Sabtu, 2 April 2016

Nazir Buat Najib Sembelit..!


Air kalau keruh di muara...habis ler..!

Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak mengakui dirinya tidak sepatut membantu abangnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengagihkan AS$7 juta kepada ahli politik parti pemerintah sebelum pilihan raya umum 2013, seperti laporan akhbar The Wall Street Journal (WSJ), semalam.
"Saya faham kemarahan (orang ramai), dan berdasarkan pengalaman, saya tidak sepatutnya," tulis Nazir dalam post Instagram malam semalam.
Menurutnya, menjelang pilihan raya yang ke-13 itu, abangnya meminta bantuan mengagihkan segera wang tunai kepada jentera parti.
"Saya andaikan dan percaya dengan niat baik bahawa dana itu adalah sah daripada kutipan dana politik," katanya.
Beliau menegaskan bahawa semua wang itu telah diagihkan sepenuhnya dan beliau tidak menyimpan walau sesen pun.
Semalam, WSJ dalam pendedahan terbaru mereka mengenai 1MDB melaporkan Nazir mengesahkan menerima hampir AS$7 juta daripada Najib di akaun bank peribadinya.
Menurut WSJ, mereka telah melihat dokumen siasatan oleh pihak berkuasa Malaysia yang mendapati "majoriti" dana dalam akaun itu berasal dari 1MDB.
Laporan itu juga menghuraikan butiran perbelanjaan peribadi yang didedahkan dalam dokumen berkenaan.
Nazir juga mengesahkan kepada WSJ dalam satu kenyataan bertulis bahawa beliau menerima AS$7 juta, yang katanya kemudian dikeluarkan oleh kakitangan bank kepada ahli-ahli politik parti pemerintah mengikut arahan pemimpin parti.
Beliau juga memberitahu akhbar itu bahawa dirinya percaya wang itu adalah sumbangan daripada syarikat dan individu Malaysia bagi kegunaan pilihan raya, dan tidak pasti sama ada dana itu dari sumber lain.
"Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan bahawa dana itu mungkin berasal dari sumber lain,” katanya yang dipetik WSJ.
"Jumlah keseluruhan dibayar dalam bentuk tunai kepada pelbagai penerima mengikut arahan daripada presiden parti (Najib) dan akaun berkenaan ditutup dengan baki sifar," kata Nazir.
Keyataan Nazir tu juga amat bertentangan dengan kenyataan para macai pemakan dedak yang selama ini mengatakan WSJ menipu dan membuat fitnah..!
Kalau kenyataan itu boleh disahkan sendiri oleh Nazir..bagaimana dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh WSJ sebelum dan selepas ini?
Patut ler berpuloh kali selasa pun tak saman..!
Yang jelas rakyat dan dunia tak bodo..!
habis..yang bodo siapa???
Lu FIkir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. Ha..ha..ha.. Dia org percaya surat dari Putera Raja....tp x percaya psal duit dari sumber lain...x percaya belanja mewah...walhal sumber yg sama......Ckp suruh tunjuk bukti......Adakah mereka akan percaya klu dokemn didedahkan....?....Skr ada puak2 yg panas nak ambik tindakkan kat Nazir sbb tidak amanah.....Walhal Nazir mengaku jer apa yg ditulis WSJ ...bukan Nazir sendiri yg beri maklumat......Mereka tau bercakap psal tak amanah ..mcm mana dgn Najib? Najib pun mengaku ada terima duit tp skrg Jumlah rm4 billion dari pelbagai sumber....

    BalasPadam
  2. ooo macam tu dah senang la..suruh ja NAzir buktiklan duit itu dari 1MDB apa susah sangat....

    Bodoh juga geng2 putramerdeka ni...dah tak susah suruh ja malaysiakini call nazir pastu confirmkan duit dari 1MDB...

    geng pro kerajaan betul la tu semua duit dana bkn simpan bawah guni beras tapi dalam akaun kira bagus la..lebih detail dan amanah...bkn macam zaman dolu2 tara akaun..bila tanya Tun duit pru mana..ada kat tangan2 org tertentu...pastu diagihkan pun pakai envelop ja,,,jgn lupa tu zaman Tun lebih telus dan intergriti..tak pyah simpan dalam bank...lagi bijak..

    BalasPadam
  3. Nazri Aziz kata, cubaan Dr. Mahathir untuk menjatuhkan Najib tidak akan berjaya kerana dendam dan niat jahatnya terhadap Perdana Menteri telah diketahui orang ramai.

    Apakah dendam dan apakah niat jahat Mahathir itu?

    Katanya lagi “Lelaki ini telah menang dalam semua ‘pertarungannya’. Beliau telah menentang Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn. Beliau juga telah menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berjaya menjatuhkan semua orang, namun, gagal menjatuhkan Najib, jadi, beliau cukup marah....."

    Betulkah Mahathir menentang Hussain Onn?

    Setahu saya, Anwar, Musa Hitam dan Tengku Razaleigh yang cuba menjatuhkan Mahathir bukan sebaliknya. Mana mungkin dia menjatuhkan mereka-mereka ini kerana mereka ini tidak pernah berada di'atas' beliau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohd Najib yg ada agenda tersembunyi bila dia sembunyikan derma tok arab dari Muhyiddin dan seluruh rakyat Malaysia sejak dari awal lagi.

      Mohd Najib bersekongkol dgn Goldman Sachs YAHUDI utk putarbelitkan 1MDB dgn segala hutang piutang yg akhirnya masuk ke poket dia.

      Mohd Najib pekena adik sendiri utk buat kerja jahat dia nak kekalkan kuasa.

      Mohd Najib kencing kepala bapak dia sendiri dgn menggunakan UMNO utk kepentingan peribadinya.

      Mohd Najib bunuh demokrasi dalam UMNO dgn mencantas semua yg tak sehaluan dgnnya, memerintah supaya semua ahli tunduk dan angguk saja atas segala kerja buruknya.

      Mohd Najib membelakangkan rakyat bila biarkan maruah negara tercemar sebegini teruk di mata dunia.

      Wahai lembu2 pemakan dedak UMNO, sondollah pemimpin kamu yg khianatkan perjuangan parti keramat kamu itu.

      Wahai anjing2 pemakan dedak, salaklah tuan kamu itu hingga dia lari terkencing2. Itu pun kalau kamu ni rakyat yg sayangkan negara Malaysia. Elakkan dari dikumpulkan berdiri di belakang Mohd Najib di Padang Mahsyar nanti...

      Padam
  4. Jahanam malaysia dek perbuatan penyamun bugis dn pasangannya puaka minang...
    Parti porak peranda, rumah tangga org cerai berai, adik beradik huruhara, yg dlm kubur pun tngh kena siksa...
    Korang dua ekor ni mampoos lg baik lah

    BalasPadam