Kalau betul bagai dikata..!
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia seharusnya melakukan transformasi parlimen terlebih dahulu bagi membolehkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat.
"Sudah sampai masanya, parlimen yang dikatakan hendak melakukan transformasi, speaker seharusnya mengambil kira perkara seumpama ini (usul undi tidak percaya) supaya parlimen dilihat benar-benar mengamalkan demokrasi serta mempunyai integriti.
"Sekarang dan akan datang tidak kira siapa jadi perdana menteri, bila ada usul undi tidak percaya hendaklah dikira sebagai agenda utama parlimen," kata Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.
Pemimpin kumpulan pendesak Melayu itu berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur petang ini.
Ibrahim berkata, cadangan itu diberikan bukan bermaksud beliau bersetuju Najib ditukar sebaliknya bercakap atas dasar prosedur parlimen.
"(Bukan saya bercakap) soal setuju atau tidak bersetuju (Najib ditukar) tetapi yang penting bukan sahaja usul undi tidak percaya…
“Tetapi apa sahaja usul yang dikira penting dibawa pembangkang harus diberi keutamaan, bagi memastikan institusi ini benar-benar dilihat berwibawa," katanya.
Najib hari ini hanya tersenyum ketika berdepan soalan berkaitan usul undi tidak percaya yang dikemukakan padanya.
Beliau memberikan reaksi itu ketika ditanya sama ada beliau bimbang terhadap usul yang dibuat terhadapnya itu oleh Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) susulan wang RM2.6 bilion dimasukkan dalam akaun peribadinya.
Kalau benar menjunjung sumpah yang dilafaz..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Speaker...waduh banyak belit cakap sabahan,muka pun macam sesumpah.Kawan kawan semua masih ingat derama dgn Tun tenpohari,sekarang pejabat ada toilet boleh kencing tiap tiap jam....Hancing hancing 1Malaysia
BalasPadamNamanya pun Pandikar ... maksudnya pahlawan,orangnya mulia .. AMIN dapat anak yg macam ni
BalasPadamhanya yg dipraktikkan sekarang sumpah menjaga kocek, keutamaan halal atau haram telah hilang dari ingatan.
BalasPadamkenapa jerubu datang lagi, perbuatan dari tangan2 manusia yg tamak hasilnya merosakkan mukabumi, peringatan yg Allah swt beri berulang2 supaya kita sedar, namun hanya segelintir mampu menyerap peringatan ini.
Bila lagi Najib nak saman WSJ, Al Jazeera, Ling Liong Sik dan lain-lain yang sewaktu dengannya??????????
BalasPadamNajib tengah cari teloq dia dulu....dah jumpa baru boleh saman WSJ, Al JAzeera, LLS, Santa Clause, Dracula etc, etc....
PadamKedudukan najib selamat atas kebodohan orang sabah seperti pandikar, ronald kiandee, rahman dahlan dan salleh keruak. Dan juga kami umno sabah sudah kena kencing oleh kbu kami. Malu sekarang mengaku rakyat sabah.
BalasPadambagus la kalau malu.. ape tunggu lg?? pi mohon warganegara bangladesh sane.. we dont need a stupid moron like you.. phuii!!
Padam10.51,
PadamNi puak2, pengampu dan chai ternakan najib yang jual umno dan bakal jadikan umno ditalkinkan yang patut fikir bagaimana nak selamatkan umno pada PRU14 nanti.
Jika Najib fikir nak letak jawatan apabila PRU14 hampir tiba dah terlambat dah....di hati dan fikiran rakyat dah tertanam kebencian dan kemarahan rakyat terhadap najib, rosmah, pengampu2nya.
Gerakan membersihkan umno perlu diadakan hari ini dengan najib letak jawatan, pengampu2nya diseret ke mahkamah, menghapuskan rasuah dan pelbagai cukai, tol yang dikenakan terhadap rakyat!
Hari ini najib wajib letak jawatan!
Macai Najib bodoh...x suka geng Najib kena kuar Malaysia...itu ja la hujah orang2 bodoh...
PadamAhaiii
PadamBaru makan dedak perisa terbaru tu...
Aku suka sangat bila Ibrahim Ali geng engkorang...Cukup bagus psal bertambah lah pendekar terbang kpd 7 orang..Wow haibat..
BalasPadamIbrahim Ali ni paling tk guna perjuangakan atas nama melayu tetapi akhirnya UMNO jadi kambing hitam...Memang jilake..payah dia ni sepatutnya dah buang lama veteran politik tak guna..
9.39,
PadamHakikatnya majoriti rakyat dah tak sokong najib. Yang tinggal hanyalah pengampu dan chai ternakan najib yang diberi dedak.
Almaklumlah mengyonglap duit rakyat.
Ramai geng Tun M tidak memahami sistem Negara.Mereka terpengaruh dgn sistem yg rosak.Lihatlah negara2 yg sering bertukar Presiden..bagus sangatkah?
BalasPadamStabilkah negara mengamalkan undang2 tukar presiden setiap kali parlimen bersidang?
Kami pejuang2 Kerajaan adalah generasi berpegang kpd semangat ketaatan( Tun Razak)..Ramai masih keliru kerana menganggap ketua kerajaan bukan institusi tetapi hak parti..Bodoh piang la...
Insyallah selagi pejuang2 kerajaan terus bekerja jgn harap nak rosakkkan perlembagaab ya...Tunggu la geng PKR memerintah msa itu boleh lah korang asyik tukar2 PM..
Islam telah mengajarkan kepada kita bahawa ketaatan mutlak hanyalah kepada Allah dan Rasul. Islam jugalah yang mewajibkan ketaatan kepada ulil amri (pemimpin) tetapi dengan batasan yang tidak melangkaui ketaatan kepada Allah dan Rasul. Sebarang perselisihan padangan, tidak ada pendekatan lain, melainkan kembali kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah). Inilah prinsip ketaatan dan kederhakaan dalam pemikiran Islam. Walaupun orang-orang Melayu merasakan bahawa Raja tidak wajar diderhakai, sebenarnya budaya ketaatan Melayu sendiri bermula dengan 'wadat' antara Sang Sapurba yang bergelar Sri Tri Buana sebagai Raja dengan Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat. Mitos Bukit Seguntang ini bermula dengan permintaan Demang Lebar Daun supaya Sri Tri Buana menerima anak cucunya (rakyat) sebagai hamba yang tidak akan dizalimi walaupun berlaku kesalahan, kecuali yang melanggar hukum syarak. Lalu Sri Tri Buana mengkabul permintaan rakyat dengan syarat semua jangan derhaka kepada keturunannya yang menjadi Raja. "Baiklah Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu yang mengubah dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah," demikian kedua-duanya bersetuju untuk berwadat itu. Maknanya, ketaatan akan berakhir sekiranya istana tidak lagi mendukung prinsip keadilan kepada rakyat. Inilah garis antara hak dan tanggung jawab Raja dan rakyat yang berakhir dengan "dibalikkan Allah bumbung rumahnya ke bawah, kaki tiang ke atas" dengan maksud memporak-perandakan negeri jika wadat ini dilanggari.
PadamKalau pemimpin sudah kehilangan kepercayaan daripada rakyat disebabkan oleh sifat mentabir yang boros, penipuan dan menekan rakyat. Maka tiba masa rakyat menyoal semangat ketaatan terhadap pemimpin. Ini belaku di Malaysia sekarang...
Ahaiii
PadamTN 9:43
Aku dah cuba bayangkan keseluruhan rupa diri dan pemikiran ko.
Akhirnya aku tersenyum sendiri.
Dah melawat FB Najib ke belum?
La ni rsa jemu la...Ingatkan Undi tak percaya memang betul2 rupanya hanya mainan ja...
BalasPadamGeng2 Tun M memang suka buat gempak akhirnya semua penipu..
Ingat lagi mula2 42 B HUTANG...wow hutang wei....Negara bakal lingkup...Kira miskin dan bankrap la...Akhirnya ringgit dah jatuh gila2 tetapi semua malas nak sembang psal apa? Ya la rm jatuh negara takda apa2 pun...
Yg terakhir 2.6B sembang bagai nak rak ujung2 Bank Negara kata 1.83B..La ni Bank Negara pun sonyap...
Khairuddin pun dah masuk dalam..Hmmm nampak gaya bertambah lesu la isu politik ...kalau korang asyik main isu 1MDb ja...aku takut engkorang gila isim ja..
9.48,
Padam"Ingatkan Undi tak percaya memang betul2 rupanya hanya mainan ja...
Geng2 Tun M memang suka buat gempak akhirnya semua penipu.."
Lim Kit Siang tu bukan bodoh, beliau telah mengatur strategi dan analisa terlebih dahulu.
Hakikatnya,
Walau bagaimana bersatu MP Pembangkang mereka hanya punyai bilangan 80 aje....25 MP ummo dan BN diperlukan dan ini adalah mustahil.
Lim Kit Siang akan terus main wayang dengan chai2nya akan bersilat di dewan parlimen.
Kerana objektif utamanya adalah...
Mentalkinkan, menguburkan UMNO dan BN pada PRU14 nanti...itulah perancangan utama beliau!
Masa tu dah terlambat dan inilah sebabnya Najib wajib letak jawatan bukan esok tetapi hari ini kerana memerlukan proses untuk membersihkan umno dari dalam!
9.48
Padam"Ingat lagi mula2 42 B HUTANG...wow hutang wei....Negara bakal lingkup...Kira miskin dan bankrap la...Akhirnya ringgit dah jatuh gila2 tetapi semua malas nak sembang psal apa? Ya la rm jatuh negara takda apa2 pun.."
Chai, adakah satu penipuan 42 billion itu? Bukan kah terdapat dalam bentuk hitam putih 42 billion tu? Negara menuju kehancuran disebabkan reputasi korupsi rejim najib ini dan rakyatlah yang menanggung kesusahan dan penderitaan dizalimi rejim najib melalui kenaikan pelbagai cukai, tol dan sebagainya.
Benar atau tidak;
1. Ringgit Malaysia jatuh merudum?
2.rejim najib zalimi kerana rakyat terpaksa menanggung nya hasil dari pemerintahan korupsi beliau.
3.Najib dan rosmah hidup bermewah mewah
4.pengampu dan pencacai dibayar dan hidup mewah.
5.najib tidak tahu mentadbir.
Chai....benar atau tidak?
9.48
Padam"Yg terakhir 2.6B sembang bagai nak rak ujung2 Bank Negara kata 1.83B..La ni Bank Negara pun sonyap..."
Jawab ajelah mana pergi billion billion tu, duit tu bukan harta warisan keluarga najib, milik rakyat...billion billion ye bukan juta, bukan ratus juta chai, Billion2.
9.48
Padam"Khairuddin pun dah masuk dalam..Hmmm nampak gaya bertambah lesu la isu politik ...kalau korang asyik main isu 1MDb ja...aku takut engkorang gila isim ja.."
Lu faham tak maksud gila isim tu chai? Takrifan isim tu...adakah lu menghayati maksudnya? Dalam syariat, tabligh dan makrifat berbeda beda takrifan nya....alahai chai meh kita buka maksud lu punya isim tu.
Sebenarnya yang gila menyokong Najib sangat tu bukannya penyokong atau ahli UMNO atau mana-mana parti komponen Barisan Nasional, mereka itu adalah macai-macai belaan Najib dari PAS, PKR, dan DAP yang gila menyokong Najib kerana mereka mahukan Najib terus jadi liabiliti kepada UMNO dan Barisan Nasional supaya mudahlah dalam kempen PRU 14 kelak DAP, PAS, dan PKR menggunakan isu 1MDB, derma USD 700 juta a.k.a. RM 2.63 bilion, derma RM 2 juta, bunga RM 3 juta, beg birkin Rosmah dan sebagainya itu untuk memburuk-burukkan Barisan Nasional dan UMNO supaya rakyat benci dengan UMNO dan Barisan Nasional.
BalasPadamSekarang ni Najib dah tak peduli apa dah, dia hanya pedulikan setakat mana dia boleh bertahan demi kuasa, dia sudah tak peduli, upah macai pembangkang untuk puji dia pun tak apa, kerana UMNO dan Barisan Nasional dah tak penting kepada Najib, yang penting adalah untuk pertahankan kedudukan dan kuasa yang ada, nanti PRU 14 UMNO nak lingkup ke apa ke, itu Najib dah tak peduli, sebab boleh berambus dengan bini dan anak-anaknya ke apartment mewah di New York, tinggallah UMNO dan Barisan Nasional berhadapan dengan gerombolan pembangkang yang menggunakan kembali isu-isu sekarang ini untuk hancurkan UMNO dan Barisan Nasional.
Semua ini adalah kebenarannya, manusia seperti Tanpa Nama20 Oktober 2015 9:43 PG dan Tanpa Nama20 Oktober 2015 9:48 PG adalah gerombolan pembangkang, mereka ini sokong Najib hanya untuk menghancurkan UMNO sahajalah, mereka ambil kesempatan, dedak dari Najib mereka mentekedarah dengan riang, sambil-sambil tu terus hancurkan maruah dan imej UMNO, tak gitu macai pembangkang yang menyamar kononnya menyokong UMNO dan Barisan Nasional.
Sedarlah semua.
Aku setuju mustahil la macai2 ni tak nampak Najib tu liabiliti kepada Umno. Kecuali pemakan dedak memang tak boleh kata apa.
PadamAku puji Ibrahim,walaupun dia bukan pembangkang tapi apa yg dia cakap adalah betul.Walau org gelar dia katak tetapi fikirannya lebih baik dari biawak.Nak tahu sape tu biawak .. pemimpin umnolah biawak yg lidah bercabang spesis sesumpah mcm pandikar yg x mulia tu
BalasPadam