Rabu, 2 Mac 2016

Tuah BR1M..!


Dengar..!

Roti canai, sarapan ruji bagi sebahagian besar rakyat negara ini dijangkakan menjadi lebih mahal selepas kerajaan hari ini memansuhkan subsidi untuk kampit tepung gandum yang seberat 25kg.
The Star melaporkan bahawa subsidi itu dimansuhkan menjadikan harga untuk kampit tepung 25kg dijual pada RM42 berbanding RM33.75 sebelum ini.
Akhbar harian berbahasa Inggeris memetik seorang pengimport tepung sebagai berkata bahawa harga makanan seperti roti canai dan kuih muih tempatan akan terjejas dengan penghapusan subsidi itu.
Walau bagaimanapun, pengimport berkata harga roti, biskut dan kek, yang menggunakan tepung premium yang tidak mendapat subsidi, tidak akan terjejas.
Subsidi untuk beg 1kg tepung yang dibeli oleh kebanyakan isi rumah, bagaimanapun, masih bersubsidi dan dijual pada harga RM1.35.
Difahamkan bahawa pengilang dan pemborong telah dimaklumkan mengenai penghapusan subsidi itu minggu lalu.
Laporan The Star bagaimanapun tidak menyatakan mengapa subsidi ditarik semula.
Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaprkan sedang melaksanakan langkah berjimat-cermat berikutan kegawatan ekonomi dan kejatuhan berterusan harga minyak dunia ditambah pula dengan kemerosotan mendadak nilai ringgit.
Jawapan mudah kepada rakyat marhaien ialah 
JANGAN MAKAN ROTI CANAI DAN KUIH..! SENANG..! 
Kalau Peniaga roti canai dan peniaga kuih muih rugi tak per kerana peniaga bukan rakyat..! Tak gitu??? wakakakaka..!
Berita yang turut menjejaskan kehidupan rakyat ialah...
Dalam usaha untuk terus berdaya saing ketika harga minyak mentah terus menjunam, Kumpulan Petronas mengumumkan bahawa syarikat itu akan menghentikan perkhidmatan hampir 1000 pekerjanya di bawah rancangan penstrukturan semula.
"Usaha menyeluruh berterusan akan dijalankan bagi menempatkan semula pekerja yang terlibat.
“Petronas seterusnya akan memulakan proses pemisahan bagi pekerja-pekerja ini seperti yang diperlukan yang dijangka siap dalam tempoh enam bulan akan datang," kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.
Mengikut laporan tahunan 2014, Petronas menggaji sejumlah 50,949 pekerja.
Penyusunan semula itu dibuat hanya beberapa bulan selepas Shell Malaysia mengumumkan langkah pengurangan pekerjanya.
Pada 30 September lalu, Shell mengumumkan bahawa ia akan menamatkan perkhidmatan 1,300 perkerja daripada jumlah 6,500 yang berkhidmat dengan syarikat itu.
Apakah selepas ini pihak kerajaan mendapat idea untuk 'mengkelaskan' pekerja petronas sebagai bukan rakyat..! Jadi ianya takde kena mengena dengan rakyat..!
Patut la nak sangat bangla 1.5 masuk..! kerana mereka pasti bukan rakyat walaupun mereka dah merompak peluang dan rezeki rakyat..!
Apa pun rakyat bertuah kerana kerajaan masih berhati mulia menjaga isi perut rakyat dengan pemberian BR1M..!
Tak gitu???
Lu Fikir La Sendiri!!!

26 ulasan:

  1. Adoi!!! Dah tak tahu nak kata apa. Tepung tak berapa sen pun nak tarik subsidi. Haru biru nasib peniaga sekarang.
    Sejak ramai yg diberhentikan, aku tengok warong tepi jalan makin banyak. Bila bugis tarik subsidi, apa sangat untung mereka berniaga. Ish..ish...zalim tol.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum ni peniaga jual kueh 5 utk RM2. Sekarang ni peniaga potong kecik jual 2 utk RM1. Peniaga kata terpaksa sbb tiada untung. Lg mahu tarik subsidi?

      Alasan bugis apa ya kali? Ooo...sbb bangla ramai berniaga!

      Padam
    2. jangan jadi bodohlah...... meniaga tepi aan tu mana beli tepung 25kg hari2..... paling banyak pun dia pakai 10kg sehari...... berambak tepung bungkusan 1kg at kedai atau pasaraya......yang naik cuma untuk tepung guni jer..... tu satu hallah..... ni kedai mamak.... berapa kerat sangat kedai aak yg tepung uli sendiri.... semua beli doh roti canai Dari kilang..... kilang plak tepung dia memang Dari dulu takder SUBSIDI beb. Camnilah...now dah jadi tanggungbjawab Kita plak... buat laporan kaau ada kedai yg suka hati tok nenek dia naikkan harga..... lgipun kerajaan buat macam tu supaya kilang2 atau industri tak ngelat beli tepung 25kg yg bersubsidi sebagai bahan mentah mereka..... nak untung lebey plakkkk..... paai akai sikit bro.

      Padam
    3. Huh...dh berpuluh laporan dibuat..tapi hasilnya..?

      Padam
    4. pakai akailah sikit Ted woi...... peniaa kecil mana yg guna tepung sampai 25kg???? terdapat laporan mengatakan tepung 25kg di exploit oleh pengusaha kilang seab tepung tersebut bersubsidi..... Selamat ni pengilang makaan memang tak daat tepung SUBSIDI.... so harga produk mereka Selamat ni memang dah bersandarkan harga tepung tanpa SUBSIDI..... tp nak untung punya pasal.... mereka borong tepung 25kg.

      Padam
    5. 8.54
      Dah agak korang akan beri jawapan ni.
      Sah ko bukan peniaga.
      Jilat jangan tak jilat.

      Padam
    6. Ini semua rantaian. Bila harga asas tinggi, pengilang akan jual produk harga tinggi. Boleh beri mcm mcm alasan tapi akhirnya pengguna yg tanggung.
      Siapa pengguna??? Kita semua....ada faham?

      Padam
    7. ma'am au tido sebantal ngan aku plak....siap boleh kata aku bukan peniaga. apa ata kau pergi kat NSK atau Mydin atau mana2 wholeseller yg kau tau.... ni tempat tumpukan peniaga kecil2al atau restoran atau pembat kuih Dari rumah untuk membekal Kepada penjajahan.... hang peratikan trolly dia orang..... berapa kampit tepung 25 kg mereka beli... atau berapa peket tepung yg mereka beli.... caap jangan pakai lutut bro..... mereka masih ada pilihan.... hang Cuba study sikit.... tepung yg sampai kat wholeseller ni di pack kan macamana. ni aku kat kedai mamak neh..... Depan tu ada Lori hantar doh roti canai siap uli.....

      Padam
    8. anon 9:10..... maa timbul rantaiannya pulak? kita hnya ada dua segmen harga 1) bersubsidi kegunaan domestic Dan peniaga kecil dalam pek 1kg Dan 25kg(ni untuk yang beli pukal) 2) tanpa subaidi tepung premium Dan pengilang. masalahnya Sekarang tepung 25 kg jarang org biasa beli.... yg beli secara bulk ialah pengilang sebab nak untung lebih dengan menelan SUBSIDI untuk rakyat. mmg benar tak ramai peniaga roti canai yang uli tepung sendiri Sekarang.

      Padam
    9. Alamak takkan nak ajar a,b,c kot. Sapa yg beli pukal? Kilang besar...kilang roti, kilang biskut, kilang mi. Termasuklah kilang jual doh tadi. Kilang ni takkan beli bungkus kecik kot? Kalau dah bahan asas naik harga, ko ingat dia bodoh ke nak jual harga sama pada pengedar? Pengender pulak, takkan dia jadi bangang nak absorb harga beza tadi. Akhirnya pengguna juga yg kena tanggung. Boleh masuk otak ko??

      Najib squeeze rakyat atas bawah. Lps gst, tarik subsidi.

      Padam
    10. bodoh.... hang dok pikiak kalau kilang ajer namanya mesti kena besar macam kilan roti...... weiiii....kau tau ker idak 25kg tu besar mana? ceritanya Sekarang hanya SUBSIDI 25 kg di tarik balik.... bukannya yang 1kg untuk kegunaan domestic tu. yg tu kerajaan kekalkan sebab memang bodohlah AAU kilang.atau bengkel...atau Apa sajalah pun yg guna bungkus kecil

      Padam
    11. Kilang ko ada 2 pekerja je, bolehlah beli pek 1 kilo.

      Padam
  2. Wah..apa cerita nii..? Langkah jimat cermat..? Pui..rakyat disuruh berjimat..pemimpin joli sakan..apakejadah nii semua..nek tempoyak taknak komen..? ProOO00ootTt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa maksud kamu pemimpin berjoli sakan? Macam percutian anak mamakdey bersama keluarga di eropah ke? Tau majlis hari jadi kit siang yg mega mewah? Kihkihkih.....

      Dulu bila harga minyak naik, harga barang naik disebabkan harga minyak. Itu kata peniaga dan aniing2 pakatoon. Walaupun harga barang makan kebanyakkannya bersubsidi. Sekarang harga minyak jatuh menjunam, kenapa harga barang tak boleh turun? Ke jawapan kamu akan jadi sama macam rapiji....."bukan masalah saya"????

      Kamu makan tepung sampai 25kg sehari ke? Kahkahkahkahkah.....bukan ke kamu makan dedak je?

      Padam
    2. Hahaha..jangan bingai sgt kawan...betul kata anon atas tuu..benda nii berangkai..yg terkena akhirnya rakyat..habis tuu penjaga harta pusaka mohd najib sheikh jo low tuu tak joli sakan..? Tu belom lagi kak mah soping...faham2 sudah..ProOO00ootTt

      Padam
    3. Keris berayon nih tak boleh pakai ckp dia. Kilang tv samsung tutup buang pekerja, dia kata kilang r&d je. Bagi dia nasib 620 rakyat tu takde makna.
      Tunggu satu hr nanti bila ahli keluarga ko kena buang kerja.

      Padam
    4. Keris... Harga barang tak turun salah tun n rakyat ke? Siapa Yg berkuasa takan mkn gaji buta

      Padam
    5. Keris... Harga barang tak turun salah tun n rakyat ke? Siapa Yg berkuasa takan mkn gaji buta

      Padam
    6. ramai sangat yg bodoh..... weiiii.... harga tepung untuk pengilang memang tak ada subsidilah weiiiii..... nak naik harga makanan apanya lagi. nk hapus SUBSIDI tu sebab ada yg beli tepung SUBSIDI untuk perusahaan mereka.... tp jual end product bersandarkan harga tepung tanpa SUBSIDI..... leceh lah korang ni buta sampai ke benak..... harga untuk pengguna domestik Dan peniaga kecil tak terkesan pun.... bodoh..... tak faham gak ker..... aku ulang....harga makaan siap atau roti atau doh roti canai sememangnya Dari bahan mentah atau tepung tanpa SUBSIDI.... LA ni lebih baik gomen guna SUBSIDI tu unuk mende lain......

      Padam
    7. 10.53
      Kalau takde subsidi buat apa nak tarik?? Sapa bodoh?

      Padam
    8. Ted, ko ada bukti ke ros guna duit kerajaan nak shopping? Atau jho low joli guna duit kerjaan? Kalau ada silalah kemukakan...

      Rantaian pembekal dah lama dikatakan. Roti tak naik harga. Baru2 ni roti gardenia pun turun harga. Beli di seven11. Subsidi hanya untuk rakyat bukan untuk peniaga. Jangan jadi bodoh.

      Sebelum ni heboh mamak naikkan harga barang makan sebab minyak. Bila minyak turun kenapa mamak2 ketrunan mamakdey ni tak turun harga barang makan? Kenapa gak jawap? Apa pasal nak letakkan semua kesalahan pada kerajaan? Undang2 kerajaan dah dibuat. Kenapa tak guna kuasa beli? Bukan kah itu lebih baik?

      Kau makan 25kg tepung sehari ke? Dah 2 kali aku tanya. Apasal tak jawap?

      Padam
    9. Bongok...mmglah xde mkn sampai 25kg..tapi kesannya kepada rakyat..suka atau tk harga pasti naik mcm pelir ko..apatahlagi peguatkuasa yg lemah..soal rosmah soping tuu xboleh dipertikaikan...ProOO00ootTt

      Padam
  3. ingatkan meteri aje yg bodoh rupanya rakyat yang kuat jilat lagi bodoh....patutlah kejanya menjilat tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa Yg nak di hairankan... Semua apa Yg Najib buat semua betul... Kalau bertanya nanti kn buang atau dedak disekat... Jadi lah lembu dicucuk hidung

      Padam
  4. mcm gst la..patut harga semakin turun, ni diaorg bg up harga, lpstu caj kat pengguna...idea tu baguih, tp kalu penguatkuasaan mcm jilake, yg menderita rakyat..menteri memng da sepisis bodo, klu rakyat penjilat lg bodoh, wassalam la...

    BalasPadam
  5. Apa jadi dengan ekonomi portugal?,mungkin juga kita beransur-ansur mengikutnya dan menyembah negara yang boleh memberi pinjaman.Semasa TDM jadi PM semua negara cetti ini ingin mempelawa kita untuk pinjam,alhamdulilah terselamat.Mungkin kali ini harsat mereka tercapai diatas kejahilan kita.

    BalasPadam