Ini masanya membuktikan bahawa ianya fitnah..! Ini bertentangan dengan semangat wasatiyah..!
Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor yang didakwa membeli-belah sakan seperti dilaporkan The Wall Street Journal didapati padan dengan tarikh pasangan itu bercuti di Eropah selatan.
Percutian itu diikuti dengan lawatan kerja dua hari Najib ke Belanda untuk merakamkan ucapan takziah kepada negara itu dan membincangkan tindakan seterusnya dengan rakan sejawatannya berhubung kejadian nahas MH17 pada tahun 2014.
Asia Sentinel kemudiannya melaporkan bahawa Najib dan Rosmah melanjutkan percutian mereka di dengan mengunjungi Paris, Sardinia, Cannes, Rom dan London.
Ini sepadan dengan tulisan Instagram anak lelaki mereka, Norashman yang memaparkan gambarnya di sebuah pantai. Dia menggunakan hashtag #sardinia pada tulisan bertarikh 7 Ogos.
Manakala aktiviti membeli-belah sakan barangan berjenama Chanel berjumlah AS$130,625 di Hawaii seperti yang dilaporkan WSJ menggunakan kad kredit yang sama seperti dalam pembelian EUR750,000 barangan kemas di Sardinia, Itali.
Semua ini berlaku dua hari sebelum Najib bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Honolulu, yang juga berlangsung pada tahun 2014.
Najib ketika itu dibidas kerana berada di luar negara sedangkan rakyat di pantai timur dan utara semenanjung berdepan dengan ujian getir dilanda banjir besar.
Bagaimanapun, perdana menteri memendekkan lawatannya apabila keadaan banjir bertambah buruk dan pulang ke tanah air pada 27 Disember.
'Gembira kembali di LA'
Najib menggunakan penerbangan komersial ke Hong Kong dan dijemput oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia sedangkan jet rasmi negara dijejaki berlegar melalui Los Angeles (LA), Indianapolis, New York, London, Dubai dan Bangkok sebelum pulang ke Kuala Lumpur.
Pejabat Perdana Menteri kemudian menjelaskan jet rasmi itu mempunyai masalah teknikal dan terpaksa mendarat selama lima hari di Indianapolis dari 26 Disember hingga 31 Disember.
Pada 26 Disember, jet rasmi itu dikesan berada di Los Angeles - bandar yang sama Norashman mengakui berada pada 28 Disember.
"Gembira kembali di LA!" katanya di Instagram, menggunakan hashtag #hollywoodhills.
Menurut WSJ, Noorashman menerima AS$70,000 daripada akaun yang dikatakan milik bapanya pada 4 Julai, 2014.
Anak perdana menteri sebelum itu memuat naik tulisan di Instagram dan berkata akan menjadi sukarela untuk dapur jalanan Kechara yang membantu masyarakat miskin di bandar.
Satu lagi perbelanjaan besar yang dilaporkan oleh WSJ adalah majlis pertunangan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa di Hotel Shangri-La di Kuala Lumpur.
Majlis berkenaan diadakan pada 17 Jun, 2011 dan 11 hari kemudian, sebanyak AS$56,000 didakwa dibelanjakan di sebuah syarikat kereta mewah di Kuala Lumpur - Signature Exotic Cars.
ABC juga melaporkan bahawa AS$395,782.40 dibelanjakan di sebuah hotel tetapi tiada tarikh diberikan.
Agaknya Wasatiyah pun ada kasta..!
Tak gitu?
Tak gitu?
Seluruh dunia memperkatakan tentang SKANDAL KEWANGAN NAJIB ..... tanpa segan silu lagi dah. Mereka sudah berani menulis secara direct, langsung tidak takut kepada kemungkinan bakal disaman ..... kerana mereka juga yakin dengan segala dakwaan itu yang bersandarkan bukti2 jelas transaksi kad kredit dan pindahan wang.
BalasPadamTIME yang baru ni menjadikan Malaysia sebagai contoh sebuah negara yang KORUP di dunia gara2 skandal 1MDB, semalam turut menyiarkan artikel Najib Berbelanja Mewah Sakan -
Selain dari bukti2 sokongan yang menyakinkan, mungkin mereka juga sedar yang Najib TIDAK BERANI cabar dakwaan2 mereka di mahkamah. Sebab apa TIDAK BERANI ? Bukankah Berani Kerana Benar ? Kalau Tidak Berani ?
Semua ini mengingatkan kita kepada cerita Presiden Marcos dan bininya bilamana media seluruh dunia tanpa segan silu dan dengan penuh kenyakinan telah menyiarkan cerita2 negatif tentang penyalahgunaan kuasa dan keborosan lakibini itu ...... apa bezanya dengan Najib Rosmah ?
Apakah langsung tidak ada perasaan malu di hati Najib tatkala satu dunia mencemuh beliau laki bini ? Apakah tidak ada sedikit pun perasaan bersalah kerana telah mencemarkan nama baik negara yang sekian lama di pupuk oleh pemimpin2 terdahulu ?
Apakah Najib masih punya maruah untuk dipertahankan ?
Najib dan gerombolan pengikut dan penyokongnya adalah kudis kepada Malaysia. Malaysia malu mempunyai rakyat seperti najib dan penyokongnya.
BalasPadambukan kudis tapi kanker...kena potong baru boleh baik...itupun pda tahap 1...kalau dah tahap 4...tunggu ajal ajelah
PadamSelain Marcos ianya juga mengingatkan kembali kezaliman seorang pemimpin negara dari Peru yang kesudahannya terpegok ke dalam penjara atas kesalahan menipu, menyeleweng public fund masuk ke akaun peribadi, menculik & pembunuhan kejam pada tahun 1990an. Siapa kata pemimpin negara kebal dari hukuman undang. Sudah ada precedence (contoh) kita boleh buat yg sama. Bekas Presiden Peru, Alberto Fujimori telah diekstradisikan ketika beliau melarikan diri ke Jepun dihadapkan ke mahkamah Peru mengikut International Laws.
BalasPadamSemua ni adalah FITNAH ..takda bukti...Tapi bila surat dari ' Putera Raja Saudi' ...WOWW boleh percaya kat WSJ...kah..kah....Kelakar beb tgk gelagat puak2 pemakan dedak ni.......
BalasPadamOthaman tu dilahirkan dengan aura fitnah
BalasPadamAjis bertango pukul 3.00 pagi.
Padamjho Low bertango, rakyat kena bayar gst.
Adakah patut?
Tak patut..tak patutt.!!!!
Awas cancer ni penyakit keturunan!!!
BalasPadamKeturunan Umno ni mmg pembawa cancer...
Jadi pru14 nanti hapuskan Umno.
Pernah pada suatu masa Khalifah Umar Al-Khattab melihat isterinya memakai seutas kalung, sedangkan Khalifah Umar tidak pernah membelikan isterinya kalung seperti itu.
BalasPadamKemudian Umar bertanya isterinya, "Dari mana kalung itu kamu PEROLEHI? Isteri Umar menjawab, "kalung ini saya peroleh dari isteri Raja Romawi yang memberi HADIAH semasa datang berkunjung ke mari tempoh hari". Lalu Umar perintahkan isterinya MENANGGALKAN kalung itu utk dihantarkan ke BAITUL MAL.
Umar berkata, "kalung itu adalah HAK NEGARA". Lalu jawab isterinya, "saya kira bukanlah hak negara kerana ia adalah satu HADIAH kepadaku."
Kemudian Khalifah Umar menegaskan kpd isterinya, "ketahuilah bahawa kamu menerima hadiah itu KERANA kamu ISTERI KHALIFAH. Kalau kamu bukan isteriku tentu TIDAK AKAN DAPAT hadiah tersebut. Lihatlah berapa ramainya wanita Arab di Madinah ini, namun tak seorang pun yang dapat hadiah semacam itu, bukan?" "Isteriku, jika kamu berkeras, kamu putuskanlah sama ada kamu pilih Umar bin Khattab atau pilih kalung itu."
Akhirnya isteri Khalifah Umar ra. menyerahkan hadiah kalung tersebut dan dihantar ke BAITUL MAL kerana Umar telah memutuskan bahawa ianya adalah HAK NEGARA.
Siapa yg berani nak SANGGAH kisah Khalifah Umar ni??
Janganlah PILIH utk MENGIKUT AGAMA pada MASA2 TERTENTU saja. Memang manusia tak sempurna, hal2 yg melibatkan keluarga tu lantaklah.......itu sendiri yg tanggung.........tapi dlm hal yg melibatkan KEWANGAN NEGARA wajiblah AMANAH dan JUJUR sebab ini melibatkan RAKYAT.
Mantap
Padam