Ahad, 18 Oktober 2015

Kekal Adnan Di Sarawak..!


Rakyat Sarawak matang berpolitik..! Pemimpin di Sarawak juga tidak macam macam..! Adnan baru sebagai CM namun sudah lama dan amat berpengalaman didalam sepak terajang politik Sarawak..! Itu sebab white hair pilih beliau..!

Adnan perlu disokong..! Adnan perlu diberikan peluang untuk terus memimpin Sarawak didalam Pilihanraya Negeri (PRN) yang bakal muncul tidak berapa lama lagi..!

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata sejak beliau menjadi ketua menteri, beliau telah membuat 43 keputusan termasuk penghapusan tol.

Selain itu, katanya, beliau juga membuat keputusan berkaitan penurunan tarif elektrik dan tambang feri di negeri itu, lapor Bernama.
Selain itu, katanya beliau juga turut meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempercepat pembinaan lebuh raya Pan Borneo.
Beliau juga berharap syarikat kontraktor milik anak Sarawak diberi peluang dalam projek yang dijangka siap dalam tempoh lima tahun itu.
"Saya juga meminta daripada perdana menteri supaya syarikat dari Sarawak diberi peluang untuk turut serta dalam projek petroleum dan gas," beliau dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional itu.
Adenan turut mengulangi seruan agar rakyat Sarawak memberinya peluang dan sokongan sepenggal lagi untuk beliau memimpin kerana masih banyak lagi perancangannya untuk Sarawak.
Beliau dilapor berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak 2015 di Kuching malam tadi.
Seorang pemimpin muda Sarawak bagi tahu..! Beliau berharap PRN diadakan segera kerana tak mahu demam yang melanda Semanjung berjangkit lebih teruk kepada rakyat di Sarawak..! Penat menahan ni..! kata beliau..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

7 ulasan:

  1. Semenanjung lain pulak...kalau boleh PRU 14 tak diadakan lagi bagos...senang la Najib jadi cash is king sampai mampos...dah la pemilihan parti pun asyik ditangguh...audit 1mdb pun ditangguh...tapi bab2 duit macam Tol laju ja naik tak tangguh2 pun...kenapa 1mdb perlu diberi masa 6 bulan? Mudah ja...tunggu hasil GST lertuuuu wakakakaka

    BalasPadam
  2. Spesis pemimpin BN sama saja,angkat bakul,rasuah,songlap,tipu,jilat dll.Dah dekat pru tagih lagi janji palsu.Tok Uban dah buit duit billion beli bini baru ...org Sarawak tengok aje telan air liur meleleh leleh

    BalasPadam
  3. Tanpa nama 12.32,

    Adenan bukan taib. He takes over dan tak curi duit rakyat.

    Orang sarawak leave taib and his ill-gotten wealth. Sarawakians live on today's issues for the future generation.

    Different from umno leaders, corrupt to the core, defending robbers and spoke evil of mahathir.

    Sarawakians are fortunate to have a leader like adenan from pbb. Thank Allah we do not have umno like sabah.

    Umno.......your time is up if you do not remove najib. Anak cucu kamu akan "kemeh" kubur kamu nanti

    BalasPadam
  4. Apa nak jadii...kajian menunjukan sokongan terhadap mohd najib semakin merosot...salah dap ke..? Nek tempoyak..

    BalasPadam
  5. KAJIAN SIAPA SAJA BOLEH BUAT, AMBIL PAK PACAK TANYA SOALAN, APAKAH MEKANISMA YG MENENTUKAN HASIL KAJIAN?

    BalasPadam
    Balasan
    1. TAK ADA KAJIAN PUN PUN APA...HAKIKAT DIA RAKYAT SEMAKIN MELUAT DENGAN NAJIB...KITA TENGOK KAJIAN DIFACEBOOK NAJIB PUN DAH CUKUP TIAP2 HARI KENA MAKI WAKAAKA

      Padam
  6. Adenan ngaku kerajaan sebelumnya rasuah dan matlamatnya membanteras rasuah penyeleweng khususnya kayu balak. Bila ditanya hal Tun Taib jawabnya cerita dah lepas dan nya buka cerita baru. Adenan lama dalam kabinet Tun Taib sebagai menteri dan pernah jadi menteri persekutuan. beerti Adenan adalah dalam kumpulan kerajaan BN semasa Tun Taib yang rasuah malah Adenan pernah memegang menteri kemajuan tanah. Rasuah tak kan dapat dihapus di Sarawak walaupun Adenan diberi mandat 5 tahun lagi sebab rakan2 rasuahnya masih dalam kerajaan. Sekiranya betul Adenan mahu hapus rasuah penyelewengan Adenan kena buang separuh ADUN yang ada sekarang dan bersarakan semua ketua2 jabatan negeri sekarang.

    BalasPadam