Ahad, 18 Oktober 2015

Tak Saman Lagi..???


Sabar la..! kena tunggu..! Q..! Tengah fikir hari apa yang sesuai..! Selasa WSJ dah ambil..! mungkin Sabtu sesuai kot..! Sabtu bila? minggu? bulan?

Datuk Seri Najib Razak tidak lagi akan dianggap serius jika beliau ragu-ragu untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Tun Dr Ling Liong Sik berhubung kenyataan yang dianggap memfitnah selepas mengancam akan menyaman bekas menteri Kabinet itu.
Peguam berkata, perdana menteri perlu bertindak serta merta kerana dakwaan terhadap reputasi beliau itu dibuat bekas presiden MCA yang juga bekas menteri kanan Kabinet.
Mereka juga bertanya kenapa, sebagai perbandingan, Najib begitu cepat memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming dan portal berita Mediarakyat serta akhbar Harakah.
Peguam SN Nair berkata, tiadanya tindakan terhadap Dr Ling bermakna Najib hanya membuat ancaman kosong apabila peguamnya menghantar surat tuntutan itu.
"Surat tuntutan tidak seharusnya dihantar sekiranya beliau tidak serius hendak melindungi reputasinya," kata Nair.
Peguam itu berkata, dalam membuat saman fitnah, seorang yang reputasinya dicederakan tidak seharusnya menunggu walaupun tempoh masa untuk memfailkan saman berkenaan selama 6 tahun.
Nair berkata demikian mengulas kenyataan peguam Najib yang mengatakan mereka akan menunggu arahan daripada perdana menteri sebelum membuat keputusan sama ada untuk memfailkan saman terhadap Dr Ling berhubung kenyataannya mengenai cara beliau mengendalikan syarikat pelaburan milik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dr Ling dilaporkan Malaysiakini pada 3 Oktober sebagai berkata, beliau bersetuju dengan bekas bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang Najib "mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun peribadi beliau".
Pada 5 Oktober, Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Najib, menghantar surat tuntutan kepada Dr Ling, menuntut permohonan maaf, penarikan balik kenyataan dan ganti rugi dalam masa 7 hari, jika tidak, tindakan undang-undang akan dimulakan.
Bagaimanapun, peguam Dr Ling secara rasmi menulis kepada Hafarizam pada 9 Oktober, mengatakan yang anak guamnya sedia mempertahankan kenyataannya.
Peguam Fahri Azzat berkata, rakyat akan tertanya-tanya mengapa Najib teragak-agak untuk membersihkan namanya selepas ia dicemari Dr Ling.
"Dakwaan itu bukan dibuat seorang rakyat biasa tetapi seorang bekas pemimpin kanan parti komponen (MCA) dan menteri Kabinet yang lama berkhidmat," katanya.
Fahri berkata, beliau menjangkakan saman itu akan difailkan dengan serta-merta selepas syarat-syarat yang digariskan dalam surat tuntutan itu tidak dipenuhi.
"Peguam beliau sepatutnya sudah memfailkan dokumen mahkamah kerana ia satu perkara yang mudah dan jelas," katanya.
Beliau berkata, keengganan Najib bertindak hanya menunjukkan perdana menteri hanya bercakap tetapi tidak bertindak.
Najib terlibat dalam siasatan rasuah ke atas 1MDB selepas akhbar The Wall Street Journal (WSJ) yang berpangkalan di Amerika Syarikat melaporkan pada Julai sejumlah AS$700 juta dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi beliau menjelang pilihan raya umum 2013.
Perdana menteri menafikan menggunakan wang awam, termasuk dari 1MDB, untuk kepentingan peribadi, walaupun timbul persoalan mengenai sumber dan tujuan dana itu.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengeluarkan kenyataan yang RM2.6 bilion itu adalah sumbangan seorang penderma dari Timur Tengah.
Najib juga tidak memfailkan saman terhadap penerbit WSJ, Dow Jones & Company walaupun ia mempertahankan laporan mereka bertarikh 2 Julai dan 6 Julai itu. 
Lu Fikir La Sendiri!!!

14 ulasan:

  1. Tolong pass popcorn.

    BalasPadam
  2. Nak cikit popcorn tu....chai ternakan Najib tak yah bagi, tembolok depa dah dibuncitkan ngan duit syubha riba al harami....

    BalasPadam
    Balasan
    1. dowg x mkn popcorn...dowg mkn dedak...hahaha

      Padam
  3. Drama apa yg mohd najib main nii...takkn nk tunggu kebenaran dari kak mah...? Rakyat memerhati..

    BalasPadam
  4. La ni minta YABhg Tun LLS. saman najib pula,atas alasan najib tk berani saman YABhg Tun LLS..

    BalasPadam
  5. Kroni mamak kutty ni tak sabau utk disaman....... sabau, sabau it otw.........

    BalasPadam
    Balasan
    1. 9.26

      Bising jela ko nie..

      Sembang kosong..

      Padam
    2. -manifesto bernajis 2013

      Kurangkan Tol..
      Kuranfkan harga kereta..

      Janji dicapati berlauk kari babi..

      Najis

      Padam
    3. Macai dan boss dia SEMBANG KUAT LAH PUIHHH KT MUKA NEK TEMPOYAK

      Padam
  6. Sembang tong kosong...

    BalasPadam
  7. Ketika Umno diharamkan, Tun LLS menjadi Pengerusi BN. Kira ketika itu dia layak untuk dilantik sebagai PM. Nampak jiwa besar LLS kerana tidak pernah ambil kesempatan dalam krisis itu. Banding pula dengan jiwa kecil PM sekarang yang mudah tertipu dengan skim 1MDB yang ternyata palsu. Tertipu juga dengan gelombang sokongan Cina menjelang PRU13. Berapa banyak kali mahu kena tipulah dia ni. Agaknya tulis surat dan ancam nak saman WSJ, SR dan Tun LLS pun kena tipu juga. Siksa rakyat dapat PM yang mudah ditipu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sbb pm yg ade skrg sebodohbodoh pm seantero dunio... klu kita dok pertahankn lg si pm bodoh ni...lg bodoh tiaw la kita...

      Padam
  8. Sabau apa bro..telor x de,memang dah curi nak saman camna nanti terbongkang.Gempar lebih org bugis nipu org melayu

    BalasPadam
  9. Maw tak ktagihan men tulur kalau dh hr2 kakmah tlg gentel. Mrengek rengek manja bang najib. Kena plak kak mah jampikan tulur dia ngan asap kemenyan. Tp yg aku confius, pehal cai cai najib plak y lebih2. Takkan trciom bau ketiak kak mah kot. Abis mroyan puak pnjilat najib ni. Xdpt taik najib, ktiak kak mah pun bguna juga. Hoho... Demi duit. Sgup mnjilat licin najis najib.. Demi brim. Sgup dijual maruah negara..

    BalasPadam