Khamis, 29 Oktober 2015

UMNO ~ Masihkah Ada Sinar..?


Sejauhmana parti UMNO yang keramat ini mampu dipertahan? Mempertahankan UMNO kekal berkuasa ialah kewajipan semua ahli UMNO dan orang Melayu..! Soalnya sejauhmana ianya benar menjadi kewajipan semua?

Atau kini, ianya seolah menjadi kewajipan sesetengah pihak untuk merosak dan meruntuhkannya?

Fikirkan...

Veteran Umno menegaskan bahawa sebarang usaha menyingkir atau menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno adalah satu perbuatan yang  tidak mengikut Perlembagaan Umno.
 
Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, mengikut Fasal 9.12 Perlembagaan Umno jelas menyatakan: jawatan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh dilucutkan atau Majlis Tertinggi dibubarkan oleh Perhimpunan Agung Khas dengan undian tidak kurang daripada 2/3 daripada jumlah bilangan ahli yang berhak hadir.
 
" Justeru itu, sebarang cara selain Perhimpunan Agung Khas untuk menjatuh atau menggugurkan Muhyiddin adalah tidak sah," katanya kepada Sinar Online.
 
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Mohd Yunus yang mendakwa terdapat lebih 100 Ketua Bahagian Umno seluruh negara mengadakan perbincangan tertutup bagi menyingkirkan Muhyiddin daripada jawatannya kini.
 
 
Sementara itu, ketika mengulas dakwaan sebuah laman sosial Johor Bangkit mengenai terdapat 140 bahagian bersetuju menyingkirkan Muhyiddin, Mustapha berharap dakwaan itu tidak benar.
 
"Veteran Umno berharap dakwaan yang mengatakan 140 Ketua Umno Bahagian menggunakan telegram untuk menjatuhkan dan menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin tidak benar. Veteran yakin semua Ketua Bahagian faham maksud Fasal 9.12 Perlembagaan Umno," katanya.
 
Dalam pada itu, Mustapha berkata keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya sebarang tindakan yang diambil ke atas Muhyiddin tidak mengikut Perlembagaan Umno.
 
"Kalaupun mungkin untuk mensabitkan kesalahan Muhyiddin ialah sekiranya beliau melanggar tataetika parti. Sekiranya begitu, maka Jawatankuasa Disiplin Umno mesti bertindak terlebih dahulu dengan memanggil Muhyiddin untuk mendapatkan penjelasan atau menghantar surat tunjuk sebab.
 
"Jadi, sebarang usaha yang membelakangi peruntukan Perlembagaan Umno dan Tataetika Ahli Umno adalah satu tindakan yang terburu-buru dan boleh memburukkan lagi keadaan.
 
 "Veteran yakin sekiranya usaha itu diteruskan ianya akan menjadikan masalah dalaman Umno  akan lebih parah dan kedudukan Datuk Seri Najib akan lebih tertekan kerana umum akan menuduh pakatan itu mendapat restu beliau," ujarnya.
 
Tambahnya, Veteran berharap tindakan itu tidak akan diteruskan demi perpaduan Umno.
 
"Kita tidak mampu untuk berpecah lagi dalam suasana politik yang tidak menentu ini terutama dalam menghadapi PRU14 nanti. Biarlah Perhimpunan Agung Umno akan datang yang menentukan nasib Muhyiddin," katanya.


Sejauhmana kebenaran teori RAHMAN? apakah sudah bertitik noktah..? Atau sebenarnya sinar mentari sedang terbit menyinari???

Lu Fikir La Sendiri!!!

8 ulasan:

  1. Masih ada sinar...dengan izin tuhan..

    BalasPadam
  2. Tiada teori dlm balasan. Yg bersalah tetap akan dihukum kemudian hari. Cepat dgn lambat je.

    BalasPadam
  3. Sinar dah jadi kabur kerana pemimpin dah jadi seperti raja zalim zaman dulu kala. Umno adalah sebahagian dari kepimpinan negara, bila ada orang persoalkan kesalahan mereka demi negara, terus di ambil tindakan gila. Mereka tidak boleh bezakan masalah negara dan masalah dalaman umno. Pru 14 tunggulah, orang umno pun dah ada yg meluat.

    BalasPadam
  4. Kalau nak singkir Muhyidin, buat segera PAU..jangan kecot.

    Tengok siapa yg bakal dibuang, entah2 Najib, Ku Nan, nazri akan menjadi sampah dalam UMNO pulak..

    Ku nan Sick & Tired ?/ please step down..No body worshipping Politician like ever before..

    Politicion Worship is over..Tunjuk bodoh budak sekolah pun maki2 hang..

    masalahnya Menteri Bodoh Tak TAHU mereka itu BODOH..

    Mahyudin hanya menyatakan pendapat umum sekarang..

    tengok Facebook Najib pun tahu dah..Pemimpin yg paling BANYAK kena MAKI dalam DUNIA..

    rekod FACEBOOK 1DUNIA kena MAKI

    BalasPadam
  5. Nak jaga Najib atau nak jaga umno,pilihan antara satu.Salah satu pasti berkubur atau kedua duanya akan di talkinkan pada pru akan datang. Insyaallah

    BalasPadam
  6. Pru akan datang, entahlah, melayu pun dah tak sokong. Ini semua kerana pengundi yg mengundi wakil yg berfikiran sempit dan pandai tipu duit. Sedih juga tengok fb najib yg kena kutuk teruk, tak perlu fb lah najib oi.

    BalasPadam
  7. jerebu admin oooiiit....mmg x besinar laaa

    BalasPadam
  8. UMNO tak bersalah. Yang buat onar pemimpinnya. Isunya sekarang Najib Please Get Out....., UMNO mesti dipertahankan. Itu aspirasi rakyat dan akar umbi UMNO.

    BalasPadam