Sabtu, 31 Oktober 2015

Jeng Jeng Jeng..!


Kerajaan tidak akan mengumumkan perubahan harga minyak lebih awal kepada orang ramai bagi mengelak pengusaha minyak mengawal penjualan bahan api itu kepada pengguna, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin.
Beliau berkata, pengumuman berkaitan harga baharu petrol dan diesel setiap bulan hanya akan dikeluarkan kepada Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) pada tengah malam pada setiap hujung bulan.
Katanya, kerajaan melaksanakan penetapan harga runcit untuk petrol RON95, RON97 dan diesel mengikut kaedah Pengapungan Terkawal mulai 1 Disember tahun lalu.
"Alhamdulillah selama beberapa bulan dapat diterima baik oleh banyak pihak. Saya mahu rakyat memahami kerana bukan mudah untuk selaraskan harga minyak. Ini adalah sesuatu yang kita buat untuk selaraskan dari segi peniaga dan pengguna.
"Sebagai contoh, jika semalam harga minyak dalam tangki RM2.05, esok harga minyak turun....ini tidak adil kerana mereka sudah bayar mengikut kadar sebelum kita umumkan, begitu juga kalau harga minyak naik, tidak adil kepada pengguna kerana pengusaha minyak sudah tahu dari awal tetapi mereka tak nak jual minyak," katanya.
Hamzah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Larut di Padang Majlis Daerah Selama hari ini.
Beliau berkata pengumuman perubahan harga minyak sentiasa mengambil kira kepentingan pengusaha dan pengguna.
Harga petrol RON 95, RON 97 dan diesel bagi Oktober 2015 masing-masing naik 10 sen berbanding September, menjadikan harga semasa RON 95 di pam adalah RM2.05 seliter, RON 97 (RM2.45) dan diesel (RM1.90).

Lu Fikir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. Pel¡R naik nk salahkan s¡¡Apa..? Gaya manusia..naik cepaT pancut lambat normal..isteri pn puass..erkk!!

    BalasPadam
  2. Najib dan kuncu-kuncu dah makin melampau, ok sekarang ni rakyat faham perangai najib dan menteri tak boleh diharapnya, lepas najib dan menteri hamzah zainudin diharap akan faham bahawa rakyat menyampah dan meluat dengan ahli politik tak guna, ada jawatan dalam kerajaan, tapi menyamun harta negara dengan alasan derma, lepas tu menyusahkan rakyat dengan bermacam masalah, ahli politik keparat buat taik, rakyat yang kena cuci ,

    Zaman Tun M dulu rakyat hidup sejahtera kerana orang politik kerajaan jenis berwawasan dan boleh diharap untuk bantu rakyat, tapi zaman najib pula ahli politik jenis pelingkup menyusahkan rakyat.

    BalasPadam
  3. 10:39
    Ni citer psl minyak lah. Apa yg dikatakan betul lah tu. Ko ni xreti jgnlah nk kutuk sebarangan. Ko lah contoh terbaik penyokong Tun yg blur. Kesian kat Tun. Yg menyokongnya anggap dia maksum, org lain sume salah.

    BalasPadam
  4. 22 memerintah nahun nak hapuskan tak mudah bro.pak lah krna.najib kena.dia ja bagus.
    kau brani ganti tempat 22 tahun jawatan org lain pegang pastu senang2 ko nak masuk ganti buat perubahan?kena halau laa..
    Tun tu dia betui semua org salah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuma yg lalui zaman Tun tahu betapa cerianya hidup ketika itu.

      Padam
    2. Betul tu saudara adzzam adzzam, zaman Tun Dr. Mahathir jadi PM memang best, ekonomi negara membangun pesat, prasarana untuk rakyat diusahakan dengan baik, pembangunan belia seperti rakan muda memberikan kesan positif bila Malaysia menjadi johan sukan Sea dengan rekod pingat emas tertinggi yang pernah dicapai iaitu 111 pingat emas. Peluang kerja bercambah, pendatang asing pun tak adalah berlambak macam sekarang ni, warga tempatan diutamakan dalam pekerjaan. Kos sara hidup yang sangat selesa bagi rakyat, sebab itulah sepanjang 22 tahun Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri, mengetuai 5 kali PRU, semuanya menang dengan majoriti 2/3 kerusi parlimen, sebab rakyat suka dan berasa sangat bersyukur dengan kerajaan yang ada pasa masa itu.

      Tapi sekarang ni beban itu dan ini kepada rakyat, sampaikan kanak-kanak dan pemintak sedekah pun kena bayar cukai iaitu GST. Kalau kanak-kanak pergi beli mainan di pasaraya maka mereka akan dikenakan GST, pemintak sedekah beli megi dan kicap pun kena bayar GST, inilah zaman Najib yang menyusahkan rakyat.

      Sudah-sudahlah beretorik, rakyat bukan nak dengar madah pujangga bangang seperti layar dikembang sauh dilabuh bagai, rakyat nak kerajaan pulihkan ekonomi supaya jadi macam zaman Tun Dr. Mahathir, masa zaman Tun Dr. Mahathir ekonomi negara pesat membangun, kerajaan membuat perancangan untuk kesejahteraan rakyat, bukan macam Najib, buat perancangan untuk diri sendiri, menyonglap harta negara, lepas tu kata derma untuk parti, derma untuk negara, tapi satu sen pun tak diserahkan kepada parti dan negara, semuanya dijoli oleh Najib untuk beli kuncu-kuncu dan larikan baki wang ke Singapura pula.

      Tak payahlah Najib dan kuncu-kuncu serta macai nak pura-pura lagi, tak usah nak berlakon lagilah, korang kena sedar korang sudah ditolak oleh rakyat, malahan ahli UMNO pun dah tolak korang, korang ingat dengan undi korang yang beberapa orang tu boleh menang PRU ke? Sedarlah tumbangnya korang dalam PRU nanti, bersedialah diheret beramai-ramai ke mahkamah dan beratur depan pintu penjara untuk ditendang ke penjara secara berjamaah, itulah pembalasan pengkhianatan korang kepada negara.

      Tapi yang paling kesian dan sedih adalah tak pasal-pasal Barisan Nasional jadi mangsa kerana perangai buruk korang yang tak guna tu.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam