Khamis, 1 Januari 2015

Bersabar Laa..!


Helikopter PDRM terhempas di Tanah Merah ketika misi bantuan banjir


KEADAAN helikopter Ecureuil Unit Udara Polis yang terhempas di Kampung Rambai Lama Gobek, Tanah Merah ketika misi menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir pada jam 6.15 petang tadi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebuah helikopter Ecureui Unit Udara PDRM terhempas di Kampung Rambai Lama Gobek, Tanah Merah, Kelantan ketika misi menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir pada jam 6.15 petang tadi.

SEORANG kru helikopter Ecureuil Unit Udara Polis yang terhempas di Kampung Rambai Lama Gobek, Tanah Merah petang tadi diberikan rawatan dan dikejarkan ke Hospital Tanah Merah, Kelantan. - Foto NSTP
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata empat pegawai polis, termasuk seorang pegawai wanita yang berada dalam helikopter itu cedera.
"Semua mereka dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya.
Keempat-empat mereka dikejarkan ke Hospital Tanah Merah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam tweetnya menyatakan dua juruterbang dan dua kru helikopter berkenaan selamat.
"Saya sahkan Helicopter @PDRMsia terlibat kemalangan di Kpg Rambai, Tanah Merah, Kelantan. Alhamdulillah 2 juruterbang dan 2 Crew Selamat," katanya.
Sementara itu, BERNAMA melaporkan saksi melihat pesawat itu berlegar rendah di udara sebelum menjunam ke darat selepas kedengaran satu letupan.
- BERNAMA
Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Kelantan di landa bala.
    Siapa yg nk tolong pun kena bala.
    Barang2 bantuan yg disumbang org2 luar.. pun sanggup dicuri.. berlori2.
    Celaka sungguh..
    Itulah balasan buat negeri PAS angkuh sombong!

    Bila tgh seronok.. kerja maki hamun org lain.
    Doa pecah perot.. KO lah.. doa musibah pd org lain.. skrg musibah berganda2 pd negeri serambi PASngok.

    Smoga kebaikan atas pegawai2 PDRM yg helikopter mendarat cemas ini.. Allah berkati usaha dn kesusahan kalian.

    Semoga cpt sembuh dr kecederaan buat mereka.
    Ameen

    BalasPadam