Sabtu, 8 Ogos 2015

Hentikan Serangan Ke Atas SPRM ~ Pemuda UMNO..!


Setuju...


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendesak agar intimidasi serta tindakan yang diambil ke atas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dihentikan segera.


"Saya harap tindakan seperti ini (pertukaran pegawai kanan SPRM) dapat dihentikan segera dan intimidasi terhadap SPRM mesti berhenti. Saya tak boleh terima serangan terhadap institusi seperti SPRM.

"Pemindahan pegawai-pegawai ini saya lihat sungguh pelik dan sangat mengecewakan seolah-olah ada intimidasi yang terancang terhadap SPRM yang bagi saya melemahkan institusi kita," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia di sini, hari ini.

Tambahnya, tindakan yang diambil terhadap SPRM sebelum ini bukan sahaja melemahkan institusi berkenaan malahan mampu melemahkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Kata beliau, sekiranya tindakan sebegini diteruskan, kepercayaan rakyat terhadap institusi dan juga kerajaan akan jadi lebih teruk daripada apa yang ada hari ini.

"Saya difahamkan pegawai dipindah itu adalah pegawai yang mungkin kesalahan dia hanya menerima kunjungan daripada parti pembangkang.  Lepas tu esok harinya dipindah.  Bagi saya itu adalah sangat-sangat tidak adil.

"Kita kena jaga institusi. Jangan kerana kita nak ada agenda tertentu, kita sanggup runtuhkan institusi yang ada dalam negara ni. Saya tak sanggup untuk membenarkan dan membiarkan keadaan seperti itu berlaku," tambah Ketua Pemuda UMNO itu.

Lu Fikir La Sendiri!!!

.astroawani.

4 ulasan:

  1. Baru nampak ke. Mereka bermaharajalela buat pembohongan dami pembohongan untuk menutup pembohongan. Everyday digging grave. Ahli pemuda kena bangun utk kebenaran, kalau tidak, akan menyesal seumur hidup dan di kutuk oleh anak cucu kita, kita akan jadi penderhaka pada islam.

    BalasPadam
  2. yang cerita nak jatuhkan pm dan pemerintahanya orang tak mau dengar. salah najib jugak. orang lebih suka dengar persepsi dari kebenaran. pemuda pun pemuda taik kucing. meoowww......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baiknya kamu, ahli yg setia. Tak boleh nilai kebaikan dan keburukan. Bukan persepsi, tapi kebenaran. Lagi berbohong, lagi banyak soalan yg timbul. Korek lubanh sendiri

      Padam
    2. meowww......sambil gesel kat kaki. pemuda harapan bangsa taik kucing. bila bangsa, agama dan raja dihina......mana pemuda. nyorok dalam kain bini masing2. tak berkokok.
      1mdb tengah hangat. ambil kredit. taik kucing......

      Padam