Isnin, 5 Januari 2015

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Ke 5..!

DAULAT TUANKU..!

JOHOR BAHARU: Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden akan diadakan di Istana Besar Johor pada 23 Mac ini, kata Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli.

Beliau berkata bersempena kemahkotaan itu, Sultan Ibrahim turut berkenan memberi gelaran baharu kepada isteri baginda Raja Zarith Sofiah Sultan Idris sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini.

Beliau berkata 23 Mac juga diumumkan sebagai cuti umum bagi negeri Johor tahun ini, untuk memberi peluang kepada rakyat agar sama-sama meraikan hari kemahkotaan tersebut.

"Bagi menyerikan istiadat kemahkotaan itu, sekurang-kurangnya sembilan istiadat yang berlainan tetapi berkaitan akan diadakan bermula 16 Mac ini dan sambutan dijangka berlangsung selama tiga bulan," katanya kepada pemberita di Pejabat Jumaah Majlis Diraja Johor, di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Datuk Abdul Latiff Yusof.

Abdul Rahim berkata istiadat kemahkotaan itu amat istimewa memandangkan kali terakhir istiadat itu diadakan adalah pada 55 tahun yang lepas.

"Istiadat kemahkotaan tuanku adalah eksklusif tetapi mengandungi ciri-ciri yang pernah diperlakukan dalam istiadat sebelumnya bagi mengekalkan dan memperkayakan budaya istana," katanya.

Beliau berkata kali terakhir istiadat kemahkotaan diadakan ialah pada 10 Feb 1960 ketika Almarhum Sultan Ismail Sultan Ibrahim dimahkotakan.

Sempena istiadat itu, Abdul Rahim berkata setem pos yang direka khas untuk kemahkotaan dalam denominasi 60 sen, 80 sen dan RM1 serta sampul surat hari pertama kemahkotaan akan dicetak dan dijual oleh Pos Malaysia mulai 23 Mac.

Medallion emas bersempena kemahkotaan itu juga akan dijual oleh Bank Negara, katanya.

Lebih 30,000 rakyat dijangka menyaksikan istiadat kemahkotaan yang akan disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen terpilih dan juga skrin besar di Dataran Bandaraya Johor Baharu, katanya.


LU FIKIR LA SENDIRI!!!


2 ulasan:

  1. Salam.

    Melihat kepada scenario keadaan banjir di Kelantan yang melibatkan 9 Jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tumpat, Tanah Merah dan Kota Bharu dengan tempat terjejas teruk seperti Manek Urai, Latarek Luloh, Dabong dan banyak lagi.Rata-rata, rakyat Kelantan drp kawasan banjir ini sekarang "Menangis Tidak Berlagu", "Termenung Mereka sendiri akan Masa Depan Yang amat Kelam", akan tetapi harapa yang sekian lama diletakkan dan dibanggakan ke atas Para Pucuk Pimpanan PAS berbagai Peringkat, hanyalah seperti pegar memakan padi.

    Para Pemimpin PAS sungguh pandai bermain kata-kata, menunding jari kesana kemari, tanpa memperdulikan apa nasib mangsa banjir. Segolongan mereka yang digelar Ustaz, Ulama, Alim Agama iniyang rata-rata memiliki Sejemput Janggut di Dagu ini, menunjukkan kedangkalan tahap keImaman masing2.. Mereka yg digelar beriman ini, mula menunjukkan sikap dan tamak haloba, ego, bongkak dan sombong terlampau apabila mereka-mereka ini mengeluarkan kata-kata yang tiada satu pon yang dapat menghilangkan kegusaran, menghapus penderitaan, apatah lagi bersimpati dengan musibah banjir yang melanda.Jauh sekali mereka ingin atau mahu memohon maaf di atas kedhaifan dan kurang cekapan mentadbir urus musibah banjir, malah mereka mengemukan pelbagai alasan seolah lari drp tanggungjawab dan tiada pon sifat mahu muhasabah diri.. Ini ker Islam Pas???

    Sudah dinyatakan bahawa Kerajaan pusat jugaklah yang akan mengeluarkan danan sebanyak RM52.5 juta mungkin lebih untuk membina kembali rumah-rumah yang di hanyutkan airbah yang deras dan laju. Tetapi jumlah ini akan naik sekali ganda, mungkin berganda-ganda, apabila diwartakan semua penempatan di perairan sungai tidak selamat di diami, maka akan berdondong-dondong lagi yang akan merayu memohon bantuan perumahan drp Kerajaan.

    Masalah Utama yang menyebabkan Air Bah Laju dan Deras naik mendadak di kawasan 9 Jajahan tersebut adalah keranan kerakusan Pihak Pentadbiran Negeri Kelantan di Bawah Kerajaan PAS dalam memberikan sejumlah 4,000 hektar tanah kpd Jahanam Bga dan Ngeh Bersaudara drp DAP, yg mana secara fizikalnya boleh dilihat kekayaan mereka bertambah selepas projek balak & tanah diperolehi drp Kerajaan Pas Kelantan..

    Anak-anak Kelantan diSERU agar menuntut Pembentangan dan penjelasan drp Kerajaan Kelantan:

    1. Berapakah Hasil Kerajaan Pas perolehi daripada Hasil Penjualan Balak & Tanah di kawasan terbabit?

    2. Siapakah yang bertanggungjawab memberikan kelulusan ke atas aktiviti pembalakkan tersebut?

    3. Apakah pemberian ini mengikut prosedur dan tatacara urusan Tanah Kelantan?

    4. Kemanakah Wang Hasil Penjualan Balak dan Tanah dibelanjakan.

    5. Jika sekiranya di Selangor, MB Azmin Ali menuntut semula pembayaran balik wang sejumlah RM2.6 juta yang dikatakan dibayar dengan tidak mengikut peraturan dan prosedur tertentu...APAKAH boleh Anak-Anak Kelantan mendesak Kerajaan PAS menuntut ganti rugi drp DAP Bangsat Nga & Ngeh Bersaudara ke atas kerugian yang mereka alami akibat drp Banjir Besar melanda. Ini adalah Hak Mereka sebagai Rakyat yang tertindas dan teraniaya akibat drp Kerakusan DAP Bangsat meneroka dan membotakkan kawasan Tadahan Hujan.

    6. Rakyat Kelantan kesemuanya mestilah bangun menuntut Hak dan Kebenaran drp Kerajaan Pas Kelantan.. Kalau Hak sendiri pon tak mampu dibela, jangan harap Banjir seperti ini tidak berulang kerana Kerajaan Pas akan memberikan lebih banyak kawasan Balak demi untuk mendapatkan DANA PILIHANRAYA ke 14.

    Apakah Rakyat Kelantan "THE RED WARRIOR" ini betul-betul berani? atau hanya gah pada slogan saja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan saudara amat baik dan perihatin...Apakan daya mencurah air didaun keladi... Benda yg bukan hak dituntut habis habisan.. Tapi hasil balak yg terang terang keluar dari bumi sendiri... menjadi bingong.. Inilah tarbiah assobiah yg bertopingkan agama.. amat kesal... Saya seru anak anak kelantan yg cerdik dan minda terbuka... bangkitlah dan sedarkanlah rakan ..sahabat... sedara mara yg masih dibuai perspective yg silap dan bukan asas akar umbi rakyat... CELIK LAH mOGA ALLAH MEMBUKA HIDAYAH ..In Syaa allah.

      Padam