Jumaat, 4 Mac 2016

Beza Berani & Bacul..!


Macam tersengkang jer mulut tu..!

Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga ada bertemu dengannya mendesak supaya membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang terpalit dengan Datuk Seri Najib Razak diselesaikan segera.
Bekas timbalan presiden Umno itu membuat pendedahan tersebut selepas diasak wartawan mengenai individu dalam pimpinan tertinggi yang dikatakan bertemu dengannya mahu isu menyelubungi Najib ditangani segera.
"Ya, bukan isu itu saja tapi ada banyak lagi isu," kata Muhyiddin pada sidang media di pejabatnya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur hari ini.
Muhyiddin bagaimanapun tidak mendedahkan pemimpin tertinggi Umno lain yang bertemu dengannya kerana menyifatkan mereka mungkin takut hilang jawatan.
"Kalau saya dedahkan nama, mereka akan malu. Mungkin mereka nak jaga jawatan dan kuasa mereka.
"Saya gesa MT bersuara dengan masalah melanda parti, semua orang dah muak," katanya.
Muhyiddin juga menafikan dakwaan wujud konspirasi menjatuhkan Najib seperti didakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman.
"Tidak ada konspirasi, seperti saya jelaskan sebelum ini mantan peguam negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) memberitahu dan menjelaskan kepada saya mengenai perkembangan siasatan 1MDB dan SRC International.
"Ini satu tindakan yang wajar dan bukannya konspirasi. Saya berhak untuk tahu perkembangan apa-apa kes yang boleh jejaskan negara," katanya.
Muhyiddin pada Jumaat lalu dilucutkan jawatannya sebagai timbalan presiden Umno atas alasan tidak menjalankan tugas membantu Presiden Datuk Seri Najib Razak kerana berterusan mengkritik bosnya itu.

Besar pengaruh dedak..!

Almaklum...cash is king..! kong..! kingkong..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. Adnan tengku palsu ni orang first yang akan direject oleh rakyat selepas Najib.

    BalasPadam
  2. Sepertimana ramai rakyat Malaysia jangkakan, maka satu gerakan besar-besaran untuk membuang Najis Kotor pemakan Rasuah terbesar iaitu Tuan Perdana Menteri sendiri telah pun bermula. YAB Najib dah tak boleh tahan lagi dahhh.. Pasti hari-hari yang mendatang ini penuh dengan ketakutan buat Najibul Al Bugishi ini. Rakyat Malaysia telah jemu ditipu dan dizalimi oleh penjenayah dan rakan sepenjenayah beliau ini. Sebodoh-bodoh rakyat Malaysia, ramai antara kami yang masih tahu membezakan kebenaran dan kepalsuan. Terima kasih kepada Era Tun Dr Mahathir yang telah memberi kemajuan siber dan pemikiran kelas tinggi kepada kami. HIngga tidak mudah didedakkan oleh anutan Cash is KIng.

    BalasPadam
  3. This fake Teuku has long demonstrated his wolf in sheep's clothing. Be it known that 1MDB & existing UMNO is the key to the downfall of the nation's legacy. Why not...??? 1 Merata Dunia Berkata (1MDB) Unscrupulous Mohd Najib Only (UMNO).

    BalasPadam
  4. kepala masuk dalam juboq la weiii....

    BalasPadam