Isnin, 3 Ogos 2015

Apabila CCTV Bersalah..!


Walaupun anda mempunyai kelengkapan penuh cctv dan bukti akan sesuatu kejadian jenayah...ianya nampaknya masih belum mampu lagi diangkat untuk dijadikan bukti..! malah kini, cctv tersebut pula yang disalahkan kerana diberitakan cctv berkenaan tidak mempunyai permit, lesen, kebenaran dan hak untuk mendedahkan sebarang bentuk jenayah..!

Rupanya ...cctv yang salah..!

Peduli la...sebab cerita cctv ni pun bukan berlaku didalam negara...khabarnya cerita berlaku di negeri atas angin..! negeri hembus, tiup dan kipas..!

Betul ker?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiga pegawai yang ditahan berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipanggil bagi menentukan bagaimana maklumat mengenai siasatan itu boleh terbocor, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga menteri dalam negeri berkata, polis serius menyiasat kebocoran itu hingga ke akar umbi, memandangkan ia diedarkan kepada laman web pemberi maklumat Sarawak Report dan media sosial.
Katanya, kerajaan turut memandang serius isu kebocoran itu kerana maklumat berhubung siasatan 1MDB digunakan untuk menjejaskan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Kami ambil isu kebocoran ini dengan serius dan polis akan menyiasat mereka secara profesional. Kami mahu menentukan bagaimana maklumat itu dibocorkan.
"Sama ada ia datang dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, Bank Negara atau polis sendiri,” Zahid memberitahu media di Kuala Lumpur hari ini.

3 ulasan:

  1. yang "dituduh" tak disiasat, tp yang "menuduh" plak ditangkap..?
    sepatutnya kedua2 di reman...pastu kalau ada kes, bawa ke mahkamah..
    Oooops..lupa..yg dah buat polis report tu camne..?
    senyap terus plak...tp yg buat report plak yg kena...camner crite ek..?
    Jawab je soklan2 yg ditanya tu dgn jujur samapai dah takde soklan nak ditanya lagi....abis crite
    Gerenti pastu, takkan ada apa2 spekulasi..

    BalasPadam
  2. Satu masa tu ada sorang pak lebai kita kata kamera tak leh jadi bukti kes zina pasal kamera tu besi tak leh cakap he he he!

    BalasPadam
  3. Secanggih-canggihnya dan sebesar-besarnya CCTV, pasti takkan berguna sekiranya ada manusia yang pengecut, kaki kipas dan tidak amanah pada tanggungjawab dan yang paling meyedihkan mereka ini lah sebagai pemimpin-pemimpin kita. Sungguh memalukan.

    BalasPadam