Ahad, 4 Januari 2015

Najib Kena Buang Omar Takde Ong Ni..!


Sudah banyak kali sangat nama Omar Ong ni diungkit dan diperbualkan..! Omar Ong diberitakan terlalu berkuasa dalam mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh Najib.

Hakikat yang Najib perlu tahu bahawa ramai orang politik termasuk Ketua2 Bahagian yang menyatakan sokongan kepadanya tetap memperkatakan sesuatu yang cukup tidak sedap didengar apabila berkait dengan nama mangkuk Omar Ong diatas..!

Najib kena semak semula fungsi dan keberkesanan para punahsihat yang berada di sekeliling beliau..! Segala kecaman yang Najib terima hari ini sebenarnya datang dari idea para punahsihat yang langsung tidak mencerminkan diri Najib sebenar sebagai pemimpin Agama, Bangsa dan Negara..!

Setakat idea nak mengumpul 10-20 ribu orang bagi menyatakan sokongan kepada Najib dan selesai apabila majlis berakhir tidak akan mengubah stigma yang sudah membarah..! Ngabiskan beras ada ler..!

Idea dan tindakan kerajaan yang rakyat mahukan..! bukan sokongan sekadar mahu membuktikan siapa boleh bawa bas paling banyak dan penyokong paling ramai..!

Ikhlas ke tidak nak membantu Najib? Kalau ikhlas kena lah membantu kepimpinan kerajaan kembali segar dan terus berpengaruh..! 

JJ buat apa tu...?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan