Jumaat, 7 Ogos 2015

Ada Telur..!


Nak jadi pemimpin mesti ada keberanian..! sepatah kata orang mesti ada TELUR..!

Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menegur tindakan sesetengah blog pro Umno yang menghentam Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas beliau digugurkan dari Kabinet, menyifatkannya tindakan tidak bijak kerana ia membenarkan bibit perpecahan wujud dalam parti.
Tegas ketua Pemuda Umno itu, serangan demikian terhadap timbalan presiden parti itu mesti dihentikan.
"Sebagai ketua Pemuda Umno, saya berpendapat ini tindakan kurang bijak. Tindakan mengutuk beliau adalah tidak wajar. Kita tolak.
"Dan ia tidak mencerminkan budaya parti," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Katanya, bekas timbalan perdana menteri itu serta Datuk Seri Shafie Apdal – kedua-duanya antara yang digugurkan dari Kabinet minggu lepas – perlu dihormati kerana mereka masih memegang jawatan sebagai timbalan presiden dan naib presiden parti.

Tapi macam ada yang dah lama hilang telur...


Ketua Pemuda Barisan Nasional Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menyatakan persetujuannya yang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus memanggil perdana menteri tampil menjelaskan sumbangan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.
Katanya, SPRM mesti bertindak bebas dan bersetuju yang dengan mendapatkan penjelasan Datuk Seri Najib Razak, ia akan memberi gambaran yang lebih jelas berhubung kontroversi yang timbul.
"Kalau perlu keterangan perdana menteri sendiri untuk bantu siasatan supaya lebih menyeluruh. Ini bukti SPRM menjalankan siasatan tanpa 'fear or favour' (rasa takut atau menyebelahi mana-mana pihak)," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda BN di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini."Tindakan SPRM itu mestilah berterusan sehingga agensi bebas itu dapat membuktikan satu gambaran yang lebih jelas kepada rakyat Malaysia tentang apa sebenarnya yang berlaku," kata Khairy yang juga ketua Pemuda Umno.
Katanya, jika presiden parti itu perlu berbuat demikian untuk membantu SPRM menjalankan siasatan, rakyat boleh percaya yang tiada apa yang hendak disembunyikan dan siasatan itu bersifat telus.
pssstt...cuba raba...ada tak?

Lu Fikir La Sendiri!!!


3 ulasan:

  1. Tapi setakat ini majoritinya dah kena kasi!

    BalasPadam
  2. http://realpolitikasia.blogspot.com.au/2015/08/on-matter-of-us-681-million-donation-to.html

    BalasPadam
  3. Masuth ialah nama iblis yang ditugaskan menggoda manusia agar mencampuradukkan berita benar dengan palsu serta menimbulkan fitnah

    BalasPadam