Isnin, 19 Oktober 2015

Selamat Bersidang YB..!


Hari ini bermula sidang dewan rakyat..! Mata dunia tertumpu kerana banyak yang panas panas dikatakan bakal berlaku..!

Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-13 yang bersidang Isnin ini akan menyaksikan perubahan tempat duduk beberapa anggota Parlimen daripada BN dan pembangkang berikutan rentetan persitiwa dalam senario politik kebelakangan ini.
Kedudukan barisan anggota Parlimen PAS, yang diketuai presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kini telah berubah dari Blok I ke Blok G dan ada yang di Blok F.
Sebelum ini, semasa bersama dalam pakatan pembangkang, Abdul Hadi berserta beberapa pemimpin kanan parti itu diletakkan bersama dengan kepimpinan parti PKR dan DAP di Blok I, mengikut rajah tempat duduk ahli-ahli Dewan Rakyat yang dimuatkan dalam laman web Parlimen Malaysia www.parlimen.gov,my.
Tempat duduk PAS kini telah diisi oleh parti baru, Parti Amanah Negara (Amanah), yang merupakan parti serpihan PAS, yang kini telah bergabung dengan PKR dan DAP dan menamakan gabungan mereka sebagai Pakatan Harapan.
Naib Pengerusi parti itu, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Amanah-Parit Buntar) kini duduk sebaris dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang merupakan ketua pembangkang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (DAP-Bagan) di Blok I, iaitu di I-3.
Turut berada dalam Blok I tersebut adalah ahli jawatankuasa parti itu Mohamed Hanipa Maidin (Amanah-Sepang), ahli jawatankuasanya Khalid Abd Samad (Amamah-Shah Alam), ketua wanitanya Siti Mariam Mahmud (Amanah-Kota Raja) dan
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Amanah-Kuala Terengganu).
Seorang lagi anggota parti itu iaitu ahli jawatankuasa parti itu, Dr Mohd Hatta Md Ramli (Amanah-Kuala Krai) ditempatkan di Blok H sebaris dengan Timbalan Pengerusi PKR, Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai (DAP-Cheras) dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai).
PAS kini hanya mempunyai 14 anggota Parlimen berbanding 21 sebelum ini.
Selain anggota Parlimen PAS yang menyertai Amanah, seorang lagi anggota Parlimen PAS dari Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar telah menyertai PKR pada 11 Sept lepas.
Sementara itu, anggota Parlimen DAP veteran, Dr Tan Seng Giaw kini telah dipindahkan ke Blok F. Sebelum ini, beliau adalah antara anggota Parlimen DAP yang ditempatkan bersama pemimpin kanan parti pembangkang di Blok I.
Kedudukan tempat duduk ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat turut berubah berikutan pengguguran lima anggota Parlimen BN daripada Kabinet pada rombakan 28 Julai lepas.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri kini ditempatkan di barisan pertama Blok A sebelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, manakala Muhyiddin diletakkan di barisan pertama Blok E, bersama Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Turut ditempatkan di Blok E ialah bekas menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, bekas presiden MIC dan bekas menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel, bekas menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dan bekas menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin.
Tempat Palanivel sebelum ini di Blok A, diganti oleh Presiden MIC baru, Datuk Seri Dr S Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan.
Sementara kedudukan kerusi barisan menteri yang baharu dilantik turut berubah termasuk Datuk Hamzah Zainudin (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar).
Datuk Seri Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan), Datuk Wilfred Madius Tangau (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Seri Ong Ka Chuan (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II).
Selain beberapa perubahan dengan pelantikan baru jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir anak Kujat, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Nogeh anak Gumbek
Selain itu, muka baharu dalam Dewan Rakyat terdiri daripada Senator Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak yang dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Senator Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan.
Persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula Isnin ini akan berjalan selama 25 hari dijangka hangat dengan pembentangan Bajet 2016 pada Jumaat ini oleh Najib serta isu-isu semasa.
Najib juga dijangka mengemukakan usul untuk menamakan anggota Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baharu bagi menggantikan Nur Jazlan yang telah dilantik sebagai Timbalan Menteri.
Dalam pada itu, laporan akhir persempadanan semula bahagian-bahagian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dijangka dibentangkan pada persidangan kali ini berikutan kemungkinan ia akan diadakan awal tahun depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dipetik sebagai berkata pembentangan laporan itu bagi membolehkan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu diwujudkan, mendapat kelulusan dan diwartakan, sekali gus menjadikan keseluruhannya 82 kerusi DUN dipertandingkan pada PRN Sarawak ke-11.
Dalam pada itu, lima rang undang-undang dijadual untuk dikemukakan bagi bacaan kali pertama iaitu Rang Undang Undang Perbekalan 2016, Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2015, Rang Undang-Undang Perbadanan
Insuran Deposit Malaysia (Pindaan) 2015, Rang Undang-Undang Syarikat 2015 dan dan Rang Undang-Undang Skim Kepentingan 2015.
Empat lagi rang undang-undang yang dibawa dari mesyuarat lepas turut disenarai untuk dikemukakan bagi bacaan kali kedua iaitu Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2015, Rang Undang-undang Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015, Rang Undang-undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015, Rang undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2014.
-Bernama
Nantikan adegan seterusnya..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Pasal apa Zahid Hamidi tak jawab mengenai soalan dari Mahfuz Omar mengenai RM 2.63 bilion a.k.a. USD 700 juta yang sebelum ini Zahid Hamidi kata derma dari Arab Saudi untuk lawan IS dan sebab Malaysia amalkan ahli sunnah wal jamaah? Mahfuz Omar bertanya semasa perbahasan mengenai pengurusan ancaman keselamatan. Lepas tu Najib lari keluar, apa cerita ni?

    Sila macai pemakan dedak belaan Najib jawab mengenai perkara ini.

    BalasPadam
  2. BAPAK NAK KAYA NGAN PERLU MAIN NO NYA EKOR. MINTA AJA DERMA SAMA PAK ARAB WADUH2...

    BalasPadam