Alhamdulilah..! akhirnya lebih jelas dan tersusun senada dan seirama BARISAN KEBENARAN yang ditunggu tunggu oleh rakyat..!
Berani menyatakan kebenaran..! Mendokong Perlembagaan..! Mendapat naungan Baginda Sultan Sultan..!
Penahanan peguam Matthias Chang dan sebelum ini anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012, adalah satu penyalahgunaan kuasa serta tindakan terdesak untuk mendiamkan pengkritik. Penggunaan SOSMA untuk menahan kedua-dua individu ini juga adalah bertentangan dengan semangat dan tujuan Akta ini diluluskan oleh Parlimen.
Amatlah malang bagi rakyat Malaysia apabila tindakan tersebut diambil oleh pihak berkuasa, mesej yang sampai kepada rakyat ialah apabila seseorang melaporkan berlaku kesalahan, orang yang membuat laporan akan ditangkap.
Pada akal yang sihat, tindakan ini juga memperlihatkan apabila ada pihak yang didakwa melakukan kesalahan dan apabila laporan dibuat terhadapnya, apa jua peruntukan undang-undang yang ada akan digunakan untuk menutup kesalahan pihak yang didakwa.
Tidakkah amat memalukan apabila seseorang yang dituduh melakukan kesalahan tidak berusaha membuktikan kebenaran ataupun “his innocence” tetapi sebaliknya orang yang melaporkan kesalahan ditahan.
Oleh kerana tidak ada undang-undang yang dapat digunakan untuk menahan dan menangkap orang yang membuat laporan, maka digunakan satu undang-undang yang digubal untuk tujuan memelihara keselamatan negara dan ketenteraman awam serta memperuntukkan satu hukuman yang berat untuk membuat tahanan dan tangkapan.
SOSMA yang diperbuat menurut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan adalah khusus untuk menghalang sebarang tindakan atau ancaman oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia:
1)untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;
(2)untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;
(3) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;
atau
(4)untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang.
Matthias Chang adalah peguam yang mengiringi Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan mengenai dakwaan salahlaku 1MDB kepada pihak-pihak berkuasa di dalam dan di luar Malaysia. Tindakan ini tidak bercanggah dengan undang-undang mana-mana negara dan tidak boleh dianggap sebagai suatu ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan awam yang dilindungi oleh SOSMA.
Malahan laporan-laporan yang dibuat oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah mengikut lunas-lunas demokrasi serta hak yang dijamin oleh mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi.
Justeru, kami menegaskan bahawa penahanan Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan di bawah SOSMA adalah satu bentuk penyalahgunaan proses undang-undang oleh pihak berkuasa yang jelas bercanggah dengan tujuan undang-undang ini diluluskan oleh Parlimen.
Ia menyekat hak dan kebebasan individu untuk mengambil suatu tindakan yang sah dalam sebuah negara yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
Apatah lagi, YAB Perdana Menteri sendiri ketika membentangkan Rang Undang-Undang SOSMA 2012 di Dewan Rakyat pada 16 April 2012 memberikan jaminan bahawa setiap individu “bebas menyuarakan pendapat, mengkritik, menyokong, berbeza pandangan, bersiasah mahupun menganggotai apa-apa pertubuhan”. Malahan, beliau berjanji “tidak ada sesiapa akan dihukum hanya kerana menjalankan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara”.
Berdasarkan janji ini, maka kedua-kedua warganegara ini mestilah dibebaskan serta-merta dan pihak berkuasa memberikan jaminan bahawa tiada sesiapa lagi akan ditahan di bawah SOSMA hanya kerana menyatakan pandangan, pendapat dan kritikan serta mengambil apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.
YABhg Tun Dr Mahathir Mohamd
YABhg Tun Ling Liong Sik
YB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj Mohd Yassin
YB Datuk Seri Shafie Apdal
YBM Tengku Razaleigh Hamzah
YBhg Tan Sri Ong Tee Keat
YBhg Tan Sri Sanusi Junid
Berjuta lagi barisan kepimpinan dan rakyat yang sebenarnya berpihak kepada BARISAN KEBENARAN..!
Macam mana dengan Barisan Kebathilan?
Lu FIkir La Sendiri!!!
Ya Allah Ya Rabbi kau berkatilah usaha murni ini.....
BalasPadamYa Allah YaTuhan ku kau jatuhkanlah Najib dengan kadar segera....
BalasPadamHahaha...semoga tun m pelawa anwar ibrahim, lks, lge sekali utk memeriahkan circus ni. Ops..jgn lupa mat sabu.
BalasPadamBukan Mahyuddin dan shafie berada dlm kabinet semasa sosma diluluskan menganti isa. malah yg dituduh dibawah sosma masih boleh membela diri di mahkamah. Rasa kecewa kerana tiada jawatan. dan hari semua syarikat konsesi lebuhraya semasa zaman tu naikan tol something fishy..
Padam8.16...
PadamRejim najib yang zalim adalah ketuanya, dinasihat oleh rosmah dan pengampu2nya
Doa orang teraniaya dan di zalimi pasti di restui ALLAH. Teruskan kita berdoa...hingga...
BalasPadamAik......??? Najib tidak berusaha membuktikan ia tidak bersalah (innocence)??? Bukan rule of law kata innocent till provent guilty ke? Kompius aku. Istighfar dan istiqamah. Doa orang yg dizalimi akan dimakbul Allah.
BalasPadamNajib kena buktikan dari mana wang RM 2.63 bilion a.k.a. USD 700 juta itu dan apakah tujuan sebenar wang itu dimasukkan ke dalam akaun Najib, untuk derma kepada UMNO atau untuk derma kepada kerajaan? Ini kerana Tengku Adnan kata dia dan bendahari UMNO Ahmad Husni tahu pasal derma itu adalah untuk UMNO, tapi tak pula derma itu dicatatkan dalam Penyata Kewangan Tahunan UMNO untuk tahun 2013 seperti yang dihantar kepada ROS, mengapa terjadi begini?
PadamTetapi Ketua UMNO Bahagian Kuantan Wan Adnan Wan Mamat menyatakan bahawa dalam suatu perjumpaan antara dia dan 145 orang ketua UMNO bahagian dengan Najib, mereka diberitahu oleh Najib bahawa wang USD 700 juta a.k.a. RM 2.63 bilion itu adalah wang derma untuk MALAYSIA.
Lepas tu Ahmad Zahid Hamidi yang diberi habuan jawatan Timbalan Perdana Menteri pula menyatakan bahawa wang RM 2.63 bilion a.k.a. USD 700 juta itu adalah wang derma dari Arab Saudi untuk MALAYSIA, maka mengapakah wang derma untuk Malaysia disimpan dalam akaun peribadi Najib dan tidak diserahkan kepada akaun Perbendaharaan Negara sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang pengurusan kewangan kerajaan samada berdasarkan Perlembagaan Malaysia, Arahan Perbendaharaan, atau Pekeliling Perbendaharaan, atau Surat Pekeliling Perbendaharaan?
Malahan Zahid Hamidi juga menyatakan bahawa wang itu diberikan oleh Arab Saudi kepada Malaysia kerana Malaysia mengamalkan ahli sunnah wal jamaah dan untuk menentang IS. Malahan Zahid siap kata dia dah jumpa dengan wakil keluarga diraja Arab Saudi yang mengesahkan pemberian wang itu kononnya sebagai derma dan Zahid juga menyatakan dia dah lihat semua dokumen wang yang kononnya derma itu.
Tetapi lepas tu Aziz Kaprawi pula kata wang yang kononnya derma dari Arab Saudi itu adalah untuk melawan Yahudi dan DAP pula.
Entah mana satu yang betul pun tak tahulah.
Oleh kerana pihak yang mendakwa salah laku Najib dah berjaya membuktikan wang USD 700 juta a.k.a. RM 2.63 bilion itu berada dalam akaun peribadi Najib, maka Najib perlu memberikan jawapan dari siapa sebenarnya wang itu dan apakah tujuan sebenar wang itu diberikan kepadanya, jika untuk UMNO, pasal apa Najib tak serahkan kepada UMNO? jika untuk kerajaan, mengapakah Najib tak serahkan kepada kerajaan? Mengapakah Najib simpan wang itu dalam akaun peribadinya? Mengapakah Najib larikan sebahagian besar wang itu lebih kurang USD 650 juta a.k.a lebih kurang RM 2 bilion ke Singapura?
Sekarang ni siapa yang zalimi siapa sebenarnya? Macai Najib patut gunakan akal untuk berfikir, bukannya gunakan nafsu kerana kemaruk makan dedak yang ditabur dalam jamban oleh Najib itu.
Sila jawab perkara ini jika di pihak yang benar.
Sekian, terima kasih.
Selamatkan Malaysia, Selamatkan UMNO, Selamatkan Barisan Nasional demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air, singkirkan petualang dan pengkhianat!
Salam perjuangan A Ba Ta, ikhlas daripada,
Abu Bakar
???Itu sebabnya orang yg mendakwa kena buktikan kesalahan tu tang mana? Salah tu tang mana? Salah tu tang mana????!!!!!????
PadamTanpa Nama12 Oktober 2015 6:05 PTG, awak ni makan dedak banyak sangat, banyak neuron, dendron, dendrit, akson dalam otak pun banyak yang rosak. Salahnya adalah dari mana sumber wang USD 700 juta a.k.a. RM 2.63 bilion itu. Malahan salahnya lagi adalah dari siapa wang itu, dari seorang tok arab yang sangat dermawan atau dari kerajaan Arab Saudi? Malahan untuk apa derma itu diberikan? Untuk UMNO atau untuk kerajaaan? Untuk lawan IS dan sebab mengamalkan ahli sunnah wal jamaah atau untuk melawan yahudi dan DAP? Mana satu yang betul ni? Hingga kini kecelaruan ini tak dapat dijawab oleh Najib, hanya orang yang buat salah yang tak mahu menjawab akan perbuatan yang dibuat oleh dirinya itu.
PadamKepada pemakan dedak belaan Najib seperti Tanpa Nama12 Oktober 2015 6:05 PTG ini, kalau kau tahu sangat pasal isu USD 700 juta a.k.a. RM 2.63 bilion itu, sila beri jawapan, ni asyik tanya tang mana, tang mana, bodo lagi ke tak faham soalan? Jawablah kalau tahu sangat.
Sekian, terima kasih.
Selamatkan Malaysia, Selamatkan UMNO, Selamatkan Barisan Nasional demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air, singkirkan petualang dan pengkhianat!
Salam perjuangan A Ba Ta, ikhlas daripada,
Abu Bakar
ТәD маиөғғ...
BalasPadamAku dapat duit orang bagi masuk akaun aku. Orang lain mai tanya , hang dapat duit dari mana? Aku akan jawab , hang sapa....? Nak tanya kat aku. Hang kalut aku boleh duit, pasai apa?
BalasPadamKau ni bodo, makan dedak tamat tarikh luput, Najib kata wang itu derma untuk UMNO dan lepas tu kata derma untuk kerajaan, tapi masuk dalam akaun peribadi dia dan tak serahkan pun kepada UMNO dan kerajaan, itu yang orang tanya, dah kata duit UMNO pasal apa tak serah kepada UMNO? Kalau kata duit kerajaan, pasal apa tak serahkan kepada kerajaan?
PadamSekarang ni duit tu diberikan kepada Najib ke atau kepada UMNO atau kepada kerajaan? Jawablah, kalau beri kepada Najib, untuk apa? Rasuah ke? Kalau sedekah, pasal apa beri kepada Najib yang dah gaji sampai lebih RM 20,000.00 sebulan tu, pasal apa tak beri kepada rumah kebajikan, pusat pembangunan Islam, atau kepada sekolah-sekolah agama atau pusat-pusat pengajian Islam sebab dah kata dari Arab Saudi atau tok arab yang dermawan?
Ni pemakan dedak jadi tukang jawab Najib, lingkuplah, jenis IQ pun zero, tak guna orang macam ni, tapi inilah orang yang dikutip oleh Najib untuk jadi tukang jawabnya, jenis manusia bingai otak udang yang tak sedar diri.
Sekian, terima kasih.
Selamatkan Malaysia, Selamatkan UMNO, Selamatkan Barisan Nasional demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air, singkirkan petualang dan pengkhianat!
Salam perjuangan A Ba Ta, ikhlas daripada,
Abu Bakar
Ahaiii
PadamHang sapa..
PM?
Takat mangkuk bughuk oghang tak kata heehh...
Org tanya sebab ada cerita dolak dalik sebelum dan selepas tu.
Org tanya sebab tak masuk akal seorg ketua negara ada berbilion duit dlm akaun sendiri.
Hang tanya siapa pun, apa parti pun dlm dunia ni, mesti beri gambaran buruk....
Rasuah, jual dadah, jual rahsia negara, kelepet duit negara etc.
Sabit tu depa tanya, nak tahu...cuma nak tahu...
Peliknya dia pulak reverse pulak kata org tuduh dia makan duit...hehehe...makan cili kut.
Mula2 org tanya dia konar kut nu...tanya lagi dia konar kut ni
Tanya lagi dia dalih pulak dah, siap pi peleceh oghang tu.
Bila SPRM kata ada, baru kalut nak mengaku tapi masih dgn muka tak malu, bagi alasan, budak darjah satu pun pakat tercengang.
Biar muka buruk jangan hati busuk.
Hati busuk. Busyuk punya orang
BalasPadamJenis hati busuk, perangai buruk, kata wang derma untuk parti, lepas tu kata wang derma untuk kerajaan, tapi satu sen pun tak beri kepada parti atau kerajaan, siap bawa lari ke luar negara lagi, derma kepala butoh, mentekedarah dengan kuncu-kuncu dan bini sesuka hati lepas tu kata derma untuk parti dan negara konon, inilah jenis bangsat haram jadah sekor-sekor yang mengembangkan layar dan melabuhkan sauh lepas tu suruh pemakan dedak layarkan kapal, dengan nakhoda pun bodo, anak kapal pun bengap sebab makan dedak tamat tarik luput.
PadamSekian, terima kasih.
Selamatkan Malaysia, Selamatkan UMNO, Selamatkan Barisan Nasional demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air, singkirkan petualang dan pengkhianat!
Salam perjuangan A Ba Ta, ikhlas daripada,
Abu Bakar
Syabas, Encik Abu Bakar. Saya setuju dengan semua komen-komen Encik Abu Bakar.
BalasPadamAyuh saudara saudariku, mari kita lawan rejim najib yang zalim ini!
BalasPadamDah diberi nasihat supaya berundur namun najib tetap berdegil!
Kini tiba masanya, kita bersatu jatuhkan najib, beliau bukan pemimpin yang harus kita taat!
Terlalu banyak bukti dan fakta didepan kita terbentang luas najib sudah korup, menyeleweng dan salahgunakuasa!
Ayuh ! Najib wajib letak jawatan!
kena SOSMA...ok lagi. kena ISA zaman madey.....dok nganga dalam kemunting sana.....
BalasPadamchai 9.51,
BalasPadamdari dulu hingga hari ini, kenyataan kami anti najib adalah terang dan jelas!
Najib wajib berundur dan letak jawatan, bukan kerajaan umno dan BN!
chai2 dah tentu berkecil hati apabila kami rakyat marhaen meminta najib letak jawatan kerana najib lah yang beri wang dan habuan kepada chai2 semua hasil dari syubha wang haram!