Selasa, 1 Mac 2016

Titah Agar Skandal Rasuah Pemimpin Di Laporkan..!


Nampak bezanya?

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini bertitah bertitah supaya salah laku rasuah di negara ini dilaporkan tanpa gentar, memihak atau berat sebelah dan tidak mengira siapa yang melakukannnya.
Pada ucaptama Majlis Anugerah Bisnes Utusan di Kuala Lumpur, hari ini, titah baginda juga mahu rakyat negara ini diasuh dengan budaya supaya membenci rasuah dan menolak pemimpin yang melakukan rasuah.
“Salah laku rasuah hendaklah dilaporkan tanpa memihak, tanpa gentar – tanpa berat sebelah, kerana rasuah ialah rasuah walau siapa juga yang melakukannya.
“Warga perlu diasuh dengan budaya yang benci rasuah dan menolak pemimpin yang melakukan rasuah. Warga perlu dididik untuk memandang rasuah dengan rasa amat jijik,” titah baginda.
Menurut Sultan Nazrin, perkara itu perlu dilakukan memandangkan Indeks Persepsi Rasuah 2015 oleh Transparency International meletakkan negara di kedudukan ke-54 daripada 168 buah negara.
Baginda juga memberi peringatan sekiranya rasuah gagal diperangi, ia akan melumpuhkan negara dan rakyat keseluruhannya, terpaksa membayar dengan penderitaan dan kesengsaraan seperti yang dialami oleh rakyat di kebanyakan negara mundur.
“Rasuah merupakan barah yang dikatakan sedang merebak dalam batang tubuh negara; rasuah bagaikan anai-anai yang sedang membusut besar dan semakin mereputkan tonggak-tonggak utama negara.
“Masakan pokok semakin bergoyang, jika tiada angin yang meniupnya.
“Kegagalan memerangi dan kegagalan membanteras rasuah secara serius, secara bersungguh, secara berkesan, secara komited, dibimbangkan berpotensi melumpuhkan negara,” titah baginda.
Sehubungan itu, Sultan Nazrin meminta kumpulan Utusan melalui penerbitannya memainkan peranan aktif mendedahkan pemimpin negara yang terbabit dengan gejala rasuah.
“Kumpulan Utusan melalui bahan-bahan penerbitannya hendaklah berperanan aktif membantu membina sebuah pentadbiran dan sebuah negara bangsa yang sifar rasuah,” titahnya.
Baginda juga mencadangkan supaya kumpulan Utusan mewujudkan ruangan yang meningkat kesedaran tentang rasuah dengan menulis tentang tokoh-tokoh yang bersih rasuah untuk dijadikan teladan.
"Sementara kisah-kisah pemimpin yang melakukan rasuah boleh dijadikan sempadan.
"Memerangi rasuah hendaklah dijadikan satu perjuangan – satu jihad.
“Adalah menjadi tanggungjawab fardu kifayah dan tanggungjawab kenegaraan untuk setiap warga berperanan aktif memelihara negara daripada terjerumus ke lembah kehinaan," titah baginda lagi.
Bukan sahaja berani menyatakan kebenaran malah merekodkan perasuh agar menjadi sempadan kepada masyarakat..!
Ini baru betul Raja berjiwa rakyat..!
Daulat Tuanku..!
Memang akhbar ada menyiarkan berita rasuah..! tapi ikan bilis ler..! bila bab jerung macam kelam jer..!
Agak agak pemimpin mana dulu yang nak direkodkan tu???
Lu Fikir La Sendiri!!!

23 ulasan:

  1. Terbaiiikkk...

    BalasPadam
  2. Pegawai kerajaan yang bersubahat melindungi perbuatan rasuah dan jenayah adalah pengkhianat kepada negara ini, bagaimanakah dia boleh hidup sebagai pengkhianat terhadap negara ini sedangkan gaji dia dibayar menggunakan wang milik negara ini.

    Sangat memalukan orang yang punya kuasa dan diberikan kuasa untuk menegakkan undang-undang serta keadilan, tetapi bersubahat dengan kegiatan jenayah, malahan melindungi kegiatan jenayah, apakah nilai manusia seperti ini?

    Seorang tukang sapu atau tukang cuci jamban yang jujur dan amanah, tidak mencuri, tidak makan rasuah adalah 1,000 kali lebih mulia dari seorang pegawai tinggi kerajaan yang bergelar tan sri datuk seri datuk bagai yang makan rasuah, bersubahat dengan penjenayah, melindungi penjenayah.

    Sebabnya walaupun tukang cuci jamban itu tak ada gelaran apa-apa, tak ada pangkat yang tinggi, tak ada kuasa yang besar, tetapi tidak bersubahat dengan perkara jahat.

    Sedangkan pegawai tinggi kerajaan yang berpangkat tinggi, bergelar datuk datuk seri tan sri bagai, tetapi berperangai hodoh, buruk, sanggup mengkhianati amanah negara, sanggup mengkhianati negara sendiri, sanggup mengkhianati negara yang bayar gaji mereka, itulah manusia yang keji lagi hina.

    Oleh itu semua orang ada tugas dan dan tanggungjawab, penuhilah tugas dan tanggungjawab dengan selayaknya, jika sebagai penguatkuasa diberi amanah menjaga undang-undang, tetapi mengkhianati undang-undang, lebih baik lantik banduan dalam penjara di jawatan penguatkuasaan itu, itu pun mungkin banduan itu lebih baik kerana dah insaf dalam penjara.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abu bakar....org keja kerajaan semua dah meluat tp nsk buat camner, ada anak bini nak tanggung. Bila orang atas nak projek dia, dia arah je. Klu tak buat, silap hr bulan pegawai tu kena frame rasuah atau tindakan displin atau frame dadah atau tembak mati. Kalau ada satu dua org yg berani dedah tu, ko tengok apa nasib mereka.
      Yg sebetulnya malaysia kena buat sistem ahli politik tak boleh berkuasa keatas pentadbiran kerajaan. Ag bebas, pdrm bebas, sprm bebas. Barulah boleh buat kerja.

      Padam
    2. 9.44, "Yg sebetulnya malaysia kena buat sistem ahli politik tak boleh berkuasa keatas pentadbiran kerajaan. Ag bebas, pdrm bebas, sprm bebas. Barulah boleh buat kerja."

      Sokong 100%!

      Padam
    3. Saya menyokong kenyataan Tanpa Nama1 Mac 2016 9:44 PTG, sepatutnya Ketua Polis Negara, Ketua Panglima Angkatan Tentera, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Gabenor Bank Negara, serta Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara perlu dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong selepas dinasihatkan oleh sebuah panel bebas di kalangan Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara yang dianggotai oleh beberapa orang ahli daripada parti kerajaan memerintah dan parti pembangkan.

      Pemecatan dan penyambungan kontrak jawatan-jawatan itu juga perlulah melalui jawatankuasa tersebut untuk dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk memastikan tiada salah guna kuasa oleh orang-orang tertentu hingga memberikan maklumat yang salah kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong hingga menyebabkan berlaku pemecatan yang tidak tepat dan pelantikan orang yang salah ke jawatan-jawatan itu.

      Suatu pembaharuan dalam pengurusan perkhidmatan awam perlu diperhalusi supaya tidak berlaku keadaan di mana seseorang yang mempunyai kuasa yang sangat luas hingga boleh menyalahgunakan kuasa itu.

      Pembentukan jawatankuasa bagi melantik jawatan-jawatan sensitif dalam negara dan mempertimbangkan pemecatan jawatan-jawtan sensitif dalam perkhidmatan awam negara ini akan dapat membentuk integriti perkhidmatan awam dan tidak dapat disalahgunakan oleh seseorang yang berkuasa penuh hingga melakukan penyelewengan.

      Integriti hanya dapat diwujudkan dalam keadaan di mana wujudnya ketelusan dalam tindakan di mana orang-orang yang dipertanggungjawabkan itu tidak takut mereka diapa-apakan dalam membongkar sesuatu salah laku kerana mereka dilindungi oleh oleh satu sistem yang mempertahankan integriti.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  3. Maaf patik tak berapa setuju dengan pendapat tuanku. Utusan hanya media yg dpunyai oleh kerajaan. Satu article keluar, esok editor dah kena buang. Patik rasa Majlis raja2 mempunyai kuasa yg lebih. Tubuhkan jkuasa siasatan diraja untuk membenteras raja segala rasuah yg sedang berleluasa sekarang.
    Kami hamba rakyat hanya ada raja2 untuk berlindung.

    BalasPadam
  4. Najib tu bukan lagi ikan jerung, ikan paus lebih bersesuaian, rosmah plak mama paus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. satu dugong jantan dan satu lagi dugong betina !!!

      Padam
  5. Tan Sri Muhyiddin akan mengadakan sidang media pada hari khamis ini, harapnya Tan Sri Muhyiddin mendedahkan siapakah yang sebelum ini berjumpa dengan beliau mendesak supaya pembetulan dilakukan di dalam parti kerana salah laku Najib, tetapi kini orang itu telah mengkhianati Tan Sri Muhyiddin apabila bersekongkol dengan Najib untuk mengainaya Tan Sri Muhyiddin pula.

    Semoga orang yang berkenaan itu tak tidur lena kerana takut Najib tahu rahsianya itu akan terbongkar dan dia tak dapat habuan lagi dari Najib.

    Tak guna biarkan pengkhianat bermahajalela, sebagai manusia yang normal, pengkhiatan adalah suatu sifat yang sangat keji dan terkutuk.

    Berlaku jujurlah.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  6. Tan Sri Muhyiddin akan mengadakan sidang media pada hari khamis ini, harapnya Tan Sri Muhyiddin mendedahkan siapakah yang sebelum ini berjumpa dengan beliau mendesak supaya pembetulan dilakukan di dalam parti kerana salah laku Najib, tetapi kini orang itu telah mengkhianati Tan Sri Muhyiddin apabila bersekongkol dengan Najib untuk mengainaya Tan Sri Muhyiddin pula.

    Semoga orang yang berkenaan itu tak tidur lena kerana takut Najib tahu rahsianya itu akan terbongkar dan dia tak dapat habuan lagi dari Najib.

    Tak guna biarkan pengkhianat bermahajalela, sebagai manusia yang normal, pengkhiatan adalah suatu sifat yang sangat keji dan terkutuk.

    Berlaku jujurlah.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  7. Sedeh aku baca...Petronas nak buang 1000 pekerja.

    Petronas sebelum n rugi pelaburan rm1 billion lebih setelah dibatalkan oleh kerajaan Kanada. Ni semua gara2 1mdb dah memberi nama busuk msia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebuah kilang milik Samsung di Seremban juga akan menutup operasi dan akan menyebabkan lebih 600 pekerja kilang itu yang mana hampir 500 daripadanya adalah pekerja tempatan kehilangan pekerjaan gara-gara kemusnahan ekonomi akibat dasar ekonomi bodoh Najib yang menyebabkan kos operasi makin meningkat.

      Tun Dr. Mahathir telah mengingatkan Najib dan menasihati Najib supaya jangan terlalu membuat keputusan populis yang akhirnya menyebabkan negara menanggung beban yang teruk, tetapi Najib degil, CASH IS KING katanya, akhirnya kos operasi pengeluaran makin meningkat, harga barang naik, kuasa beli pengguna makin kurang, akhirnya ekonomi negara juga yang merudum.

      Kini banyak kilang-kilang di negara ini terutama milik pelabur asing telah menutup operasi dan memindahkan operasi mereka ke Thailand atau Vietnam yang mana kos operasi di negara berkenaan lebih rendah.

      Najib menggunakan duit untuk memanipulasi orang ramai, tetapi akhirnya merosakkan negara ini.

      Negara ini perlu diselamatkan sebelum hancur, Najib perlu dihumban dari jawatan Perdana Menteri ke dalam penjara di atas pengkhianatannya terhadap negara ini.

      Kita perlu selamatkan Malaysia selagi masih ada peluang untuk berbuat demikian.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. Lagi baik humban mamakdey yg memporak perandakan Malaysia. Atas dasar apa kau tuduh najib melemahakan ekonomi negara? Atas perangkaan dan pakar ekonomi mikro atau makro? Boleh jawap? Takkan harap dedak je?

      Sekali lagi aku beri fakta oleh bank negara dan fitch rating, ekonomi Malaysia amat kukuh. Boleh google dimana pun. Walaupun google ni milik org kafir tapi segala maklumat boleh dicapai. Bukan cakap ikut kata sipemberi dedak.

      Kilang samsung mana yg nak buang orang? Seremban? Kihkihkih....seremban itu pusat r&d samsung di Malaysia. Agak2 la kalau nak menipu pun. Tak ada pemberhentian. Samsung ditempat lain minta orant lagi ada. Terutama di port klang. Iklan terpampang depan kilang.

      Menipu, berbohong dan khianat tu sifat munafik. Bukan aku yg kata......

      Padam
    3. Oi keris...jgn sebar fitnah. Yg samsung seremban tu kilang tv yg akan ditutup bulan april tahun ini. 620 pekerja akan dibayar pampasan sebelum ditutup.

      Menipu, berbohong dan khianat tu sifat munafik.

      Padam
    4. Keris Berayon, ksmu tak tau ekonomi ke?

      Kenaikan kos operasi disebabkan oleh dasar yang bodoh yang dibuat oleh Najib telah meningkatkan kos operasi dan ini menyebabkan keluaran industri di Malaysia telah menjadi mahal secara mendadak dan tidak lagi kompetitif di pasaran antarabangsa.

      Apa yang saya ingin jelaskan adalah tindakan melulu Najib membuat dasar gaji minimum secara borong tanpa melihat keperluan berdasarkan sektor pekerjaan telah menyebabkan kos operasi yang begitu mendadak.

      Sektor perniagaan adalah bersifat rantaian, dari pembekal bahan mentah hinggalah kepada peruncit melibatkan lebih kurang tujuh rantaian yang melibatkan tujuh kenaikan kos operasi.

      Bukanlah saya menentang gaji minimum, ia bagus untuk kebajikan pekerja, tetap kenaikan yang mendadak hingga ada sampai dua kaliganda kenaikan, itu sudah tidak munasabah dan merapu.

      Perlu diingag bahawa sebelum ini harga barangan rendah sebab gaji pokok juga tidak terlalu tinggi di mana sebagai insentif, pekerja akan bekerja lebih masa untuk dapat lebih pendapatan, hasil meningkat dan kos adalah rendah, harga barangan rendah dan mendapat pasaran di luar negara kerana harga yang kompetitif.

      Sekarang gaji minimum naik dua kali ganda, daripada RM 500 sebulan kepada RM 1000, perlu ingat bahawz jika kerja lebih masa pun kosnya naik dua kaliganda juga, maka harga barang makin mahal, permintasn kurang kerana keluaran negara lain yang lebih murah tentu menjadk pilihan di petingkat antarabangsa, kesannya industri akan rugi, kos operasi dikurangkan, maka perkerja terpaksa dihentikan, bila makin tidsk kompetitif sampai rugi, maka pilihan pelabur adalah hentikan operasi dan pindah ke negara lain, maka pekefja diberhentikan beramai-ramai, kerajaan juga hilang cukai kerana pelaburan dialihkan ke negara asing.

      Saya tak tahulah kamu faham atau tidak mengenai peningkatan kos ini, kerana kalau kamu reti ekonomi, tentu kamu faham penawaran dan permintaan dan konsep kos lepas.

      Pasal kilang tu, ia dah disahkan sendiri oleh pihak Samsung kepada media, kamu tak baca suratkhabar ke? Kilang itu buat televisyen.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    5. Apa yg kukuh keris berayon? Tak payah cerita makro mikro bagai. Aku tanya ko satu soalan je....jika ekonomi negara kukuh, kenapa najib sibuk buat gst??? Najib sendiri mengaku, kalau tiada gst, tak dapat bayar gaji penjawat awam.

      Kukuh apa bendanya kalau bank pun buat vss buang pekerja, kilang takyah cerita dah banyak tutup, sekarang ni petronas. Graduan lepasan universiti kerja kfc, mcd.

      Kalau naj jilat bontot bugis pun agak2lah yg lojik.

      Padam
    6. Betul seperti hujah saudara abu bakar.

      Saya sebagai majikan kepada small business entity memang terkesan dengan gaji minimum yang dilaksanakan oleh kerajaan. Segala macam kos dari A hingga Z naik mendadak. Itu belum termasuk caruman SOCSO, EPF dll. Tidak usah cakap pasal untung. Kami cukup berusaha untuk survive sekarang.

      Jika kos meningkat, maka ia terpaksa disalurkan kepada pengguna juga akhirnya.

      Padam

  8. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, tuduhan rasis terhadap Kumpulan Utusan dan Utusan Malaysia sengaja digembar-gemburkan oleh golongan yang mempunyai agenda terancang. Titah baginda, mereka mahu menghapuskan persetujuan kontrak sosial yang telah dicapai oleh para pendukung utama ketika memformulasikan dasar-dasar utama untuk membentuk sebuah negara merdeka.

    “Mereka semakin vokal mempersoalkan status pribumi negara ini dan turut melakukan pelbagai aktiviti subversif mahu menghapuskan kedudukan istimewa pribumi yang sedia termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.


    “Mereka sebenarnya sedang menjolok sarang tebuan, mereka sedang menghasut warga untuk bermain api,” titah baginda ketika berucap merasmikan Utusan Business Awards 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.


    Sultan Nazrin turut menzahirkan rasa dukacita dengan nasib akhbar bertulisan jawi keluaran Kumpulan Utusan iaitu Utusan Melayu yang terpaksa dihentikan penerbitannya kerana kurang sambutan.


    “Nasib malang akhbar Utusan Melayu yang berakhir di liang lahad adalah manifestasi yang membuktikan betapa lemahnya semangat jati diri Melayu untuk mempertahankan satu warisan bangsa dan manifestasi yang menunjukkan betapa tipisnya semangat nasionalisme yang mengalir dalam darah bangsa,” titah baginda. 


    - UTUSAN ONLINE

    Lagi apa mau klentong? Bila mau jawap soalan....mesti berpandukan fakta dan bukti. Sama juga macam menuduh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Utusan Malaysia turut jadi pekakas Najib untuk menipu masyarakat.

      Dalam isu wang derma RM 2.6 bilion, wang RM 42 juta dalam akaun Najib, skandal 1MDB, isu masalah dalam UMNO, Utusan Malaysia bersikap tidak jujur dengan bersekongkol menipu masyarakat.

      Saya kini sdah berhenti melanggan Utusan Malaysia kerana berita yang direka untum menipu masyarakat walaupun masyarakat tahu isu itu adalah isu yang salah, seperit siasatan RM 2.6 bilion dan RM 42 juta dalam akaun peribadi Najib yang kesnya dibuang oleh Apandi Ali, Utusan membela tindakan Apandi sedangkan tindakan Apandi itu dijadikan lawak jenaka di seluruh dunia sebab kes itu dibuang sedangkan ada prima facie terhadap kes itu.

      Kini jualan Utusan Malaysia merudum teruk kerana rakyat hilang kepercayaan terhadap kredebiliti Utusan Malaysia yang dilihat sebagai pekakad Najib untuk menipu masyarakat.

      Titah Raja Nazrin minta Utusan telus dalam memerangi rasuah tanpa mengira siapa yang buat rasuah itu tak mau dikomen oleh Keris Berayon ke?

      Bersikap jujurlah.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. Keris kelentong....yg ni lu copy paste pasal apa???? Dah takde modal??? Yg ni lu kasi sama media cina sana.

      Padam
  9. Abu Bakar macam mana dgn saranan aku tadi nk ke kau berdebat dgn Arul berkenaan salah urus 1MDB.Jika selama ini ko berlagak hero konon dgn bertanya macam2 kpd cacai mesra pm depa bukanye tau sgtpun..jdi yg selayaknya tentulah ceo 1mdbkn..aku boleh realisasikn dbt ini Bakar jika kamu bersetuju.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak pula debat dengan tun m. Ada berani?

      Takkan takut? Orang tua je tu.

      Padam
    2. Betul apa yang 5.19 cakap tu...alahai dengan orang tua umor 90 tahun tu chai, ada teloq?

      Jawapan nya...........?


      Sama macam Najib gak, takder....

      Padam