Selagi boleh cover..! buat la sementara masih berkesempatan..! Sampai masa kebenaran tiba...! akan terbongkarlah segalanya..!
Imbuhan dan bonus yang dibayar kepada eksekutif tertinggi 1MDB adalah sulit dan peribadi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Najib dalam jawapan bertulis kepada Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar) di Dewan Rakyat hari ini, berkata 1MDB adalah syarikat yang tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965, dengan sebarang perjanjian yang dimeterai syarikat itu adalah sulit dan peribadi.
"Ini termasuklah kontrak pekerjaan antara syarikat dan pekerjanya," katanya.
Ko bertanyakan soalan mengenai imbuhan tahunan dan bonus yang dibayar kepada Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif dan ahli lembaga pengarah 1MDB sejak ia ditubuhkan pada 2009.
Dalam jawapan bertulis berkaitan, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata jumlah terperinci hasil tahunan, perbelanjaan dan penyata untung dan rugi serta aliran tunai yang dibuat oleh 1MDB, dimuatkan dalam Penyata Kewangan 1MDB yang telah diaudit sejak 2009.
Beliau berkata jumlah itu difailkan setiap tahun di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Beliau berkata, maklumat terperinci berkaitan Penyata Kewangan 1MDB yang telah diaudit, boleh dimuat-turun di laman web SSM.
Menurut Najib, 1MDB dan anak syarikat milik penuhnya telah mendapat pengecualian cukai pendapatan, termasuk dividen, bagi tempoh 10 tahun, selaras dengan Seksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967.
"Bagaimanapun, bagi anak syarikat lain yang diperoleh 1MDB, tidak mendapat pengecualian tersebut," katanya.
Ko bertanyakan hasil tahunan, perbelanjaan dan penyata untung dan rugi 1MDB sejak 2009 serta jumlah aliran tunai tahunan selain cukai yang dibayar setiap tahun sejak 2009.
- Bernama
Lu Fikir La Sendiri!!!
Ahaii
BalasPadamSegala yang keluar daripada mulut Najib adalah amat sulit utk difahami.
Begitu juga, segala proses yg berlaku dlm pemerintahannya juga adalah begitu sulit utk diteliti.
Suatu ketika dulu, alat sulit pernah dikaitkan beraksi.
Hari2 nampaknya aku semakin sulit nak memandu memandang duit dlm poket semakin kering tak berisi.
Bodoh betul. 1MDB ni anak syarikat kerajaan ke, syarikat swasta? Kalau public body, rakyat ada hak nak tau berapa duit cukai dari poket kita yang diguna untuk bayar gaji penjawat awam ni.
BalasPadamSalam Mujahid.
BalasPadamSilakan beraksi.
Hari ni best, kaw2 isu panas.
Semua manyak sulit maa aa ,makin lama ,makin gelap lea aa , bila mau telang ?.
BalasPadamalahai Najib , berbohong lagi kah kau ni , kau ingat ini zaman enam puluhan kut . setiap sen perbelanjaan hendaklah ditunjukkan dalam penyata kewangan syarikat . walaupun bayaran imbuhan & bonus kepada ceo / lembaga pengarah . apa yang nak dicerita oleh Najib . kalau macam tu tak payah ada Lapuran Kewangan lagi senang . apa punya statement sebagai Menteri Kewangan .
BalasPadamIngatkan wanemdibi ni lg telus dari public listed company yg bentangkan berapa gaji dan bonus pengarah2nya dapat, rupa2 hampeh walhal guna duit rakyat byr gaji depa psl sykt belum untung satu sen pun lg. Ke ada kickback juga psl gaji2 yg melangit ni walaupun dengar khabarnya ada pengarah yg full time staff gomen dibyr elaun 30k sebulan..
BalasPadamHoi melayu...move on lah. Najib akan drag 1mdb sehingga pru14. Melayu leka dgn isu ini, dap dan pkr yg spark, pastu dorang susun strategi. Umno bercakaran...
BalasPadamAnon143. Umno mana ada bercakaran. Umno sekarang sangat kukuh dan gagah. Contohnya umno Selangor. Cuba perhatikan di Selangor, umno sangat kuat....ahli telah bertambah2 , bahagian tidak berpecah belah, aktiviti masyarakat pun banyak, tak ada berpuak2 dalam cadangan atau bahagian, tak kejar projek untuk diri sendiri , peruntukan pum sampai pada semua cawangan. Next PRU umno mesti dapat rampas Selangor balik,....MB Selangor .
PadamPRU12 dan 13 hari saje je BN kalah kat Selangor..bagi can pada Oppo..
PadamUmno bercakaran menda, hari tu tak tengok kat padang Merbok? Satu juta Melayu datang makan ikan bakar. PRU14 konferm Jamal Tunggul akan menangkan balik Selangor sorang-sorang dia.
Padam