Selasa, 27 Oktober 2015

Siapa Khianati Parti?


Fahamkan..!

Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mempertahankan tindakannya menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam mengutuk penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang.
"Siapa yang mengkhianati parti?," soal ahli Parlimen veteran itu ketika ditemui pemberita di depan lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li itu bertegas menafikan tindakannya itu satu perbuatan mengkhianati parti.
Sebaliknya, beliau berkata, ia bertujuan mengutuk tindakan Putrajaya yang menyalahgunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, atau Sosma.
Ku Li berkata, perkara itu berkaitan dengan soal kebebasan kerana tindakan kerajaan itu tersasar daripada matlamat akta tersebut yang kononnya digubal bagi menangani pengganas.
"Saya hadir bukan kerana perkara lain (mengkhianati parti), namun kerana hak kebebasan yang kini disekat.
"Kita menyokong pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dan ini juga perkara sama.
"Apabila di Parlimen, mereka menjamin undang-undang ini akan digunakan hanya untuk pengganas dan bukan menyekat kebebasan. Ini soal kebebasan," katanya.
Bekas perdana menteri Dr Mahathir dan Ku Li mencatatkan sejarah dalam politik Malaysia apabila duduk semeja mengadakan sidang media bersama dengan 4 pemimpin lain iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Tan Sri Ong Tee Keat dan Tan Sri Sanusi Junid mengecam penahanan Khairuddin dan Mathtias.
Khairuddin, yang merupakan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan dan peguamnya itu, ditahan di bawah Sosma kerana disiasat mengikut Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan.
Mereka pada 12 Oktober didakwa di mahkamah atas kesalahan mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan kerana membuat laporan berkaitan kemelut syarikat milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di luar negara.
Kalau dah Kuli dan yang lain bukan pengkhianat...Jadi siapa sebenarnya yang mengkhianati amanah Bangsa, Agama dan Negara ni..???
Lu FIkir La Sendiri!!!

28 ulasan:

  1. madey la pengkhianat.....

    BalasPadam
  2. Sian 8.45....mengoyan jelah...Klu tak kenal tun n tak pernah merasa berbangga menjadi rakyat malaysia semasa tun memerintah elok duduk diam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa Tun pegang teraju, budak ni aku rasa dlm buaian lagi.

      Padam
    2. Nasib baik 'pengkhianat' itu membiarkan dia membesar dan terus hidup hingga kini.

      Padam
    3. Budak tu masih lagi berudu aka sperma masa di zaman kegemilangan Malaysia di bawah Tun M. Skrg dah jadi mcm katak bawah tempurung di bawah Najib sebab tak pernah rasa aura menjadi rakyat negara yg pernah satu ketika dulu dihormati satu dunia.

      Padam
  3. Mandey pengkhianat parti, berjuang untuk kroni. Bukan pandai sangat 1 menara Jepun buat 1 lagi Korea buat, pekerja Indonesia & Bangladesh, Arkitek Perancis, duit Petronas dan rakyat, yang kaya Ananda keling. TEX nak suruh tukar kepada TMX kot.

    BalasPadam
  4. Kalau International Human Rights Group pun sudah mengatakan si madey kutti ni yg menjadikan Malaysia ni huru hara, sudah tentulah dia penghianatnya yg tegar. Tak habis2 dengan lagak firaunnya. Tak faham2 lagi ke.

    BalasPadam
  5. Putra Merdeka
    Takkan cerita ni ko tertinggal pulak????? JANGAN KEDEKUT INFO...

    http://al-faedah.blogspot.my/2015/10/mitos-kingmaker-muhyiddin.html

    BalasPadam
  6. Ni lg sorang Yg tak mengenali siapa tun...malaysia huru hara ke Sepanjang 22 tahun tun memerintah... Adk sekolah sampai darjah berapa? Org suroh kesekolah Awak g mana? Nilah jadi nya....firaun firaun tu je dlm kepala... Cara pemerintahan Najib rasanya lebih dekat dgn cara firaun...maksum lah katakan bg pembodek lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btol tu...skor lagi berudu yg dah jadi katak bawah tempurung di bawah Najib yg tgh dok meroyan...

      Padam
    2. UMNO akan kalah kerana perbuatan ahli2nya sendiri. Padan muka Tun. Dialah puncanya.

      Padam
    3. Pakcik....pakcik ni mungkin termasuk dlm "time tunnel". Zaman kegemilangan Mahathir turut memberi kesan yg sekarang baru terlihat. Pemerintahan Najib adalah legacy dr Tun. Bezanya, zmn Tun di sbbkan mengecapi kesenangan sedikit, wrong practise dlm umno xde org nk amik tahu kecuali pembangkang dimana media dikawal ketat dan akta ISA masih berkuatkuasa. Zmn Najib adalah mslh kemerosotan ekonomi global, media lebih terbuka, tiada ISA dan its the same wrong practise hasil legacy dr Tun. So let us be fair to Najib. Kalo Tun tidak mengamalkan diktatorship semasa zmnnya, masakan Najib yg merupakan anak didiknya ikut? Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.
      Er..pakcik faham ke tak ni??

      Padam
  7. 12:41

    PH detect.
    Abaikan.
    Cuma anak2 ikan Nuar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. adzzam....sokongan kau ni adalah sokong membawa rebah.

      Padam
  8. Tun M ckp TSMY adalah org yg layak menjadi PM sekiranya Najib berjaya di jatuhkan. Adakah ini bagus utk UMNO?
    Bila TSMY naik jd PM, segala salahlaku yg dia buat sepanjang 30tahun dlm UMNO habis kena korek. Maka terbongkar lagi keburukon pemimpin atas UMNO. Itu ke yg Tun M nak?? Mana ada lg yg clean dlm UMNO? Ku Li...dia xnk jadi PM boneka kerana tahu Tun M akan tetap nk org ikut cara dia. Nnt akan berlaku perkara yg sama pada Abdullah ngan Najib. Kalau pun Ku Li naik jd PM, nnt citer hutan tebal Gua Musang botak ditengah2 hasil pembalakan akan dikorek pula. Tu sbb beri sokongan padu pd Najib agar pembangkang xde peluang tp malangnya pemimpin2 UMNO terlalu gila kuasa, bukan kerana sygkan parti. Ini hakikat!!!

    BalasPadam
  9. Adzzam masa "Time Tunnel" kat Jalan Ampang dulu Ko umor berapa? Dah sekolah belum.

    BalasPadam
  10. Insya Allah kalau Tun Mamak tu sayang sangat kat rakyat ok lah ni masalah kroni pun korang nak sokong? Adzzam "Time Tunnel" kat Jalan Ampang tu sama zaman Japanese Red Army takluk kedutan Amerika kat Bangunan ADA. Ko faham tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sori Adzzam Bangunan AIA bukan ADA, maklumlah orang tua guna Samsung Edge.

      Padam
  11. Bangunan AIA ditawan Tentera Merah Jepun semasa Tun Razak jadi PM. Hujung tahun 1974, berlaku pula Tragedi 4 Disember di Tanjung Kupang. Sebuah pesawat terhempas mengorbankan semua penumpang dan anak kapal. Salah seorang daripada penumpang ialah Timbalan Menteri. Kebetulan ketika Najib jadi PM berlaku pula tragedi mh370 dan mh17. Peristiwa bah besar pun berlaku pada zaman Tun Razak iaitu pada 1971. Zaman Najib pun berlaku juga bah besar. Tun Razak naikkan Hussein Onn birasnya sebagai timbalan. Mungkin Najib tak mau ikut yang itu atas sebab tertentu. Najib lantik Zahid mendahului Hishammuddin.

    BalasPadam
  12. Pandai Abang, kita sama umor atau bang cari info kat Wikipedia? Nak bagi tau Adzzam bukan semua yg komen Tun Mamak tu budak budak. "Time Tunnel " tu kelab disco tak jauh dari AIA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu masalahnya pengikut madey ni.....diorang ingat semua yang komen kat sini budak2.
      aku dulu sangat menyanjung mamak madey ni. bila aku lihat segala tindakanya macam budak2....aku mula berfikir adakah ini sorang pemimpin yang sayang negara dan partinya? bersifat kebudak2an. merajuk dan marah bila kemahuan tidak dituruti.
      1mdb dan 2.6b cuma alasan jer untuk mengganggu gugat pentadbiran najib. aku diberikan akal untuk membuat perbandingan anrara madey dan najib. memang benar madey yang buat projek2 besar....tapi akan berjayakah segala projek tu bila dibuat masa kini. zaman internet ni. kalau pm kentut kat putrajaya pun orang bolih tau.

      Padam

    2. Maap ye atuk tetido masa tgh layan FB Najib

      Oooo ye ke.
      Teruknya kisah org tua tu.

      Fuuuh, ada cerita Red Army pelbagai, cerita kapalterbang, bah besar....oooopsss ni cerita TAR.


      Ahaiiii

      Kalau ko buat dokumentari pasal org tua ni lg bagus.
      Tayang kat TV3 suku.

      Aku rasa lepas tu rating imej Najib akan naik 250%.

      Dedak pun banyak dapat.
      Almaklum, kantung JPM kan dah masyuuk 20.3b.

      Kruu. Kruuuu. Kruuu
      Aaakk Aaaa aaaa

      Padam
    3. Kebetulan bah besar dengan tragedi pesawat tu lain macam jer. Kot pengakhiran pun sama juga ka yang nak cuba ditonjolkan.

      Padam
  13. Bukan ke tragedi MAS tu berlaku pada tahun 1977?

    BalasPadam
  14. Bukan ke tragedi MAS tu berlaku pada tahun 1977?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan yang dialu2kan. Disengajakan sebab ada orang suka time tunnel?

      Padam
    2. yer la tu.....

      Padam