Jumaat, 18 Mei 2012

PAS Biskut..Kejap Kafir! Kejap Tidak!

Pas bersetuju meletakkan calon dari kalangan bukan Islam mewakili parti itu bertanding di Sarawak dan Johor pada pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw berkata, dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Tiram, Johor, dan satu kerusi Parlimen di Sarawak.

"Perkara ini sudah dipersetujui Pas pusat. DHPP memang meminta Pas pusat meletakkan calon dari sayap DHPP di satu kerusi setiap negeri, tidak kira sama ada kerusi Parlimen atau pun DUN.

"Tetapi perkara ini masih dalam peringkat perbincangan. Keputusan akhir bergantung kepada Pas pusat," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

DHPP adalah sayap kepada Pas, yang mewakili penyokong mereka di kalangan bukan Melayu dan bukan Islam.



Pas Jahanam! Apabila datangnya kebenaran maka hilang lah kebatilan..! PAS yang sejak awal hidupnya menggadai, menjual dan memperalatkan agama dilihat semakin hilang punca dan hilang pedoman hidup! bagi PAS..demi sesuap kuasa apa jua pasti perlu dan halal dilaksanakan..!


Kita imbas apa yang satu ketika dulu PAS kata..

UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. 
“Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” “Haram orang Islam memangkah calon kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.

Bukan kita yang kata...tapi PAS yang kata demi mencari sokongan orang Islam yang taksub kepadanya..! itu dulu laa...Agaknya ini yang Haji Hadi dakwa bahawa mereka juga seperti kawanan anjing...

 Demi menghadapi pilihanraya maka apa jua senjata dan strategi boleh diguna! apa jua senjata sama ada halal atau haram sekalipun ianya boleh digunapakai! tak kira! betul apa? kerana bagi PAS agama hanya alat! agama hanya pekakas untuk hidup didunia...soal akhirat? sendiri mau ingat laa!


Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. KLU KITA PRASAN PAS GUNA ISU SECARA BERTURUT..MULA2 HUDUD LEPAS TU PELAWA MUZAKARAH. LEPAS NI MESTI KATA KEJE UMNO...ASIK PUSING JEK KEJE PAS NIH BROO KEHKEHKEH ADOIYAIII

    BalasPadam
  2. Nak muntah pun ada...loyak dah tentu....

    BalasPadam