Rabu, 5 Ogos 2015

Ahli Parlimen UMNO Beri Amaran Kepada Najib..!


Masih ada lagi pemimpin UMNO yang waras, istiqamah dan kental dengan perjuangan membela Agama, Bangsa dan Negara. Syabas..!

Kemelut 1MDB: Jangan sampai rakyat tidak percaya sistem negara, kata pemimpin Umno 

Bimbang pasukan petugas khas menyiasat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dilihat bagai tidak bertaring, seorang pemimpin Umno menggesa Putrajaya memastikan ketiga-tiga agensi penguatkuasaan yang terlibat terus memberi tumpuan kepada usaha mendedahkan rasuah yang didakwa dalam syarikat sarat hutang itu.
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir meminta Putrajaya mengkoordinasi pengukuhan semula 3 agensi terlibat - Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM).
Katanya, perbalahan antara 3 agensi penguatkuasa itu perlu dihentikan dan mereka harus menumpukan kepada skop siasatan mereka.
Ini berikutan penangkapan dan soal siasat ke atas pegawai SPRM dan Jabatan Peguam Negara oleh  polis pada Sabtu dan serbuan ke atas rumah dan pejabat salah seorang kakitangan SPRM.
Sebelum itu, pasukan petugas itu melihat pertukaran kepada salah seorang anggota utamanya apabila Tan Sri Abdul Gani Patail tiba-tiba diganti sebagai peguam negara.
"Saya minta pasukan petugas khas ini dikoordinasikan semula supaya tidak timbul perbalahan antara 3 agensi penguatkuasaan ini," katanya kepada The Malaysian Insider.
Katanya, situasi dihadapi 3 agensi itu sekarang dilihat menimbulkan polemik tidak sehaluan.
"Mereka perlu kukuhkan kerjasama dan jangan bawa polemik kononnya PDRM, SPRM dan BNM seolah-olah nampak tidak sehaluan.
"Polis dilihat memberi tekanan kepada SPRM dan BNM, seolah-olah mereka tidak bersama dengan kerajaan," katanya.
Pasukan petugas khas tersebut ditubuhkan bagi menyiasat 1MDB dan dakwaan yang berbilion ringgit dipindahkan daripada syarikat berkaitan dana pelaburan negara itu ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
The Wall Street Journal (WSJ) dan laman web pemberi maklumat Sarawak Report melaporkan awal bulan lalu, sejumlah hampir AS$700 juta (RM2.67 bilion) didakwa dipindahkan dari dana milik negara ke dalam 2 akaun bank di bawah nama Najib di AmBank pada awal 2013.
Najib menafikan mengambil wang daripada 1MDB untuk kepentingan peribadi, tetapi tidak secara langsung menjawab soalan berhubung pemindahan dana itu.
Pada Isnin, SPRM mengumumkan RM2.6 bilion dalam akaun Najib bukan dari 1MDB, tetapi merupakan sumbangan derma politik.
Seolah-olah berbeza daripada mandat asal pasukan petugas itu, SPRM juga mengumumkan ia masih meneliti bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd, manakala polis meneliti 1MDB. BNM pula, dimaklumkan sedang menyiasat kaedah kewangan dan prosedur.
Selepas perubahan mendadak di pejabat peguam negara itu pula, bank pusat menafikan khabar angin mengatakan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz meletak jawatan.
Aziz berkata, sekiranya ini berterusan, ia bakal menyebabkan rakyat tidak lagi percaya kepada institusi penguatkuasaan dalam negara kita.
"Kita takut krisis keyakinan itu akan membuatkan rakyat tidak percaya kepada institusi penguatkuasaan dalam negara.
"Akhirnya rakyat akan memilih bergerak ke jalanan.
"Kita tidak mahu apa yang jadi di Tunisia, Mesir, Libya dan Iraq terjadi di Malaysia, kerana rakyat tertekan dan hilang kepercayaan dengan institusi," katanya.
Beliau berkata, tidak menjadi masalah jika rakyat tidak percaya dan hilang keyakinan kepada parti politik, tetapi ia suatu yang membimbangkan jika sistem dalam negara juga terjejas.
"Tidak percaya kepada politik tidak apa lagi. Tidak percaya kepada agensi pihak berkuasa yang menjaga keamanan dan ketelusan, ini yang sangat bahaya.
"Jangan sampai rakyat ke tahap tidak percaya kepada sistem yang ada ini. Saya takut akan membawa hingga rakyat hilang pertimbangan," katanya.
Beliau menyeru supaya Putrajaya mengambil tindakan segera bagi menghalang keadaan daripada menjadi lebih buruk.
Lu Fikir La Sendiri!!!

9 ulasan:

  1. Sepatutnya pemimpin itu bersih...dan tidak ada calarnya....sekurang kurangnya di mata rakyat!

    BalasPadam
  2. Sebenarnya semakin ramai rakyat tidak percaya lagi dengan Najib. Oleh kerana pemimpin2 atasan Umno masih terus membela Najib, maka semakin ramai ahli2 Umno sendiri tidak percaya dengan parti Umno.

    Jika ahli sendiri tidak percaya dan tidak lagi mahu mengundi Umno dan BN, apatah lagi yang bukan ahli. Saya sendiri sudah 30 tahun menjadi ahli dan pengundi BN di P. titiwangsa. Jika Pru13 kami beri 4 undi kepada Dato Johari, datang PRU14 kami beri 7 undi kepada PAS jika najib tidak letak jawatan. Itu baru dari satu rumah kami.

    Inilah keadaan on the ground sekarang.

    BalasPadam
  3. suka hati kaulah tn7:15..undi pas boleh ke pas perinta..lebih baik undi dap kurang2nya kau bolehlah berpayung bawah naungan kafir laknat..mungkin itu yang kau mau..

    BalasPadam
  4. perbalahan strategi selamat najib

    BalasPadam
  5. TN 7:21 ahjibgor nama bugis ke?

    BalasPadam
  6. Tn 7.21. Aku skluarga pn akan undi pas. Skurangnya kami tdk bersekongkol dgn parti yg khianat pd asal perjuangan nya. Slogan Transformasi Najib tu boleh campak dlm longkang.. Cakap tak derupa bikin. Kau boleh bodek bos sampai terbongkang. Ada aku kesah?.

    BalasPadam
  7. untuk menjadikan parti releven, kuat dan diterima rakyat, najib seWAJIBnya diundurkan. rata rata rakyat telah berasa kecewa dengan UMNO disebabkan kepimpinan yang tidak lagi kelihatan perjuangan untuk agama, bangsa dan tana air. najib telah mengheret UMNO/BN dalam masaalah syarikat beban hutang 1MDB.

    BalasPadam
  8. yg pelik polis serbu sana sini apasal..dah macam gestapo..atau kempetai..kalau kita cakap polis yg gantung tok janggut kaki ke atas dia tak ngaku...sama saja polis zaman skrang dgn polis zaman jwwbirch...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kebodohan NAJIB yang amat disesali adalah apabila dia menghapuskan ISA dan OSA....paling paling paling bodoh.....

      ..kalau najib betul betul ikut cara dan contoh tdm dulu, tak bagi muka langsung pada laknat laknat pengkhianat, gunakan isa dan osa sepenuhnya...tak payah polis susah payah mcm sekarang ni.......

      tak payah cakap byk, bila byk songel...masuk dalam jadi sayur....akhirnya tengok....sampai sekarang org masih cium tangan tdm...

      bodoh betul najib, patutnya ikut jer lah cara TDM....baru org sayang!!

      Padam