Sabtu, 24 Oktober 2015

Kawal Ketirisan Dana Bajet..!


Lama dalam kabinet...tentu Shafie tahu kekurangan disana sini..! Jaga amanah dan wang rakyat..! Sekarang ni kalau diperhatikan dikalangan sesetengah Menteri dan juga Pengerusi GLCs ada yang memang jelas rakus dan bernafsu untuk mengketedarah apa jua yang lalu didepan mata..!

Sebab tu boleh diperhatikan bagaimana gelagat pegawai pegawai mereka yang terang terang meletak harga bagi bantuan yang diberikan..! 'Ibarat belum berkuku hendak mencubit'.

Itu kerana yang minta pertolongan bukan kroni yang dah dia bariskan..! Dah cara dia cari makan macam tu rupanya..!

Trend ni pernah dibincangkan dikalangan mereka yang 'berkuasa'..! Ada diantara mereka berkata 'bila lagi..? semasa ada ni, nanti dah hilang semua (kuasa) mana nak cekup?'

Maknanya mereka bekerja memang kearah tu la..! Apa yang nak diharap???

Lu Fikir La Sendiri!!!

SEMPORNA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Bajet 2016 yang diperuntukkan menerusi kementerian perlu disalurkan sebaik mungkin kepada agensi sedia agar memberi impak kepada rakyat.
Beliau berkata perkara itu penting dan perlu diberi penekanan berikutan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.
"Kita berharap semua peruntukan dalam Bajet 2016 dapat digunakan sebaik mungkin dan pelbagai inisiatif atau langkah yang disediakan menerusi pelbagai kementerian dapat dilaksanakan sebaik mungkin," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.
Beliau menyambut baik peruntukan RM523 juta untuk pembangunan kem tentera darat di Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCom) di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Katanya peruntukan itu sangat bertepatan namun memerlukan pelaksanaan yang tepat demi mencapai matlamatnya untuk memperkukuh sistem keselamatan negara, khusus di Sabah.
Diminta mengulas mengenai bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Simunul, Mohd Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna berkata pihaknya telah berhubung dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mempercepatkan pembinaan rumah transit.
"Pihak MKN telah bersetuju untuk membantu membina rumah transit dan mempercepatkan pembinaannya. MKN sedang menyelaraskan perkara itu dengan pihak Setiusaha Kerajaan Negeri.
"Oleh kerana tempat tinggal mereka kini tidak sesuai dan tidak  selesa, kita sangat berharap pihak yang berkenaan dapat mempercepatkan pembinaan rumah transit tersebut," katanya.
Beliau berkata kira-kira 1,525 mangsa yang terlibat dalam kebakaran yang memusnahkan 163 rumah di Kampung Simunul pada 3 Okt lepas itu, kini ditempatkan di dewan kampung berkenaan yang dilihat kurang sesuai kerana keadaan dewan yang daif.-- Bernama

14 ulasan:

  1. Ketirisan MARA semasa SA dulu macam mana?.Kes beli bangunan di Australia dah selesai ke?.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 8.57

      Najib sebagai ketua dan pemimpin buat apa? Diserahkan bulat2 kepada orang bawahan sahaja kah? Asyik dengar cakap rosmah sahaja kah? Dia tak boleh fikir? Upah pengampu untuk berfikir untuk beliau?

      Padam
  2. betul la tu.....sebab dia pun pernah buat. hu hu hu......kayo kayo......

    BalasPadam
  3. Alahai cerita seronok didengar tapi sembang kosong....
    Citer ketirisan ni sejak zaman Tun M lagi..Beza zaman Najib dia transformasi audit...psal tu la ada kawalan...

    Cuma kalau ada rasuah report la bkn sembang ja...UMNO sudah menjadi kerajaan bukan hari ini dah lama dah,..yg bawa kemajuan dan pelaburan UMNO la..nak harapkan pembangkang takda la...

    Shafie afdal pernah jaga MARA...apa dia buat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 9.00

      Ketirisan zaman tun? Chai boleh tunjuk kat negara mana ada pentadbiran yang amat sempurna? Jika nak bandingkan dengan pentadbiran rejim najib yang zalim ni umpama langit dengan bumi, najib langsung tak boleh berfikir bagaimana nak mentadbir, diserahkannya bulat2 kepada punahsihat dan pengampu2 beliau.

      Padam
  4. Pas - bersedia ikat perut, gst mungkin dinaikkan sebab dana kerajaan semakin habis.

    Padan muka sapa yg sokong...dari tahun ke tahun akan naik mcm yg diamalkan di negara ber gst. Sekarang gst kita 6%. Negara lain ada 10% dan ada yg lebih lg. Tunggulah nasib masing2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. BANDINGKANLAH, BIAR SEMUA BELAJAR DAN SEDAR!!

      No point talking about sustainable growth, fiscal discipline, economic and government transformations etc, zombies are just too dumb to understand, so let's just compare stuffs that affect their day to day lives......

      (1) Petrol
      (a) Malaysia RM 2.15 - RON95
      (b) Indonesia IDR 8626.76 (RM 2.69) - RON88
      (c) Thailand THB 32.11 (RM 3.83) - RON92
      (d) Philippines PHP 42.51 (RM3.87) RON 92

      (2) Rice (white), (1kg)
      (a) Malaysia RM 4.06
      (b) Indonesia IDR 12,959.71 (RM 4.15)
      (c) Thailand THB 37.90 (RM 4.52)
      (d) Philippines PHP 43.86 (RM3.64)

      (3) Chicken Breasts (Boneless, Skinless), (1kg)
      (a) Malaysia RM 11.08
      (b) Indonesia IDR 47,102.98 (RM 14.69)
      (c) Thailand THB 100.87 (RM 12.04)
      (d) Philippines PHP 149.94 (RM 13.64)

      (4) Sugar (White), (1kg)
      (a) Malaysia RM 2.90
      (b) Indonesia IDR 11,600.00 (RM 3.62)
      (c) Thailand THB 73.13 (RM 8.73)
      (d) Philippines PHP 52.00 (RM 4.73)

      (5) Basic (Electricity, Heating, Water, Garbage) for 85m2 Apartment
      (a) Malaysia RM 180.94
      (b) Indonesia IDR 841,536.35 (RM 262.41)
      (c) Thailand THB 2,341.70 (RM 279.57)
      (d) Philippines PHP 3,290.08 (RM 299.25)

      (6) Mortgage Interest Rate in Percentages (%), Yearly
      (a) Malaysia 4.67%
      (b) Indonesia 9.76%
      (c) Thailand 6.35%
      (d) Philippines 8.15%

      Now, compare these....

      (7) GDP per capita in US$ (2014)
      (a) Malaysia $10.304
      (b) Indonesia $ 3.592
      (c) Thailand $ 5,678
      (d) Philippines $2,614

      (8) Average Monthly Disposable Salary (After Tax)
      (a) Malaysia RM 3,531.20
      (b) Indonesia IDR 4220827.00 (RM 1,316.54)
      (c) Thailand THB 13,608.72 (RM 1624.71)
      (d) Philippines PHP 14,698.97 (RM 1,336.96)

      (9) GST
      (a) Malaysia 6%
      (b) Indonesia 10% going up to 15%
      (cw) Thailand 7%
      (d) Philippines 12%

      Padam
    2. Pelik la geng Tun M...dia ingat masa zaman Tun M takda cukai kot bingai tak sudah2..Dulu SST tak cekap banyak ketirisan....

      Faham tak ketirisan....zaman Najib sistem cukai pkai GST lebih efisien...Semua barang dah tak boleh lari cukai ada faham...

      Padam
    3. 9.27,

      Kalau banyak ketirisan SST zaman Tun kenapa hari ini rakyat marah dengan GST hari ini?

      Padam
    4. Chai 9.25

      Kenapa tak buat perbandingan zaman Tun?

      Padam
  5. Faham sangat cai.....so efficient that it can be raised annually.
    Bijak sungguh cai...buat comparison dgn negara negara lebih teruk dari malaysia. Eh, kenapa tak buat comparison dgn singapore atau korea atau jepun since gst dah ura2 nak naik??? Kata nak jadi negara maju by 2020 tp bagi contoh negara mundur..phuii.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cai najib dah terlebih makan duit derma..tu lah pasal.

      Padam
  6. Hanya mereka yang pernah melihat lompang akan berkata di situ ada lompang. Lompang perlu ditutup bagi mengelak itu dan ini. Cumanya kenapa ianya tidak ditutup semasa diketemukan jadi tanda tanya. Kenapa setelah tidak ada upaya baru nak mengeluh ada lompang? Ini pun satu penyakit da.

    BalasPadam
  7. TAN TIN TUN.....PORRRAAAAHHHH........

    BalasPadam