb. Kejayaan 1mdb amat besar jika dibandingkan dengan proton. Proton gagal untuk jadi pesaing kereta di dunia dan menjadi sebutan. 1mdb berjaya menjadi sebutan dunia dan berjaya menjual harta milik rakyat malaysia kepada negara asing. Kejayaan ini merupakan kejayaan antarabangsa kerana harta itu telah berjaya diglobalkan. Keuntungan 1mdb hanya keuntungan air liur sahaja berbanding proton. Kejayaan kecil proton yg melahirkan jurutera melayu, jutawan melayu hanya untuk anak beranak tdm sahaja. Tetapi kejayaan 1mdb untuk masyarakat global. Bangunlah ahli umno untuk terus sokong presiden umno yang guna duit derma untuk kepentingan keluarganya bukan untuk dirinya. Derma itu rasuah kalu masuk akaun peribadi menurut perlembagaan kecuali mahkamah memutuskan sebaliknya. Oleh itu, marilah ahli umno tuntut presiden untuk ke majkamah bagi membersihkan derma itu. Hanya cakap hakim, bukan bekas hakim yang perlu didengari. Salah atau tidak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan Ahli UMNO tapi DEDAKMAN DEDAKMAN AH JIB GOR.
      Itu lebih tepat.
      Ramai ahli UMNO memang tahu tentang scandal 1MDB Ah Jib Gor . Malangnya mereka takut bersuara . Takut periok nasi mereka ROSAK.

      Padam
    2. Abis kau makan dedak penjubur dan tua nyanyuk gila kuasa ke... ya semua tahu fitnah, spin dan pembohongan serta tuduhan TIDAK BENAR kepada 1mdb... siasat dah dan terbukti 1mdb tidak melakukan kesalahan dan jenayah... namakan di mana 1mdb disabitkan bersalah... tak ada kan... 1mdb disabotaj sbb menghapuskan manopoli dlm ipp malah memecah manopoli cina di kl... tuduhan dan mainan 1mdb bersalag hanya berdasarkan persepsi negatif yg dibuai spin dan fitnah... hanya si bodoh dan si sepet lancau pemakan babi yg buta dgn kebenaran walhal terbentang bukti dan hasil siasatan....

      Padam
    3. Kejora Liberal 1:16...

      Dah terbuti ape kebendenye, di pembicaraan mahkamah mana? Itukan pendapat berat sebelah AG Pak Pandir yg bertindak sebagai Hakim sendiri tanpa berlandaskan The principle of Natural Justice, a person is guilty or innocent until proven in the court/trial. Kebetulan, mantan AG tan Sri Talib juga tidak setuju dgn AG pak Pandir menutup kes tanpa pembicaraan mahkamah kerana ini melibatkan kepentingan Rakyat or shall I say Public Interest.

      By the way, mana hutang2 kamu, bila nak jawab soalan2 saya? Nak ikut jejak macam Najib ke.. muka tak makan saman asyik larikan diri aje.

      Padam
  4. Mana pergi dia si Kejora Liberal yg masih berhutang dgn saya? Tajuk ini sama persisnya dgn soalan saya tempoh hari kpd pelesit belaan Najib yg belum terjawab-jawab sampai sekarang.

    BalasPadam
  5. Umpama penyamun yang rompak bank gunakan duit yang dicuri "diputihkan" dengan cara membuat pelaburan yang sah.

    Contoh pelaburan yang "sah" seperti simpan dalam ASB, buka perniagaan dan sponsor badan amal.

    Najib dan pencacai,

    Haram tetap haram, rakyat tak izinkan faham?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1st of all Apa bukti duit dr 1mdb? Setakat carta budak darjah 4 tahu buat tu? Xpayah la speculate macam2 mainkan persepsi... nk percaya media yahudi ka... bangang

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. 1:10 PG @ Kejora Liberal..


      Baiklah kalau itu pendapat kamu yg bersekolah tinggi. Sekarang kami nak bertanya dari sumber mana si Razi dapat modal ratusan US$juta bikin filem di Hollywood? Adakah ayah kandungnya seorang billionaire? Atau Rosmah itu seorang usahawan berpendapatan ratusan US$juta setahun, sedangkan kita tahu dia fulltime housewife kpd PM saja. PM kita pun hanya dibayar gaji RM22,826 ribu sebulan. Cuba jelaskan.
      Harap kali ini tak hampakan kami semua di blog ini seperti yg sudah2.

      Padam
  6. Hai Riza! kalau betul lah apa yg dikatakan.....eh berapa banyak bapa engkau ada lah

    BalasPadam
  7. ha ha. lepas satu penipuan tak jadi, cari penipuan lain pula. korek dari tong sampah ka? inilah gelagat kumpulan badot sarkas kepala dongga.

    BalasPadam
  8. Cai dah dapat maklumat, bukan 1mdb yang kasi tetapi 1mdb kasi petrosaudi ltd kemudian petrosaudi gi lebur dlm filem. Kira petrosaudi tipu 1mdb la. Kata labur dlm minyak, tspi lebur dalam filem. Tu pasal sampai sekarang tak boleh bawa balik duit ke malaysia. Yang bawa balik air liur just unit. Tepuk umno tepuk umno kira dah dapat menjawab. Yesza, hoorey dah dapat jawab.

    BalasPadam
  9. Komen 7:36 dua biji macam Najib.
    Bila ditnya siapa nama? Dia jawab, saya berdarah pahlawan bugis, dan isteri saya keturunan Padang jarak padang terkukur. Apa punya merapu.....?????

    BalasPadam
  10. Setakat buat carta macam tu aku boleh tuduh sapa2 dlm dunia kaitkan wang tu... kalau nk buleh ja buat carta ketua kg aku terima duit dari lim guan eng hasil diskaun rumah banglow... cerita bodoh camni pun ada juga penjilat mamak mader percaya... mangkuk betul... pening bau pungkok berkari kut tu jd bangang hahaha...

    anyway 1mdb dah kuar statment nafikan... dan wsj xkemukakan pun BUKTI atas tuduhan ni... nak jd bodoh ke percaya media yahudi yg nk negara kita porak peranda dan jatuh ke tgn kafir harbi DAP...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hah...buatlah. lepas tu viral kan..

      Lepas tu minta tolong akhbar2 berpengaruh viral globally..

      Lepas tu kita tengoklah macamana respon rakyat terhadap hasil tangan kamu...

      Hah..buatlah...jangan cakap je pum pang pum pang...tapi gentel telo macam najip (kuasa dan semua agensi kerajaan termasuk rahsia rasmi kerajaan dalam tangan. Tapi takut nak saman)

      Padam
  11. Kejora Liberal 1:05...

    Lagi2 nafi..nafi..fitnah..fitnah! Penyata kewangan 1mdb pun tak siap mengikut jadual, selalu lembab & terhegeh2 sampai CEO silih berganti. Yg CEO sekarangpun dah nak calibut lari.

    Lim Guan Eng kalau salah memang patut diberi hukuman setimpal. Tapi berapalah kalau nak dibandingkan dgn kes 1mdb & SRC yg melibatkan ribuan & puluhan juta. Penyangak2 dibiarkan bebas lari ke luar negara. Rtm & TV tiga suku lebih menitik beratkan rasuah keciput tapi yg bangkai gajah berbilion-bilion hingga masyhur sedunia tak berkutik sejentik pun. Baru2 ini kes RM100 juta di Kem Belia & Sukan tak pun dihebahkan. Lepas tu ada pulak kes baru melibatkan RM17 juta di Kem yg sama tapi buat dekk aje. Apa kejadahnya semua ini...?????

    Ini kerajaan telus ke telur?

    BalasPadam
  12. Kerajaan yang berjaya turunkan harga KANGKONG ...hahaha

    BalasPadam