Kebenaran tetap akan mengatasi kebathilan..! Berani kerana BENAR..! Syabas SPRM..!
BANGI, Rabu – Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu.
“Saya bersumpah dengan nama Allah saya akan mencari dalang yang mengarahkan ini. Kami bekerja siang malam sepanjang bulan puasa dan ini berlanjutan sepanjang hari raya baru-baru ini.
“Kami tiada masa berpolitik tapi kami menjalankan tugas kami seperti yang diamanahkan dan diharap oleh rakyat. Demi Allah saya akan cari dalang-dalang yang mengarahkan (penahanan) ini sehingga ke lubang cacing,” katanya seperti dilaporkan sebuah portal berita, hari ini.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan ‘dalang-dalang’ itu bahawa kuasa yang mereka ada adalah terhad dan sedikit sahaja.
“Kamu ada kuasa sedikit saja, tapi saya ada Allah,” katanya sebagaimana dilapor portal berkenaan.
Bahri yang turut disoal siasat Isnin lalu berkata demikian ketika diminta mengulas siasatan terbaru polis terhadap dua lagi pegawai SPRM, termasuk pegawai yang menyiasat bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd.
Hari ini, polis menyoal siasat seorang lagi pegawai kanan SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kebocoran maklumat pasukan penyiasat kes 1MDB.
Polis merekodkan kenyataan Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai pada jam 3 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.
Dengan siasatan ke atas Kang itu menjadikan setakat ini tujuh pegawai kanan SPRM diambil kenyataan oleh polis berhubung kes itu.
Tak cukup siasat, rumah mereka juga digeledah...
Putrajaya: Sepasukan polis Bukit Aman menggeledah pejabat Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Menara Prisma, Presint 3, di sini, sebentar tadi.
Operasi geledah itu dipercayai bagi mendapatkan dokumen yang ada kaitan dengan kebocoran maklumat draf pertuduhan SRC International Sdn Bhd.
Sepasukan pegawai polis dilihat memasuki pejabat BOK SPRM di aras tujuh menara berkenaan kira-kira 7 petang bagi menggeledah pejabat berkenaan sebelum beredar sejam kemudian dengan menaiki dua buah kenderaan polis jenis Proton Preve.
Terdahulu, Timbalan BOK SPRM, Datuk Tan Kang Sai turut dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan isu sama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini, petang tadi.
Kang Sai bersama beberapa pegawai lain memberi keterangan selama hampir tiga jam kepada polis Bukit Aman sebelum beredar meninggalkan IPD Putrajaya kira-kira 7 petang.
Dalam pada itu, dua pegawai SPRM dikenali masing Pegawai BOK Tuan Roslan Tuan Mat dan Pegawai Penyiasat Rosli Hussain turut dilihat memasuki IPD Putrajaya bagi memberi keterangan sama.
Menurut sumber, Tuan Roslan dan Rosli ditahan polis ketika keterangan mereka diambil di IPD Putrajaya sebelum di bawa ke pejabat mereka di Menara Prisma.
Difahamkan, polis turut menggeledah kediaman kedua-dua pegawai SPRM itu bagi mendapatkan maklumat dan melengkapkan siasatan.
Siapa yang berpeluh tu..! tut..tut..tuttttt..!!!
sekadar gambar hiasan..! ptuihh!!! |
Itu menunjukkan ada anggota SPRM tak amanah. Polis bukan saja2 pergi tangkap orang. Yang Polis siasat sekarang bukan penyiasatan tersebut tetapi maklumat penyiasatan yang bocor dari dalam SPRM sendiri.
BalasPadamKenapa Dato' Bahari terlalu emosi dan melenting? Jika benar betul mana nak taruk muka. Pernah SPRM kena tegur dan merajuk tidak akan melakukan penyiasat apa2 kes. Tidak kena tempat SPRM mempertahankan anggotanya.
Semua agensi kena siasat. Ada masaalah ke? Jika tiada angin pokok tidak akan bergoyang.
Betul tu bro
Padamhai.. masih lg dlm siasatan dah kata "Itu menunjukkan ada anggota SPRM tak amanah."
Padamkesimpulan awal atau fitnah..?
Tanpa Nama6 Ogos 2015 8:59 PG
PadamJika tiada angin, pokok tidak akan bergoyang?
Desas-desus mengatakan bahawa DSN telah makan duit 1MDB. Jadi kalau ikut kamu, jika tiada angin, pokok tak bergoyang laa ek?
Bagus, bagus.
Lagi satu, kamu giler desperate ek.. reply komen sendiri nak bagi nampak ramai ek? Tgk timestamp dah tau laa baghal...
Steady lah pengarah sprm. Jangan mudah kalut. sudah ramai orang yang kamu tekan semasa siasatan. ada yang mati terjun tingkap pun. dan seperti kamu, semuanya tak mengaku bersalah. tapi bila kena punkoq sendiri, pandai pula ingatkan orang lain Allah itu maha besar. Bawak bertenanglah. ini baru ujian kecil untuk kamu..
BalasPadamSetuju. Hang buat kat orang boleh....Allah janji pembalasan. Sabar dan istiqamah.
PadamSelama ini tiada langsungkah pegawai SPRM yang didakwa pecah amanah dan rasuah. Awak jangan terlalu sombong dan riak. Dalam SPRM sendiri pun ada yang tidak amanah. Jika tidak bagaimana maklumat-maklumat rahsia ada yang bocor. Lebih-lebih lagi kepada pihak pembangkang.
BalasPadamBerhati-hatilah bila memohon kepada Allah swt. Takut-takut memakan diri.
Jika awak tidak membuat sesuatu yang salah kenapa sampai nak sumpah-sumpah begitu teruk sekali. Allah swt tidak menyukai orang yang berdendam seperti awak. Sebaiknya mohon pertunjuk dari Allah swt. Itu lebih baik untuk awak dan keluarga awak. Kadang-kadang kita manusia ini terlalu mengikut api amarah. Allah swt jadikan Iblis itu dari Api.
"Berhati-hatilah bila memohon kepada Allah swt. Takut-takut memakan diri."
PadamSesungguhnya kebenaran makin terbuka luas...apa yang Najib cuba sembunyikan sudah tidak boleh ditutup lagi.
Syukur alhamdullillah!
"Jika awak tidak membuat sesuatu yang salah kenapa sampai nak sumpah-sumpah begitu teruk sekali. Allah swt tidak menyukai orang yang berdendam seperti awak"
PadamAikkk, Najib boleh sumpah di tiga buah masjid berturut turut (ini chai najib juga yang cakap) kes altantuya yang ini pegawai sprm nak cari kebenaran tak boleh plak?
Ingat ya di tiga buah masjid berturut turut!
Alhamdullillah, mungkin fitnah, maki hamun yang kami, rakyat marhaen terima tak seberat Rasullullah s.a.w walaubagaimanapun syukur alhamdullilah akhirnya kebenaran semakin hampir.
siasatan pasal 1mdb dan wang derma lebih penting daripada rahsia bocor. sila kemaskini peraturan agar rahsia tak pecah dan bocor lagi, bukannya menyiasat mengalahkan siasatan ke atas derma dan 1mdb. ini macam nak takutkan anggota sprm jalankan tugas. pasang la perangkap agar orang yang bocor rahsia tertangkap.
BalasPadamkamu semua ingat pengarah sprm kalut ? ade byk bende di belakang tabir yg berlaku. sbb itu mereka marah.
BalasPadamkamu tidak tau sbb information itu hanya warga sprm yg tau.
bknlah memenangkan mereka tp kebocoran maklumat berlaku kenapa kamu fikir?
itu tanda tidak puas hati bila ade bukti tp semuanya mahu disembunyikan. tanda tidak puas hati ketidakadilan sedang berlaku. itupn kalau benar mereka yg leak.
kalau x xkan saja2 mahu leak information.
bila tgn sudah terikat, undang2 yg ada hanyalah utk serve org2 yg bersalah polis menjadi kadi2 tunggangan org x bermaruah, apa lagi cara yg ada?
pm adalah suspect, timbalannya kini boss pdrm, mcm mana kita mahu menjamin yg polis tidak bertindak mengikut interest si pm? apa jaminannya? sepatutnya pm bercuti kalau x mahu berundur pn.
setakat berckp saya xkan menyalahgunakan kuasa polis cukup kah utk memastikan siasatan telus dijalankan? sudahlah org2 pm x sudah2 berbohong. kejap acocunt dh tutup kejap xde duit kejap duit donation.
lagipn task force polis asalnya apa tujuan ? dr menyiasat wang tiba2 menyerang whistle blower pula?
bermcm2 bende yg x patut berlaku berlaku, mcm mana mahu menjamin lagi siasatan telus.
org mahu buat kerja jujur kamu kacau siasatan, ntah apa2. kini kamu menuduh org lain kalut?si ghani dipaksa berenti, si zeti di serang tiba2 dlm blog, macc sampaikan terpaksa bercuti.. kami fikir semua ni kebetulan? Allah sudah beri akal pn tidak mahu berfikir.
cuba aku masuk rumah kamu geledah semua brg tgk kamu boleh cool lagi atau tidak?
berani kerana benar takut kerana salah,
bkn pdrm yg buat sembahyang hajat supaya Allah membantu merungkai kebenaran, tetapi sprm !
Sokong 10.59 100%! Hidup sprm kebenaran wajib ditegakkan! Pac dah disejukbekukan, taskforce dah dibubarkan, polis diarah siasat 1mdb ditukar kepada siasatan siapa bocor maklumat.bank negara dah sunyi sepi
PadamSokong 10.59 100%, teruskan perjuangan!
sikalang eaa aa , satu sama lain galoh , ini olang kata itu olang ,itu olang kata lain olang .
BalasPadamHai.....Yah ,apa macam mau selesai maa aa , Wa ingat eaa aa ,apa mau siasat habit lor rr .
“Mesti pandai membohong.
BalasPadamMesti pandai temberang.
Tetapi jgn sampai.. Hai pecah tembelang”.
Tembelang dah pecahpun…bila SPRM mengesahkan RM2.6 bilion ada masuk ke dalam akaun peribadi Najib. Akhirnya Najib mengaku tapi beliau tidak menggunakannya untuk peribadi tapi untuk parti UMNO. Si Khairy pula kata duit itu adalah derma dari penyokong UMNO. Dulu si Mamat Mazlan “bijak pandai” kata hanya orang bodoh saja yang akan simpan duit berbilion ke dalam akaun peribadi.
Soalnya sekarang…sebelum misteri ini terbongkar, Kenapa MT UMNO selama ini tidak tahu kewujudan duit derma tersebut, termasuk Timb Presiden?Kenapa Najib kemut sorang2 dan tidak diserahkan kpd bendahari?
Nampak gaya PM kita akan disumpah jadi AM (perdana menteri akan maut). Najib Razak dah jadi Najis Nazak..!!!
Orang baru cuit sikit dah riuh satu Malaya. Masa awak soal desak suspek awaklah yang berkuasa. Bila kena soal sikit dah gelabah macam Tongkan pecah.
BalasPadamMasa kursus dulu cuma belajar soal orang lain saja kah. Cik Gu tak ajar kah macam mana kalau orang pula yang soal desak awak.
Betullah mentaliti Pembangkang.
mentaliti pembangkang tu adalah ko..
Padamtgk pd permukaan isu jer.. cedok sikit pastu ulas..
x nampak pun sprm gelabah.. yg nmpak jelas integriti sprm makin meningkat.. ditambah pula dgn sumpah yg dibuat..!
siapa betul atau siapa salah.. dgn ketentuan allah swt pasti akan ketahuan jua akhirnya..
Salam.
BalasPadam1. Tak perlu gelabah atau kalut. Jangan tuduh tangan tersembunyi. Sebagai pegawai kanan tak boleh emosi. Pihak yg menyiasat ada hak dari segi undang2
2. Betul komen di atas, bila kena cuit sikit dah lompat, nasib baik tak lompat keluar tingkap.
3. Usah sebut pasal kerja siang malam , bulan puasa , Hari raya, siasat kes kerana dah nama pun tugas. Cuba tanya front line anggota keselamatan , Polis dll, setakat kerja bulan puasa , Hari raya, berminggu 2 diperbatasan ..biasa je , tak komplen pun. Itu pun difitnah orang (pembangkang) ...ada dia orang melenting? Kerana dia orang professional.
4. Pada semua pembaca, tenangkan hati, lapangkan dada, fokus satu-satu sebagai cara menghadapi persoalan. Ini khusus berkenaan siasatan wang masuk ke dlm acc , adakah ia wang 1mdb. Read between the line - maklumat yg di terima dan hasil siasatan telah bocor kepada pihak ketiga......soalannya ...siapa yg bocorkan?
Kedua2 pihak ada hak nak siasat. Ape akta SPRM tue supersede akta polis? Seolah2 tiada yg boleh 'sentuh' sprm? Profesional la bro... opsss datuk. Sbg pegawai kanan tak patut dia keluar statement macam nie. Polis bukan main ramai kena dakwa ngan sprm tapi ada pegawai kanan polis yh kuar public statement nak cari siapa yang konon jadi 'dalang'? Kala ada sila tunjukkan.
BalasPadam