Selasa, 25 Ogos 2015

Usul Pemuda Minta Najib letak Jawatan Akan Diangkat Ke Muka Najib..!


Ini bukan ampu..! ini namanya bodek..!

Tapi Pemuda UMNO bikin panas jer pepagi ni..!

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Pemuda Umno akan memohon untuk berjumpa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyerahkan usul yang telah dicapai dalam kesemua Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia termasuk usul tergempar Pemuda Umno Bahagian Tampin yang sebulat suara menerima dan meluluskan usul meminta Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

"Perkara tersebut(usul tergempar) hanya datang daripada satu cawangan dan telah dimaklumkan kepada Presiden bahawa usul tersebut tidak dirancang oleh Pemuda bahagian.

"Tetapi semua ini akan dibawa ke perhatian Presiden," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno sebentar tadi.

Menurutnya, perjumpaan itu dijadual diadakan selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno selesai.

Beliau berkata, usul daripada semua bahagian Pemuda itu akan diserahkan kepada Najib bagi menjelaskan pendirian dan pandangan di peringkat akar umbi.

"Kesemua usul ini tidak akan ditapis dan akan diserahkan kepada presiden supaya tindakan segera dapat diambil terhadap kerisauan dan keresahan yang dialami pemuda di peringkat akar umbi," katanya.

Katanya, hanya tinggal sembilan daripada 182 bahagian yang masih belum bermesyuarat.

Sementara itu, dalam mesyuarat yang sama, beliau berkata, Pemuda Umno telah mencapai beberapa ketetapan antaranya adalah mahu isu besar seperti 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana politik diselesaikan segera.

"Kami telah ambil ketetapan bahawa isu tersebut perlu diselesaikan dengan segera dan kita akan bagi masa supaya ia dapat diselesaikan melalui proses siasatan yang telah berjalan.

"Kami juga telah ambil ketetapan untuk terus kukuhkan parti walaupun dalam keadaan berdepan dengan pelbagai cabaran dan yakin kemelut tersebut dapat diselesaikan," katanya. sumber.

Macam gambar kat atas tu..! dia orang pakaikan bunga malai sebegitu kerana Najib memang seronok di ampu..! seorang sahabat SB kata Najib hanya suka mendengar cerita yang muluk muluk..! cerita yang dia suka dengar..! bukan sebaliknya..! 

Agak agak masa Najib dilambung Pemuda tempohari tentu dia tergolek golek seronok kan..! Sekarang ada rasa nak tergolek tak?

Lu Fikir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. Sebab suka diampulah yg dia tak dengar cerita hakikat yg sokong terhadap UMNO jatuh merudum dan mungkin kalah pada PRU14 nanti.

    BalasPadam
  2. Turunlah Najib.... jangan jadi liabiliti pada parti,bangsa dan agama !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sangat setuju. Najib sudah menjadi Liabiliti pada Negara.
      Tidak pernah dalam sejarah Perdana Menteri Malaysia mendapat derma dan dikaitkan pulak derma tersebut dengan UMNO dan lain-lain perkara yang tidak masuk akal.

      Padam
  3. ahjibgor dipilih secara demokrasi. dipilih secara pilihanraya. tidak akan turun kerana rakyat yang pilih. tapi masa tun lah didesa turun, tak ada pulak mulut ahjibgor pertahan jawatan tun lah yang dipilih rakyat secara demokrasi.

    BalasPadam
  4. Ada makna tu.....

    BalasPadam
  5. DAP dalam diam dah daftar ratus ribu prngundi muda. PEMUDA UMNO buat ape ? pemuda BN buat ape ? sibuk kejar tender ? malu nak buka meja dikaki lima ? atau sibuk nak pegi pemilihan ? sibukan diri cari dahan.....ye la......mana tau najib bungkus...... tak kiralah najib ke...tsmy ke...madey ke....kalau BN bungkus.....nganga la korang. nyerongin jer tengok orang lain plak. bergaduh la lagi.....1mdb entah kemana. tukang kecoh pun entah kemana......
    NYERONGIN JER LA NANTI........

    BalasPadam