Selasa, 4 Ogos 2015

Lain Sakit Lain Yang Menanah..!


Dahsyat betul penangan 1MDB..! Yang disebut sebut menjadi kepala dan perancang utama masih bebas lepas..! Sikit pun tak tercuit..!

Tak pasal pasal rakyat Malaysia dan kakitangan awam yang penuh berintegriti mengabdikan diri menggalas amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi selama ini tercalar terkesan dari isu yang tidak langsung rakyat Malaysia terfikir kewujudan dan permasalahannya..!

PETALING JAYA: Lebih ramai pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Peguam Negara akan dipanggil polis bagi membolehkan kenyataan mereka direkodkan.
Ketika dihubungi pada Isnin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak menolak Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull akan disoal siasat.
Terdahulu, polis menyoal siasat beberapa pegawai SPRM, dua pengarah bahagian dan seorang pegawai kanan berhubung dakwaan dokumen bocor berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pegawai penyiasat dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menghabiskan masa selama dua jam menyoal siasat Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya manakala Ketua Pesuruhjaya Forensik SPRM, Datuk I.G. Chandran disoal siasat selama tiga jam di Akademi SPRM, Kuala Lumpur.
Penolong Kanan Pesuruhjaya SPRM, Tuan Ruslam Tuan Mat disoal di ibu pejabat polis Putrajaya.
Pada Sabtu, polis menggeledah rumah Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Ahmad Sazilee Abdul Khairi dan di pejabatnya     

Dokumen berkaitan siasatan 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International serta komputer riba turut dirampas.


Tindakan itu dilakukan selepas penahanan bekas ahli lembaga penasihat SPRM, Tan Sri Rashpal Singh dan petugas di bahagian Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA), Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur.


Mereka ditahan untuk membantu siasatan polis berhubung dokumen yang didakwa bocor.



Mereka hidup dan menabur bakti didalam sistem yang dibangunkan oleh Kerajaan Barisan Nasional selama ini..! 

Mereka mengecap nikmat dan mencari makan hasil dari dasar yang kerajaan laksanakan..! 


Mereka lah tulang belakang yang menjayakan dasar dan mencipta keharmoian hidup rakyat bernegara..!

Takkan la tiba tiba mereka semua boleh kita cop sebagai petualang dan pengkhianat yang mahu menjatuhkan kerajaan..! 

Macam ni punya cara jangan kata esok pilihanraya, semalam pun dah kalah..! Akai ada ker..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

9 ulasan:

  1. Rasanya bila najib kalah nanti..kita pastikan ketua polis negara di siasat dan di bawa ke muka pengadilan kerana salah guna kuasa dan menghalang penjawat awam jalankan tugas. Menteri2 penjilat yg otak telah beku dan tiada akal pun patut di bicara atas tuduhan dengan sengaja melindungi penjenayah dari di bicara...

    BalasPadam
  2. bukan salah guna kuasa bro, diberi kuasa yang salah. macam orang kerja pancung kepala orang, hanya jalankan tugas. yang salah ialah yang memberi kuasa.....tak buat kerja, berhenti.

    BalasPadam
  3. Inilah kalau hanya tahu kritik,kompleh dan menyalahkan pihak berkuasa.Tak faham apa yg di cakapkan oleh KP,mengapa siasatan di buat terhadap mereka.Ianya bukan isu 1MDB,tapi isu kebocoran informations kepada SR dan WSJ ketika siasatan sedang berjalan.Jadi dari siapa i9nformation s tersebut datang,kalau bukan dari penyiasat.Lapuran polis telah di buat mengenai kebocoran tersebut dan AG(Ghani Patail) sendiri memberi arahan.Itu pun bengap nak faham.terimalah hakikat ,taraf pemikiran,dan hati budi kalian.Bodoh atau hasad dengki yg utama atau kedua-duanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, kami bodoh sebab tu kami tak pandai menipu.

      Padam
    2. Setuju dengan lu bro. Dia orang haprak tak tahu apa tapi tunjuk pandai.

      Padam
    3. Betullah tu , semua bodoh. Hahaha, kata duit derma utk parti, tapi timbalan sendiri tdk tahu. Kalau sembunyi bermakna duit haramlah. Duit derma pun kena ada akaun perbelanjaan dan sumber. Pegawai kerajaan yg tak amanah kalau nak ambil rasuah beri no akaun cukup, masuk wang tak perlu jawab pada jabatan anti rasuah. Hooray hidup malaysia.

      Padam
    4. Siasatan pertama dilakukan ialah atas akta amla dan kemungkinan lain. Siasatan kemudian yg dijalankan atas kebocoran maklumat. Kalau yg pertama belum selesai, kenapa buat yg kedua. Ko nk cakap yg siasatan amla td takde kes? macam tu? Cuba ko jgn sgt bias bila buat judgment?

      Padam
    5. Mmg kamu urang buduh pun....
      Belagak pandai mcm taik...
      Maunya krputusam memihak kamu urang sj...
      Budu taik la kamu urang ni...
      Undang2 bapak lamu punya ka

      Padam
  4. yeee......
    lepas ni aku bole pow org banyak banyak2.......
    bangla ada... indon besepah tepi jalan..... lori pasir.....
    puak puak ni mmg suka bg derma....
    yesssza.....

    BalasPadam