Ahad, 6 Mac 2016

HOT ~ Suara MCA, MIC & Komponen..!


Krik..krik..! krik..krik..!

Main selamat atau belum dapat skrip..!

Pastinya suara yang didengari oleh rakyat dan dunia ni lah yang kedengaran saban waktu dan masa..!

Layan...



Suara kebenaran..! Suara keadilan..! Suara Keberanian..! Suara Rakyat..!

Yang senyap???

Lu Fikir La Sendiri!!!

8 ulasan:

  1. Apa dah jadi dengan parti komponen Barisan Nasional, semuanya diam membisu seribu bahasa, kalau parti mereka ada masalah, kepada UMNO jugalah yang mereka terhegeh-hegeh datang untuk minta bantuan, sekarang ini isu 1MDB dan RM 2.6 bilion serta isu RM 42 juta itu bukan lagi isu UMNO semata-mata, tetapi sudah jadi isu Barisan Nasional, tetapi pasal apa parti komponen Barisan Nasional seolah-olah tak wujud dalam Barisan Nasional, sebab mereka sendiri tak buat apa-apa, jadi tunggul sahajalah.

    Memang betul tulisan Admin, semua sedang main selamat, terutama MCA, Gerakan, dan MIC, dah nak pupus sebab kepimpinan selepas Tun Dr. Ling Liong Sik, Tun Dr. Lim Kheng Yaik, dan Sammy Vellu adalah kepimpinan yang lemah dan tidak mampu menangani sokongan rakyat untuk parti.

    Sebab itulah jika dahulu jika PRU, MCA, MIC, Gerakan adalah antara tulang belakang kepada kemenangan Barisan Nasional di samping UMNO yang memang merupakan tunjang utama Barisan Nasional yagn meraih kemenangan melebihi 2/3 kerusi parlimen dan DUN di negeri-negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional.

    Tapi kini MCA, MIC, Gerakan dah jadi lembik, ibarat mat pet, ibarat hidup segan mati tak mahu, mereka sendiri tak mampu nak selamatkan parti mereka sendiri pun, sebab itulah main selamat dan biarkan UMNO tanggung semuanya sendirian dalam isu 1MDB, SRC International dan derma RM 2.6 bilion itu.

    Lepas ni juak-juak Najib akan menggelupur maki hamun macam-macam tanpa sebarang jawapan terhadap persoalan yang ditanya, mereka merapu sedemikian sebab mereka memang tak reti jawab, sebab tulah mereka merapu yang bukan-bukan sahajalah.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  2. Dah tambah haru biru dah benda ni. Kalau biar selesai siasatan polis, sprm, bank negara, pac tempuh hari dah boleh tutup buku semua ni. Apa le gi cari jalan susah

    BalasPadam
  3. Depa komponen umno bukan dgn Najib dan kaki sedut telok najib.

    BalasPadam
  4. mca, mic dan komponen lain nak sokong juga, tapi ahli mereka tak seramai umno yang memberi sokongan padu kepada pemimpin. mungkinkah ahli komponen bn berpandangan serupa iaitu duit yang tak jelas sumbernya masuk dalam akaun peribadi adalah satu kesalahan jenayah yang sangat serius. kesalahan yang tak boleh dinafikan dan dibersihkan kecuali di mahkamah. hanya mahkamah sahaja yang mampu untuk menyatakan najib tidak bersalah kerana duit dari sumber yang tidak jelas yang berada dalam akaunnya itu. orang lain boleh cakap sebanyak mungkin tak salah tapi tak ada nilai. bawalah kes itu di mahkamah, boleh lawan macam bang non, ambil masa bertahun-tahun, lebih baik daripada kata tak salah. bang non pun kata tak salah, kenapa tak caya. perogol pun kata tak salah, kenapa bawa pi mahkamah. so buktikan najib tidak bersalah di mahkamah. mungkin sokongan akan bertambah, dan ahli dari parti lain tak malu untuk beri sokongan.

    BalasPadam
  5. Cuma pemimpin bn sarawak sahaja yg cakap jelas akan tetap sokong PM selagi PM tidak dibuktikan bersalah. Dan itu adalah yg sebaiknya dilakukan bagi parti komponen BN yg lain.

    BalasPadam
  6. Depa semua tahu apa yg berlaku dalam kepimpinan umno sekaarang. Umno sedang "Bernafas dalam Lumpur".
    MIC dan MCA ambil sikap tunggu Dan lihat.. Bilamana mereka nampak akan kehancuran BN dalam PRU nanti, barulah mereka bertindak keluar BN. Sama2 lah kita tunggu.. Masa itu, mereka akan gasak umno cukup2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. MCA dan MIC, serta Gerakan zaman sekarang ni bukan macam zaman Tunku, zaman Tun Razak, zaman Tun Hussien atau zaman Tun Dr. Mahathir sebelum ini, sekarang ni MCA, MIC, Gerakan ibarat mat pet, hidup segan mati tak mahu, parti mereka pun dah nak melingkup.

      Sokongan rakyat merudum terhadap MCA, MIC, Gerakan, bukannya disebabkan parti-parti itu tak bagus, tetapi pemimpin mereka selepas Tun Dr. Ling Liong Sik, Tun Dr. Lim Kheng Yaik, dan Datuk Seri S Samy Vellu, MCA, MIC, Gerakan dipimpin oleh pemipin yang lemah dan tak ada kualiti, adalah pemimpin yang berpotensi seperti Datuk Seri Ong Tee Kiat, tetapi beliau dicantas oleh kepimpinan MCA hingga MCA tunggang langgang seperti sekarang ini.

      Gerakan dan MIC pula, samada Chang Ko Youn, Mah Seiw Keong, Palanivel, Subramaniam, memang tak berkualiti sebagai presiden parti, mereka tidak mampu nak satukan ahli, warlord dibiakkan dalam parti untuk jaga kepentingan pemimpin atasan, akhirnya bertelagah dan melingkupkan parti sahajalah.

      Usahlah diharapkan pada MCA, Gerakan dan MIC lagi, mereka sendiri pun ibarat sedang terima bantuan mesin sokongan hayat dari UMNO, mereka sendiri pun kini kalau tidak kerana undi Melayu, undi dari kaum bumiputera, maka sudah tentu tak ada langsung wakil MCA, MIC, Gerakan dalam parlimen dan DUN sekarang ini, kalau tak percaya, suruh mereka semak balik Borang 13 iaitu borang pengiraan kertas undi di setiap saluran mengundi, calon MCA, MIC, Gerakan hanya boleh menang di beberapa kerusi kerana undi orang-orang Melayu dan bumiputera sahajalah, undi dari kaum Cina dan India memang mengundi parti lawan.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  7. sy nk najib rosmah dan yg mnjdi benteng kpada mereka ber2 di humban ke dlm jel serta harta benda mereka dirampasss....ada phm!!!!

    BalasPadam