Ahad, 25 Oktober 2015

HOT 1MDB ~ Korek Lobang Tutup Lobang..!


Soalan yang fofular sekarang ni...ini ke jutawan arab yang menderma 2600 juta tu???

Sehingga kini si Jho Low, Dato Suboh dan Nik Faizal mana? 2 ekor lagi cina yang diberitakan sama melarikan diri dari SPRM dan Bank Negara juga tidak dijumpai..!

Morais yang dibunuh dan disimen didalam tong pun boleh jumpa...inikan pula Jho Low yang sebesar tong? Takkan tak jumpa jumpa???

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Putrajaya pernah cuba meluluskan suntikan dana sebanyak RM3 bilion untuk syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, tindakan itu bagaimanapun gagal apabila Jemaah Menteri menolak cadangan berkenaan.
"Selepas pinjam (dari) T Anandha Krishnan RM2 bilion, nak pinjam lagi RM3 bilion. Berapa bilion kita nak pinjam ni?" soal Muhyiddin merujuk kepada RM2 bilion yang dipinjamkan hartawan itu bagi membantu 1MDB menyelesaikan hutang banknya.
"Berniaga apa macam ini, pinjam atas pinjam," katanya ketika berucap pada program Bicara Minda dan Sesi Dialog bertajuk 'Berani kerana benar' anjuran akhbar Sinar Harian di Johor Baru hari ini.
Julung-julung kali bercakap di hadapan umum selepas pemecatannya pada Julai selain platform parti, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, syarikat itu kemudiannya hanya diberikan kredit tersedia sebanyak RM950 juta. 
"Bila timbul hal begini, bila dibangkitkan kepada jemaah menteri, mulalah saya bangkitkan, saya nyatakan pandangan dan kebimbangan saya.
"Saya sebutkan berkali-kali, saya tidak ada niat jahat. Kerana nak membantu, supaya perdana menteri mencari jalan nak selesaikan keadaan itu. Kalau tidak, jadi beban kepada kita," katanya.
"Saya tidak pernah mendoakan 1MDB jatuh. Kalau mereka jatuh, kita akan jatuh... Pandangan saya ikhlas."
Beliau berkata, setiap pinjaman yang dipinjam dari bank oleh 1MDB akan menjadi beban kepada kerajaan dan menjadi tanggungan kepada generasi akan datang.
"Ini serius. Setiap pinjaman dari bank akan jadi tanggungan beban kerajaan. Dan kita terbeban kepada rakyat, anak cucu kita, yang akan menanggungnya kalau tidak diselesaikan," kata ahli Parlimen Pagoh itu lagi. 
Beliau turut mendedahkan, pihaknya turut membuat permohonan kepada Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy supaya memberikan penjelasan kepada Kabinet, namun penerangan yang diberikannya agak mengecewakan. 
"Saya minta kepada jemaah menteri, panggil Arul Kanda, berikan penerangan. Tetapi, beliau datang tidak bawa apa-apa pun.
"Bercakap dalam 10 hingga 15 minit. Sehelai kertas pun tiada," kata Muhyiddin.
The Malaysian Insider pada Februari tahun ini mendedahkan Kabinet tidak meluluskan cadangan untuk memberikan suntikan tunai sebanyak RM3 bilion kepada 1MDB.
Sumber berkata, pilihan semakin sempit untuk Kementerian Kewangan kerana 1MDB tidak lagi mampu mengumpul dana sendiri dan ia memerlukan wang daripada satu-satunya pemegang saham, iaitu kerajaan.
Dalam program hari ini, Muhyiddin berkata, pihaknya juga pernah menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya memecat mana-mana pegawai 1MDB yang gagal melaksanakan tugas mereka sehingga menyusahkan kerajaan.
"Saya cakap dengan perdana menteri, kalau 1MDB ini beri masalah, buang mereka. Sampai hari ini mereka tidak dibuang, saya yang kena buang," katanya.
Muhyiddin juga mendakwa, turut menasihati Najib supaya tidak lagi menjadi penasihat kepada 1MDB kerana sekiranya salah laku dikesan dalam transaksi syarikat itu, beliau akan turut menerima kesannya. 
"Saya rasa itu tidak betul. Saya kata jangan duduk situ. Kalau ada apa-apa salah laku, (Najib) akan terlibat. 
"Tapi dia duduk situ, macam mana nak siasat?" soalnya merujuk kedudukan Najib sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB.
Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB pun tak berani nak berhenti lagi la pulak jawatan Piemmm???
Lu Fikir La Sendiri!!!

Layan hari minggu..!

40 ulasan:

  1. Masalah org Malaysia adalah dahlah tak tahu info sebenar lepas tu buat bnayak andaian bodoh...

    Tunggulah ajelah info dan penyiasatan...

    Apa masalah korang???? Itulah kalau hati dengki, busuk ..inilah jadinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh...semua berkaitan Najib dan 1MDB semua nya andaian rupa nya??
      Baik punya sebab. Jadi semua yg tidak terima penjelasan Najib (yg tak masuk akal ) adalah mereka2 yg busuk,hati dengki ....

      Nak tunggu info dan penyiasatan sedangkan yg di-siasat masih pegang jawatan Penasihat 1MDB dan juga Menteri Kewangan?? Tak ingat ke bagaimana siasatan 1MDB di-ganggu gugat dan ramai penyiasat dan orang yg bertanyakan tentang 1MDB di-tangkap dan di-buang jawatan??

      Rakyat tak bodoh cuma orang yg mempertahankan Najib aja adalah manusia yg memang tak pandai atau memang golongan yg suka hisap konek Najib!!

      Padam
    2. Anda bercakap atas persepsi salah....siapa yg menganggu gugat siastan 1MDB??? cerita sikit...

      Siapa yg bertanya tentang 1 MDB ditangkap atau dibuang jawatan???..nampak sangat anda tak faham apa yg berlaku.....tapi saya tak salahkan anda sebab inilah realiti sekarang.....semua info dlm internet diterima bulat bulat....

      Memag rakyat tak bodoh.....yg bodoh hanyalah segelintrir yg masih tertipu denagn info yg salh dan tak benar....

      Padam
    3. SALAHKAH jika rakyat Malaysia buat ANDAIAN LOGIK?


      Padam
    4. logik amendanya?

      dulu Tun M kata 42B lesap...macam2 la andaian..malaysia bankrap la..hutang bertimbun-timbun la...

      Jadi apasal andaian itu dh tk laku???
      Malaysia tk bankrap pun?
      Budget bertambah ada la....

      Tun M pun dah bgtahu apa yg dia sembang semua tkda bukti psal itu la Tun M berubah-ubah penulisanya...

      Cuma disebabkan korang kena taat 120% kat Tun M..apa yg dia tulis perlu buat andaian sekerap mungkin agar intergriti Najib damage..ini lah namanya propaganda...

      Cuma yg korang kne faham propaganda akan kalah dgn kebenaran...

      Kebenaran datang dari agensi yg bertauliah,,,bila mana Audit kata kami siasat jadi tak guna la klau dinturtle buat andaian..

      Padam
    5. Anon 11:05/ Jangan jadi bodoh sangatlah, kami bukan bodoh setakat nak dengar cakap Tun M saja. Saya bukanlah ahli ekonomi sangat, tapi taklah sebodoh ko yang tak tahu apa yang ko cakap pun. Kalau benar duit 1MDB tu tak hilang, kemana perginya. Sampai kena pula jual tanah yang disonglap dari kerajaan iaitu Sg Besi Airport & TRX. Kalau benar tak hilang, gunalah wang yang pernah dibelanjakan dari RM42B tu. Sebenarnya, duit tu sudah hilang dengan pelaburan bodoh yang mempunyai niat untuk lesapkan sebahagiannya. Ko ingat berapa lama ko nak jadi alat untuk menipu rakyat. Dulu kata duit GST tidak akan digunakan untuk kos operasi kerajaan. Tapi, akhirnya duit itu jugalah yang disapu awal-awal dalam budget 2016. Najib tak sedarkah, duit itu adalah kutipan yang tidak pernah ditanggung rakyat selama ni. Memang Najib PM yang paling bodoh dan menganggap semua rakyat sebodoh dia juga.

      Padam
    6. Bagi saya najib adalah NABI.....semua rskyat lain adalah pengikutnya.

      Maaf saya saja yang menderhaka pada nabi najib

      Padam
    7. Ayat Nabi sepatutnya tidak perlu ditulis...jelas boleh merosakkanaqidah..Jgn terlampau ikut hawa nafsu...

      Ingat ya Zaman Najib semua mesti ikut LAW..tiada istilah cakap kosong..

      Suka atau tidak semua mesti dalam lingkungan undang-undang...Segala permasalahan mesti didalam siasatan.

      Padam
    8. Anon 12.09

      Sapa yang merosakkan aqidah?

      Aqidah saya masih teguh hingga akhirat, insyallah. Nabi Muhammad SAW adalah nabi terakhir.

      Malangnya tak malu saya tak hendak bernabikan najib........

      Padam
    9. https://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/07/ajaran-sesat-kahar-ahmad/

      RASUL MELAYU

      Padam
  2. Muhyiddin kurang bijak berpolitik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anon 9.18

      Adakah seorang yang bijak berpolitik itu mest pandai berbohong bila bercakap, mungkiri janji dan mengkhianati amanah?

      Adakah seorang berpolitik itu mesti panadai membawa kapal yang layar telah dinaikkan dengan sauh dilabuhkan?

      Adakah seorang berpolitik itu mesti main silap mata apabila 26 tolak 15 jawabnya 9?

      Adakakah seorang berpolitik itu mesti tunai equals unit?

      Dan banyak lagi.........huhuhu. Sah bangsat = maruah tergadai. Tak payah debat lagi

      Padam
    2. Ramai tidak faham politik najib rupanya...

      Bagi tun M beliau dikenali suka berpolitik cakap2...berbeza Najib politik melaksanakan berpandukan undang-undang negara..

      Cth:

      1.Isu wang derma 2.6B diserahkan kepada penyiasatan...

      Kesudahanya?
      Tun M yg suka buat andaian gagal menjatuhkan Najib. Rakyat yg menilai sudah mula mehamai peranan agensi kerajaan...

      Ingat ya zaman Tun M semua agensi lemah dan takut.

      Padam
    3. Memang muhayudin tdk pandai politik macam najib yg makan duit tanpa malu. Peruntukan semua kementerian termasuk pendidikan dan kesihatan dikurangkan, mmm peruntukan jabatan pm di tambah, hebat punya pemimpin. Kata gst utk bantu rakyat, rupanya utk bayar gaji pegawai kerajaan. Dulu tiada gst, negara ok pun. Pemimpin makan duit, rakyat kena tanggung, memang pemimpin yg hebat.

      Padam
    4. Inilah persepsi buruk yg berniat jahat dan sengaja...Sekali lagi ingat ya nin zaman Najib bkn Tun M...

      Zaman Najib beliau juga tidak terlepas daripada siasatn.

      .Maka semua2 menteri UMNO yg rasuah bakal dimasukkan ke penjara..Tiada istilah lagi mahkamah dalah UMNO..ada faham

      Padam
  3. Dalam bisness itu asam garam ...ada naik dan turun. Kadang-kadang terpaksa berhutang....

    Apa masalah nya?? Kalau rugi sekarang, bukan maknanya rugi selama lamnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul anon 9.22 ada rugi ada untung masalahnya 1MDB bukan lagi rugi tapi dah peringkat tak boleh nak perjelasakan mana pergi sebahagian dana dari RM 42 billion , kemudian apa punya business ini cuma jadi broker ,beli asset kemudian jual asset ini kau suruh budak tak lulus SPM pun lagi bagus buat business yang sakit hati itu asset tu pula adalah harta harta tanah resab bumiputra pula tu macam TRX sekarang tergadai dan akan dimilik oleh orang asing ini dah tahap petualang bangsa ,cukup setakat tu ada lagi banyak musibat 1MDB ini tak payah nak aku hurai fakta fakta tersebut tapi kamu tolong la ubah mindah jangan jadi minda melayu kepundek.

      Padam
    2. Ha ha ha citer semula hilang 42B...

      passtu tak tahu niaga apa?

      pastu semua akaun takda audit

      pastu buat2 lupa siasatan sedang dilakukan...

      Aku nengok la..puak2 geng Tun M ni...bila ja rakyat mula belah Najib cepat2 spin alahai...Rakyat nak tahu citer budget la bkn citer surat khabar lama...

      Teruskan citer surat khabar la...Cumaaku nak ingat isu tahun lalu tk sama tahun ini...La ni semua dalam siasatan...dan jgn lupa ya 1.83B shj yg tinggal..isu2 lain dah selesai...cuma tk selesai psal bengong jenis baca malaysiakini ja...

      yg bestnya nanti jgn lupa katakan rakyat masih tak faham...alahai...

      Padam
    3. Roslan Othman

      Kau ingat projek TRX pakai buku 555 ya...Tolong la jgn bingai sangat buat malu jadi pahlawan Tun M ja...

      http://www.tunrazakexchange.com/

      Ingat ya ni projek bkn budak tadika tau..jgn terpengaruh ngan dinturle la..Alahai bingai sangat la...depa tk faham ke projek besar ni?????

      Padam
    4. Anon 11.13 , kamu cakap hanya menidak perkara yang salah macam najib juga tidak pernah jawab apa yang disoal oleh rakyat berhubung penyelewengan 1MDB ,kamu nak jilat najib itu kamu punya masalah tapi masalah penyelewengan 1MDB tetap menjadi beban rakyat malaysia yang akan pecah tak lama lagi ,najib tidak akan jadi PM sampai mati itu pasti satu hari dia akan turun masa itu kamu akan lihat apa akan jadi kepada najib dan kuncu kuncu lebih malang lagi rakyat teepaksa tanggung musibah hutang kerana najib musibat.

      Padam
    5. Ayat penyelewengan adalah ayat paling suka digunakan golongan anti kerajaan....
      Bila sembang itu lah ayat penyelewengan...Bila minta bukti sonyap ?

      Ingat ya zaman Najib adalah zaman transformasi...

      PDRM ada perananya..Audit ada perananya..PAC ada perananya...

      Istilah jilat dan sbgnya hanyalah propaganda murahan yg bakal berakhir bila segala2 terbukti dibawah kelolaan agensi kerajaan.

      Ingat survey-isu tahun lepas 42B dan malaysia bankrap antara isu TERHEBAT bukan?

      Hari ni isunya sudah berakhir...knapa?

      Padam
  4. Korek lubang, tutup lubang.......Oklah tu.

    Yg pasti, tak ada lobang!!!.....

    BalasPadam
  5. Memang adat bisness ada untung rugi........selagi tiada irregularities takper tapi sampai pakai business model ali baba takan nak biarkan. Hei tak der akai......macau punya steering wheel

    BalasPadam
    Balasan
    1. maknaya beli IPP dan buat jalan raya Pan borneo Ali Baba la ya...alahai apa punya bengong la geng Tun M...ada msa baca la balik projek !MDB...

      Korang percaya tak 1MDB terbabit buat projek lapangan terbang????

      Padam
  6. Hmm itu ari sembang penyelewengan..Ini citer syarikat tak berdaya maju..

    MAS pun hutang banyak...ZAman Tun lagi teruk rugiii ja...

    Cuma bagus gak Muhiydeen jelaskan isu 1MDB bknlah citer sonyap2...
    Najib sembang kat kabinet rupanya...

    Cuma Muhiydeen rasa rsa la ni tk bagus punya niaga..Hmm Kalau baca geng korang tulis macam syarikat rahsia ja..seolah2 semua pakat tk tahu...

    BalasPadam
  7. Apa yang pencacai najib merepek kat sini nih?

    MAjlis Raja2 pun TIDAK BERPUASHATI dengan 1mdb tau tak? itu pun ko tak faham ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. la ke situ pulak...

      Ingat ya Zaman Tun M semua kne control..psal itu la pembangkang kata Tun M mahafiraun..

      Ini Zaman Najib..Majlis2 Raja2 ada kuasa legislatif...maka berhak menasihati kerajaan...

      Bukan bila Raja2 bersuara depa nak berpolitik alahai...tolong la bezakan Tun M yg asyik berpolitik dgn peranan Raja2 zaman Najib...

      Padam
  8. wow...Jabatan PM dapat bajet tinggi hingga cipta rekod dalam bajet yang diumumkan baru-baru ni sedangkan kementerian2 lain semua dipotong bajet mereka...hmmmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu bkn isu...yg jadi isu

      1- audit akan buat pemantauan ..bila ada agensi yg ketirisan maka kabinet perlu cekap menyelesaikannya..

      2- Kenaikan budget Jabatan PM yg perlu rakyat tahu utk apa? itu aja..bila ada penyelewengan baru ada isu...

      Minta tolong ni Zaman Najib control Malaysia bkn lagi Tun M...dok senyap2 ya...dan jgn lupa baca la isu kandungan budget jgn bingai sangat...

      Padam
  9. Tunggulah najib kalah nanti....barulah tau siapa yg duduk sama aljub...sesiapa yg boleh buat survey...aku nak tau keputusan survey samada majoriti rakyat masih sokong dato seri daeng mapolong ni....dah tak sabo2 nak tengok daeng ni di gari...kah...kah..kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi kami tiada istilah tunggu...kami meletakkan PASRAH yg benar...bekerja bersungguh-sungguh selepas itu baru tawakkal...kena faham ya..

      Kami faham anda suka survey..Cuma survey tahun ni berbeza survey tahun lepas...faham tak ini?

      Ctn survey tahun lepas 42B..semua geng Tun M main isu malaysia bankrap...bagaimana tahun ini?

      citer 42B pun dah tak hinggin...malaysia bankrap bagaimana? rakyat akan ketawakan siapa mengatakan malaysia bankrap...percaya tak?

      Jadi kpd geng Tun m anda tak pyah bekerja utk bantu UMNO...ingat kami tak perlu bantuan anda...

      Kerja anda mudah ja teruskan isu yg relevan...apa itu relevan tunggu Tun M bersuara dan taat 120%,,,

      ada salah ka belakang cerita....yg penting dlm kapala najib mesti kasi jatuh...

      Padam
    2. Membaca komen Pejuwang Najib standard psy war zaman 50 an.. sikap poyo, berlagak, bodoh sombong adalah ciri ciri pejuwang najib...daa tggl 31% tak jugak sedar diri!!..

      Padam
    3. Hebat Tanpa Nama 11:45....Najib dah macam Nabi katanya...!! Maknanya kalaulah ada lagi nabi selepas Nabi Muhammad..., Najib nabi dia. Dia ni dah mabuk ketum atau tercekik dedak.....????

      Padam
    4. Antara kejayaan pejuang kerajaan menghadapai propaganda pembangkang adalah:

      1.Memberi ketaatan kepada pihak berwajib...Siapa sangka SPRM yg dahulunya dianggap hanya agensi dibawah kawalan UMNO-(dulu BPR)
      sekarang semua menunggu siasatan tersebut..

      p/s...bg mereka yg tak tahu zaman dulu Tun M dianggap menggunakan dokumen BPR menjerut leher menteri kabinet...itu la persepsinya ttp alhamdulillah zaman Najib ...UMNO sudah bebas dari persepsi mengawal agensi2 kerajaan.( walaupun tak 100% ...tetapi peratusnya semakin bertambah..alhamdulillah)

      Padam
    5. Sebenarnya apa yang kamu fikir dan pasrah bukan hal penting dan bukan masalah kami ,keutamaan ialah rakyat benci kepada penyelewengan dan rasuah ,ya betul zaman mahathir ada juga GLC yang rugi macam MAS dan perwaja tapi tak la rugi dan hutang sebesar 1MDB sampai hampir puluhan billion , kemudian akaun dapat di asses dan tiada sebarang halangan untuk asses akaun akaun ini setiap laporan tahunan , maknanya dibuat secara terang dan ditahu umum 1MDB pula sulit bila diminta oleh audit dan rakyat bermacam macam alasan diberi kemudian macam macam kenyataan mengelirukan rakyat diberi dan Najib juga boleh terlibat secara terus dengan syarikat sebagai penasihat yang punah segalanya , bukan seperti MAS ,perwaja dan lain lain cuma di kawal oleh khazanah yang mewakili kementerian kewangan jadi ini beza yang nyata ,apa yang penting di sini bukan setakat keburukan yang dibawa 1MDB yang paling penting di sini kamu perlu sedar yang umno tidak akan mempunyai hayat yang panjang sekiranya keadaan ini diteruskan tampa dihentikan dan diselamatkan ,Najib wajib berhenti dan usaha meraih sempati dan keyakinan rakyat keatas umno dan BN wajib di usahakan terutama dari pada Gen 40 tahun kebawah yang akan menjadi majoriti pengundi pada PRU 14 dimana jumlah mereka adalah 55% ketika itu untuk makluman kamu golongan ini memang sudah sangat bersedia untuk menyerah kuasa pemerintahan kepada pihak lain dari umno kerana meraka tidak langsung ada sempati dengan cerita cerita jasa lalu umno kerana semangat itu sedah kurang dalam diri golongan ini ,dengan prestasi serta skandal yang ada dengan najib serta sikap menteri menteri dan ketua bhg umno yang lebih terserlah kepada mempertahan jawatan dan kedudukan saya rasa kamu pun tahu apa akan jadi menjelang PRU 14 dan bersiap sedia lah untuk menerima hakikat sebenar.

      Padam
    6. Alahai bila masa plak audit jadi sulit?

      1MDB diurus sebagai syarikat la...ada audit antarabangsa lagi...

      Malah yg audit negara buat kerja utk apa? lepas itu bg kat PAC apa? kau ingat msa serahkan laporan akaun itu buku 555 ya?

      Padam
    7. roslan jgn lupa bulan julai 2016 buat survey ya...bkn apa gaji minuman bakal terlaksana....

      Padam
  10. Salam. Kenapa kait kan nama mendiang Morais dalam pendapat tuan, saya rasa kurang bijak dan boleh mengguris perasaan keluarga mendiang. Sekian.

    BalasPadam
  11. Semua salah. Yang betul tunggu sampai TAMAT penyiasatan dari semua pehak.
    Lepas tu yang mana didapati salah kita tendang ramai2 masuk longkang.
    Nokhtah.

    BalasPadam
  12. Ya lah ! memang ni la syeikh yg derma tu .Yg Wak Zahid Bagan Datoh kata dah jumpa .Nama dia Sheikh JHOhari al LOWabid

    BalasPadam