Khamis, 6 Ogos 2015

Bubar Ajer La Pasukan Penyiasat..!


Kalau dah hampir semuanya di 'watak' kan sebagai sakit, bermasaalah malah lebih dahsyat lagi di fitnah sebagai berusaha dan berkomplot untuk menggulingkan kerajaan maka lebih baik di bubar sahaja la..! 

Duit derma punya pasal rosak susu sebelanga..! hilang kredebliti agensi dan individu berwibawa selama ini..! 

Pasukan khas 1MDB 'bersara' bersama Gani?

Pasukan khas pelbagai agensi yang menyiasat syarikat pelaburan negara 1MDB seperti terhenti tiba-tiba selepas penyingkiran Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara minggu lepas.

Sebelum ini, pasukan itu sentiasa mengemas kini perkembangan siasatan mereka selepas muncul berita menggemparkan terdapat RM2.6 bilion wang dimasukkan ke akaun Datuk Seri Najib Razak.

Ini diikuti dengan penangkapan berprofil tinggi melibatkan syarikat yang dikaitkan dengan aliran wang itu. Muncul juga spekulasi seperti ada reaksi balas berlaku setelah itu.

Pasukan itu diisi nama-nama besar termasuk Gani, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu bakar, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Bagaimanapun, selepas Gani digantikan dengan peguam negara yang baru pada 27 Julai, tiada lagi kemas kini daripada mereka.

Di pihak SPRM pula, Abu Kassim kini sedang bercuti manakala timbalannya Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berada di luar negara untuk tugas rasmi.

Difahamkan Shukri akan pulang minggu depan tetapi sumber memberitahu beliau akan menyambung dengan cuti selepas itu.

Polis sasar Zeti?

Malaysiakini juga difahamkan bahawa siasatan SPRM pada SRC International Sdn Bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan, menjadi tugasan terakhirnya sebalum bersara.

Abu Kassim dan Mohd Shukri (gambar) juga tiada ketika pegawai kanan suruhanjaya itu disiasat oleh polis bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan atas dakwaan terlibat aktiviti yang boleh menjejaskan demokrasi berparlimen.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa dokumen penting berkaitan siasatan SPRM telah dirampas.

Walaupun SPRM berikrar meneruskan siasatan pada SRC, difahamkan perkembangan terbaru ini ternyata mengecewakan mereka.

Sementara itu, Zeti juga dipercayai sedang berada di luar negara. Bank Negara bagaimanapun ketika dihubungi enggan mengesahkannya.

Dua anggota parlimen hari ini - Lim Lip Eng and Teo Kok Seong – hari ini menyerahkan surat kepada Bank Negara, mendesak bank pusat itu mengesahkan bahawa Najib pernah mengisytiharkan menerima RM2.6 bilion.

Mereka juga mahu tahu sama ada Zeti tidak berada dalam negara dan diberikan jawapan, Zeti masih bertugas.

Kemampuan Zeti dan Bank Negara menjalankan tanggungjawabnya dalam pasukan khas 1MDB itu menjadi tanda tanya memandangkan beliau sendiri mungkin disiasat polis susulan kebocoran maklumat sulit kewangan.

Pasukan tanpa pengasas?

Bank Negara menafikan penglibatan mereka.

Zeti bagaimanapun dinamakan dalam beberapa blog pro-BN sebagai sosok utama dalam dakwaan konspirasi untuk menjatuhkan Najib.

Pihak-pihak lain yang turut dinamakan sudah dirakamkan kenyataan mereka oleh polis. Dalam masa yang sama, Zeti juga kini dihamburkan dakwaan rasuah.

Sementara itu, walaupun kewujudan pasukan khas itu hanya diketahui orang awam pada 3 Julai, selepas The Wall Street Journal melaporkan aliran wang ke akaun Najib, ia mungkin telah wujud empat tahun lebih awal.

Gani pada perhimpunan bulanan Jabatan Peguam Negara pada Oktober tahun lalu berkata memulakan pasukan khas pada Mac 2011 bagi membantu kerajaan membanteras pelarian cukai kastam, pengubahan wang haram, rasuah dan salah guna subsidi minyak.

Beliau menjelaskan bahawa pasukan itu bukan agensi baru, tetapi kerjasama dengan pegawai-pegawai daripada pelbagai agensi demi membanteras penjenayah antarabangsa.

Walaupun pasukan khas 1MDB berkata Gani dirunding untuk pandangan undang-undang, jelas bahawa memainkan peranan sebagai anggota penting dalamnya sebelum ini.

Dengan semua perkembangan di atas, kemungkinan besar tiada maklumat kemas kini akan diketahui daripada pasukan itu dalam masa terdekat.


Siasat ikut selera ke? selera siapa?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Rupa rupanya semasa berita ini ditulis...kenyataan dari AG dan SPRM adalah seperti berikut..!

PETALING JAYA: Pasukan Petugas Khas yang dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak lagi wujud.
Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan yang dikeluarkan SPRM petang Rabu bagi menjelaskan pengumuman suruhanjaya itu pada 3 Ogos lalu yang dibuat tanpa melibatkan dua agensi lain yang menganggotai Pasukan Petugas Khas itu.
"SPRM membuat pengumuman tanpa melalui Pasukan Petugas Khas selepas dinasihatkan oleh Peguam Negara bahawa tidak perlu ada Pasukan Petugas Khas.
"Sebaliknya agensi-agensi penyiasat terbabit boleh menjalankan tugas mereka berdasarkan undang-undang masing-masing," menurut kenyataan itu.
Susulan arahan terbaharu ini, kata SPRM, tiga agensi berkenaan yang mempunyai pasukan petugas khas dalaman akan mengemukakan hasil siasatan masing-masing kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
"Pihak Peguam Negara akan membuat keputusan sama ada terdapat kes untuk didakwa di mahkamah ataupun sebaliknya," katanya.
DAN...
Pasukan Petugas Khas peringkat tinggi kerajaan yang menyiasat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kini dibubarkan dengan ketiga-tiga agensi utama diarah bekerja secara bersendirian, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam satu kenyataan hari ini, agensi anti-rasuah itu cuba meredakan kebimbangan yang ia mengeluarkan kenyataan berhubung wang RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun perdana menteri tanpa penglibatan pihak polis dan Bank Negara Malaysia (BNM), yang merupakan komposisi asal pasukan petugas yang diketuai bekas peguam negara Tan Sri Gani Patail .
"SPRM membuat pengumuman tanpa melalui Pasukan Petugas Khas selepas dinasihatkan oleh Peguam Negara Malaysia, tidak perlu ada Pasukan Petugas Khas. 
"Sebaliknya, agensi-agensi penyiasat terbabit boleh menjalankan tugas mereka berdasarkan undang-undang masing-masing," kata suruhanjaya itu. 

4 ulasan:

  1. Hmmm... kadang2 kita lupa, perlunya meminta pertolongan dari Allah. Bukankah Allah telah berfirman: “Mintalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan permintaan kamu.”.

    BalasPadam
  2. OI si BlogBANGANG - kalau kat Barat pun, PENGKHIANAT dalaman si KULI/ÈJEN Musuh-musuh Kerajaan/Negara takkan dibiaqkan! Dan rejim-rejimBarat pun akan MENUTUP dan MENAHAN tanpa bicara, mana-mana puak/NGO/media yg. disyaki atau dituduh TERORIS yg. menyebarkan maklumat PALSU terutamanya utk. MENIPU rakyat dgn. tujuan mencetuskan HURU-HARA dlm. NEGARA dan MENGGULINGkan PM dan K'jaan secara TIDAK demokratik!

    Jadi boleh MAMPOS putar belit lu oi blogBANGANG memanjang!

    Tak habis-habis nak MENGALIH perhatian dari isu sebenaq tentang SERANGAN bertubi-tubi puaka-puaka TERORIS-TERORIS PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNORASIS-ejen Barat/ZIONIS/FREEMASON-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH-no-1, yg. nak MENUMBANGkan YAB PM Bumiputera Islam/Melayu dan KERAJAAN di NEGARA ISLAM kita, serta hak dan identiti BUMIPUTERA Islam/Melayu kita ini!

    Lihat di http://alamijiwaparadox.blogspot.com/2015/08/yahudi-laknaktullah-hulur-bantuan-untuk.html

    YAHUDI LAKNAKTULLAH HULUR BANTUAN UNTUK JAHANAMKAN MALAYSIA!!

    Monday, August 03, 2015

    USAHA SEKUTU ISRAEL UNTUK PERALIHAN REGIM DI MALAYSIA DENGAN SALURAN DANA BERJUTA DOLLAR KEPADA PAKATAN RAKYAT

    1. "Premesh Chandran, Ketua Pegawai Eksekutif media portal Malaysiakini, adalah penerima dana daripada Open Society Foundation yang dibiayai oleh seorang Yahudi, George Soros. Portal Malaysiakini telah ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak USD100,000 yang dibiayai oleh Southeast Asian Press Alliance (SEAPA), satu lagi organisasi yang disyaki mempunyai kaitan dengan Jabatan Negara Amerika Syarikat."

    2. "Suaram, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang kononnya mempromosikan hak asasi manusia, mendapat kritikan hebat berkenaan dana pembiayaan dan struktur organisasinya. Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah melaksanakan siasatan ke atas syarikat Suara Inisiatif Sdn Bhd, sebuah syarikat yang berkaitan dengan Suaram, yang telah digunakan sebagai saluran untuk menyalurkan dana daripada organisasi luar negara pro-Israel iaitu NED."

    3. "Wartawan penyiasat bebas telah menemui beberapa surat yang telah ditulis oleh Anwar Ibrahim, dua daripadanya telah dihantar kepada Presiden NED, Karl Gershman, seorang Yahudi pro-Israel di Washington DC. Surat ketiga dihantar oleh Anwar kepada seorang lagi Yahudi iaitu George Soros untuk memohon kerjasama dalam firma yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim. Pengarah Komunikasi Pakatan Rakyat, Nik Nazmi Nik Ahmad telah mengesahkan kesahihan dokumen-dokumen tersebut."

    FOREIGN ATTEMPT FOR REGIME CHANGE IN MALAYSIA THROUGH CAMPAIGN FUNDING TO PAKATAN RAKYAT

    1. “Premesh Chandran, the CEO of the nation’s most prominent alternative media outlet, Malaysiakini, is a grantee of George Soros’s Open Society Foundations and launched the news organization with a $100,000 grant from the Bangkok-based Southeast Asian Press Alliance (SEAPA), another organization with dubious affiliations to the US State Department.”

    2. “Suaram, an NGO promoting human rights, has borne heavy criticism over its funding and organizational structure. The Companies Commission of Malaysia launched investigations into Suara Inisiatif Sdn Bhd, a private company linked to Suaram, and found it to be a conduit for money being used to channel funds from NED.”

    3. “Independent journalists have uncovered letters written by Anwar Ibrahim, two of which were sent to NED President Carl Gershman in Washington DC. A third letter was sent to George Soros, expressing interest in collaborating with an accountability firm headed by Ibrahim. Pakatan Rakyat’s Communications Director, Nik Nazmi Nik Ahmad, verified the authenticity of the documents.”

    Source: http://www.globalresearch.ca

    Nek Tempoyak.

    BalasPadam
  3. Dan baik SPRM buka juga balik kes Pulau TIOMAN cthnya di mana disyaki tanah kampung BUMIPUTERA Islam/Melayu diPAKSA jual dgn. amat MURAH kat si Pendatang KAPIRDAJAL termasuk SingaPORK dan si PENJILAT si PENGKHIANAT Kedah tu (yg. bukan main lagi begitu galak dok raikan majlis harijadi si PENGKHIANAT ni dgn. BETINA-BETINA omputih berkostum termasuk yg. berbaju-ala-puak-SYAITAN)!

    Sudah tiba masanya, para KETURUNAN penduduk kpg. Islam/Melayu kita termasuk di TIOMAN ini berhak dpt. KEADILAN dan PAMPASAN yg. sewajarnya!

    Dan lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini psl. si DALANG DUA MUKA PENGKHIANAT-no-1 di http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/08/warkah-buat-tun-mahathir-benarkah.html:

    Warkah Buat Tun Mahathir: Benarkah Vincent Tan Derma RM 400 juta Kepada @dapmalaysia?

    Amin Yatim, Wednesday, August 5, 2015

    Nek Tempoyak.

    BalasPadam
  4. nek tempoyak bangang..



    BalasPadam