Rabu, 14 Oktober 2015

MH17 ~ Heret Pengganas Ke Muka Pengadilan..!


BELANDA: Pasukan penyiasat antarabangsa merumuskan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS)  MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK buatan Rusia.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda, Tjibbe Joustra ketika membentangkan hasil siasatan tragedi MH17.

Siasatan turut mendapati peluru berpandu itu meletup di luar bahagian kiri kokpit pesawat berkenaan.

Pengesahan ini turut dibuat berdasarkan rakaman mikrofon di dalam kokpit yang mengesan bunyi letupan misil berkenaan.

Serpihan peluru berpandu itu ditemui di kawasan nahas dan juga di dalam bangkai pesawat tersebut.

BUK adalah peluru berpandu darat ke udara buatan Rusia.

Turut disebut dalam laporan itu ialah, Ukraine sedia tahu mengenai risiko di kawasan berkenaan tehadap penerbangan awam.

Bagaimanapun Ukraine gagal untuk menimbang ancaman yang wujud terhadap penerbangan awam.

MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 dan mengorbankan kesemua 298 krew dan anak kapal.

Lembaga Keselamatan Belanda dalam sidang medianya turut memaparkan animasi bagaimana pesawat itu ditembak.

Terdahulu, sebuah akhbar Belanda pada Selasa turut melaporkan bahawa penyiasat antarabangsa telah mendapati pesawat tersebut ditembak jatuh dengan peluru berpandu BUK buatan Russia.

Menurut AFP yang memetik akhbar berkenaan, peluru berpandu itu dilancar dari kawasan yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine.

sumber

Dilaporkan juga..!

KUALA LUMPUR: Malaysia, Belanda, Belgium, Ukraine dan Australia sedang berusaha ke arah menerima pakai perjanjian untuk menubuhkan mahkamah antarabangsa bebas untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab dalam nahas MH17.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataannya menegaskan, Malaysia tetap dengan pendirian untuk mengambil tindakan tegas yang akan membawa kepada pendakwaan penjenayah terbabit.

"Walaupun tribunal antarabangsa di bawah Majlis Keselamatan PBB mungkin telah di-veto tetapi perjuangan Malaysia untuk mendapatkan keadilan masih belum berakhir," katanya.

Justeru, katanya, masyarakat antarabangsa kini perlu bersatu dalam usaha untuk menjamin keadaan yang lebih selamat di masa akan datang.

"Berbekalkan laporan Lembaga Keselamatan Belanda (DSB), Malaysia bersama Pasukan Siasatan Bersama (JIT) yang mengendalikan penyiasatan jenayah kini lebih tegas untuk mendapatkan keadilan kepada semua mangsa nahas berkenaan.

Ini jelasnya, kerana laporan akhir oleh DSB jelas menunjukkan kepala peledak yang dipasang di peluru berpandu BUK meletup di luar dan di atas sebelah kiri kokpit pesawat MH17.

Di samping itu, Liow berkata, usaha melaksanakan perubahan dalam cara penerbangan komersial global beroperasi tidak boleh ditangguhkan lagi.

"Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan negara anggotanya mesti mewujudkan prosedur atau protokol global baharu yang relevan berhubung risiko penerbangan dan prosedur tersebut perlu dipatuhi negara-negara anggota dan juga syarikat penerbangan di seluruh dunia.

"Ia akan membawa banyak perbezaan antara hidup dan mati," katanya.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh DSB di Belanda hari ini, selepas letupan itu berlaku, pesawat tersebut kemudian telah dilanggar oleh sejumlah besar serpihan kecil dengan pelbagai bentuk dan saiz yang bergerak pada kelajuan tinggi.

DSB bagaimanapun telah mengecualikan beberapa punca kejadian sehingga siasatan penuh lain dibuat.


Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan