Sabtu, 3 Januari 2015

30 Mangsa QZ8501 Dijumpai Setakat Jumaat..!


KUALA LUMPUR: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 telah menjumpai 30 mayat di kawasan Kalimantan Tengah, setakat Jumaat, iaitu hari ke-enam operasi itu.


Jakarta Postmelaporkan, Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas), Bambang Soelistyo berkata diantara 30 mayat itu, 10 telah diterbangkan ke Surabaya, empat masih berada di Pangkalan Bun, lapan berada atas dua kapal yang berasingan dan lapan lagi sudah pun berada di Surabaya.



MetroTVpula melaporkan, Bambang berkata dua mayat yang dijumpai hari ini, masih terikat dengan kerusi penumpang.



Di dalam laporan AFP,Bambang berkata operasi pada Jumaat memfokuskan 1,575 batu nautika persegi, dengan 29 kapal dan 17 pesawat mencari di kawasan operasi.



"Terdapat dua tugasan penting, pertama untuk mencari bahagian badan pesawat yang paling besar.



"Kedua, mencari lokasi kotak hitam, atau perakam pesawat, yang akan dilakukan oleh Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, yang memulakan kerja mereka hari ini."



Ketua jawatankuasa itu memberitahu AFPbahawa 40 penyelam, termasuk 20 pakar laut dalam, tiba Jumaat dari Rusia untuk membantu operasi itu.


QZ8501
Pegawai Indonesia mengangkat keranda yang mengandungi jasad mangsa nahas penerbangan AirAsia QZ8501 di Pangkalan Bun sebelum dibawa ke Surabaya pada Jumaat. - Foto AFP/Adek Berry

Sementara itu, ombak setinggi empat hingga lima meter selain angin selaju 25 knot serta keadaan awan berubah-ubah menyukarkan lagi pasukan SAR, yang diketuai Indonesia, dalam usaha pencarian mereka.


Seorang jurucakap pasukan pusat pengecaman mayat mangsa nahas (DVI) memaklumkan, mereka menghadapi masalah mengenal pasti identiti satu mayat lelaki yang dibedah siasat kerana cap jarinya rosak dan tidak padan dengan maklumat dan data dalam simpanan yang ada.



Sehingga kini, 107 daripada 162 waris dan anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat QZ8501 telah menyerahkan sampel DNA untuk membantu proses identifikasi.



Pesawat Airbus A320-200 itu berlepas dari Surabaya pada 5.20 pagi Ahad lalu dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada 8.30 pagi hari sama.



Kali terakhir pesawat itu berhubung dengan menara kawalan trafik udara Jakarta pada 6.12 pagi waktu Indonesia.



Lu FIkir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan