Selasa, 25 Ogos 2015

Tajudin Baru Tertelan Putik Durian ke?

tajudin ni nak kena sepak ke?
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dinasihatkan menyingkirkan penasihatnya yang dianggap "punahsihat" kerana pandai ambil kesempatan dan mementingkan diri sendiri.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata terdapat beberapa penasihat Najib seperti yang dimaksudkan, lapor Sinar Harian hari ini.
"Punahsihat perdana menteri ini kena buang. Sesetengah mereka ini dikenali pun. Masalahnya, kadang-kadang kita tak berani, kita takut nak tegur.
"Saya tahu dua tiga orang itu. Dia bukan kira Umno dan parti menang ke kalah (dalam pilihan raya)," kata Tajuddin seperti dilapor oleh akhbar itu.
Laporan itu menyebut, timbalan menteri pertanian dan industri asas tani itu berkata punahsihat itu umpama watak dalam filem Lancang Kuning, yang ambil kesempatan untuk kepentingan diri.
“Kalau saya dipanggil perdana menteri, saya sendiri akan beritahu orangnya. Banyak pemimpin yang jatuh disebabkan orang rapat di sekeliling mereka," katanya yang juga MP Pasir Salak.
Dalam laporan itu juga, Tajuddin berharap penasihat yang dilantik perdana menteri berkhidmat dengan jujur dan membantunya beliau dengan memberi nasihat berguna bagi mengelakkan berlakunya perkara yang menyulitkan.
"Banyak perkara yang kadang-kadang tak dapat diterima oleh rakyat. Beliau kena berhati-hatilah. Maknanya, kalau tak boleh pakai janganlah pakai.
"Jangan guna nama perdana menteri sana sini untuk kepentingan peribadi. Saya berhak tegur sebab apa-apa berlaku, kita juga kena.
"Jika perdana menteri susah, kita pun susah kerana kita nak pertahankan beliau dan parti," katanya. sumber
Baru sedau ke? rakyat dah lama bercerita dan bercakap mengenainya..! Maknanya apa yang menjadi kekhuatiran dan keresahan rakyat tu benar ler..!
Akai ada ker?
Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. die br mkn pil kot... tue yg akal nye waras cikit..kalu x..die laa punahsehat tue

    BalasPadam
  2. Menteri bebal, ahli MT bebal..

    Dah bertahun2 orang awam cerita baru nak berfikir benda yg sama..

    IQ tahap Oxford longkang..

    BalasPadam
  3. PM pun tak boleh berfikir secara rasional. Penasihat sumbat taik pun dikatakan bubur lambuk. Nasihat paling mudah kpd PM ialah kurangkan keterampilan RM. Dari aspek rambutan besarnya. Rata2 rakyat tak suka PM sebab meluat tengok kegedikan RM.

    BalasPadam
    Balasan
    1. belanja nk bela RM makan jutajuta RM woooo... tu yg mentekedarah ribu2 juta RM tu...

      Padam
  4. Tajudin baru terbaca komen nek tempoyak keparat..itu yg tersedak tu..nasib baik tak mampos!!..

    BalasPadam