Sabtu, 3 Januari 2015

Keperluan Menghidupkan Kembali Akta I.S.A..!


Semakin banyak berita liar yang tersebar menggangu keharmonian hidup rakyat..! Hanya ISA yang boleh mengekang sebarang unsur subversif yang mampu mempeorak peranda keamanan hidup rakyat dan kesejateraan negara..!

Kerajaan perlu berani mengambil tindakan menghidupkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri..!  Mencegah lebih baik dari mengubati..! contohnya...

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) — Kementerian Pendidikan hari ini menafikan penyebaran berita palsu di media sosial berhubung penangguhan permulaan sesi persekolahan 2015 selama sebulan.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata penangguhan itu hanyalah selama seminggu.

Dalam kenyataan di sini, beliau berkata sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor ialah 11 Jan (Ahad) dan 12 Jan (Isnin) bagi negeri-negeri lain.

“Kementerian Pendidikan telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap mereka yang menyebar berita palsu ini,” katanya.

Khair turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang berita yang disebarkan melalui media sosial.

Mereka sebaliknya boleh merujuk kepada laman-laman berita rasmi atau menghubungi terus Kementerian Pendidikan, katanya.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengumumkan Kementerian Pendidikan bersetuju menangguhkan permulaan sesi persekolahan 2015 selama seminggu dari tarikh asal iaitu 4 dan 5 Jan 2015 mengikut negeri-negeri berkaitan, susulan bencana banjir.

– BERNAMA

Mengembalikan ISA tidak akan menyebabkan BN hilang kuasa dalam pilihanraya..! majoriti rakyat mahukan keamanan dan kemakmuran hidup bernegara..!

Tegas dan berani kerana benar..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. MALANG NYA KERAJAAN YG ADA HARI BERPENDAPAT SEBALIK NYA!! MANA YG RAKYAT MAJARITI MELUAT DAN MENYAMPAH YG TU DEMA SUKA BUAT DAN LAKSANAKAN!!

    BalasPadam