Sabtu, 24 Oktober 2015

Beras ST15 ~ Bagus La Tukar..!


Bagus la kalau Menteri berpendirian begini..!

Kajian mendalam terhadap program subsidi beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) sedang dijalankan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memutuskan sama ada program itu perlu diberhenti atau ditambah baik, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pihaknya sering menerima pelbagai aduan berkaitan program yang dilaksanakan sejak lapan tahun lepas walaupun beberapa tindakan telah diambil termasuk menghentikan lesen pihak terbabit.
“Kita sedang mencari jalan terbaik bagi memikirkan mekanisme baharu bagi memastikan usaha kerajaan beri bantuan kepada rakyat termiskin akan mencapai matlamatnya.
Sambil duduk mengikuti pembentangan bajet semalam seorang sahabat yang turut serta ialah orang kuat SPRM..! Apabila bercerita berkaitan isu beras ST15 maka jawab sahabat tersebut isu ini sedang diberi perhatian pihak SPRM dan telah pun mempunyai nama orang tertentu yang agak tinggi 'jawatannya' untuk diambil tindakan..!
Cerita beras ST15 ni lama kita dengar bagaimana ianya menjadi bahan 'rompakan' bersama oleh pihak tertentu..!
Di beritakan oleh yang ampunya cerita seorang Tukang Rasmi boleh mendapat RM1 Juta sebulan dari ketirisan yang berlaku..! RM500 ribu untuk dirinya manakala baki RM500 ribu lagi diserahkan kepada Tukang Sapu untuk dibahagi bahagikan sesama tukang tukang didalam pejabat mereka..! Sampai Tukang Jaga pun boleh dapat RM5000 sebulan..! 
Pembantu Tukang Rasmi dan Penasihat Tukang Rasmi sebelum ni sudah pun mempunyai bahagian mereka sendiri selama ini...tambah yang ampunya cerita..!
Itu belum dikira pemberian yang dibahagi kepada sahabat Tukang Rasmi di seluruh negara..! Pendek kata berjuta duit negara pergi ke kocek mereka setiap bulan..!
Jadi, sebelum ada yang mati dengan mulut berbuih beras seperti dalam cerita tanah kubur tu maka adalah lebih baik Menteri menukar kaedah pemberian beras ST15 ini agar sampai ke sasaran..!
Tukar dengan duit dan beri terus kepada rakyat yang layak mendapatkannya lebih baik..!
Buat la sesuatu..! Banyak dah cerita dan berita yang sarat dengan penyelewengan berlaku..!

Cerita ni bukan nak menakutkan sesiapa tapi nak bagi tahu bahawa rakyat tahu siapa yang punya angkara..!
Di zaman semua boleh dan halal ni diharap pihak berwajib akan lebih berani bertindak dan bertegas dengan mereka yang terang terang merompak hasil rakyat dan negara..!
Cukup la..! Mudah mudahan Menteri ni mampu menunjukkan Tauladan..!
Kepimpinan Melalui Tauladan la katakan..!
Tauladan apa???
Lu FIkir La Sendiri!!!

12 ulasan:

  1. Ya aku sokong Putramerdeka...
    Zaman Najib berbeza dgn Zaman Tun M,,,

    Alhamdulillah kalau betul ada rasuah nilah masanya buang semua nanah2 dalam UMNO....


    Aku suka zaman Najib kerana menteri2 semua semakin berani mengambil tindakan..

    BalasPadam
  2. Bro admin
    Ni apa cerita....13 ketua cawangan negeri sembilan mahu najib letak jawatan! Panassss
    Penangan budget atau layar dikembang, sauh dilabuh????
    Tahniah kerana berani bersuara...

    BalasPadam
    Balasan
    1. la ketua cawangan pun nak kecoh...biasa la bang ni namanya politik...Zaman Tun M lagi teruk tau berpecah belah...

      doakan agar mereka mendapat penjelasan yg tepat....

      geng2 Tun M kena belajar apa itu politik la...ingat ya UMNO ni dari dululagi tak abis2 jatuh menjatuhkan...tak percaya ka?

      Padam
    2. Popcorn dah siap.

      Padam
  3. Aik? Org SPRM dh bukak mulut pd blogger? Bukan ke ini tidak beretika atau tidak amanah dlm menjalankan siasatan? Sama kes mcm 1mdb pulak, masih dlm siasatan tp media luar dh baca hasil siasatan. Ada yg xkena ni. Harap Bos SPRM kena ambil perhatian. Blogger ni pun boleh disoal siasat dlm hal ni...ehem ehem.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takat blogger ini punya cite lu naK KECOH2. Cuba lu buka pula komen dan cite netizen dari belah yang guan bahasa Cina dan Inggeris lagi dasyat tau, macam2 dia orang kutuk, lagi macam kita yang kebetulan berbangsa Melayu dan Beragama Islam pun kena sekali. Pada hal kita tak pernah pun menyokong tindakan Najib Bacul untuk menyeleweng wang dan juga menyalah guna kuasa PM>. Kami Ahli umno yang bawah2 nie harap yang dok atas itu ikhlaskan diri bertindak demi akidah seorang Islam. Jangan letak kepentingan duniawi jadi keutamaan hingga lupa kepada Tuhan tapi lebih percaya kepada "Cash is KIng".

      Padam
    2. Anon 2:35
      Awk sndri pun gagal nk fhmkan komen sy. Jgn bandingkan blogger/media pembangkang. Itu dh kerja dia. Yg sy maksudkan, admin sndri dpt citer dlmn dr "org kuat sprm". Bukankah ini pun perbuatan yg tak beretika oleh pegawai sprm sendri? Patutnya tajuk etika pegawai sprm ni di highlight kan. Dan admin ni sendri boleh jd saksi utama. Buatlah....baru betul putra merdeka betul2 berjuang dgn ikhlas demi Bangsa, AGAMA dan Negara. Kalo tak....nmpk sgt cari mkn nye. Jgn jd fake ( of which readers know thats what u are). Check Mate!!!

      Padam
    3. najib dpt duit 2.63b tue ber etika kew anon 1254 oooiiit

      Padam
  4. Tak pernah dalam sejarah, bajet tahunan Malaysia dibentangkan oleh seorang PM yang hanya mendapat suku sokongan rakyat Malaysia. PM yang paling lemah lagi tidak bertimbang rasa. Dia ingat Negara ini warisan keturunan bugis dia yang punya. Eloklah berundur aje ikut gesaan panglima2 perang dari Telok Kemang. Harap dari 14 akan berkembang jadi ribu-ribu agar Malaysia dan Umno akan dapat diselamatkan daripada kerakusan pemimpin2 yang bersifat durjana dan kuku besi.

    BalasPadam
  5. Ya....mami nak ulas......mami.sokong kalau betul pegawai SPRM tu cerita tu dah kira luar dari integriti...kerana semua pegawai SPRM terikat pada kod kerahsiaan....dah menjadi kesalahan kalau buat cerita macm kedai kopi...cerita itu perlu ada bukti dan penyiasatan bukan main cerita sedap mulut....kami dari akar umbi ni tak kisah kalau menteri ke orang biasa ke jaga ke....yang rasuah tangkap je....dengan semua bukti2 ...jangan jaja cerita itu ini tapi senyap.....macamana tu? Tak kan nak salahkan PM Najib jugak? pm jaga SPRM ke?

    BalasPadam
  6. Bapa borek anak rintik,anak anak nak makan juga sebab bapa makan banyak depan mereka.sama sama makan x salah,biar rakyat tengok melahapnya mereka.umno katakan memerentah....2.6b ehem ehem

    BalasPadam