Sabtu, 31 Oktober 2015

UMNO Atau 1MDB..?


Di mana keutamaan Ketua Ketua Bahagian sekarang ini? UMNO atau 1MDB???

Umno Semporna membidas langkah untuk mengambil tindakan disiplin ke atas pemimpin parti hanya kerana membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menegaskan hari ini, masa depan parti adalah lebih penting.
Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Semporna melahirkan kekecewaan mereka berhubung khabar angin mengatakan ketua bahagian mereka, Datuk Seri Shafie Apdal, merupakan salah seorang daripada 7 pemimpin yang bakal berdepan tindakan tersebut, selain Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa yang lain.
"Adakah bersuara demi kepentingan rakyat bukan lagi menjadi keutamaan kepada Umno?

"Adakah syarikat 1MDB ini sudah menjadi institusi yang lebih penting, berkuasa dan lebih besar pengaruhnya berbanding parti Umno sehinggakan mana-mana pemimpin yang mengkritik cara pentadbiran dan pengurusan syarikat ini bakal berdepan dengan ancaman digantung, dilucut atau dipecat keahlian mereka?

"Adakah 1MDB ini milik Umno? Adakah dengan menyokong 1MDB ini dapat menguatkan parti?" kata Umno bahagian itu dalam satu kenyataan.
Beberapa hari lepas, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, 7 pemimpin Umno sedang disiasat dan berdepan tindakan penggantungan keahlian kerana melanggar peraturan parti.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama-nama pemimpin tersebut.
Umno Semporna juga mahu membuat pertimbangan sebaiknya diambil terlebih dahulu sebelum membuat keputusan drastik hingga mengakibatkan Umno bertambah lemah.
"Adakah dengan penyingkiran, penggantungan dan pemecatan pemimpin dan bekas pemimpin yang banyak berjasa kepada perjuangan parti ini dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti Umno?
"Sedarkah pemimpin serta setiausaha agong Umno, majoriti ahli parti dan rakyat percaya, pemimpin-pemimpin yang kononnya dikhabarkan sedang dipantau ini, sebenarnya menyuarakan isu yang sememangnya dekat dengan hati rakyat?
"Kuat sangatkah Umno pada hari ini hinggakan kita seolah-olah lupa asas kepada perjuangan parti adalah perjuangan untuk kepentingan rakyat, bukan kepentingan pemimpin," kata kenyataan itu.
Kenyataan tersebut juga mempertahankan Muhyiddin dan Shafie yang didakwa melanggar peraturan parti hanya kerana mengkritik 1MDB dan dipecat dari jemaah menteri pada hujung Julai lalu.
Umno Semporna juga mengingatkan kesan yang bakal dihadapi parti jika tindakan disiplin diambil terhadap kedua-dua pemimpin tersebut.
"Perlu kita ingat, setiap undi dan kerusi pada pilihan raya umum ke-14 akan datang adalah penting kepada survival Umno," kata kenyataan itu lagi, sambil menambah, tindakan disiplin itu hanya akan menghakis sokongan rakyat kepada Umno.
Lu Fikir La Sendiri!!!

34 ulasan:

  1. Rakyatlah yang akan menanggung dan beban hutang 1MDB selama berpuluh puluh tahun lamanya.

    Siapakah yang harus bertanggungjawab?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ni masih ketinggalan keretapi rupanya...
      tak abis2 cut and paste..

      Brother jgn ingat isu beban hutang masih berbisa tau?
      Kalau tahun lepas memang rakyat tak faham isu hutang la dah semakin basi...

      Yg pertama kena faham ya hutang bertimbun sampai cecah 90% adalah hutang rakyat tau...antaranya beli rumah dan kereta...

      hutang 1MDB bukan macam hutang engkau tau...1MDB bukan beli kereta nak bergaya..dia ada asset menjana berbillion keuntungan. Cuma biasalah baru nak niaga...

      Psal tulah baca utusan jgn sombong...Macam ni la kau teruskan dgn sembang Tun M yg dah laku tu....kita tunggu je dalam 1 tahun ini bila keuntungan mula menjana...

      Padam
    2. 8.46

      Sembang jer lebih.. sembang kencang

      Padam
    3. Anon 8.46 pertama kali aku lihat orang yang paling bangang disepanjang hidup aku sebab ,memberi kenyataan bodoh dan salah tapi nak berlagak dengan mempamirkan kenyataan bodoh untuk orang baca , 1MDB di beri JAMINAN oleh kerajaan malaysia dan sekiranya syarikat ini tak boleh bayar hutang kau ingat najib lanun nak bayar , tentu lah kerajaan kena bayar kerajaan itu sapa ,rakyat jadi diut rakyat digunakan yang dikutip melalui cukai ,di guna untuk bayar hutang 1MDB. Jadi kalau nak promote diri jadi barua najib lanun ka pemakan dedak najib ka berpada pada la , Malu la sikit kamu ini tak malu ka , macam najib lanun yang muka tebal.

      Padam
    4. 8:46

      1MDB syarikat milik kerajaan, bukan sokongan lagi tapi dah milik kerajaan.
      Apa maksud milik kerajaan?
      Siapa yg jadi penjamin?
      Apa yg dicagar?

      Rasionlisasi hutang syarikat ini menurut yg dah berlaku dan sedang berlaku.
      Cari dan jana aset, buat keuntungan, kemudian jual semula aset tersebut utk bayar hutang.

      Semua ini ada kos, ada faedah dan caj yg nilainya berjuta, SETIAP HARI.

      Pusingn ini berterusan. Bila habis aset yg dikatakan nilai berbilion, ap lagi yg nak dijual?
      Bank2 pemberi pinjaman awal, tersenyum lebar makan keuntungan dan faedah.

      Sekarang nii, tak ada dah bank yg berani lagi bagi pinjaman, semua dah takut nak beri sebab bimbang terseret dlm putaran ganas hutang berbilion 1MDB.

      Tolong buktikan 1MDB dah beri pulangan lumayan, berbilion?

      Yg aku tahu, teliti dan dengar, Najib sungguh berbangga kerana GST telah berjaya membuat bajet 2016 disempurnakan.

      Kalau tak ada GST, kerajaan terpaksa meminjam utk buat perbelanjaan dan bayar gaji kakitangan kerajaan.

      Bukan ada tulis dlm Utusan ke ni?

      Tak ada pulak aku dapat kesan maklumat, 1MDB telah untung besar, berbilion2.

      Dengan ini, semua kakitangan dapat bonus 3 bulan gaji, gaji minimum bermula RM1500, tol tak payah bayar, BR1M dibayar tiap2 bulan dsb.

      Kita tunggu la 1 tahun lagi, berapa bilion pulak GST yg diperah drpd seluruh rakyat untuk TOLONG Najib yg bankrap idea.

      Padam
    5. 8.46

      Confirm pemakan dedak tegar ahjib gor...terima bulat2 penjelasan utusan membiol... Tahniah

      Padam
  2. Putramerdeka...

    Apasal mamat shafire afdal dah risau semacam???????

    ha ha ha sambil menghirup kopi warisan bonda di tepi sawah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak risau lah ,yang risau Najib lanun sebab nak gantung orang kerana bersuara dan memberi pendapat , lemah nya pemimpin bugis aka lanun.

      Padam
  3. Msalah shafie Afdal dia bab bekerjasa berpasukan agak bodoh...bising2 isu 1MDB ikut skrip tony pua...la ni nak letak muka kat mana?

    Agak2 la shafie tau tak tony pua dah kecut perut..La ni tony pua tak abis2 citer jawatan haibatnya dalam PAC..Alahai baru pegang PAC dah sombong gila...


    Siapa yg kenal shafie bgtahu kat dia UMNO tak perlukan orang macam dia la...UMNO perlukan orang yg faham apa itu audit..kalau dah bodoh sila keluar UMNO..


    Zaman Tun M boleh lah simpan orang2 bodoh.Ini zaman Najib semua yg bangang undang2 UMNO dan Audit Negara memang patut humban je kat guni dedak ayam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenapa kau bangang sangat? ini bukan soal tony pua,ini soal beban hutang yg anak cucu kita kena tanggung
      dalam hal ini saya dan kebanyakan rakyat malaysia menyokong tsmy,dato seri shafie abdal , tony pua dan semua yg mempertikaikan 1mdb. sekarang kita soal selidik kewargaan teuku adnan. ada yg berkata dis orang aceh

      Padam
    2. Maca,m ini la brother ...

      1. bg engkau dah yakin hutang 1MDB bakal merugikan negara.
      2.Bagi engkau Asset yg dibeli oelh 1MDB merugikan negara.

      Masalahnya yg cakap engkau dan Tun M.Faham tak ni?
      Pakar ekonomi kata apa?

      Macam ini masalah niaga bukan sembang setahun tau...kita tengok tahun 2015 dan 2016..brape keuntungan 1MDB ok..

      Cuma bila dah untung jgn plak kau sembang macam Dinturtle setakat jual tanah berbillion2 dollar aku pun boleh..Dinturtle ingat main monop[oly la...

      Padam
    3. 8.52..

      Komen nak tunjuk bagus..

      Kata org bodoh.. kata org bangang..

      Nak buat camner.. org bodoh ni dia mmg sentiasa suka mbodoh dan mbangang kan org lain.. kerana itu lah sifat dia..

      Padam
    4. Masalah nya bukan syafie bodoh masalahnya kamu anon 8.52 bodoh tapi tak malu nak cakap juga , sebenar nya najib lingkup kerana lemah dan bacul ditambah pula penasihat diselkelilingnya badoh dan bangang macam kamu.

      Padam
  4. Kena faham lah, masaalahnya bukan masaalah 1MDB, tetapi bersekongkol hendak menjatuhkan Perdana Menteri. 1mdb cuma tema drama tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya aku setuju cakap engkau..plot dramanya memang ikut skrip pada mulanya...Psal itulah citer Najib bakal jatuh dah mula berkumandang sejak tahun 2014.

      Tun M memang pakar bab jatuh menjatuihkan ini...Bila Najib serahkan kpd siasatan ini yg menyebabkan Tun M GAGAL. GAGAL kerana rakyat menyakini siasatan pihak berkuasa daripada sembang anak ayam.

      Siapa sangka ya Tun M sekarang terhina dgn gerakan menjatuhkan Najib...Tony Pua memang dah kerjanya...Alahai Rafizi pun dah tak nk sembang 1MDB..tinggal beberapa kerat balaci ja masih meneruskan agenda peribadi,..

      Cukup mengaibkan dan memalukan bila mana negarawan Tun M bukan sahaja mengaku tiada bukti salah laku 1MDB malah terlibat bersama2 Jutro dan PAKATAN utk jatuhkan Najib...Malu la wei

      Padam
    2. Negara ini jauh lebih MALU berperdana menterikan najib!!!..

      Padam
    3. Kepada macai pembaca utusan

      ..dinturtle mmg makan ayam goreng.. macau pukak sebu menelan dedak!!!..

      Padam
    4. suh madey saman la.....

      Padam
    5. 5.08

      Kenapa nak suruh tun saman?? Ahjib la patut saman...dah terima bebakul tuduhan tapi masih buat rilek je....oh ye...tunggu hari selasa br nak saman kan?? Tahun bila??? Bila free...keh keh keh

      Padam
  5. Kepada geng Tun M...

    1.Isu 1MDB sudah semakin menarik .Arul sambut cabaran Tony kelaut citernya.Cuma wawacara Arul kali ni Dinturle dah tersedak ayam goreng...Dah hilang idea camna nak spin...bg kita orang dah tahu pun isunya cuma bila fitnah berkleluasa ramai jadi bodoh dan ketinggalan keretapi...jangan lupa baca wawancara tu..fahamkan isu 1MDB.

    2.Isu Derma 2.6B

    Isu ini pun sama kaitkan dgn rasuah dan wang dari 1MDB..tapi dah semakin jelas tak da kena mengena dgn 1MDB...cuma semua masih bodoh berkenaan undang2 UMNO yg membenarkan presiden pemegang amanah. Mula gagalkan ianya dari timur tengah..Bila SPRM tengok bukti comfirm timur tengah...SPIN plak mesti rasuah...pastu kata 2.6B duit Najib la pulak...banyak betul dosa engkorang ya..

    Ingat ya bila korang fitnah 1MDB Allah bagi pahala la ya...la ni semua yg fitnah 1MDB terima lah akibatnya...

    Insyallah bila isu 2.6B selesai..korang terima sekali lagi akoibatnya...kalau sempat bertaubat ok la...kalau tak faham2 la..kat dunia boleh lah korang terlepas tapi ingat ya Allah Maha Berkuasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa sokong tony pua..?

      Kerja pembangkang mmg begitu..

      Jika benar nk diadakan perdebatan.. ikut saranan din turtle..

      Setakat debat antara tony pua dan arul kanda.. tak ingin pun nak tgk..

      Kedua2nya pun lebih kurang sama jer.. tak jauh beza..

      Padam
  6. Alaa tonypua apalah sangat jawatan dlm Pac tuh.Arul dh sambut tuh jadi jadilah apa nk ditakutkan.jual ajelah org dh sanggup beli tuh.jika kamu tk yakin mamakuti kn ade..skali sergah lintang pukang si Arul nanti..Mamakutikn suka hadir kenduri walaupun tk diundang tgk saja ap yg kena kt Najib duhulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 10.41

      Ni mcm rba jer nie..

      Komen pun merapu..

      Padam
    2. Meroyan budak PKR ni.

      Tun hadir sebab diundang.
      Yg spin Najib.
      Org tua tu nak tanya saja dikata ajak berdebat.
      Tu sebab sebenar Najib cabut lari.

      Arul letak syarat suruh Tony Puaka letak jawatan dlm PAC baru boleh debat.
      Kenapa?

      Arul mmg takut dan gentar, selagi Tony Puaka dlm PAC, dia boleh accesss pelbagai dokumen 1MDB atas kapasiti AJK PAC.

      Tony Puaka pun sedar, kalau letak jawatan bermakna dia terputus maklumat utk goreng balik.

      Tu sebab, Tony Puaka berani cabar Najib suruh dia letak jawatan.

      Rasional jugak.
      Najib sendiri dah mengaku 1MDB dah salah urus hingga rugi berbilion2.

      Kalau syarikat2 besar luar negara, sprt Jepun, Korea, US, Peranchis, dah tentu yg kepala2 ni kena pecat dah.

      Di China lagi sadis, hukuman yg menanti ialah peluru sebutir di kepala, hukuman mati jika berkait dgn kerajaan.

      So, dua2 ada kepentingan.

      Pendapat aku, buat ajelah debat tu.
      Kita tengok, siapa yg mempunyai maklumat yg palsu atau ori.

      Sebab, kedua2 mmg dah ada dlm lubuk 1MDB.

      Ada berani?

      Padam
    3. Arul ni ingat dia nak jadi maharaja lawak kot. Program realiti tv. Mesti dah lama berlatih tu. Debat bukan tentukan sapa betul sapa salah pun. Kalau niat nak tunjuk handal debat tak payahlah. Kita taulah Arul memang pendebat masa sekolah menengah. Nak siar secara langsung buat apa. 1MDB nak taja siaran kot. Tak pun jho low taja macam psi di penang dulu. Nak debat kat dataran merdeka pun kira oklah. Boleh baju kuning dengan baju merah datang meramaikan majlis.

      Padam
    4. Ko ni....debat salah, xdebat salah. Ke korang yg goyang?

      Padam
    5. Nak goyang apa nye..?

      Tony pua tu pmbangkang.. nak bdebat dgn pembangkang sahaja buat apa..

      Tony pua jg adalah ahli jwtankuasa PAC.. nak bdebat dgn PAC buat apa.. g jela jumpa ngan ahli jwtankuasa PAC, berikan kerjasama agar lancar siasatan mereka..

      Jika btl2 ikhlas nk bdebat.. buat seperti majlis nothing2hide.. panggil tun, panggil media, panggil ngo, panggil pembangkang, panggil ahli akademik, pakar ekonomi dll yg difikirkan patut dipanggil utk hadiri majlis sama..

      Kemudian debat dgn beberapa wakil dari kumpulan tsebut dan diakhiri dgn Q&A..

      #itu pun jika hadir la.. jgn last minute kata batal pula

      Padam
  7. P/ Merdeka,
    Aku lihat pencacai dan penyokong najib dalam ruang komen kau ini banyak yang cakap merapu dan tak tahu fakta sebenar tapi cuba nak cover line ,hujung hujung jadi macam beruk mak ye atau siamang ajar beruk menari , kah kah kah kah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg mcm beruk mak ye tu cai Tun. Dh mcm pembangkang gila kuasa. Benda elok pun katanya xbaik.

      Padam
    2. 1:50

      Iye ker..?

      #tak nak mengaku la tue.. pastu spin kat org lain.. dah terasa dan malu la tue..

      Padam
  8. Ada yg suruh baca utusan, aduhai, lawaklah bro.

    BalasPadam
  9. MEMBANGKANG JER LA.......

    BalasPadam
  10. Mari kita saksikah pilihanraya serawak sooon bn menang ke,kalah ke,,,,rasanya orang serawak ni bijak2 orang dia maknanya bole nilai siapa yang bengong ,siapa yang pandai,,aku tak percaya orang serawak percaya duit tu duit derma,,,,saksilanla wahai pak menteri rakyat akan tunjuk kuasa yang sebenar...andai kamu pak menteri tersungkur diserawak jangan kamu menyesal,,,,sebabnya hanyala jiwa kamu sudah tidakada lagi naluri yang sama dengan kami yang dipanggil rakyat.....kami rakyat bukan bekerja untuk kamu wahai pakmentri tapi sebenarnya terbalik.....jamgan confident sangat ye pak,,,,,,,,,

    BalasPadam