Ahad, 11 Oktober 2015

1MDB ~ Penipuan Terus Terbongkar..!


Dah cakap lama dah..! kertas takkan boleh membungkus api..! penipu akan terus menipu untuk menutup penipuan sebelumnya..! Apabila banyak sangat menipu maka penipuan yang membelit akan membongkar penipuan yang mereka sendiri lakukan..!

Diberitakan...

Sarawak Report hari ini mendedahkan beberapa dokumen membuktikan Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Syarikat 1MDB Arul Kanda Kandasamy seorang "pembohong".
Pendedahan tersebut dibuat ekoran dakwaan mengejutkan yang mengesahkan tiada wang tunai tersimpan di Bank BSI di Singapura.
Sarawak Report mendakwa berdasarkan laporan mesyuarat lembaga 1MDB kenyataan Arul terbukti bukan "salah faham", tetapi sebahagian daripada "strateginya memberikan maklumat salah".
"Dalam erti kata lain, ia adalah satu pembohongan yang memalukan," kata pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown (gambar) dalam e-mel kepada Malaysiakini.

Sarawak Report melaporkan pada April lalu, 1MDB mengeluarkan penyata bank palsu mengenai akaun anak syarikatnya, Brazen Sky Ltd, di Bank BSI Singapura.
Memetik maklumat yang diterima, laman web itu berkata bank berkenaan memberitahu Penguasa Kewangan Singapura (MAS), dokumen tersebut bukan datang daripada mereka.
Lihat jawapan bertulis
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga dituduh berbohong oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pelaburan yang ditebus, yang didakwa dalam bentuk wang tunai berjumlah AS$1.103 bilion (RM4.08 bilion) pada Mac.
Najib, yang juga menteri kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen DAP Tony Pua.
Arul ketika diwawancara Business Times Singapura pada Februari lalu mengakui wang tunai itu berada dalam akaun firma berkenaan di Bank BSI.
Tetapi Najib dalam satu lagi jawapan bertulis Parlimen "mengubah" jawapannya sebelum ini, mengatakan pelaburan yang ditebus 1MDB itu berupa aset dalam bentuk dolar AS bagi tujuan mengimbangi liabilitinya yang juga dalam dolar AS.
"Kami kini telah mendapat beberapa minit dari mesyuarat lembaga.
"Arul juga memberi alasan yang amat sukar dipercayai tentang jumlah pinjaman 1MDB.
"Ini adalah respons kepada kebimbangan pengerusinya, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, bahawa pihak pengurusan secara terbuka berjanji untuk menghantar pulang wang itu dan kemudian gagal untuk berbuat demikian," kata Sarawak Report lagi.
Menurut laman web berkenaan, Arul memberi alasan tidak menghantar pulang wang tunai itu kerana ia perlu disimpan di bank Singapura sebagai jaminan kepada Deutsche Bank.
Sementara itu Pengerusi 1MDB itu mengeluarkan kenyataannya menjawab laporan berkenaan petang ini.
Arul dalam maklum balasnya dilaporkan...
Presiden dan Pengarah Eksekutif syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy mengesahkan minit mesyuarat lembaga 1MDB yang diterbitkan oleh portal Sarawak Report adalah tulen.
"Saya boleh mengesahkan bahawa dalam kes ini, ia (Sarawak Report) nampaknya telah menerbitkan dokumen 1MDB sahih, iaitu minit mesyuarat lembaga (pada) 12 Januari 2015," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
Arul mendedahkan, ia adalah minit mesyuarat Lembaga 1MDB pertama yang dihadiri beliau seminggu selepas menyertai syarikat itu pada 5 Januari 2015.
Menjawab laporan laman web pemberi maklumat yang menyifatkan minit berkenaan sebagai bukti bahawa Arul adalah "pembohong", bos 1MBD itu berpendapat sebaliknya.
"Rekod perkhidmatan saya menunjukkan bahawa saya professional memperbetulkan cabaran dalam 1MDB.
"Tiada keperluan bagi saya untuk berbohong atau menutup apa yang telah berlaku pada masa lalu, seperti yang didakwa oleh mereka yang membuat dakwaan sensasi demi kepentingan politik mereka," tegas beliau.
Sarawak Report hari ini mendedahkan beberapa dokumen membuktikan Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Syarikat 1MDB Arul Kanda Kandasamy seorang "pembohong".
Pendedahan tersebut dibuat ekoran dakwaan mengejutkan yang mengesahkan tiada wang tunai tersimpan di Bank BSI di Singapura.
Sarawak Report mendakwa berdasarkan laporan mesyuarat lembaga 1MDB kenyataan Arul terbukti bukan "salah faham", tetapi sebahagian daripada "strateginya memberikan maklumat salah".
Sampai bila nak dibiarkan pembohong terus berbohong???
krik...krik...! krik...krik..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

11 ulasan:

  1. Begitulah...ckp bohong, lama2 mencuri..apalagi nk disamun lps nii...arul ni cuma kambing htam mohd najib...prOotT dimuka nek tempoyak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama 2 mencuri..!

      Padam
    2. BN asalnya Barisan National. Sleeping PM Dollah tukar BN jadi Barang Naik. Datang Rosmah & Najib BN jadi lagi teruk...Bohongan Najib atau Bangang Najib.

      Padam
  2. Sarawak Kerepot lagi hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sarawak kerepot pun kerajaan Najib tak berani nak saman...dah la tak berani saman diblock pulak dari diacces sejubor2 Nuaq sekurang2nys dia berani jugak saman..Najib ada? Da la teloq pun tak da wakakakaka

      Padam
  3. Macam mana Peguam Negara boleh kata tiada kes jenayah dalam isu 1MDB ini sedangkan terdapat banyak penipuan yang dibuat oleh pegawai atasan 1MDB termasuk Najib dan Arul Kanda ini?

    Pihak Pejabat Peguam Negara perlu menjelaskan rasional mengapakah mereka tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap 1MDB walaupun terdapat kes jenayah melibatkan pengubahan wang haram iaitu USD 1.83 bilion tersebut.

    Tak tahulah lepas ni siapa lagi yang akan hilang dan kemudiannya dijumpai disimen dalam tong dram di dalam mana-mana paya pula.

    Malaysia dah jadi macam negara mafia, kerajaan dah dikuasai oleh mafia iaitu Najib dan kuncu-kuncu, Barisan Nasional hanya dipergunakan oleh ketua mafia Najib untuk terus berkuasa sebagai perdana menteri sambil melingkupkan negara ini demi kepentingan dirinya.

    Kepada Peguam Negara Apandi Boneka, sila beri penjelasan.

    Selamat menjawab.

    Sekian, terima kasih.

    Salam perjuangan A Ba Ta, ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  4. Dear Najib, Zahid andArul,

    EXPLAINING AWAY THE TRUTH

    It is no good at all to conjure all sorts of reasons to explain away truth:

    One could subscribe to truth
    only when one has self-respect in the first place;

    When a man tells untruths, he has no respect for himself and little would he do better for others except for his own gain;

    And when a man tells lies, he has a tendency to forget:

    With one lie after the other,
    eventually he would be caught
    in his own tangled web:

    BalasPadam
  5. serawak report ni sebenarnya penipu dan pembohong

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa nama 12.12

      Sarawak Report tak pernah berbohong dan buian penipu. Yang berbohong adalah najib, zahid dan arul.

      EXPLAINING AWAY THE TRUTH

      It is no good at all to conjure all sorts of reasons to explain away truth:

      One could subscribe to truth
      only when one has self-respect in the first place;

      When a man tells untruths, he has no respect for himself and little would he do better for others except for his own gain;

      And when a man tells lies, he has a tendency to forget:

      With one lie after the other,
      eventually he would be caught
      in his own tangled web:

      Padam
  6. Arul Kanda seorang yg bodoh kerana menerima jawatan yg mana boleh merusakkan nama baik dirinya.1MDB adalah syarikat yg dah bangkerap dan hanya spin sana spin sini untuk menutup kerugian syarikat.Arul Kanda sepatutnya meletak jawatan

    BalasPadam
  7. Mengikut laporan the star tun m terpaksa membatalkan segala aktiviti disebabkan oleh kesihatan yg tidak mengizinkan seperti sakit dada dan batuk2.mengikut lapuran the star juga tun m mengakui dia tidak dapat mngambil tindakan saman ke atas najib berkenaan kes penyelewengan 1mdb disebabkan ketiadaan bukti...lee dh tuduh dah pusing satu dunia tup2 cakap tiada bukti..

    BalasPadam