Jumaat, 4 Mac 2016

Deklarasi Rakyat Di Tandatangani..!


Teks penuh bahasa Melayu dibawah.

Sejarah tercipta..! Gabungan pemimpin penyokong kerajaan dan pembangkang berkumpul dan bersatu dalam usaha menyelamatkan Malaysia..!

Semuanya dilakukan demi kedaulatan negara Malaysia yang tercinta..! Semuanya dilakukan demi kelangsungan hidup dan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia..! Semuanya dilakukan demi mempertahankan masa depan rakyat dan negara yang lebih aman, makmur dan sejahtera..!

Dari rakyat Malaysia, Untuk rakyat Malaysia Demi negara Malaysia yang tercinta..!

Baca dan fahamkan...

DEKLARASI RAKYAT

1. Kami, warga Malaysia seperti nama-nama berikut ingin menyatakan kebimbangan kami terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial dalam negara. 

2. Kami ingin menarik perhatian rakyat Malaysia terhadap kerosakan yang telah dilakukan kepada negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak. 

3. Di bawah pentadbirannya negara jatuh tersenarai sebagai salah satu daripada 10 negara yang paling banyak mengamalkan rasuah mengikut laporan Ernst and Young Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013. Malaysia juga telah jatuh empat anak tangga Indeks Persepsi Rasuah 2015, dari 50 ke 54. 

4. Ini adalah kerana dianya percaya yang wang tunai boleh mempastikan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya bahawa duit adalah segala-galanya-"Cash is King". 

5. Peruntukan kepada semua Kementerian dan institusi awam termasuk universiti telah dikurangkan kerana ketandusan kewangan. Walaupun telah diperuntukkan, tidak ada sumber kewangan. 

6. Pada tahun 2009, beliau telah menubuhkan satu Dana Kekayaan Negara (Sovereign Wealth Fund) bertujuan untuk menjana pendapatan bagi Kerajaan. 

7. Dia menubuhkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kemudiannya dibebani hutang sebanyak RM42 bilion yang tidak dapat ditanggung. Ianya tidak lagi menjadi Dana Kekayaan. Sebaliknya Dana Hutang Negara. 

8.1MDB telah meminjam RM20 bilion untuk membeli tiga janakuasa elektrik pada harga RM12.1 bilion, yang melebihi harga pasaran. Walaupun diberi kontrak untuk membina janakuasa baru selain lanjutan bagi konsesi yang hampir tamat, syarikat-syarikat janakuasa 1MDB ini telah dijual pada harga RM9.83 bilion dengan kerugian berjumlah RM2.27 bilion. 

9.1MDB juga telah melabur atau meminjamkan sebanyak US$1.83 bilion kepada 
Petrosaudi International (PSI) Limited diantara 2009 dan 2011 di datam projek-projek dan aset yang tidak wujud. Bank Negara Malaysia telah meminta supaya 1 MDB membawa pulang semula wang tersebut ke Malaysia kerana kebenaran yang diberi untuk pelaburan berdasarkan kepada maklumat yang tidak tepat. Daripada jumlah ini, sebanyak US$1.45 bilion telah secara langsung atau tidak langsung disalurkan kepada syarikat Good Star Limited dan lain-lain syarikat dibawah penguasaan Low Taek Jho. 

10. Untuk menutup kehilangan wang tersebut, 1MDB telah melupuskan pelaburan dan Pinjaman ke PSI untuk us$2.318 bilion, dengan mendakwa yang ianya telah membuat keuntungan sebanyak us$488 juta. Bagaimanapun, tidak ada sesen pun daripada jumlah ini yang dipulangkan ke Malaysia. sebaliknya 1 MDB mendakwa yang wang tersebut telah dilabur di dalam dana di Kepulauan caymans, yang kemudiannya telah di bongkar sebagai sebuah firma pengurusan pelaburan tidak berlesen. KPMG telah disingkir sebagai juruaudit 1MDB kerana enggan mengesahkan nilai pelaburan dana Caymans yang penuh misteri.

11.1MDB mendakwa juga yang pelaburan di Kepulauan Caymans ini telah pun ditebus sepenuhnya. Sebanyak US$1.22 bilion telah dilaporkan ditebus pada 5hb November 2014, tetapi telah digunakan pada hari yang sama untuk membayar ganti rugi kepada Aabar Investments PJS. Ini merupakan gantirugi kerana menamatkan opsyen yang diberi kepada Aabar untuk membeli 49 peratus saham di datam syarikat-syarikat janakuasa 1 MDB. Ini merupakan satu penipuan kerana, syarikat induk Aabar, International Petroleum Investment Corporation(IPIC), tidak pun menyebut tentang penerimaan pembayaran tersebut di datam akaunnya yang diaudit dan tersiar di London Stock Exchange. Sebaliknya akaun IPIC menyebut bahawa 1MDB terhutang sejumlah US$481 juta kepadanya kerana penamatan opsyen tersebut. 

12.1MDB juga telah mengambil hutang berjumlah US$975 juta daripada konsortium Deutsche-Bank pada bulan September 2014, untuk tujuan yang sama iaitu membayar ganti rugi kepada Aabar. Akhbar the Wall Street Journal membongkar bahawa wang tersebut telah digunakan untuk membayar pihak lain di British Virgin Islands yang mempunyai nama yang lebih kurang sama iaitu,"Aabar Investment PJS Limited", yang dimiliki oleh pihak yang tidak ada kena mengena dengan IPIC. Penipuan licik ini telah berjaya memperdayakan juruaudit 1MDB, Deloitte Malaysia yang mempercayai bahawa bayaran telahpun diterima Aabar kepunyaan IPIC. 

13.1MDB mengumumkan bahawa ia telah membuat tebusan kedua dan terakhir berjumlah RM1.1 bilion daripada pelaburan di kepulauan Cayman pada bulan Januari 2015. Pada mulanya Perdana Menteri memaklumkan kepada Parlimen bahawa jumlah tersebut telah dimasukkan ke datam Bank BSI di Singapura. Dua bulan kemudian, pada bulan Mei 2015, dia memberitahu Parlimen bahawa, ianya bukanlah di datam bentuk wang tunai, tetapi aset. Kemudian, dijelaskan pula yang aset-aset ini merupakan "unit" yang bermakna bahawa tanya tidak pun ditebus. Ini membuktikan yang 1MDB dan Perdana Menteri telah berulang kali menipu rakyat Malaysia. Ianya juga bermakna bahawa wang yang dilaburkan di datam Petrosaudi yang kemudiannya dilabur semula di Kepulauan Caymans, masih lagi hilang dan tidak dapat diperakukan. 

14. Seorang bekas naib ketua bahagian UMNO Batu Kawan telah membuat laporan polis berkenaan kehilangan sejumlah wang yang besar oleh 1MDB. Tiada sebarang siasatan dilakukan polis. Sebaliknya pengadu telah disoal-siasat polis, ditahan dan didakwa dibawah Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas)2012(SOSMA)kerana mensabotaj ekonomi negara. Peguam beliau juga ditahan dan didakwa dibawah Akta yang sama. Ini menakutkan sesiapa sahaja yang ingin melapor pada Polis berkenaan dengan 1 MDB. 

15. Akhbar Wall Street Journal melaporkan yang Najib mempunyai US$681 juta Dolar di dalam akaun peribadinya di Ambank. 

16. Najib pada mulanya menafikannya, tetapi kemudian mengakui bahawa dianya mempunyai sejumlah wang yang banyak di datam akaun peribadinya, Dia mendakwa menerima derma dari seorang Arab, kemudian ianya menjadi derma untuknya memenangi Pilihanraya Umum ke-13 kemudian pula menyatakan ianya adalah kerana dedikasi beliau menentang keganasan. Dia kemudiannya mendakwa menerima duit berkenaan daripada seorang Putera Raja Arab Saudi, dan kemudian daripada Raja Arab Saudi yang telah mangkat.

17. Kemudian seorang Menteri Arab Saudi menyatakan bahawa tidak terdapat apa-apa rekod berkenaan sebarang hadiah daripada Arab Saudi. Beliau mencadangkan bahawa wang tersebut mungkin merupakan pelaburan. Tetapi jumlahnya kecil. 

18. Najib menyatakan hasrat untuk menyaman Wall Street Journal di mahamah tetapi dia tidak berbuat apa-apa. Sebaliknya dia meminta peguamnya bertanya kepada Wall Street Journal kenapa akhbar itu menyiarkan laporan tersebut. 

19. Hingga ke hari ini WSJ berterusan mengeluarkan laporan demi laporan dengan fakta terperinci berkenaan dengan duit sejumlah US$681 juta yang terdapat di datam akaun peribadinya. Dianya masih tidak mengambil tindakan saman terhadap WSJ, sesuatu yang boleh dilakukan di negara di mana WSJ diterbitkan. 

20. Khuatir dan syak dengan jumlah wang banyak dalam akaun peribadi Najib, satu pasukan petugas ditubuhkan di Malaysia untuk menyiasat sumber wang tersebut. Empat institusi Kerajaan terlibat, Polis Di Raja Malaysia, Peguam Negara, Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. 

21. Belum pun pasukan petugas berjaya selesaikan penugasan mereka, Peguam Negara di singkir oleh Najib atas alasan beliau sakit dan tidak mampu meneruskan tugasannya. Secara terang Najib telah memberi gambaran yang tidak benar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan Tuanku bagi menggantikan Peguam Negara, Jawankuasa Kira-Kira Wang Negara dilumpuhkan apabila pengerusi serta beberapa ahlinya dipindahkan oleh Najib bagi menghalang penyiasatan keatas 1 MDB. Pengerusi baru, kenalan Najib dilantik dan beliau secara spontan menyatakan yang Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan, 

22. Najib kemudian melantik Peguam Negara baru. Peguam Negara baru menolak cadangan Bank Negara untuk tindakan diambil sambil mendakwa yang tidak ada apa-apa di dalam laporan tersebut yang menunjukkan bahawa Najib melakukan kesalahan. 

23. Rayuan Bank Negara tidak diendahkan. 

24. Peguam Negara yang baru juga menolak lagi satu laporan daripada SPRM. Kandungan laporan tidak didedahkan dan ancaman dibuat terhadap pendedahan laporan tersebut 

25. peguam Negara baru juga tanpa penjelasan yang munasabah menolak cadangan dari dua institusi yang mempunyai kuasa dan kepakaran dalam bidang mereka. 

26. Penolakan ini juga menghalang perkara tersebut dibawa ke mahkamah di mana semua bukti dapat diketengahkan dan dibicarakan. Dengan ini Peguam Negara memain peranan sebagai pendakwa dan juga hakim. Proses undang-undang terhalang. 

27, Timbalan perdana Menteri yang disingkir kemudian mendedahkan yang peguam Negara yang lama telah menunjuk bukti kesalahan yang dilakukan Najib bersangkutan skandal- skandal tersebut. Di masa yang sama, beberapa agensi Kerajaan asing, iaitu Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Britain, telah memulakan siasatan ke atas 1MDB. 

28. Akhbar di Malaysia ditapis menyebabkan rakyat lebih bergantung kepada laporan media asing. Tetapi apabila rakyat berbincang atau menulis berdasarkan laporan media asing, Kerajaan menerusi Ketua Polis Negara menjemput sesiapa sahaja untuk membuat laporan polis agar polis dapat menjalankan soal siasat terhadap orang itu.

29. Ini bercanggah dengan kegagalan polis menyiasat laporan polis yang dibuat terhadap Najib, Jho Low dan laporan Bank Negara dan SPRM kepada Peguam Negara. Peguam Negara juga mengugut untuk jatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan terhadap sesiapa yang bertindak membocor maklumat Kerajaan. Ini bermakna yang kesalahan jenayah di dalam pentadbiran Kerajaan pun akan dilindung daripada pengetahuan awam, 

30. Peguam Negara mengumumkan bahawa sebahagian daripada sejumlah RM2.6 bilion (sebanyak RM2.3 bilion)telah dipulangkan kepada Arab Saudi. Selain daripada kenyataan ini tiada bukti lain yang dikemukakan. 

31. Rakyat juga semakin menderita. 

32. GST yang dikenakan Najib, kenaikan kadar tol lebuhraya, kesemuanya mengakibatkan kenaikan kos sara hidup, memaksa perniagaan ditutup, menyebabkan industri kepunyaan asing menghentikan operasi dan berpindah kepada negara lain. Ini mengakibatkan peningkatan kadar pengangguran. 

33. Walaupun rakyat membantah, Najib tetap menyertai Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik(TPP)Amerika yang mengikis hak kita untuk membuat dasar dan undang-undang yang sesuai bagi negara kita. 

34. Hari ini imej Malaysia amat buruk sekali. Selain diklasifikasikan antara 10 negara terburuk mengamalkan rasuah, Malaysia juga dianggap tidak demokratik. Hak kebebasan bersuara juga kebebasan akhbar terhalang, dan rakyat hidup datam ketakutan ditangkap dan ditahan. Akta Majlis Keselamatan Negara digubal untuk memberikan Perdana Menteri dan bukan Yang di-Pertuan Agong kuasa mengisytiharkan sesuatu kawasan itu sebagai kawasan keselamatan dimana sesiapa sahaja boleh ditangkap dan ditahan tanpa bicara dan didakwa dibawah prosidur yang melanggar batas keadilan yang diterima. 


35. Sebaliknya pula jika berlaku kesilapan datam penggunaan Akta ini oleh pegawai Kerajaan, atau di mana terdapat salahguna kuasa, rakyat tidak boleh mengambil apa bentuk tidakan terhadap mereka. Whistleblowers, atau pemberi maklumat, diganggu dan dihukum, dan bukannya diberi perlindungan. Undang-undang lain digunakan yang menyekat kebebasan bersuara menegur salahlaku. Hak asasi yang termaktub di datam Perlembagaan persekutuan tidak lagi membawa apa-apa makna. 

36. 0leh kerana sebab-sebab ini, kami rakyat Malaysia seperti yang tertera bersetuju dan menyokong 

a) Penyingkiran Dato'Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan. 

b) Penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya 

c) Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang Jetas metanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan danmelemahkan polisi terpilih dan 

d) Pemulihan integriti insltltusi yang telah dilemahkan, seperti Polis, SPRM, Bank Negara dan PAC

37. Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum, ugama, politik, kepercayaan atau parti, tua atau muda, marilah bersama-sama kami selamatkan Malaysia daripada Kerajaan yang dipimpin Dato Seri Najib untuk membuka jalan kepada mereformasikan institusi demi proses demokrasi dan memulihkan prinsip pengasingan kuasa diantara eksekutif, legislatif dan kehakiman yang akan memastikan kebebasan, kredibiliti, profesionalisme serta integrity institusi-institusi nasional. 

Tandatangan rakyat

Akal yang waras serta jiwa yang murni sahaja yang dapat merasakan betapa perlunya negara Malaysia tercinta ini diselamatkan..!

Sudah terang lagi bersuluh..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

54 ulasan:

  1. Agak2 mangkok berayon boleh patahkan hujah satu persatu dgn idea yg bernas dan ayat yg berhemah?

    BalasPadam
  2. Kan dah cakap Najib dan 10 Kotenajib rahsia rasuah beliau akan terdedah jua. Apabila kemarahan rakyat tidak dapat dibendung lagi, kita sama2 lihat begitu pantas hari demi hari menghampiri kemusnahan kerajaan zalim yang dibawa oleh Najibul Al Bugishi. Sebenarnya rakyat Malaysia walau berbilang kaum, agama, kasta, status tetapi semuanya percaya hanya sifat Amanah dan bertanggungjawab boleh menjamin kehidupan yang berkat, aman damai dan penuh kemakmuran. Najib terlalu bodoh kerana begitu yakin yang wang ringgit dan sogokan dedak kepada rakyat dan rakan2 beliau dapat menyelamatkan diri beliau. Beliau lupa people's power adalah yang paling berkuasa dan paling berkesan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kemarahan rakyat tak dapat dibendung.. BOHONG gILA2.. rakyat marah ke atau puak yg gila tamak kuasa yang marah??

      Sikit2 'ROGOL' nama rakyat ini skrip Anwar Ibrahim.


      SIAPA SANGKA.. SATU MASA DULU MAHATHIR BERMUSUH KETAT SEHINGGA LEBAM MATA ANWAR DITUMBUK.. TAPI HARI INI MAHATHIR JILAT SEGALA LENDIR LALU DAN AMBIL ALIH KERJA ANWAR.. JIJIKNYA... JIJIKNYA... JIJIK SEJIJIKNYA!!

      Maknanya Anwar duly bersihlah dari tuduhan Mahathir?? Penipunya org tua lahanat ni!!

      Padam
    2. "Kemarahan rakyat tak dapat dibendung."

      PAU taknak buat, PRU lagi lah takkan buat, silap haribulan dibeku terus atas alasan "mengancam keselamatan negara." (yang sebenarnya mengancam kedudukan Najib)

      Tak pun, buat kajian mendapat rakyat tentang Najib oleh badan bebas yang tidak disogok Najib? Amacam?

      Padam
  3. YES! I love you guys.

    Bravo.

    BalasPadam
  4. Sapa mamak yg nak guling guling atas jln raya lepas nih...dah lma tak tgk rakyat mamak Malaysia buà khemah n gulung gulung jln raya..rindu plakj...

    BalasPadam
  5. Syabas Tun. Bawah Najib ni banyak menyusahkan rakyat, gst, toll dan kos sara hidup menaik. Yang duduk pemerintah tu nampak hidup senang dan nak menekan siapa saja yang nak bersuara. Tapi kes 2.6b ditutup dengan O.S.A. Apa hal?

    BalasPadam
  6. Khabarnya najib ada diluar negara. Dah takut la tu.
    Dengan MT yg sokong Najib sekali kasi turun. Merekalah penasihat yg paling tak guna.

    BalasPadam
  7. teloq najib dah hilang.......kes sprm dah jadi OSA pulak.....dah takut la tu...tapi cakap transparent......apa yang transparent ntah.....spender dia kot..

    BalasPadam
  8. Saya sebagai rakyat Malaysia menyokong penuh deklarasi ini kerana saya sudah tidak tahan lagi melihat negara tanah air tumpah darah tercinta ini diperlakukan seperti pekakas, seperti pekakas oleh Najib dan kuncu-kuncu untuk memuaskan nafsu serakah jijik mereka itu.

    Saya sebagai rakyat Malaysia mempunyai hak terhadap negara ini, saya tidak dapat menerima perbuatan Najib dan kuncu-kuncunya memperbuat harta negara ini seperti harta peribadi mereka untuk diselewngkan dan dijoli sesuka hati mereka. Disebabkan penyelewengan ini, hak saya sebagai rakyat telah terjejas, saya telah dipaksa membayar GST kerana untuk menampung lemborosan Najib laki bini dan kuncu, sedangkan hak saya sebagai rakyat telah dinafikan,hak pembangunan, hak mendapatkan kemudahan infrastruktur yang baik, hak untuk mendapatkan kemudahan perkhidmatan yang baik juga telah dinafikan.

    Ini adalah terbukti bila belanjawan untuk semua kementerian dipotong dengan begitu mendadak sedangkan kementerian-kementerian itu perlu melaksanaksn pembangunan infrastruktur dan memberi perkhidmatan kepada rakyat.

    Bila peruntukan kepada kementerian-kementerian berkenaan dipotong, maka kementerian yang berkenaan akan tidak dapat membantu rakyat.

    Lihatlah kemudahan di bandar atau di luar bandar, banyak yang rosak dan tidak dapat dibaiki seperti jalan raya berlubang sana sini, jalan masih lagi jalan tanah merah, dinding sekolah roboh menghentam pelajar hingga cedera, sekolah tidak cukup wang untuk selenggara pembentungan hingga pelajar jatuh dalam kolah pembentungan hingga menyebabkan kematian, peralatan sekolah dan bagunan sekolah yang dibiarkan daif hingga memberikan kemudahan belajar yang kurang baik kepada pelajar. Kementerian, sekolah tidak boleh kita nak salahkan, kerana kementerian yang berkenaan tidak cukup wang untuk laksanakan program baik pulih kerosakan tersebut.

    Jadi, kita sebagai rakyat, sampai bila nak biarkan negara ini diperbuat seperti harta peribadi Najib dan kuncu-kuncu? Sampai bila kita nak biarkan hak kita dicabuli, hak kita dirampas, hak kita diselewengkan oleh Najib dan kuncu-kuncu seolah-olah harta negara ini adalah harta peribadi mereka?

    Ayuhlah bangkit untuk pertahankan negara kita sebagai bukti kita adalah watan yang setia kepada negara ini.

    Ayuh bangkitlah semua untuk pertahankan hak kita sebagai rakyat negara ini, harta negara ini adalah hak kita, mesti digunakan untuk pembangunan dan perkhidmatan kepada kirpta, bukannya untuk diselewengkan secara khianat oleh Najib dan kuncu-kuncunya.

    Ayh bangkitlah semua, pettahankan negara kita, pertahankan hak kita.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  9. Kami sekeluarga...sebelum ini mengundi bn...turut bersetuju dgn deklarasi rakyat ini. Sekian

    BalasPadam
    Balasan
    1. abu kabar posting 7.23

      tanpa nama posting 7.30

      kau tulis kau jilat.. hebat sokongan 'rakyat'.

      'ramainya' cai2 penyokong mahadey kt sini.. double body pun double lah.. janji masyuk..

      Padam
    2. Apa cacai najis komen ni..
      Apa kata para pencacai najis bkumpul dan buat pulak deklarasi cacai najis..
      Nk jugak baca apa dlm deklarasi cacai.
      Mesti maki hamun dan nafi shj

      Padam
    3. "Apa kata para pencacai najis bkumpul dan buat pulak deklarasi cacai najis.."

      Cacai najis seperti berikut...

      Ini semua FITNAH dan rakyat perlu TAAT kepada pemimpin yang korup, zalim, menindas, menganaiya rakyat dan diktator.

      Padam
  10. Saya berasa pelik mengapakah laporan audit 1MDB beria-ia benar Pengerusi PAC Hasan 'Cari Makan' Ariffin nak sangat dijadikan sebagai dokumen OSA sedangkan laporan audit jabatan dan kementerian boleh diakses orang ramai, itu tak jadi dokumen OSA ke?

    Kepada Tan Sri Ambrin Buang selaku Ketua Audit Negara, saya sangat kecewa dengan tindakan anda yang bersubahat dengan pengkhianat negara untuk menyembunyikan jenayah pengkhianat itu.

    Tan Sri Ambrin Buang telah menghancurkan kredebeliti beliau yang sebelum ini dilihat sebagai telus, tetapi kini telah bersubahat menyorokkan suatu perkara penting dari rakyat.

    Apakah justifikasi dokumen itu diklasifikasikan sebagai OSA? Dokumen siasatan 1MDB itu bukannya dokumen keselamatan berkaitan pertahanan, dokumen itu bukanlah mengenai perancangan struktur kewangan dan ekonomi negara, malahan dokumen itu bukanlah melibatkan hubungan kaum dan agama di negara ini, ia adalah dokumen mengenai siasatan jenah penyelewengan dan salah laku sebuah syarikat, sungguh pelik kalau itu pun dikategorikan sebagai rahsia rasmi kerajaan atau OSA.

    Perkara ini amat memalukan dan penghinaan terhadap hak rakyat, hak rakyat untuk tahu mengenai hak kami berkaitan harta negara ini telah didinafikan secara biadap oleh beberapa orang yang khianat seperti Hasan 'Cari Makan' Ariffin dan Tan Sri Ambrin Buang itu.

    Rakyat boleh nilai sendirilah apa dah jadi dengan institusi negara ini.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  11. Astaghfirullahaladzim..

    mengucap aku membaca deklarasi Mahathir ini.. semua yang tertulis itu menggambarkan itulah dia yang sebenarnya semasa menjadi PM. Bukan Najib.

    Senang2 dia jual nama rakyat. Selepas fitnah ditabur, akhirnya dia melancarkan gerakan menggulingkan Najib secara terang2..

    Bersekongkol dengam musuh2 yang mempunyai rekod merosakkan negara. Apa semua ini.!!



    BalasPadam
    Balasan
    1. Sape suruh najip jadi pondan? Rakyat mahu dia buktikan bahawa dia tidak bersalah. Ini tidak...lari..buat bodoh...suruh pemakan dedak backing...tak nak bertindak tegas terhadap akhbar luar negara dan byk lagi..

      Pru nanti 48% yg sokong tu mungkin tinggal minoriti sangat dah...itu pun minoriti yg ketagih dedak haram...

      Tunggu je...

      Padam
    2. Kenapa? Penyokong encik najip sudah kalut kah?

      Bukan abu bakar atau anon2 bekas pengundi bn sahaja. Amat ramai lagi yang memang sependapat dengan mereka termasuk kami sekeluarga. Kami juga undi bn sebelum ini.

      Kamu fikir bn boleh menang dengan skandal demi skandal yang amat jijik itu? Rakyat sudah pandai menilai. Sekian.

      Padam
    3. Pura2 istighfar lps tu mngucap..
      Kahkahkah..
      Cacai najis sorg dua je. Tukar2 konon nmpk rmi..

      Padam
    4. MAHATHIR SI KITUL MODERN
      MAHATHIR SI KITUL MODERN
      MAHATHIR SI KITUL MODERN

      Padam
  12. Jika Najib digulingkan tunggulah PM selepas itu juga akan digulingkan.

    Malaysia takkan aman lagi. Perosak sebenar Melayu dan Malaysia ialah Mahathir bukan Najib.

    Apa sgt alasan fitnah 1mdb utk halalkan Najib digulingkan.

    Kita upah cipta tuduhan demi tuduhan lepas tu alasan itu guna untuk gulingkan Pemimpin. Jahanam dekomkrasi.

    Apapun Insya Allah, pertolongan Allah SWT bersama org2 yang baik, bersama DS Najib dan orang2 yang ikhlas dalam UMNO.

    Selamatkan Malaysia dr penzalim sebenar yang 'syaitan yang dikenali'!!


    BalasPadam
    Balasan
    1. Pau pun takde pemilihan...demokrasi apanye?

      Padam
    2. kalau najib tak buat taik...benda ni semua tak jadi.....sekarang dah busok sangat dah.....busok2....simpan dalam OSA....berulat lah.....

      Padam
    3. Kau rela ke buat pemilihan dalam keadaan musuh akan merosakkan UMNO? Jgn jd bodoh ckp bodoh marah tp kenapa bendul sgt.

      Dh tau musuh akan gunakan PAU utk merasuk dan merasuah pemilihan UMNO..gulingkan Presiden buat apa lagi utk pemilihan?

      Padam
    4. 9.35 apa perlu takut chai? Buatlah PAU...bukankah Najib punyai sokongan seluruh umno?

      Baca komen cai ni, dia sendiri takder keyakinan, seperti dibawah ni,

      "Kau rela ke buat pemilihan dalam keadaan musuh akan merosakkan UMNO? "

      Padam
    5. 9.49.. bukan takut dengan PAU tapi takut dengan muslihat 'SYETAN DIKENALI'

      SYETAN DIKENALI ini duit byk.. apa pun dia boleh beli... rosak UMNO kalau PAU buat masa ini... UMNO akan terkubur!!

      Padam
    6. Kalau takde pemilihan so halal lah buat penggulingan?

      kau agama apa? DLm Islam haramkan gulingkan pemimpin kecuali yang kufur dgn Tuhan.. yg suka hina hukum Allah mcm satu bekas PM dulu sbrnya wajib dh kena gulingkan..

      tp sbb dia duit byk..22 tahun cekau duit negara, boleh beli manusia2 yg melahap projek dan bodoh!

      Padam
    7. 10.05 "DLm Islam haramkan gulingkan pemimpin kecuali yang kufur dgn Tuhan.."

      Sultan perak ada bertitah jangan sokong pemimpin yang korup, zalim Dan menindas rakyat. Sultan ada mufti yang beri nasihat pada beliau...lu chai dapat nasihat Dari siapa?



      Padam
  13. Sekarang ini yang dipertahankan merupakan hal-hal peribadi Najib semata-mata.

    1MDB berkaitan dirinya, wang RM2,600 juta (dakwaan terbaru WSJ mendakwa sebenarnya RM4,200 juta) berkaitan dirinya, dana RM42 juga daripada SRC International berkaitan dirinya, Peguam Negara dipecat kerana dirinya, pegawai SPRM diganggu kerana dirinya dan segala-galanya adalah berkaitan beliau belaka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuduh Najib lepas tu sandar pada WSJ
      WSJ tu sapa? Mana bukti sahih tanpa tipu2 cakap Najib makan duit haram?

      WSJ juga ckp Madey lesapkan wang negara RM110 Billion sepanjang 20 tahun jadi PM..

      jadi awat tak gulingkan MAdey?

      kalau nk jd syetan tp payah berlakong sbg 'malaikat'.

      Kalau dh jenis makan dedak lendir tak payah nk tipu mcm rakyat yang baik!

      Padam
    2. Chai 9.38

      Kalau camtu samanlah WSJ? Ada brani chai?

      Padam
    3. kalau cmtu jwpn ko.. ko suruh Madey saman dulu WSJ.

      Modal basi tuduh kemain lepas tu xleh jwb suruh saman plak..

      suruh Madey saman dulu kalau tak mmh sah Madey lesapkan 110 billion.

      Padam
    4. 10.03

      "Madey saman dulu WSJ."

      Berikan sebab kenapa Tun nak saman WSJ?

      Padam
    5. 10.03

      "Modal basi tuduh kemain lepas tu xleh jwb suruh saman plak.."

      Najib ada teloq tak?

      Padam
    6. "suruh Madey saman dulu kalau tak mmh sah Madey lesapkan 110 billion."

      Alignment dah lari ker chai?

      Padam
  14. Bottom line, Najib Razak is afraid if the public would know the truth. He and his sycophants can’t handle the truth. They are afraid of it. That is why, all of the conspiratorial actions taken by them for the past one year had portrayed they are indeed guilty.

    The truth can only be known when Najib Razak resigns from his position and let the investigation teams investigate without fear and favour. But this won’t happen because someone is afraid to face the music.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bottom line Mahadey yg over dose and afraid sbb cerai talak -3 dengan UMNO kali ini hambar sambutan.

      Najib steady sbb xde pun buat tangkapan mcm zaman Mahadey lawan reformasi dulu.. beza sgt tu kalau nk bohong pon caii



      Hampir 100% kepimpinan bahagian UMNO tak peduli pun soal Mahadey nak keluar UMNO ke..

      berbeza masa 2008 dulu.

      The truth is out there.. tp macai terus main isu.

      Kalau Mahadey tak afraid why he has to join pakatan haprak musuh ketat nya?

      kalau betul2 tak afraid move with UMNO members la.. itu tanda looser.

      Sekian!

      Padam
    2. 9.42

      "kali ini hambar sambutan."

      Adakan PRU....ADA BRANI?

      "Najib steady sbb xde pun buat tangkapan"

      Badut la ko chai, zeti sendiri ada cakap beliau perlu berhati hati bila bercakap takut ditangkap. Tu belum lagi nak cerita yang lain2.

      "Hampir 100% kepimpinan bahagian UMNO tak peduli pun soal Mahadey nak keluar UMNO ke.."

      Kalau camtu, PRU Najib takder teloq tak BRANI nak adakan, buat pemilihan PAU boleh? Najib kan ke ada hampir 100% sokongan?

      "Kalau Mahadey tak afraid why he has to join pakatan haprak"

      Chai, nak cakapomputih ker? Ok, for your info, gather does not mean joining pakatan but have a mutual understanding to oust Najib.

      "tanda looser"

      Lu chai is a born loser, dah makan ubat ke chai? Pastu pi buat rawatan kejutan letrik, untuk sakit mental kronik tu dah pulih kena bertaubat Dan insaflah chai,jangan makan duit haram....









      Padam
    3. MAHATHIR SI KITUL MODERN
      MAHATHIR SI KITUL MODERN
      MAHATHIR SI KITUL MODERN

      Padam
  15. PAC apa khabar? Deklarasi rakyat ini moga dapat respons AG. Boleh debat dalam parlimen ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. debat apa kalau nk fitnah
      kalau betul lah kes 2.6 billion itu Najib songlap dn bohong pasla derma.. awal2 lagi Saudi akan sekat Najib masuk negaranya.

      Saudi ni Raja dia tegas. Kalau buat halkacau negara hukum bunuh pun boleh.

      Ini dapat karpet merah lagi. So siapa yg bohong rakyat sebenarnya?

      Padam
    2. "Saudi akan sekat Najib masuk negaranya."

      Saudi juga mengesahkan Ianya bukan duit DERMA Dan tidak pasti.

      "Kalau buat halkacau negara hukum bunuh pun boleh."

      Bagus juga tu....

      "Ini dapat karpet merah lagi."

      Kalau rosmah pergi sorang2 ke arabsaudi pon akan dapat karpet merah...apa nak herankan? Ianya dinamakan protocol chai, faham ker apa maksud protokol tu chai?

      Padam
  16. Ramai kena saka sihir hitam Mahadey

    Sampai buat khianat terang2 mcm ni pada UMNO pun ada yg belah bagi.

    Kita lihat sendiri siapa peserta deklarasi yang 'rogol' nama rakya tu?

    Puak2 yg cukup jahat, yg sanggup jual negara, yg anti ISlam nya, yang liberalnya, yang anti Raja nya dan yang pro Israel nya.

    Pakatan Haprak DAP laknatullah tumpang setuju sbb mereka pun nak perintah Malaysia bila tumbangkan UMNO.

    PAN pun ada agenda mereka. Mahadey dgn agenda legasi dan dendam..

    jadi sapa jadi mangsa?? RAKYAT!! Najib jadi korban mereka!!

    Mahadey nk betulkan apa pada UMNO kalau gerakan mereka ini sendiri disertai oleh 'pejenayah2' politik serte penipu2 rakyat?

    Fikirlah caa waras. Setakat duk bangga jasa KLCC.. rembat duit Petronas itu sudah jadikan Mahadey DEWA besar??

    Sorrylah don't support Deklarasi Syetan ini!
    Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2016/03/ts-muhyiddin-yassin-dan-ds-mukhriz.html#Xxa1IlZdemfixZrz.99

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sihir..kahkahkah..
      Sihir 2.6B masuk akaun najis
      Kahkahkah..
      Sihir juta2 duit src masuk akain najis..
      Kahkahkah..
      Cacai najis punya hujah bodoh memanjang..
      Najis ptt crk peganti.. cacai skrg bodoh2 belaka

      Padam
  17. Naya je KJ kena fitnah dengan geng Mahadey konon geng Tingkat 4 tu jahat dan rosakkan negara...

    skrg baru kita tahu.. kesian Pak Lah dan Najib.. betapa jahatnya perangai Mahadey dan circle legasinya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dedakman Dedakman Ah Jib Gor tulis tanpa fakta.
      Kalau betul Tun fitnah, patahkan lah satu persatu deklarasi Tun.

      Memang Tak Lah

      Padam
    2. dedak dedak lendir man mahadey mamak tulis xde fakta..
      rujukan mereka ialah paper yahudi WSJ..

      mmg sah lah penjilat kafir. lepas tu nk paksa rakyat follow mereka.. sorry lah.

      Padam
    3. 10.07

      "dedak dedak lendir man mahadey mamak"

      Sebelum Tun tutup mata baik ko pi minta maaf, kalau lu tutup mata terlebih dulu dari Tun, lebih parah akibatnya bila di akhirat nanti.





      Padam
  18. Najib kaki retorik

    BalasPadam
  19. Tun M pejuang tulen dan negarawan. Najib dan pariah2nya akan tersungkur dek perbuatan mereka sendiri. Hukum Allah maha adil. Doa rakyat Malaysia semoga peralihan kuasa tidak huru hara dan menumpahkan darah. Najib akan letak jawatan dengan sendiri.. Itupun kalau Rosmah bagi green light..

    BalasPadam
  20. penyokong takde teloq dah gigil......bising2.....pitnah sana pitnah sini.......PAC punya cerita pun dah kasi bungkus masuk peti besi.....takut kantoi.......

    kalau betul ni semua pitnah, kenpa nak simpan dalam peti besi? takut kantoi.....
    madey dah cakap dah.....jumpa di court......tapi takde teloq takut......sampai sekarng....buat bodoh.....tapi macai2 semua masih cakap pitnah......penjilat pungkoq!

    marah madey pulak....marah la najib tu kenapa takut masuk court...

    BalasPadam
  21. Cai najib ingat dengan memaki hamun dan fitnah tun bole kasi setel kes bos diorg rompak duit negara ribu2 juta...ingat akan ada la yg terpengaruh dgn alsan bodo diorg dn sokong najib...buat lg ramai org nk temuntah ada la...sah la kes najib ni mmng tulin

    BalasPadam
  22. Pengajaran :
    1) anwar memang sah peliwat atau dr m memang sah pemfitnah.
    2) pencacai kena tipu hidup2 selama 18 tahun.
    3) pencacai tanggung dosa selama 18 tahun kerana dok asyik kutuk dr m.
    4) pencacai tanggung dosa selama 18 tahun kerana sokong seorang peliwat.
    5) pencacai tanggung dosa setahun kerana sokong seorang pemfitnah.
    6) 56 orang yg sign deklarasi adalah manusia hipokrit tahap tegar.
    7) ahli neraka akan bertambah lagi.

    BalasPadam
  23. punyalah pondan punya najib dan penjilat2 dia...apatah pemakan dedak haram semua tu..

    takut saman wsj..kononnya speech act.

    dah tu..tunggu apa lagi? saman lah tun m dan mereka2 yang tidak menjilat najip tu. malaysia takde speech act okay..

    tengok lah..dalam malaysia pun takut nak saman...pemakan dedak haram ooooi...suruh ketua korang tu saman lah.

    lagi satu, akaun peribadi seorang surirumah ada juta2 tu..korang pun saman dan siasatlah siapa yang dedahkan tu..dari mana datang duit tu tak perlu siasat pun kan? kan ? ke nak cakap itu fitnah lagi?

    BalasPadam