Ahad, 6 Mac 2016

Laporan Polis Terhadap AG..!


Kesian Pandi..! ada ajer yang menyebabkan Pandi tak senang duduk..! Ingat ganti Gani boleh menyandar tapi setakat ni duduk kerusi tu pun dah macam tertusuk duri..! 

Bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim telah membuat laporan polis terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung dengan derma RM2.6 bilion.
Dalam laporan yang dibuat pada hari Rabu, Mat Zain mendakwa AG disyaki telah "menyalahgunakan kuasanya, menyembunyikan maklumat, dan atau menggunakan keterangan palsu" apabila membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku dalam kes derma tersebut.
Dalam laporannya, Mat Zain telah menganalisis dakwaan Apandi bahawa derma itu datangnya dari seorang putera Raja Saudi untuk membuktikan dakwaannya bahawa AG didakwa telah memberi maklumat palsu.
Memetik senarai Forbes 2013 mengenai individu Arab paling kaya di dunia, Mat Zain berkata, hanya empat orang putera sahaja berada dalam senarai tersebut.
Mereka ialah Putera Alwaleed Talal yang ketika itu dilaporkan mempunyai AS$20 bilion; Putera Sultan Mohammed dengan AS$2.6 bilion; Putera Abdullah Musaad dengan AS$144.5 juta dan Putera Mutaib Abdulaziz dengan AS$110.1 juta.
Daripada empat orang tersebut, hanya Putera Mutaib adalah anak kepada seorang raja, tetapi AS$110.1 juta yang dimiliknya jauh lebih rendah daripada AS$681 juta yang didermakan kepada Najib.
Mat Zain menganjurkan bahawa jika Najib telah memulangkan AS$620 juta kepada pendermanya pada bulan Ogos 2013, maka kedudukan penderma tersebut akan lebih tinggi dalam senarai Forbes.
Bagaimanapun, Putera Mutaib tidak tersenarai dalam senarai Forbes 2014 mengenai orang Arab paling kaya, menjadikan hanya Putera Alwaleed, Putera Sultan, dan Putera Abdullah merupakan kerabat diraja Saudi yang disenaraikan, hujah bekas pegawai kanan polis itu.

Apa tunggu lagi Pandi?

Jom..! Bersama rakyat..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

29 ulasan:

  1. Saya menyokong penuh tindakan Datuk Mat Zain, ini kerana apa yang jelas prima facie kes itu adalah sangat terang lagi nyata bahawa kes itu sepatutnya dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan, kerana subjek kes yang disiasat memang didapati wujud iaitu keberadaan RM 2.6 bilion dan RM 42 juta dalam akaun peribadi Najib itu, subjek kes bagi kes ini adalah ADA atau TIDAK RM 2.6 bilion dan RM 42 juta dalam akaun peribadi Najib, ini subjek kes, dan terbukti subjek kes itu memang ADA.

    Apa yang pelik pasal apa Peguam Negara buang kes pula sedangkan subjek kes ada, prima facie ada, pasal apa buang kes?

    Isu samada derma atau dah dipulangkan, atau tak tahu wang itu dari SRC International, itu Najib kena bawa bukti di mahkamahlah.

    Macam seseorang yang ditangkap oleh polis kerana memiliki dadah, apakah Apandi akan buang kes terhadap orang itu jika orang itu menyatakan dia hanya jumpa dadah tu dan dalam perjalanan ke balai polis untuk menyerahkan dadah itu kepada polis, apakah Apandi boleh terima jawapan berkenaan untuk buang kes terhadap orang yang disyaki edar dadah itu?


    Soal dia jumpa dadah tu ke, dadah tu datang jalan kaki masuk ke ke kereta atau motosikalnya ke, dia nak serahkan dadah tu ke pejabat polis ke, itu bawa bukti di mahkamah.

    Sehubungan dengan itu, saya mendesak supaya isu 1MDB ini dibangkitkan di parlimen dan dibahaskan secara jujur oleh ahli parlimen, itu pun jika masih ada maruah pada dirilah. Kalau habuan mengatasi maruah, itu terpulanglah, kerana apa beza orang yagn sanggup mengutamakan habuan berbanding maruah jika kita bandingkan dengan pelacur, sebab pelacur pun maruah boleh dijual kerana habuan.

    Saya bukan mahu menghina, tetapi saya ingin memberikan analogi supaya orang yang suka putar belit sana sini untuk menipu faham bahawa kes ini adalah mudah, kes ada untuk didakwa, bukti ada, apa yang pelik hanyalah pasal apa kes ini dibuang, itu yang menjadi kemusykilan kepada kita semua.

    Bersikap jujurlah, baru hidup aman tenteram, sebab kalau jujur, tak buat salah apa-apa, tak adanya kita nak takut tak tentu pasal, kita jalani hidup dengan tenang dan gembira sahajalah.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. nampak gaya awak yang hidup tak tenang suka iri hati,hati busuk,mulut busuk,suka bersangka buruk tanpa bukti,kalau tak gembira lekas lah bertaubat.

      Padam
    2. Abu Bakar memberi komen secara objektif sementara Abdul Razak memberi komen secara emosi. Kesimpulannya, Abu Bakar -1, Abdul Razak - 0.

      Padam
    3. Abdul razak,

      Dah banyak Kali komen2 pencacai Najib yang tidak boleh menepis Dan mematahkan tulisan2 abu bakar, boleh kata 96 peratus.

      Apa yang mereka lakukan terhadap abu bakar?

      1.mencabar, mengugut Dan mengancam

      Kalau tak jalan cara ni, seterusnya...

      2.mengecop sebagai fitnah, pelbagai gelaran terhadap abu bakar

      Masih juga tak jalan cara ini? Seterusnya...

      3.maki hamun, cacian,
      cercaan Dan pelbagai sumpahan!

      Pencacai ternakan mungkin tak faham, rakyat marhaen mahukan bukti kukuh, seterusnya Najib perlu saman media2 antarabangsa Dan berani pergi ke mahkamah menghadapi pertuduhan seperti yang terkandung dalam kertas pertuduhan disediakan oleh SPRM!

      Padam
    4. Sangat betul sekali. Para pemakan dedak memang takkan boleh jawab sbb mereka memang takdak jawapan. So cara mereka hanyalah maki, menyerang, lari isu, sumpah, caci.. hahaha...
      Sekurang2nya dapat makan dedak..

      Padam
    5. Sangat betul sekali. Para pemakan dedak memang takkan boleh jawab sbb mereka memang takdak jawapan. So cara mereka hanyalah maki, menyerang, lari isu, sumpah, caci.. hahaha...
      Sekurang2nya dapat makan dedak..

      Padam
    6. Selagi penyokong encik najib masih belum boleh berhujah dengan saudara abu bakar secara tertib dan berilmu...selagi itu saya berpendapat saudara abu bakar di pihak yang benar.

      Tidak guna anda semua memakihamun kerana ada ramai pembaca seperti saya yang non partisan. Kami hanya mahu tahu kebenaran dan keadilan ditegakkan.

      Sekian. Terima kasih

      Padam
  2. Kalau kajian pakcik polis ini benar. Bolehlah dirumuskan bahawa si Najib ini sebenarnya mempergunakan duit 1MDB ini sebagai alat main kutu. Kumpul duit dari Arab Saudi kemudian tiba masa pulang balik. Setakat itu aje kepandaian si Ibu Kutu yang bernama Mapulung Najibul al Jahilry. Dalam menjadi ibu kutu, nafsu serakah mengatasi iman, maka duit itu digunakan untuk kegunaan peribadi. Akhirnya tak pasal2 Negara Malaysia yang menanggung beban hutang yang berbillion-billion banyaknya. Lepas itu habis semua orang nak disalahkan pulak. Pada hal kebodohan dan kejahatan beliau yang mengundang seribu macam malapetaka kepada Negara dan bangsa Malaysia. Undur Najib satu kemestian. UNdur para rakan subahat dan pencacai juga satu kepastian.

    Yang ikhlas,
    Anak Menantu Abu Bakar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nampak gaya awak yang hidup tak tenang suka iri hati,hati busuk,mulut busuk,suka bersangka buruk tanpa bukti,kalau tak gembira lekas lah bertaubat.

      Padam
    2. Abdul razak,

      Dah banyak Kali komen2 pencacai Najib yang tidak boleh menepis Dan mematahkan tulisan2 abu bakar, boleh kata 96 peratus.

      Apa yang mereka lakukan terhadap abu bakar?

      1.mencabar, mengugut Dan mengancam

      Kalau tak jalan cara ni, seterusnya...

      2.mengecop sebagai fitnah, pelbagai gelaran terhadap abu bakar

      Masih juga tak jalan cara ini? Seterusnya...

      3.maki hamun, cacian,
      cercaan Dan pelbagai sumpahan!

      Pencacai ternakan mungkin tak faham, rakyat marhaen mahukan bukti kukuh, seterusnya Najib perlu saman media2 antarabangsa Dan berani pergi ke mahkamah menghadapi pertuduhan seperti yang terkandung dalam kertas pertuduhan disediakan oleh SPRM!

      Padam
    3. Nampak sangat abdul razak ni yang tak tenang. Orang bangkitkan persoalan dengan tenang, dia kata busuk hati. Busuk hati sebab tak dapat share bhgn d so called derma ka?

      Oooh.. patutlah pun.. abdul razak dah dapat sebahagian derma tu sbb tu dia tak busuk hati, dia pun dah merasa..
      Typical pemakan dedak.

      Padam
    4. Nampak sangat abdul razak ni yang tak tenang. Orang bangkitkan persoalan dengan tenang, dia kata busuk hati. Busuk hati sebab tak dapat share bhgn d so called derma ka?

      Oooh.. patutlah pun.. abdul razak dah dapat sebahagian derma tu sbb tu dia tak busuk hati, dia pun dah merasa..
      Typical pemakan dedak.

      Padam
  3. Yahya Shari, mantan Pegawai Khas kepada Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor telah dipenjarakan selama lebih 2 tahun kerana menerima derma politik walaupun semua wang itu dimasukkan ke akaun parti.

    Tetapi Najib pula terima derma yang kononnya derma politik untuk UMNO, tetapi satu sen haram pun tak bagi kepada akaun UMNO, semua dirembat oleh Najib, tetapi Najib dibiarkan bebas bergentayangan sesuka hatinya.

    Apa dah jadi dengan undang-undang negara ini? Apakah kerana Yahya Shari tu bukannya Orang Besar Berempat di Pahang yang bergelar Orang Kaya Indera Shahbandar, bukannya ahli parlimen, bukannya keturunan bangsawan, bukannya perdana menteri, bukannya menteri kewangan, bukannya Advisor Ameritus dalam SRC International, bukannya Pengerusi Lembagai Penasihat 1MDB, apakah sebab Yahya Shari orang kebanyakan, maka beliau dilayan sedemikian rupa?

    Apakah kerana Najib itu adalah Orang Besar Berempat di Pahang dengan gelaran Orang Kaya Indera Shahbandar, seorang ahli parlimen, keturunan bangsawan dari Bugis Makassar, perdana menteri, menteri kewangan, Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, Advisor Ameritus dalam SRC International, maka apakah kerana darjat duniawi, pangkat dalam kerajaan, apakah kerana kerana gelaran dan golongan kebangasawanan maka Najib dibiarkan bebas bergentayangan bertindk sesuka hatinya.

    Apa dah jadi dengan undang-undang negara ini? Apakah ada dua sistem undang-undang di negara ini iaitu apabila orang kecil buat salah maka dia dihukum, tetapi kalau orang besar buat salah, maka dia dibiarkan bebas, sebab dia orang besar, ada gelaran, ada pangkat, golongan bangsawan bagai, semoga para hakim, dan terutama Apandi Ali boleh jawab persoalan ini.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. nampak gaya awak yang hidup tak tenang suka iri hati,hati busuk,mulut busuk,suka bersangka buruk tanpa bukti,kalau tak gembira lekas lah bertaubat.

      Padam
    2. Abdul Razak6 Mac 2016 11:10 PG, ada kamu nampak ke hidup saya tak tenang? Saya rileks sahaja, cuma saya memberikan komentar berhubung isu penyelewengan Najib dan kuncu-kuncunya.

      Kalau kamu kata saya hati busuk, iri hati, sila beri penjelasan mengapakah Yahya Shari yang menerima derma politik bagi pihak parti dihukum penjara walaupun dia berikan derma itu kepada akaun parti, tetapi Najib pula kononnya wang dalam akaun peribadinya di AmBank itu wang derma untuk UMNO, tapi sampai sekarang ni satu sen haram pun tak pernah diberikan kepada akaun UMNO, tak pula dipenjarakan, malahan kes dibuang sebelum dibicarkan lagi pula, apa ini semua.

      Sila Abdul Razak yang kononnya suci hati, baik hati, mulut wangi ni beri penjelasan, kalau tak dapat beri penjelasan maka si Razak nilah yang jenis busuk hati, dan khianat, jenis tak peduli halal atau haram, sebab tu dengan selamba dia menyokong perbuatan jenayah dan perbuatan jahat.

      Bersikap jujurlah, baru hidup akan aman damai.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    3. Tak perlu tanya bro. Kalau kita siasat latar belakang abdul razak ni kita akan jumpa fakta beliau ada kepentingan peribadi sokong ah jib gor.
      Sendiri yang tak tenang, mau cakap kat orang..

      Padam
    4. Tak perlu tanya bro. Kalau kita siasat latar belakang abdul razak ni kita akan jumpa fakta beliau ada kepentingan peribadi sokong ah jib gor.
      Sendiri yang tak tenang, mau cakap kat orang..

      Padam
  4. Kerajaan Arab Saudi terutama Putera Mutaif perlu menjelaskan apakah USD 681 juta itu harta yang dijumpai di dalam gua semasa beliau sedang bersiar-siar mencari kambingnya yang hilang dan didermakan kepada Najib?

    Saya tak tahulah apa punya bengong drama yang nak dibuat oleh Najib dan kuncu-kuncunya ni, dah kantoi sampai macam ni pun masih nak membohong lagi ke?

    Secara jujurnya saya selaku rakyat Malaysia berasa agak marah terhadap kerajaan Arab Saudi kerana mereka membiarkan isu ini tanpa jawapan hingga menyebabkan rakyat Malaysia pula yang jadi mangsa.

    Kalau tidak kerana Mekah dan Madinah tu berada di Arab Saudi, tentu sudah lama rakyat negara ini berdemontrasi di depan kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur, kerana mengenangkan tak mau bertindak lebih kasar sebab tak mahu jemaah haji negara ini terjejaslah, kami rakyat Malaysia masih bersabar, tetapi tak tahulah sampai bila kesabaran ini boleh dibendung, kalau setiap hari cuba diperbodohkan oleh Najib dan kuncu-kuncu dengan cerita merapu, sedangkan kerajaan Arab Saudi yang ada maklumat pasal USD 681 juta itu pun tak membantu kita rakyat Malaysia, apa lagi harapan kita?

    Setakat ini bersabarlah, nak buat macam mana, Mekah dan Madinah dalam Arab Saudi, nak demontrasi depan kedutaan mereka kang, nanti tak pasal-pasal jemaah haji dan umrah kita dilarang ke Mekah dan Madinah pula.

    Sabarlah, dan kepada pemerintah Arab Saudi, jika ada orang di negara kamu yang buat salah, dan jika dia ke Malaysia atau Malaysia ada bukti kesalahan orang itu, maka jika Malaysia tak bantu, jangan salahkan kami ye, kami bayar balik apa yang kamu buat kepada kami sekarang ini.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. nampak gaya awak yang hidup tak tenang suka iri hati,hati busuk,mulut busuk,suka bersangka buruk tanpa bukti,kalau tak gembira lekas lah bertaubat.

      Padam
    2. Razak, kalau wang RM 2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib tu adalah wang derma untuk UMNO, pasal apa Najib jadikan seperti harta peribadinya?

      Mana dia resit perbelanjaan dan senarai perbelanjaan sebanyak RM 570 juta daripada RM 2.6 bilion dari wang yang kononnya derma kepada UMNO itu?

      Pasal apa tak pernah ada resit perbelanjaan dalam rekod kewangan UMNO terhadap wang RM 570 juta itu, sebab Najib kata wang itu dibelanjakan untuk UMNO, apa buktinya, mana resitnya, mana senarai perbelanjaannya, takat tabur air liur semberono macam itu boleh lepas bebas segala pesalah rasuah dan penyamun dalam penjara sana, beri sahaja alasan kami gunakan untuk kebaikan, beri derma kepada orang susah bagai, lepas tu tak berikan bukti, maka bebaslah mereka, ada jadi macam tu ke?

      Sila kau jawab soalan aku jika kau ni suci hati dan mulia hati sangat, kalau tak jawab, maka kau itulah manusia yang bukan setakat busuk hati, tapi busuk perangai, busuk pemikiran, sanggup bersekongkol dengan kejahatan kerana ditabur habuan, juallah maruah diri, kerana apa beza kau dengan pelacur di tepi jalan, dua-dua menjual maruah untuk habuan.

      Jangan kata saya hina kamu, tapi kamu nilailah diri kamu sendiri itu.

      Bersikap jujurlah dalam hidup ini, barulah hidup aman tenteram.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  5. Abdul Razak gagal mematahkan hujjah Abu Bakar dengan bernas. Dia hanya tahu cut and paste komen ala stail Nek Tempoyak. Kesimpulannya, saya sokong Abu Bakar 100% sementara Abdul Razak dinasihatkan untuk tidak mengambil Nek Tempoyak sebagai mentor peribadinya.

    BalasPadam
  6. Abdul Razak cai makan dedak.. asyik dok copy pase maki tak tentu hala. hujah tak da ka deyy !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cai baru kerja kot..sejak tun keluar umno ni banyak guna cai.. ada yang letak jawatan..

      Padam
  7. Saya juga sokong Abu Bakar.. memang hujah terbaik dan mantap. Termuntah hijau kuncu-kuncu ah jib gor baca. Kita akan teruskan mencari kebenaran!

    Demi Kebenaran,
    Papa Zola

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari sejak awal lagi saya tetap mendukung perjuangan Tun Dr. Mahathir yg telah banyak berjasa kpd bangsa, agama & negara. Yes Sir.. The Only World Class Grand Old Statesman still staying alive working tirelessly for his nation.

      Padam
  8. Dah banyak Kali komen2 pencacai Najib yang tidak boleh menepis Dan mematahkan tulisan2 abu bakar, boleh kata 96 peratus.

    Apa yang mereka lakukan terhadap abu bakar?

    1.mencabar, mengugut Dan mengancam

    Kalau tak jalan cara ni, seterusnya...

    2.mengecop sebagai fitnah, pelbagai gelaran terhadap abu bakar

    Masih juga tak jalan cara ini? Seterusnya...

    3.maki hamun, cacian,
    cercaan Dan pelbagai sumpahan!

    Pencacai ternakan mungkin tak faham, rakyat marhaen mahukan bukti kukuh, seterusnya Najib perlu saman media2 antarabangsa Dan berani pergi ke mahkamah menghadapi pertuduhan seperti yang terkandung dalam kertas pertuduhan disediakan oleh SPRM!

    BalasPadam
  9. Lembu-lembu berkeliaran ada yang dicucuk hidung dan ada yang bebas,habislah musnah segala tanaman orang,banyak kerugian yang diperolehi.Inilah sikap binatang yang tak dapat berpaksi pada pemikiran yang bernas.Lain sekiranya manusia,tetapi ada juga manusia yang bersikap seperti binatang,betul/tidak?.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nenek Tempek Koyak Rabak nice adalah orang yg sama dgn AnonyMouse Tikus Liberal Kejora pengkagum KJ.

      Padam
  10. Dana ni... jangan kita...asalkan jangan kita songlap duit rakyat...
    jangan ambil duit awam...
    dalam kes 2.6billion ni, macc sprm dah kata ini bukan duit 1mdb...dah sah...
    siasat lagi...oke...
    jumpa penderma2 nye...dah jumpa... dah sah dah...
    dia x caya ada dunia yang lain... rupanya ada dunia yang lain... lain daripada kita...(haha)
    saya x boleh sebut tepatlah sebab penderma kata tolong jangan sebut...saya x boleh sebut... tapi itu negara Islam yang kokoh dan tersohor nak bantu supaya umno terus berkuasa...(hidup umno)...
    bangkitkan isu kenapa masuk akaun peribadi...sebab ketua kabilah tu, pesan pada ketua kabilah umno... dia kata ketua kabilah sama ketua kabilah... dia mana tau pasal akaun umno... Di sana itu x pakai undang2, dia undang2 sendiri je...dia suka, kalau dia suka dia bagilah...dia suka, dia bagi...saya kadang2 kalau nak orang kata take advantage, boleh...
    satu hari tu, selepas satu majlis dengan dia, lalu gambar...ada gambar kuda...dia naik kuda... dia kata dia tanya saya... dalam bahasa Arab lah...(hahaha) saya x pandai bahasa Arab saya kena cakap bahasa melayu lah...dia kata samada saya ni suka kuda ke tidak...saya ni juor, saya kata saya takut jatuh dari kuda...isteri saya kata kalau you dah terlepas kalau tidak kata suka kuda dia bagi 10 ekor je... (hahaha) dia jenis macam itu...its a different world... jadi kalau dia bagi 2.6billion, dia berani kerana dia tak endak apa2 daripada kita kerajaan... dia x tuntut apa2...
    dan dia bagi Surat pun... Surat kata ...we are not expecting anything in the term...dia kata...jadi Surat tu saya serah pada bank...bank negara pun tahu akaun tu dah buka...dibuka...waktu dibuka saya bagitau bank negara...kalau saya nak songlap duit rakyat takkan saya nak bagitau bank negara ... kalau saya nak songlap baik saya simpan diluar lah buat apa saya bawak balik Malaysia... (betuuul...)

    BalasPadam