Sabtu, 8 Ogos 2015

Ada Kebocoran Bermakna..!


Apa nak jadi dengan pemerintahan negara ni?

Katanya menyiasat kebocoran..! kebocoran apa? duit 2600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib walaupun diawalnya bukan main bersilat menafi dan menari..akhirnya pentas yang dipersalahkan..! Duit tu memang masuk..! duit tu memang ada..! maknanya takde kebocoran...! maknanya kenyataan awal mengenainya adalah benar, sahih dan tulen..! apa yang bocor?

Menjilat lah para juak bagi menghalalkan perkara tu dengan perkataan yang cukup menjadi azimat berguna hari ini iaitu DERMA..! 

Kebocoran draft pendakwaan? kan dah disebutkan oleh pihak kerajaan bahawa draft tersebut adalah fitnah, palsu, tipu, dicipta dan banyak lagi ungkapan yang sewaktu dengannya..! So takde la kebocoran..! 

Kalau bocor ianya memberi makna naskah tersebut TULEN..! BENAR dan SAHIH..!

Tindakan demi tindakan yang amat drastik dilakukan ke atas pihak SPRM lebih condong menjurus persepsi yang lebih besar kepada wujudnya kebocoran naskah tulen..!

Kalau dah tulen dan benar naskah tersebut maknanya ada lah kes..! ada la kesalahan yang telah dilakukan..! Ada la pendakwaan yang bakal dibuat..! ada la yang bakal dituduh..! 

Kesimpulannya mudah.. Kalau tak tulen dan sahih takde la kebocoran...tak gitu?

Lu FIkir La Sendiri!!!

PETALING JAYA: Arahan pertukaran dua pegawai kanan SPRM berkuatkuasa serta merta ternyata menimbulkan kemarahan di kalangan pengurusan tertinggi badan bebas itu.
Beberapa jam selepas surat rasmi pertukaran Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob dan Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) diterima, Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Shukri Abdull tampil bersuara. "Hantar balik pegawai saya segera, ambik saya sebagai ganti," katanya ketika dihubungi Jumaat.
Beliau yang bercuti dan masih berada di luar negara turut menegaskan, semua pegawainya bertindak atas arahannya.
SPRM pada Jumaat dikejutkan dengan pertukaran dua pegawai kanannya secara serta merta ke Jabatan Perdana Menteri.
Antara mereka yang ditukarkan itu ialah Bahri - salah seorang daripada kakitangan yang disiasat polis dari Bukit Aman berhubung syarikat kerajaan, 1MDB.

16 ulasan:

  1. Kebarangkalian kebocoran maklumat akan lebih tinggi jika ada sesuatu maklumat yang difikirkan oleh si pembocor itu sebagai terpaksa demi agama dan negara. Jika maklumat itu tidak penting, kebarangkalian sangat rendah. Jika kerajaan tidak melakukan perkara yang salah tiada sebab untuk takutkan kepada kebocoran. Memang melakukan kebocoran adalah kesalahan, tetapi mendedahkan kesalahan bertujuan menyelamatkan negara juga adalah tanggung jawab setiap manusia. Kita kena ingat yang menjaga maklumat bukannya robot tetapi manusia yang ada akal dan perasaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul cakap tuan ini, Itu pasal sejak awal lagi bila mana yang menyuarakan bangkangan dan kerisauan masa depan Negara, UMno BN di bawah pemerintahan Najib ialan Tun Dr Mahathir, maka orang ramai telah mula menaruh minat mendalam untuk mengetahui perkara sebenar. Mustahil di usia senja sebegini beliau masih nak membuang masa menjaga tepi kain orang melainkan terdapatnya satu kemungkaran besar sedang berjalan.

      Padam
    2. Anon 9:47,

      Betut - betut - betut , Lu cekap manyak betut lea aa ,kalau tatak hat apa mau sibuk-sibuk maa aa .

      Sendili pikir Maa aa .

      Padam
    3. MALAYSIA TANAHAIR -KU
      Negara-ku Malaysia, Tanahair-ku, Tanah di mana sembilan puluh tahun dahulu

      Darah tumpah dan aku dilahir
      Di lahir sebagai anak bangsa yang dijajah
      Aku membesar mempertuankan orang asing
      Terhina dan dihina
      Bangsa yang serba kekurangan
      Tinggal dipondok berbumbung atap nipah
      Berdinding, berlantai kayu
      Namun aku lebih bahagia dari ramai bangsaku
      Mereka tinggal di pondok robek, tiris apabila hujan
      Tanpa pili air tanpa lampu letrik
      Anak mereka berkaki ayam, berkudis
      Demam panas dan kadang-kadang meninggal
      Aku survive, aku ke sekolah, aku ke universiti
      Nasib aku lebih baik
      Allah Subhanahu Wataala kesian kepada aku
      Setelah dijajah oleh satu bangsa, dijajah pula oleh dua bangsa lagi

      Aku bertanya akan bangsaku selalunya dijajah orangkah?
      Alhamdullilah, berkat kesedaran, berkat perjuangan, berkat perpaduan

      Bangsaku dibebas, merdeka
      Apakah merdeka hanya bermakna tidak dijajah orang
      Apakah merdeka bermakna terus merana
      Tidak, tidak, tidak
      Merdeka bermakna kemajuan
      Kemajuan sehingga berdiri sama tinggi
      Duduk sama rendah dengan bekas penjajah dan bangsa lain
      Bahkan mungkin lebih tinggi
      Politik yang menyelamat dahulu
      Terus membela bangsa
      Negara dibangun, bangsa dibangun, agama di muliakan
      Kemudian…
      Malang dan sedih,
      Bangsa yang berjiwa kental, bersemangat besi
      Diserang oleh nafsu dan perasaan tamak
      Aku dapat apa dari kemerdekaan tanya mereka?
      Mana bahagian aku?
      Dan semangat pun menjadi luntur, tidak terdaya mengawal nafsu

      Apa makna senang jika untuk mendapat sesuatu begitu susah
      Dan nafsu dan perasaan tamak pun di peralat dan disogok oleh orang-orang politik dan orang kaya

      Bangsa yang merdeka
      Bangsa yang mulia
      Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
      Hak memilih, hak mengundi
      Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit

      Maruah dijual
      Bangsa dijual
      Tanahair dijual
      Segalanya dijual
      Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja

      Politik yang menyelamat
      Menjadi politik yang menghancur
      Pemimpin semakin tamak
      Untuk tempat dan kedudukan tinggi
      Perbuatan yang haram dihalalkan
      Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia

      Akan kembalikah bangsaku
      Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
      Wahai bangsaku
      Begitu mudahkah kamu lupa
      Aku akan pergi tidak lama lagi
      Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
      Kerana bangsaku
      Negaraku
      Masih mulia
      Masih bermaruah
      Masih dipandang tinggi
      Atau mataku terbeliak
      Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu

      Ya Allah lindungilah bangsaku
      Sedarkanlah mereka
      Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa

      Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
      Mengubah sendiri, membendung nafsu
      Kerana Allah
      Kerana agama
      Kerana bangsa
      Kerana negara
      Biarlah aku pergi
      Mata terpejam rapat
      Nafas perlahan berhenti…

      DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

      Padam
  2. Kalau bocor dianggap tidak salah sebab isu ini baik utk negara maka letak jawatan dn umunkan kenapa. Itu lebih baik. Sebab jawatan yg dgalas berserta dgn sumpah.

    BalasPadam
  3. Klu kebocoran disebabkan RM masyuk dlm poket pegawai yg membocorkan csmana pula....?Justo jual document palsu RM6 juta ada cina rasis tajaan proksi di sg buloh yahudi malaysia sanggup dibayar ....klu ada transaksi jual beli kebocoran itu brapa pulak yg dibayar.....?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perlu dipastikan maklumat yg bocor itu adakah maklumat yg betul atau tidak..sekiranya maklumat yg bocor adalah betul dan perkara yg menjahanamkan negara..maka pembocor maklumat tersebut adalah perwira negara dan sebaliknya sekiranya salah.

      Padam
    2. Perlu dipastikan maklumat yg bocor itu adakah maklumat yg betul atau tidak..sekiranya maklumat yg bocor adalah betul dan perkara yg menjahanamkan negara..maka pembocor maklumat tersebut adalah perwira negara dan sebaliknya sekiranya salah.

      Padam
    3. Perlu dipastikan maklumat yg bocor itu adakah maklumat yg betul atau tidak..sekiranya maklumat yg bocor adalah betul dan perkara yg menjahanamkan negara..maka pembocor maklumat tersebut adalah perwira negara dan sebaliknya sekiranya salah.

      Padam
  4. Tugas SPRM utk jakankan siasatan dgn telus dan tanpa rasa takut, walaubagaimanapun apa pun hasil siasatan ianya tidak boleh di bocorkaƱ atau didedahkan dgn apapun sebabnya kerana pembocoran itu akan menimbulkan persepsi negatif kpd SPRM sendiri kerana perbuatan pembocoran jika berlaku boleh dikaitkan dgn penjualan maklumat atau rasuah yg boleh dianggap dilakukan oleh pegawai sendiri kpd pihak lain yg berniat jahat.
    Apapun hasil siasatan hanya dimaklumkan kpd Peguam Negara shj utk tindakan lanjut.

    BalasPadam
  5. Betulkah bocor atau dibuat-buat cerita agar proses penyiasatan terganggu dan bukti boleh dipadamkan...dah jelas sekarang ni..semua tuduhan sebelum ni dinafikan..tapi setelah diasak dan ditekan..akhirnya betul

    BalasPadam
  6. Betulkah bocor atau dibuat-buat cerita agar proses penyiasatan terganggu dan bukti boleh dipadamkan...dah jelas sekarang ni..semua tuduhan sebelum ni dinafikan..tapi setelah diasak dan ditekan..akhirnya betul

    BalasPadam
  7. wahh.. gila kencang SPRM tak boleh disiasat PDRM.. kalau macam tu kalau pegawai SPRM buat salah kira tutup mata jela ye? perbuatan membocorkan maklumat tu tak salah ke? mesti ada habuan sebab tu bocor maklumat.. kalau rasa kerajaan zalim aniaya rakyat baik letak jawatan dalam kerajaan masuk pembangkang..

    BalasPadam
  8. Perkara bocor maklumat terbongkar disebabkan seorang paria taraf vip bekas sprm yg menjaja kes siasatan...paria vip ini bersama dengan paria perempuan yg menyiasat kes ini adalah rakyat singapura diberi taraf permastautinan (ic merah) dari situ polis bertindak........polis mungkin dah tahu pasti ada habuan yg banyak dng kebocoran maklumat dari pegawai sprm........akta rahsia rasmi mrnjadi senjata kenapa pegawai sprm disiasat..........habuan wang ringgit mungkin satu sebab kenapa polis bertindak.......habuan kes justo document palsu pun dibayar 6 juta........fikir fikir kan lah....

    BalasPadam
  9. SPRM bukan baik sangat. Makna kalau maklumat boleh bocor bermakna maklumat boleh dibeli. Kalau boleh dibeli maknanya boleh dirasuah. Patut SPRM adakan siasatan dalaman mencari sesiapa yg bertanggung jawab bukan menyalakan orang.

    BalasPadam
  10. BOCOR KEPOKET DEPA TAKPE LAH....

    BalasPadam