Ahad, 21 Februari 2016

Dah Ke Belum..?


Lamanya..! nak tunggu sampai bila?

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempersoalkan keengganan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyaman Wall Street Journal (WSJ) berhubung tuduhan terbaru yang dilemparkan terhadap syarikat terbabit.
Ketika berucap dalam majlis penyerahan sijil program tuisyen percuma di Taman Intan Duyung petang tadi beliau berkata, syarikat tersebut sepatutnya mengambil tindakan menyaman WSJ dan Pengarang Kewangannya, Ken Brown jika benar apa yang dilaporkan itu tidak betul.
“Apahal takut? Ambil tindakan dan saman. Bukan sebab suka-suka nak dia ambil tindakan, kita nak tahu apakah cerita ini betul.
“Selagi tiada tindakan, yang akan bermasalah ialah parti dan kerajaan kerana orang hilang kepercayaan..betul tak?" tanya Muhyiddin.
Malah, dengan nada sinis Muhyiddin berkata WSJ kini sedang menunggu tindakan saman terhadap mereka.
“Dulu dah kata nak saman, tak saman. Bila keluar berita tak betul tak saman. Orang sana dok menunggu. Dia kata bila kamu nak saman,” katanya.
1MDB sebelum ini pernah menyatakan mahu menyaman WSJ, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.
Pengarang kewangan WSJ Ken Brown dalam wawancara bersama ABC News Australia baru-baru ini mendakwa bahawa wang RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri bukan daripada keluarga Diraja Arab Saudi sebaliknya didakwa datang daripada pelbagai syarikat berkaitan 1MDB.
Ada malu..ada maruah..ada harga diri..tentu dah saman..!
Tapi kalau belum..???
Lu Fikir La Sendiri!!!

15 ulasan:

  1. nanti kena turun naik mahkamah..banyak pulak yg terbongkar nanti..baik jadi hero dlm malaysia je..hero di kalangan para pemakan dedak...

    BalasPadam
  2. Pepatah ada mengatakan bahawa BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH.

    Tindakan WSJ yang berterusan membongkarkan salah laku melibatkan 1MDB dan Najib membuktikan mereka di pihak benar, sebab itulah mereka berani membongkarkan itu dan ini.

    Tetapi Najib dan 1MDB sudah pastinya di pihak yang salah, sebab itulah mereka begitu takut untuk mengambil tindakan saman terhadap WSJ selama ini. Sebab Najib pun dah lebih 30 kali Selasa sejak Julai 2015, sampai sekarang tak berani nak saman WSJ, apa cerita?

    Tidak pernah terjadi di dalam sejarah negara ini maruah kerajaan dan maruah Malaysia menjadi taruhan oleh pemimpin yang sanggup menggadaikan maruah negara kerana kepentingan nafsu serakah sendiri. Tapi di zaman Najib ini, maruah negara digadikan, harta negara digadaikan, habis semua nak digadaikan kerana kepentingan nafsu serakah peribadi Najib.

    Kalau Tunku Abdul Rahman digelar Bapa Kemerdekaan,

    Tun Abdul Razak digelar Bapa Pembangunan,

    Tun Hussein Onn digelar Bapa Perpaduan,

    Tun Dr. Mahathir digelar Bapa Permodenan,

    Tun Abdullah digelar Kaki Lena,

    Najib pula digelar Bapa Pelingkup Negara merangkap Kaki Songlap Wang Negara, habis semua nak dipelingkup, negara mendapat malu kerana perbuatan jenayah Najib, harta negara dijoli oleh Najib seperti harta peribadi Najib pula.

    Selamatkan negara ini demi perjuangan Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan cabar kesabaran saya, amaran najib kepada musuhnya.

      Padam
    2. Dah dicabar sedemikian rupa pun Najib takut nak saman WSJ, malahan kalau WSJ buat surat kepada Najib dan minta Najib saman WSJ pun, saya pasti Najib akan takut nak saman juga.

      Biasalah WSJ berani memberi kenyataan kerana mereka yakin kenyataan mereka itu adalah benar berdasarkan bukti yang mereka ada.

      Najib pula akan terus takut untuk saman WSJ walaupun WSJ menghantar surat kepada Najib supaya saman WSJ sekalipun. Sebabnya Najib takut dengan kebenaran, Najib takut dengan kesalahan-kesalahan yang dia dah buat, sampai ke sudahlah Najib tak akan berani saman WSJ, dah lebih 30 kali Selasa sejak ancaman oleh peguam Najib untuk saman WSJ, tapi sampai sekarang haram langsung tak ada apa-apa saman pun dari Najib terhadap WSJ, terkini WSJ cabar lagi Najib dengan pendedahan di media televisyen, Najib terus takut, sebab ada benda yang nak disorokkan oleh Najib, iaitu kesalahan yang dia dah buat selama ini, itu yang ditakuti oleh Najib jika perkara ini di bawa ke mahkamah. Sudah tentu kebenaran akan terbongkar kelak.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  3. Najib kata, KESABARANNYA ADA HAD.....KIHKIHKIH
    Apasal tak saman WSJ yan gsah-sah mencabar had kesabarannya.
    Yand dia berani cuma mengutuk pemimpin-pemimpin dalam negara
    yang mengkritiknya. Orang luar kutuk, dia je - Wak SABARRRRRR.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam amaran oleh sepupunya, asyik amaran itu ini sampai ke sudah tak ada tindakan, sampaikan pengganas Kiram menceroboh Lahad Datu pun amaran lagi, itu sahajalah yang termampu.

      Najib pula dulu kata dia pahlawan, jangan main-main dengan dia, kini jangan cabar di pula, lepas ni apa lagi ayat putar alam yang nak dicanang oleh Najib?

      Sudahlah Najib, rakyat dah tak percaya kepada kamu, kamu banyak sangat membohong, derma ke UMNO, derma dari keluarga diraja Arab Saudi, tapi sampai ke sudah tak ada bukti pun itu derma untuk UMNO, sebabnya semuanya masuk akaun kau dan kau pandai-pandai 'pulangkan' RM 2.03 bilion wang itu kepada 'penderma' itu, ahli-ahli UMNO pun tak tahu, apa sekarang ni harta UMNO dah jadi harta peribadi Najib ke? Bila tukar perlembagaan parti? Pasal apa ahli-ahli tak tahu menahu pun pasal pemulangan wang itu?

      Cer citer, Nek Tempoyak mungkin tengah bertapa di dalam jamban untuk meningkatkan kuasa jurus maki hamunnya selepas ini, dah lama tak nampak komen Nek Tempoyak di sini.

      Selamatkan negara ini, sokong UMNO dan Barisan Nasional, tolak Najib dan kuncu-kuncu, sedarlah UMNO dan Barisan Nasional adalah wadah rakyat untuk kemajuan negara ini, tetapi Najib dan kuncu-kuncu adalah penyamun yang melingkupkan negara ini dengan mempergunakan UMNO dan Barisan Nasional, mari kita teruskan perjuangan, jangan takut dengan Najib, Najib bukannya tuhan, dia penyamun, mari kita terus menentang Najib habis-habisan untuk menyelamatkan negara ini dan untuk pertahankan hak kita.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  4. Cik minah 5.36,

    Zahid hamidi pula mengkagumi kesabaran luar biasa, diluar jangkauan yang dimiliki oleh Najib.

    Bagaimana pula tu?

    Adakah najib punyai kesabaran atau kebodohan luar biasa?

    Cer tanya najib 15 - 9 = ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Layar dikembangkan...sauh dilabuhkan....BM FAIL

      15-9 = ? MATH pun FAIL

      Nothing to hide tukar jadi i am hiding ...BI FAIL jugak (tak faham bi kot)

      BANGANG kan? Macam pemakan2 dedak dia jugak... Hehehe

      Padam
  5. Keputusan mulut AG hanya untuk rujukan rakyat Malaysia dan atau senada dengannya. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
    Ken Brown seperti dah faham dengan rules of najid.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kini kedaulatan undang-undang dah ditukar kepada kedaulatan nafsu serakah Najib dan kuncu-kuncunya, keluhuran perlembagaan dah ditukar jadi kepuasan nafsu serakah Najib dan kuncu-kuncunya, inilah Rukun CASH IS KING yang menjadi ikutan pecacai Najib sekalian, tabur dedak terus berkerumun tak tentu hala sokong Najib tanpa peduli betul atau salah, pakai hentam sokong sahajalah, sebab itulah dalam sesuatu itu ada berpuluh-puluh alasan merapu yang berbeza yang dijadikan jawapan.

      Selamatkan negara ini demi perjuangan Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  6. Hahahaha bapa pelingkup negara atau bapa penyamun negara....
    Hahahaha

    BalasPadam
  7. Pemakan dedak akan cakap...buang masa buang tenaga je turun naik mahkamah...

    Orang takde maruah..takde harga diri dan hanya di pihak yang salah sahaja yg bagi alasan macam tu..

    Lusa selasa lagi kan? Adakah lusa merupakan hari Selasa yang dinantikan? Kah kah kah

    BalasPadam
  8. Sedih pula tengok nasib si Najib sekeluarga menjadi bahan maki hamun dan cacian sekalian rakyat Malaysia. Malah ada juga pendatang haram jadah yang berniaga di Malaysia yang ringan mulut keji Najib sebagai penyebab harga barang runcit di Malaysia ini naik melambung. Pendatang Haram jadah nie ingat dia kat tempat asal dia boleh hidup senang lenang dan cukup makan keee??? Kalau betul dia orang tidak hidup miskin hina dina tak cukup makan, mustahil sanggup susah payah berharam jadah mencuri masuk cari rezeki di bumi Malaysia. Malangnya kerajaan ini juga yang nak bawa masuk lagi ramai kaum pendatang yang tidak sedar diuntung. Kasihan Najib dan barisan cabinet beliau. Seikhlas hati kami rakyat Malaysia tak kira parti politik bermohon kepada beliau agar kembali ke pangkal jalan dan insafi segala kesalahan yang telah dilakukan baik secara sengaja mahu pun tidak. MOga berkat kasih sayang Illahi maka bumi Malaysia akan kembali aman damai dan terus maju jaya. Aamiin.

    BalasPadam
  9. Demi maruah Bangsa dan Negara....

    Syarikat berkenaan seharusnya mengambil tindakan menyaman WSJ.

    Jangan dibiarkan ianya terus hancing dan membusuk.

    HISUP MELAYU.

    BalasPadam
  10. Dakwaan WSJ ini serious serta sangat memalukan PM dan Malaysia. Turut diperkatakan di seluroh dunia. Tapi malangnya kerajaan, PM, AG dan menteri2 tidak terasa malu dengan dakwaan ini. Kenapa tiada saman dibuat sehingga kini:
    1. adakah memang PM dan menteri2 tiada rasa malu kepada dunia
    2. adakah kerana memang dakwaan tersebut benar

    BalasPadam