Isnin, 5 Januari 2015

Apa Hal Dengan Khaled Nordin Ni..!


Pemimpin tak perlu resah gelisah, tak perlu gundah..! Ambil keputusan segera yang pastinya bermanfaat kepada rakyat..! Itu namanya bijak dan berani..!

Tindakkan Khaled ini juga jelas telah menutup mulut sesetengah pihak yang selama ini bersangka buruk kepada pihak Istana Johor..! 

Tentunya keputusan Kerajaan Negeri yang dikemudi oleh Khaled telah mendapat perkenan dan restu dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan..! Tak gitu?

Maknanya pihak Istana dan pihak Kerajaan Negeri sentiasa bersama dalam membuat keputusan yang menjaga kepentingan rakyat dan negeri..! 

JOHOR BAHARU, 4 Jan (Bernama) — Keputusan membekukan aktiviti pembalakan di hutan simpan kekal (pengeluaran) di seluruh negeri ini mulai tahun ini bukan setakat bertujuan mengelakkan bencana banjir semata-mata.

Malah, langkah ini demi menjaga dan mengawal segala aktiviti pembalakan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Kita buat demikian bukan kerana banjir (semata-mata) tetapi kita sudah menjangkakan awal (kesan-kesan yang bakal dihadapi melalui aktiviti pembalakan),” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau merasmikan misi bantuan sukarelawan pasca banjir Muafakat Johor oleh Sukarelawan Johor Darul Ta’zim ke Pantai Timur, di sini hari ini.

Semalam, Menteri Besar menerusi laman Facebook rasminya berkata kerajaan tidak akan membenarkan sama sekali hutan simpanan kekal di negeri itu diusik, selain membanteras sekeras-kerasnya pembalakkan haram.

“Laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku pembalakan haram. Demi masa depan anak cucu kita. Jadikan pengajaran semalam pedoman untuk hari esok,” katanya.

“Usaha ini dilaksanakan untuk memulihara, melestari dan membangunkan alam sekitar yang menjadi warisan paling berharga untuk generasi pewaris. Inilah satu-satunya pilihan yang kita ada,” katanya dalam laman berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled berkata unit Sukarelawan Johor Darul Ta’zim yang mempunyai seramai 13,000 ahli berdaftar sehingga kini, akan dilancarkan oleh kerajaan negeri dalam masa terdekat.

Beliau berkata unit itu diwujudkan untuk menggerakkan aktiviti kesukarelawan, yang antara lain melibatkan pemuliharaan alam sekitar, kebersihan, kesihatan serta menangani wabak penyakit.

“Selain itu, apabila berlaku bencana banjir, kumpulan ini boleh digerakkan untuk membantu mangsa banjir,” kata Mohamed Khaled.

Terdahulu, lima tan barangan keperluan asas bernilai RM130,000 akan diagihkan kepada 1,200 buah keluarga di Pantai Timur mulai hari ini hingga Rabu (7 Jan). Ia akan diagih oleh seramai 200 sukarelawan terlibat di daerah Kemaman (Terengganu) serta Tumpat dan Kuala Krai (Kelantan).

Sukarelawan juga akan turut serta dalam kerja-kerja pembersihan kemudahan awam seperti sekolah, surau dan masjid.

– BERNAMA

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan