Semenjak Muhyiddin dan Shafie diketepikan dalam susunan kabinet Najib Ogos lalu, matlamat untuk memecat atau paling tidak menggantung keahlian Muhyiddin dan Shafie didalam UMNO amat amat terdesak lagi tersedak untuk dilaksanakan..!
Perancangan yang telah disusun rapi terpaksa di'simpan' semasa mesyuarat MT pada bulan September yang lalu kerana suasana politik tidak menyebelahi mereka..!
Hakikatnya Muhyiddin dan Shafie tidak melakukan sebarang kesalahan yang boleh diambil tindakan.
Semangat dan kematangan ahli MT yang lebih ramai memahami denyut nadi ahli dan bertanggungjawab memelihara keutuhan parti dari para penjilat ibu jari kaki juga menjadikan hajat jahat tersebut terbantut..!
Kini, usaha jahat ini perlu dibugarkan..! Mesyuarat MT yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini mesti diambil peluang sebaik mungkin oleh penjilat untuk meneruskan agenda sonsang mereka..!
Bermula Khamis lalu berita palsu diatas dimainkan..! Sejak itu sehingga kini para pengampu@penjilat mengambil peluang memaksa dan mendesak Muhyiddin dan Shafie menurut dan menjejak perangkap @ serkap murahan mereka..!
Bagi mereka jika benar berlaku maka mudahlah MT mengambil tindakan daripada kejadian yang mereka angankan itu..! Mereka ingat Muhyiddin dan Shafie sama seperti mereka yang mudah memakan umpan, di cucuk hidung dan ditambat..!
Sementara bagi tuhan politik mereka, itu sahaja lah jalan mudah untuk menumbangkan seteru kuat yang menjadi penghalang antara mereka dan ahli UMNO dibawah..!
Sesungguhnya hubungan erat lagi kuat antara Muhyiddin dan Shafie dengan ahli di peringkat cawangan cawangan adalah ancaman terbesar untuk mereka mengambil tindakan..!
Sesungguhnya hubungan erat lagi kuat antara Muhyiddin dan Shafie dengan ahli di peringkat cawangan cawangan adalah ancaman terbesar untuk mereka mengambil tindakan..!
Itu sebab perlu digerakkan fitnah dan provokasi murahan untuk membuat kedua tokoh Bangsa, Agama dan Negara itu melatah..!
Seperkara lagi...apa perlunya report polis yang baru? apakah semata untuk menghalalkan tindakan baru seperti mana yang telah dikenakan keatas Khairudin dan Mathias?
Atau ianya membuktikan bahawa setelah laporan polis yang dibuat oleh rakyat, pembentukan dan pembubaran 4 agensi penyiasat, setelah segala kejadian berlaku Najib dan sekutunya masih lagi memerlukan laporan polis untuk bertindak?
Bukankah ianya lebih banyak mengundang persoalan dan sinis rakyat terhadap Najib, 1MDB dan derma peribadi sebanyak 2600 juta..!
Seperkara lagi...apa perlunya report polis yang baru? apakah semata untuk menghalalkan tindakan baru seperti mana yang telah dikenakan keatas Khairudin dan Mathias?
Atau ianya membuktikan bahawa setelah laporan polis yang dibuat oleh rakyat, pembentukan dan pembubaran 4 agensi penyiasat, setelah segala kejadian berlaku Najib dan sekutunya masih lagi memerlukan laporan polis untuk bertindak?
Bukankah ianya lebih banyak mengundang persoalan dan sinis rakyat terhadap Najib, 1MDB dan derma peribadi sebanyak 2600 juta..!
Ahli UMNO dan rakyat sebenarnya melihat bagaimana permainan ini dimainkan..! Ahli UMNO diperingkat akar umbi dan rakyat nampak dan dapat menghidu bahawa yang memasang jerat dan yang menolaknya adalah golongan desperado yang dilihat gagal menyembunyikan ketakutan dan kekecewaan mereka..!
Berani la berdepan..! Jangan baling batu sembunyi tangan..! Mereka boleh mengusulkan agar pemilihan parti tahun depan diadakan..!
Batalkan penangguhan pemilihan..! Mari kita ke gelanggang..! Masuk kedalam padang yang rata..! Serahkan kepada ahli untuk menggunakan hak mereka..!
Itu pun jika benar berani dan jika benar boleh membenarkan padang benar benar rata..!
Sebab sejarah dah lama mengajar manusia..! Kuasa boleh membeli apa sahaja..!!!
Tak gitu???
Lu Fikir La Sendiri!!!
Kuasa...wang...dan wan¡¡Ta...
BalasPadamRancangan org yg paling berkuasa ?.....kalau berani pecatlah mereka.Kita tengok apa akan jadi.Kami ahli akar umbi akan tunjukkan kekuatan kami.Pecat Najib dan Rosmah dulu
BalasPadamkalau aku la......kalau dah tak bolih bekerjasama ngan bos.....aku letak jawatan dan trus bla.....buat malu jer......
BalasPadamItu ngko!!!.. mangkuk!!
Padamredha jer la......
PadamItu kalau ko kerja dgn company bos ko memang patutla ko belah..ini UMNO parti hak ahli umno...bukan mak bapa jib wariskan
PadamPak rahmad dari indon ni mengacau pula, orang bincang pasal politik dia sibuk nak jual barang, pergi lah jual kat indon
BalasPadamSebenarnya ini adalah ugutan supaya muhidin dan ahli parlimen tidak sokong undi menentang budget pada 23 hb ini.
BalasPadamPak rahmad dan aki togel kedua dua nya penipu. Dasar nak ambik duit haram aja.
BalasPadamIni nama geng penyamun tarbus moden,sapa nak joint x bolih cakap apa apa.Bos kata kita samun semua kena ikut.Kemudian kita bagi sorang sikit....bos makan lebih lah
BalasPadam