Khamis, 22 Oktober 2015

SRC ~ Kalau Tak Bersalah Kenapa Lari Bersembunyi?


Sehingga kini tidak dapat dijejaki 3 ekor yang dilaporkan melarikan diri dari siasatan SPRM..! 

Kenapa lari? kenapa tidak berani berdepan dengan pihak berwajib? Sedangkan semalam dilaporkan...

SRC International Sdn Bhd berkata jumlah RM4 bilion yang dipinjam daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) diambil kira dalam lembaran imbangannya, selaras dengan amalan piawaian perakaunan dan tadbir urus.
"Tidak ada sedikitpun yang disalah guna seperti didakwa oleh mereka yang berniat jahat.
"Kami menolak dakwaan ini sekeras-kerasnya. Selepas menjalankan siasatan dalaman, kami percaya dakwaan ini berdasarkan dokumen yang dipalsukan, sekali gus mencerminkan cubaan yang sengaja mahu mengelirukan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan bagi menyangkal laporan media yang mendakwa dana itu disalah guna.
Berani la..! Keluar dari persembunyian..! hentikan segala ketidaktentuan ini..! Balik dan bela Najib..! Najib dilaporkan tidak bersalah..! buktikan..!
Hentikan semua spekulasi..! Sehingga kini tanggapan dunia amat buruk terhadap Najib dan sekutunya..!
Baca dan fahamkan...

Pergolakan politik atau kesalahan jenayah?

Datuk Seri Najib Razak masih mencuba untuk melepaskan diri daripada skandal 1MDB, RM2.6 billion dalam akaun peribadi serta dakwaan menerima RM40 juta daripada SRC International.

Pelbagai jenis dakyah dan fitnah digunapakai tanpa segan silu demi kelangsungan agenda peribadi untuk melepaskan diri walau dengan apa cara sekalipun, 'by hook or by crook'. Sesiapa sahaja yang cuba menegur akan dihina dan 'dimusnahkan' dengan kuasa media yang ada.

Ketika ini giliran Bank Negara pula untuk menerima padah kerana bertindak tegas. Gabenor BNM dicaci cerca manakala 1MDB dilihat kebal, sekebal-kebalnya. Kini derma RM2.6 billion telah menjadi lawak antarabangsa. Seluruh dunia mentertawakan cerita Perdana Menteri Malaysia menerima derma RM2.6 billion dari penderma Timur Tengah yang pemalu orangnya. Kita amat malu. Nama negara tercemar. Kerana seekor kerbau habis semua yang lain terpalit lumpur.

Kita masih menunggu tindakan undang-undang terhadap akhbar The Wall Street Journal berhubung dakwaan bahawa RM2.6 billion itu pun sebenarnya adalah duit yang akan ditanggung oleh rakyat Malaysia sebagai hutang negara.

Skandal SRC International pula agak ketara dan jelas bersama bukti kukuh. Berdasarkan dokumen yang disiarkan The Wall Street Journal/Sarawak Report Najib menerima RM40 juta selepas SRC menerima pinjaman dari KWAP berjumlah RM4 billion. Pinjaman tersebut dijamin oleh kerajaan Malaysia. Najib juga adalah Menteri Kewangan. 

Sehingga hari ini The Wall Street Journal serta portal Sarawak Report mempertahankan berita serta dokumen yang mereka siar untuk memperjelaskan aliran wang kedalam akaun peribadi Najib bin Tun Razak. Najib masih belum berani untuk bertindak keatas WSJ.

Jika putar belit berhubung RM2.6 billion dalam akaun peribadi mungkin mengambil masa yang lebih panjang untuk dirungkaikan kerana melibatkan pelbagai pihak asing, kes SRC International amat jelas. Difahamkan pada suatu ketika siasatan kes SRC hampir selesai hingga ketahap pendakwaan. Apa yang berlaku selepas itu adalah pengetahuan umum.

Perlucutan jawatan Peguam Negara, penukaran tergesa pegawai tinggi kerajaan, kenaikan pangkat yang melumpuhkan Jawantankuasa Kira-Kira Wang Negara, gangguan terhadap pegawai-pegawai SPRM dan serangan terbuka terhadap Bank Negara adalah kerana orang yang disyaki ingin mengelak dari dihadapkan ke muka pengadilan.

Pelbagai lagi penyalahgunaan kuasa yang berlaku kini pastinya tidak terlepas dari pandangan rakyat. Semakin hari semakin ramai yang berani bersuara kerana tindakan melampaui batas yang amat ketara. Rakyat Malaysia tidak bodoh, hanya budaya 'tidak apa' kita agak kental.

Sebahagian besar media arus perdana sudah lemah longlai dan lebih gemar membuat liputan hiburan serta lawakjenaka. Ada juga diantara mereka yang semacam seronok diperbodohkan dimata rakyat saban malam. Janji bos nampak kesetiaan yang tidak berbelah bagi, walaupun apa yang dilaksanakan itu tidak berbeza dari perbuatan melacurkan diri. Maaf jika terkasar bahasa tetapi itulah hakikatnya.

Seolah tiada siapa yang pedulikan apa yang benar walaupun hanya kebenaran dapat membebaskan kita dari belenggu ini. Negara kita kini dipersimpangan. Duit ringgit tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah kita jika pembawa bala dan kumpulan kecilnya masih bebas melakukan apa saja.

Institusi penting negara sedang dirobek. Institusi Raja-Raja Melayu pula telah 'di-ingatkan' tentang 'separation of powers' atau pemisahan kuasa sejurus selepas Raja-Raja Melayu menzahirkan kerisauan tentang perkembangan terkini dalam negara dan secara khususnya skandal 1MDB. Apa perlunya 'separation of powers' di-ulang beberapa kali dalam kenyataan balas kerajaan kepada Raja-Raja Melayu? 

Apakah sipolan yang menjawab bagi pihak kerajaan tidak sedar bahawa Raja-Raja Melayu bukannya meminta penjelasan berhubung 'separation of powers' tetapi menzahirkan kerisauan istana terhadap masa depan negara dan rakyat?

Masalah yang kita hadapi sekarang menjangkaui politik serta kepentingan mana-mana individu atau kumpulan.  Ini bukannya masalah politik dalaman Umno ataupun 'power struggle' dikalangan pemimpin. Ini bukan masalah pertelingkahan diantara parti pemerintah dengan kumpulan parti pembangkang. 

Kita mengalami keadaan dimana tahap kepercayaan sebilangan besar rakyat terhadap Kerajaan berada di paras yang amat rendah atau sudah tiada samasekali. Keadaan ini berlaku kerana Perdana Menteri bergelumang dengan pelbagai skandal. Parti yang menunjangi kerajaan pula seakan kaku seperti mayat yang menunggu untuk dikafankan. 

Kita tersepit dalam suatu keadaan dimana Perdana Menteri disyaki terlibat dalam jenayah penyalahgunaan kuasa, pecah amanah (CBT), pengubahan wang haram (AMLA) dan besar kemungkinan rasuah dalam jumlah yang agak besar. Ini hakikatnya.  

Najib Razak adalah orang yang disyaki dalam dua kes yang besar. RM2.6 billion dalam akaun peribadi dan kes melibatkan SRC International amat jelas. Siasatan kes SRC International tertangguh kerana beberapa saksi utama telah dilarikan atau melarikan diri keluar negara. Pihak yang menyiasat pula ditekan dengan pelbagai dakyah murahan sehingga penyiasat digambarkan sebagai pesalah.

Pihak SPRM telah memberi jaminan bahawa, walau apapun yang mendatang, siasatan terhadap kes melibatkan SRC International akan disiapkan menjelang akhir tahun ini.

Masih ada yang percaya dengan pembohongan bahawa krisis yang Malaysia hadapi kini hanya sekadar pergolakan politik atau perebutan kuasa dalam parti politik? 

Siapa sebenarnya yang mahu rakyat percaya bahawa segalanya adalah masalah politik dan bukannya skandal kewangan negara dan perlakuan jenayah pemimpin yang diberi amanah? 

Kemerosotan kita sebagai sebuah negara yang dahulunya disegani kawan dan lawan amat merisaukan rakyat yang mampu berfikir. Malaysia telah menjadi momokan dunia kerana skandal kewangan/rasuah Perdana Menteri. Ini fakta dan bukan propaganda murahan. 

Pecah amanah, salahguna kuasa dan rasuah adalah kesalahan jenayah dan bukan-nya masalah politik.

Perbuatan mengkhianati negara bukan politik. Khianat atau 'treason' adalah kesalahan jenayah yang membawa hukuman yang amat berat.

Saya amat bersetuju dengan kenyataan Najib Razak baru-baru ini bahawa skandal 1MDB bukan isu politik dan tidak harus di-politik-kan. 

Najib adalah penasihat ulung 1MDB dan beberapa dokumen yang didedahkan baru-baru ini membuktikan bahawa selaku Perdana Menteri serta Menteri Kewangan Najib juga berkuasa penuh dalam segala urusan pelaburan besar 1MDB, termasuk 'pelaburan' yang kini telah bertukar menjadi skandal kewangan antarabangsa. Kuasa penuh juga membawa tanggungjawab sebagai individu yang diamanahkan untuk menjaga khazanah negara.

Skandal 1MDB, RM2.6 billion dalam akaun peribadi serta 'komisyen' RM40 juta dari SRC International, kesemuanya bersangkut paut dengan jenayah dan bukannya politik.

Kepada mereka yang masih cuba mengelirukan rakyat... rakyat Malaysia kini sudah bijak menilai. 

Keputusan banci terbaru yang menunjukkan kemerosotan serius sokongan terhadap kepimpinan Najib Razak harus bertindak sebagai pembuka mata kepada yang masih buta hati. 

Undurlah Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Anda bukan saja telah gagal sebagai pemimpin tetapi telah merosakkan nama negara ini yang suatu ketika dahulu terkenal diseluruh dunia sebagai pembawa obor bagi negara-negara yang membangun.

Undurlah! Jangan tipu diri sendiri.
apanama.
Berani kerana Benar..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

16 ulasan:

  1. Kalau baca Artikel ni maknanya

    SEMUA bersetuju TAK Najib memang POWER..anak jantan dan pahlawan BUGIS....


    Aku tengok sejak akhir2 ni geng2 Tun M macam dah putus asa ja...Tak macam ketika isu 1MDB meletop masa itu engkorang gelar Najib pahlawan Pondan...

    Ini lah namanya semnagat taik ayam....sabar brother Allah ada la jgn risau doa orang beriman Allah dengar tau..Kalau Najib bersalah Allah pasti tolong engkorang cuma Kalau Najib dipihak yg benar Allah pasti bantu....

    Masalah engkorang hanya harapkan satu sumber ja ..Dari maklumat UMNO dan kerajaan tak nak dengar....

    Ingat ya bila sebut kerajaan bkn maklumat kedai kopi tau tapi agensi beramanah...

    Putra merdeka apa nak buat zaman kutuk Najib dah semakin berakhir tau....

    BalasPadam
    Balasan
    1. 'Pejuwang Najib'.. komen ngko hanya sekadar nak sedapkan hati diri sendiri!!... oohh yaa..da tinggal 31% saje.. teruskan lah bagi komen berkajang kajang..sikit pun tak berkudis ... ( sambil menghirup nescafe ais )

      Padam
    2. Huhh?.. najib power??!!.. nak jawab soalan dlm parlimen pun harapkan balachi!!.. power konon!!.. bagai nak gila pandikar sabah bersilat menepis soalan 1mdb utk si bapok..itu yg ngko kate power??!!.. power rangers iye la kut!!..woiii.. rakyat nampak lahhhh.. rakyat bukan benak tak bole diajar mcm.ngko...

      Padam
    3. 3.16

      "Masalah engkorang hanya harapkan satu sumber ja ..Dari maklumat UMNO dan kerajaan tak nak dengar...."

      Najib tu tabur janji jer...maklumat umno dan kerajaan umpama paksa rakyat suruh terima jawapan yang dikeluarkan.

      Ya chai, Najib paksa rakyat terima jawapan contoh kalau A jawapanya maka A lah yang perlu di ikuti, jangan persoalkan, umpama lembu dicucuk hidung.

      Padam
    4. 3.16

      "Aku tengok sejak akhir2 ni geng2 Tun M macam dah putus asa ja...Tak macam ketika isu 1MDB meletop masa itu engkorang gelar Najib pahlawan Pondan..."

      Kah kah kah kah...lawak ker der...?

      Apa susah? tiba pilihanraya kami rakyat marhaen tak keluar undi....selagi najib rosmah dan pengampu2nya masih ada dalam umno.

      Padam
    5. 3.16

      "Ini lah namanya semnagat taik ayam....sabar brother Allah ada la jgn risau doa orang beriman Allah dengar tau..Kalau Najib bersalah Allah pasti tolong engkorang cuma Kalau Najib dipihak yg benar Allah pasti bantu...."

      Lu punya ilusi ni tinggi gak la...macam keturunan bangla plak (bukan hina chai) depa menari menyanyi dari pagi sampai kemalam.

      Padam
    6. 3.16

      "Ingat ya bila sebut kerajaan bkn maklumat kedai kopi tau tapi agensi beramanah..."

      Teruskan perjuangan mu chai! At least lu ada gak dapat habuan dari najib tu, umno boleh blah...betul tak?

      Padam
    7. Pejuang generasi Tun Razak berjuang atas semanagt keikhlasan...
      Soal bayaran biarlah Allah tentukan yg penting mempertahankan sistem yg sudah lama wujud.

      Bagi mereka yg mendapat imbuhan itu rezki mereka..kami berjuang berdasarkan kapasiti masing2...

      Cuma satu perkara yg kamu semua kena faham khairudeen bankrap tak sampai setahun dah jadi kaya balik..Korang lagi kesian asyik kena sokong Tun M ja walaupun ayat kornar baring...

      Syabas sokong Tun M tau jgn sesekali tolak kata2nya,,,Lepas ini dengar kata Tengku Razaleigh ya,,,dan akhir sekali DatukIbrahim Ali...Ibrahim ni kalau cakap macam dewa...semua geng Tun M tertunduk malu dan tersipu-sipu...

      Padam
    8. 10.19

      "Soal bayaran biarlah Allah tentukan yg penting mempertahankan sistem yg sudah lama wujud."

      Ni fatwa tok guru mana plak ni? Nak cakap Tok guru nik aziz, dia dah tak ada dah.

      Padam
    9. 10.19

      "Bagi mereka yg mendapat imbuhan itu rezki mereka..kami berjuang berdasarkan kapasiti masing2..."

      Buat pertama kalinya mona fendi telah membuat pengakuannya!

      Padam
    10. 10.19

      "Cuma satu perkara yg kamu semua kena faham khairudeen bankrap tak sampai setahun dah jadi kaya balik..Korang lagi kesian asyik kena sokong Tun M ja walaupun ayat kornar baring..."

      Aikkk chai , seperti mana rakyat marhaen tak heran hasil duit haram chai perolehi....khairudin kaya balik? Poonnn kami tak heran...

      Asasnya tetap sama,

      Jangan songlap harta rakyat, kerana rakyat tak izinkan!

      Padam
    11. 10.19,

      "Syabas sokong Tun M tau jgn sesekali tolak kata2nya,,,Lepas ini dengar kata Tengku Razaleigh ya,,,dan akhir sekali DatukIbrahim Ali...Ibrahim ni kalau cakap macam dewa...semua geng Tun M tertunduk malu dan tersipu-sipu..."

      Chai, apa kata kita ambil jalan tengah...tin kosong dan sotong jangan ambil.

      Apa kata azalina othman sebagai PM? Yang penting najib letak jawatan? Ok tak chai?

      Padam
  2. Dalam isu kenyataan rasmi SRC tu, Pengarah Urusan SRC berada dalam pelarian, siapakah yang membuat kenyataan rasmi tersebut? Takkan Pengarah Urusan SRC yang dalam pelarian tersebut membuat kenyataan rasmi tersebut?

    Ini perlu dijelaskan oleh Kementerian Kewangan sebagai induk kepada SRC International, siapa yang buat kenyataan rasmi itu?

    Makin hari Najib dan kuncu-kuncu makin terperangkap dalam permainan dan jerat mereka sendiri, hasrat di hati untuk menjerat pemikiran rakyat dengan taktik bodoh mereka itu, tapi mereka sendiri yang terjerat dan rakyat makin jelas dengan penipuan mereka tersebut.

    BalasPadam
  3. Najb power sebab dia berkuasa. Dari segi wibawa, pengaruh dia semakin lemah longlai. SPRM dah nafi kenyataan SRC yang mengaitkan nama SPRM tentang draf kertas pertuduhan dan rajah laluan wang 42 juta ringgit itu. SPRM juga beri amaran kepada SRC dan pihak lain jangan libatkan nama mereka untuk menipu. Datuk Azam Baki (sampai ke lubang cacing) yang keluar kenyataan bagi pihak SPRM. SRC tak berani ktulis nama pegawai yang keluarkan kenyataan. Sama macam bos la tu, everything to hide. CEO dah menyorok, syarikat boleh pulak keluar kenyataan, tipu pulak tu. Besok Bajet 2016 menjadi salah satu detik penentu untuk Ahli Dewan Rakyat, siapa yang bersikap sebagai pemimpin dan siapa pula yang masih berstatus budak sekolah. Kalau Bajet 2016 lulus, BN akan semakin ditolak. Melainkan usul undi tidak percaya berjaya menurunkan Najib, BN memang menempah maut pada PRU akan datang. Sebabnya mudah, wakil rakyat BN (dan pembangkang yang tidak berusaha menurunkan Najib) masih berfikiran seperti budak sekolah dan tidak layak untuk digelar Yang Berhormat. Kalau dah pemimpinnya bertaraf budak sekolah, macai memang tahap tadika, pra-sekolah dan kalangan yang tak sekolahlah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tun M dah kata Najib power la ...tak boleh dijatuhkan..hang mimpi lagi ka?

      Padam
    2. 10.20

      Rakyat lagi power, jika Najib tak dapat disingkirkan hari ini, PRU14 tetap ada!

      Padam