Jumaat, 4 Mac 2016

Ini Ke Draft Pendakwaan Ke Atas Najib Tu..?



Heboh isu draft pendakwaan Najib yang tersebar tahun lalu..! Walaupun ianya dinafikan oleh Jabatan Peguam Negara namun ianya tetap menjadi isu sensasi seperti yang boleh dibaca di sini.

Semalam ianya timbul lagi..! Kali ini ianya dibangkitkan sendiri oleh Muhyiddin yang mendakwa melihat sendiri draft pendakwaan tersebut..!

Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan memberi cadangan supaya menghantar semula kertas siasatan berhubung wang derma RM2.6 bilion dan SRC International kepada peguam negara jika mereka tiada bukti kukuh untuk mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mengambil kira cadangan PPO itu, Muhyiddin berharap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan mengambil tindakan dengan adil dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya.
"Saya ditunjukkan bukti aliran wang masuk ke dalam akaun peribadi Najib dan ini bukan lagi rahsia kerana ini sudah ditunjukkan peguam negara baru-baru ini," kata Muhyiddin sambil memegang laporan The Malaysian Insider mengenai kenyataan Apandi mengumumkan tiada kes untuk mendakwa Najib.
Muhyiddin juga sekali lagi mengulangi bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail sudah menunjukkan kepadanya mengenai bukti dan kertas pendakwaan terhadap Najib.
Katanya, terdapat bukti jelas membabitkan penglibatan Najib dalam skandal 1MDB dan SRC tetapi tidak boleh mendedahkannya.
"Kuasa mendakwa hanya ada pada peguam negara bukan saya, sama ada mahu ambil tindakan atau tidak itu terserah kepada beliau untuk buat pendakwaan.
"Kalau ada bukti, buat saja pendakwaan," katanya pada sidang media di Bukit Damansara di Kuala Lumpur hari ini.
Februari lalu, PPO dengan 8 ahli yang bermesyuarat buat kali terakhir menasihatkan badan anti rasuah itu menghantar semula kertas siasatan berhubung SRC International Sdn Bhd kepada Apandi, yang juga pendakwa raya, untuk semakan beliau.
Panel itu, yang memuji SPRM kerana profesionalisme, dedikasi dan integritinya juga mencadangkan kepada penyiasat meminta bantuan peguam negara mengeluarkan bantuan undang-undang bersama (MLA) bagi membolehkan SPRM mendapatkan bukti dan dokumen daripada institusi kewangan luar negara dalam siasatan mereka ke atas derma RM2.6 bilion itu.
Pada 26 Januari lalu, Apandi berkata tidak terdapat bukti mencukupi mendakwa Datuk Seri Najib Razak berhubung kes SRC International, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan.
Syarikat itu dilaporkan sebagai salah satu firma dari mana derma itu berasal sebelum disalurkan melalui syarikat lain dan dimasukkan ke akaun peribadi Najib.
Apandi berkata, tiada bukti Najib selaku menteri kewangan menyalahgunakan kuasanya berhubung pinjaman diambil SRC International daripada dana pencen, KWAP.
Beliau juga menjelaskan tiada keperluan meneruskan permintaan mendapatkan MLA daripada pihak berkuasa kewangan luar negara dan bank untuk SPRM menyelesaikan siasatan terhadap kes RM2.6 bilion kerana tiada bukti mencukupi.
SPRM sebelum ini merakamkan percakapan lebih 100 saksi, termasuk Najib berhubung isu derma tersebut.
Terdahulu, laman portal The Malaysian Insider juga disekat ekoran laporan mengatakan PPO tetap mengesyorkan kepada peguam negara supaya Najib didakwa berhubung kes 1MDB dan SRC.
Bagaimanapun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi alasan sekatan tersebut atas sebab "keselamatan negara" tetapi tidak memperincikannya.

Bagi rakan rakan penjawat awam...rata rata syak yang berwarna kuning tu ialah sampul kecil..! Apa makna sampul kecil?

Namun bukan sampul kecil tu yang nak kita hujahkan..! kalau sampul tu bertukar kepada sampul besar, panjang, lonjong atau bulat pun namun keadilan tak dapat nak ditegakkan..baik tak payah bersampul..!


Mesti tengah tunggu skrip nak nafi tu..!


Siapa???


Lu Fikir La Sendiri!!!

19 ulasan:

  1. Jika kita lihat dalam kertas pertuduhan itu, jawatan Najib juga adalah sebagai Ameritus Advisor, jawatan itu adalah jawatan yang disandang oleh Najib di dalam SRC International.

    Jika kertas pertuduhan itu palsu, bagaimanakah ada maklumat yang begitu terperinci sebegitu?

    Kalau perkara ini tak benar, maka pasal apa Najib masih tak saman Sarawak Report, WSJ, dan Tun Dr. Mahathir yang didakwa berkomplot memfitnah Najib itu?

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  2. "Jika kertas pertuduhan itu palsu, bagaimanakah ada maklumat yang begitu terperinci sebegitu? "

    Terperinci.... faham tak chai?

    BalasPadam
  3. Jika kertas pertuduhan itu palsu, sila nafikan tarikh dan tempat kejadian?

    Pasal apa Nik Faisal dan Suboh Mat Yasin laikan diri ke luar negara dan tak pulang sampai sekarang ni?

    Apa yang mereka berdua takutkan?

    Selama Nik Faisal larikan diri ke luar negara, siapa yang menjalankan tugas sebagai CEO SRC International?

    Bagaimanakah sebuah syarikat beroperasi tanpa CEO?

    Siapa yang membuat keputusan syarikat SRC International berkaitan pengurusan dan pentadbiran SRC International jika Nik Faisal sebagai CEO syarikat itu larikan diri ke luar negara dan tak pulang lagi sampai sekarang ini?

    Malahan Nik Faisal dan Suboh Mat Yasin itu masih hidup lagi sekarang ni? Pasal apa SRC International masih tak ambil sebarang tindakan untuk mengesan kedua-dua pegawai mereka itu? Apakah SRC International tidak pedulikan langsung pasal kehilangan mereka itu? Apakah SRC International suka kedua-dua pegawai itu hilang?

    Perkara ini perlu dijelaskan oleh SRC International untuk pengetahuan umum kerana dana yang terlibat adalah hak negara.

    Sedarlahlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau tak pasai apa depa tak balik mai ? src international tu company yg ditubuhkan untuk divert duit saja. nama saja gah tapi yg keja dua ekoq tu saja. company tu mana ada meniaga apa pun. meniaga duit saja. yg tu pun hang tak tau ka. meniaga ataih angin mana boleh ramai ramai...

      Padam
  4. Hari Tu, Najib angkat sumpah sebagai PM telah di AMANAH kan untuk menjaga kebajikan. kepentingan dan hak rakyat.

    Hari ini, terbukti sudah pendakwaan telah siap menunggu untuk mendakwa najib kerana disyaki terlibat dengan PECAH AMANAH melibatkan wang, harta kepunyaan rakyat.

    maksudnya HARAM untuk najib, serta mereka yang bersubahat dan bersekongkol bernama menteri, punahsihat beserta pencacai makan duit rakyat.

    bertaubatlah kamu semua.

    BalasPadam
  5. Nampak tak perkataan kansel kemudian ada initial ditepi.
    Initial inilah yg adek Kevin Moris kenal....initial abang dia. So, dia tahu abang dia yg prepare charge sheet ni.
    Sebab tu dia beriya2 nak 2nd post mortem.

    Adik Kevin ada tunjuk gambar2 mayat kevin dlm simen dan waktu mayat dikeluarkan dari simen. Dia nak buktikan tangan abang dia tak diikat dibelakang dan dijerut seperti yg didakwa.

    Masa dia nak lari balik US, dia kata klu ada yg nak dia mati, kawan dia di US akan viralkan dokumen rahsia yg Kevin beri.

    BalasPadam
  6. sudah lah ..ini semua konpirasi tahap tertinggi... gerakan jatuhkan najib... kertas pendakwaan siap lebih awal tapi siasatan belum selesai... nampak sangat tujuan menghalalkan cara.... dah tahu duit 2.6 bl derma pak arab.. dok pusin g jugak kata duit mdb... bengap macam ko orang bolaeh lah caya...ini semua tipu muslihat nak jatuhkan najib jrr...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi baik PI MAMPOS lu punya ekoq-ekoq BANGKAI BABI kat JAMBAN TERORIS-TERORIS PENDATANG RASIS PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNO/RASIS- EJEN/KULI- "ZIONIS NWO"-CIA-NATO/ZIONIS-SOROS-MOSSAD/FREEMASON/ILLUMINATI-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH/LANUN-no 1!

      Padam
    2. Konspirasi???? Macam anwar pulak.

      Nafi kosong sapa pun boleh...input takder!

      Padam
    3. Siapa dia tok arab tu? Mula-mula Raja Abdullah yan dah mati, lepas anak Raja Abdullah pula, anak Raja Abdullah yang mana pun tak tahulah, sebab Raja Abdullah tu ramai anak.

      Sila kamu xcrewborcosgetas jelaskan, pernah ke Najib beritahu nama anak Raja Abdullah yang dikatakan beri wang itu? Kalau ada Najib beritahu kau, sila terangkan kepada kami semua.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    4. Bugis mesti kecewa. Dua buat baik dgn saudi, kasi tentera bagai tapi saudi tetap tak sahkan duit derma.

      Itu problem ante buat, ana tak mahu campur lah....ana tak mahu fening lah.

      Padam
  7. Sepatutnya siapa yang pecah lubang pada najib yang dia akan didakwa dikenakan tindakan bawah OSA.

    BalasPadam
  8. Kertas draf itu betul. Laporan wsj mengenai draf itu juga betul.

    Yang tak betulnya, kenapa draf boleh siap dulu sebelum siasatan bermula?

    Yang tak betul, kenapa wsj boleh terima draf yg dikategorikan dibawah OSA?

    Makanlah dedak pemberian dan sumbangan mamakdey dan sekutunya...Insyallah apa yg benar akan jadi sebaliknya....kihkihkihkih.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1.57
      1. Tak boleh fikir ke kenapa draf tu disebar media luar daripada dlm negara?
      2. Mana tahu tiada siasatan dalaman dan tiada bukti. Sedangkan Gani Patail pun dah tunjuk bukti pd Tsmy.
      3. Kalau setakat draf yg tiada makna, mengapa sampai membunuh?

      Lambat laun terbongkar lg banyak, inshaAllah...amin.

      Padam
    2. Kahkahkah..
      Draf siasatan siap sebelum siasatan bermula..

      Kahkahkah..
      Mangkok berayon bodoh..
      Xsiasat mane nk tau dlm akaun najib ade juta2 duit dr src..
      Skrg ni fitnah ke fakta?
      Najis menipu ke x?

      Kahkahkah..
      Dulu wsj tuduh dlm akaun najis ade 2.6B pun dia kata fitnah jgk..
      Xde siasatan bermula pun..
      Kahkahkah..

      Cacai najis sentiasa bodoh..
      Terang2 menipu pun nk sokong lg

      Padam
    3. Bodoh punya mangkok hayun...

      Siasatan dah berjalan sblm draf dibuat..

      Nama pun draf...sudah tentu itu blm muktamad lagi..tapi bukti ke arah itu memang ada..sebab itu draf disediakan...

      Dlm mana2 company sekalipun...kita akan buat draf sebelum kita proceed dgn final presentation...yg draf itu point asal yg mmg 'dlm tangan'...

      Ingat lagi alasan apandir? Kononnya tak cukup bukti kan? Mgkn dia rujuk draf ini lah kot? Kevin di mana waktu itu? Mungkinkah sebab itu tak cukup bukti?
      Tapi tugas dia sebenarnya utk cari lagi bukti...tapi apa yg dia buat? Korang paham2 je la kalau dah termakan dedak haram....

      Padam
  9. 1.57, "Yang tak betulnya, kenapa draf boleh siap dulu sebelum siasatan bermula?"

    Siasatan telah pun dilakukan sebelum draft pendakwaan diadakan. Gila kah nak dakwa seorang yang amat berkuasa di negara ini?

    BalasPadam
  10. 1.57, "Yang tak betul, kenapa wsj boleh terima draf yg dikategorikan dibawah OSA?"

    Kerana Najib mempunyai kuncu2 yang sanggup melakukan apa sahaja demi wang! Bukankah najib mempunyai punahsihat dan pencacai yang dibayar berbillion billion ringgit?

    Tak percaya?

    Ada pula dikalangan blogger terkenal yang dibayar dan diupah atas nama "perunding imej" dengan tujuan menaikkan nama najib. Bloger ini juga tidak mahu terima wang, kerja jika disebut "upah".

    Lawak tahap mental kronik mereka ini, kerana haram tetap haram la.

    BalasPadam
  11. 1.57, "Makanlah dedak pemberian dan sumbangan mamakdey dan sekutunya...Insyallah apa yg benar akan jadi sebaliknya....kihkihkihkih...."

    Inilah akibatnya jika tidak tahu menilai, meneliti baik dan buruk, halal dan haram.

    Cai, cuba fikirkan, jika dulu najib letak jawatan tak perlu kecoh sehingga jadi macam ini.

    Sekarang? Letak jawatan, penjara menanti dengan rosmah, punahsihat dan pencacai kena sumbat.

    Adakah rakyat boleh maafkan perbuatan najib dan kuncu2nya sehinggakan rakyat ditindas dan dizalimi?

    BalasPadam