Sabtu, 2 April 2016

Peluang Buktikan Kebenaran..!


Berani kerana benar..! jangan hanya tahu menafi dan menafi..! bawa segala dokumen..! 3 lori fail pun rakyat tunggu untuk membuktikan bahawa kamu benar..! Ini masanya..! Jangan lari menyorok pulak..!

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Tengku Sariffudin Tengku Ahmad adalah antara mereka yang akan disepina dalam saman Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasance dalam jawatan awam.
Plaintif bersama Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata demikian, selepas kenyataan Tengku Sariffudin semalam mempertahankan Najib berhubung berbilion ringgit derma yang diterima olehnya.
"Insya-Allah, saya akan sepina Tengku Sariffudin supaya dia boleh menunjukkan bukti terperinci untuk mempertahankan bosnya, pahlawan Bugis, di mahkamah.
"Tengku Sariffudin adalah kawan lama saya sejak di UiTM Shah Alam dan saya ucapkannya semoga berjaya," kata Khairuddin dalam satu kenyataan.
Dr Mahathir, Khairuddin dan Ainina Saadudin memfailkan bersama saman untuk mengisytiharkan Najib melakukan tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalah-gunakan kedudukannya.
Semalam, Tengku Sariffudin menyerang Wall Street Journal kerana menyiarkan laporan yang menyatakan bahawa Najib menerima sekurang-kurangnya AS$1 bilion daripada pelbagai sumber, dan membelanjakan sekurang-kurangnya AS$15 juta untuk membeli-belah, percutian dan barangan kemas.
Tengku Sariffun berkata akhbar Amerika itu berterusan dengan laporan berat sebelah, walaupun terdapat surat yang membuktikan bahawa Najib bercakap benar kerana takut berasa malu.
Najib sebelum ini berkata beliau menerima sumbangan besar tanpa sebarang syarat daripada ahli keluarga diraja Arab Saudi dan menafikan menggunakan wang rakyat untuk kegunaan peribadi.
Surat bertarikh 1 Nov, 2011 dari pejabat peribadi Saud Abdulaziz Majid al Saud itu telah diterbitkan oleh Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) pada Selasa lalu.
Kertas takkan mampu membungkus api..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. Ak ah... Ye lah... Mohd Najib bercakap benar... Memang dia mengaku terima derma peribadi dari Tok Arab. Tok Arab beri derma ikhlas, Mohd Najib pun terima dgn ikhlas jugak.

    Lepas tu apa dah jadi dgn derma peribadi yg ikhlas tu? Dia HANTAR balik??? Guna sikit saja? Utk PRU13 atau keperluan peribadi atau utk tingkatkan syiar Islam atau utk bantu rakyat miskin atau atau atau...

    Atau dia diamkan saja, biar siapa pun tak tau. Itu kot agenda peribadi dia sejak terima derma Tok Arab tu? Dia sendiri dah terlupa agenda tersembunyi dirinya itu, sebab itu lidah dia berbelit2 tak tahu macam mana nak cerita dgn rakyat.

    Tapi pandai pulak dia tuduh TDM ada agenda peribadi nak jatuhkan dia. Apa sebab agaknya TDM nak buat semua itu? Tak logik pulak sebab nak lonjakkan Mukhriz jadi PM. Pasal apa nak susah2 diri di waktu dia dah mula nyanyok ni. Masa dia mula pegang jawatan PM lagi dia dah boleh tarik Mukhriz duduk bawah ketiak dia. Lepas 22 tahun, Mukhriz dah boleh ganti. Masa dia tolak Anwar dulu pun boleh, lepas tolak Musa Hitam pun ada peluang. Tapi TDM tak buat. Mukhriz mula aktif lepas dia pencen. Cerita simple macam ni pun Annuar Musa tak boleh fikir, tak boleh ingat, tak boleh faham...

    Sekarang ni semua jurucakap Mohd Najib dah bau najis. Tak ada rakyat nak percaya kecuali umat UMNO yg dah diperintah tunduk dan angguk saja...

    Kesyiannn...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..

    Syabas & tahniah menangkis penghinaan mereka terhadap seorang tua yg banyak berjasa tak kenal lelah walau telah di ujung usia. Salam perjuangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam dan salam perjuangan,

      Semoga TDM terus sihat dan gigih bersama kita, beri kita semangat utk terus berjuang. Perjuangan UMNO semakin kabur, tetapi perjuangan kita demi agama bangsa dan tanahair semakin jelas. Alhamdulillah.

      Dan insyaallah kita akan berjaya.

      Padam
  3. Najib mempunyai ramai setiausaha...kenapa ramai sangat? Sebab dia bodoh, cuba tanya dia 15-9=?

    BalasPadam
  4. Cuba tanya dia najis mughallazah tu apa...
    Soalan budak sekolah rendah pun dia tk tau jwb.

    BalasPadam
  5. ..nampaknya demam pemakan pemakan dedak tak kebah lagi.. tak larat nak angkat jari menaip komen komen 'bernas' sekelas hampas..

    BalasPadam