Baru Najib nak senyum sikit dengan pembentangan bajet semalam...tiba tiba 13 Ketua UMNO Cawangan sudah bikin Najib monyok pagi tadi..!
Tiga belas ketua Umno cawangan dari Telok Kemang, Negeri Sembilan hari ini mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan menggesa beliau meletakkan jawatan sebagai presiden bagi memulihkan kredibiliti parti itu sebelum pilihan raya umum akan datang.
Di bawah pimpinan ketua Umno cawangan dari Taman TKK, Kamarul Aznan Habibur Rahman, mereka berkata, tiba masanya parti itu melakukan perubahan dan ia perlu bermula daripada presiden, Najib yang juga perdana menteri.
"Kami berpendapat, adalah lebih baik presiden berundur untuk membolehkan Umno tidak menjadi mangsa keadaan dan dihukum pengundi pada pilihan raya yang akan datang.
"Kebimbangan utama kami ialah, kita perlu mempunyai pemimpin yang kuat untuk mengemudi Umno pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Kami tak yakin apa yang ada sekarang akan beri perkembangan positif dalam PRU akan datang," kata Kamarul pada satu sidang media di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini.
Malaysia dijangka menghadapi PRU14 pada pertengahan 2018.
Tiga belas cawangan Umno itu ialah dari Kampung Linggi, Taman Selasih, Taman PD Utama, Taman Dato' Abdul Samad, Sua Betong, Kampung Teluk, Sungai Sekawang, Bukit Tembok, Taman Intan Duyung, Taman TKK, Kampung Pachitan, Bunga Raya dan Taman Poli.
Kamarul berkata, pemimpin cawangan itu tidak takut sekiranya sebarang tindakan diambil terhadap mereka kerana mereka di peringkat akar umbi yang meletakkan kepimpinan parti di kedudukan mereka sekarang.
"Kita perlu mengamalkan budaya yang parti itu lebih penting daripada individu dan dalam keadaan sekarang, parti itu lebih penting daripada presiden parti," katanya.
Beliau turut mengkategorikan ahli Umno sebagai terdiri daripada 3 jenis.
"Pertama, mereka yang senyap dan tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling mereka. Kedua, mereka yang mendiamkan diri dan berjuang untuk perkara yang salah dan menjadi kaya.
"Dan ketiga, mereka yang berjuang untuk kebenaran dan tidak berakhir di mana-mana, seperti kami," katanya sambil menambah cawangan Umno lain di seluruh negara juga harus menyuarakan pandangan mereka.
Ditanya siapa yang mereka fikirkan sesuai menggantikan Najib sebagai presiden parti, Kamarul berkata mereka lebih suka jika tradisi dalam Umno dikekalkan, dengan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin meneruskan kepimpinan.
"Jika presiden ada masalah sekarang, dia perlu berundur dan pemimpin nombor dua mengambil alih. Kami tiada masalah dengan timbalan presiden," katanya.
Bagaimanapun, Kamarul berkata, tiada jaminan Umno akan menjadi lebih kuat walaupun Najib meletak jawatan.
Najib ketika ini menerima tekanan dari puak Umno yang tertentu kerana cara beliau mengendalikan kontroversi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan tindakan beliau memecat Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri Julai lalu.
Pemecatan Muhyiddin, orang kuat parti di Johor, walaupun kekal sebagai orang nombor dua Umno, menyebabkan beberapa pemimpin akar umbi di negeri itu meletak jawatan sebagai tanda protes.
Pada 12 Oktober, Muhyiddin dan beberapa pemimpin kanan Umno dan Barisan Nasional menyertai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengecam cara Putrajaya menangani pengkritik 1MDB dan menimbulkan kebimbangan berhubung keadaan dalam negara.
Di Parlimen, pembangkang mengemukakan usul mencadangkan undi tidak percaya terhadap Najib sebagai perdana menteri, ketika turut timbul ura-ura yang mereka akan mengundi untuk menolak Bajet 2016 yang dibentangkan beliau semalam dalam usaha menggulingkannya.
Mana pulak pergi para punahsihat ni..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Alhamdulillah.
BalasPadamBaru semalam aku buat cadangan.
Hari ini Allah makbul.
Harap lebih banyak lagi cawangan yg sedar dan ambil tindakan.
adzaam kau bila plak nak keluar UMNO?
PadamAhaiii
PadamKenapa?
Aku tolak Najib bukan tolak Umno.
Ko ni sama le otak separuh dgn Najib, penakut.
Rakyat suruh dia letak jawatan, dia cakap rakyat nak guling kerajaan.
Kalau otak dah bangang, jgn bawak rakyat ke jalan yg bangang sekali.
kalau tak nak letak jawatan...keluar la staement berani macam geng 13..takda telor ka? suruh org buat kau jaga telor ya?
PadamAlhamdulillah dan syabas Geng13 PD. Semoga byk lg yg ikut jejak langkah kalian. Semoga umno/bn lumpuh hasil tindakan kalian yg bijak2 ini dan pakatan boleh concentrate susun strategi sementara kalian menjatuhkan sesama sendiri.
BalasPadamHello Hello
PadamYang jatuhkan UMNO / BN adalah Ah Jib Gor dan kuncu kuncu nya.
Jika Ah Jib Gor letak jawatan BN akan kembali kukuh . IN SHAA ALLAH
Ahaii
PadamTak payah nak berdrama bro.
Kami ahli Umno menolak Najib bukan menolak Umno atau BN.
Strategi Pakatan mmg kita tahu.
PAS dan PAN adalah satu sebenarnya.
Ini dibuat utk menarik undi bukan Islam yg resah berikutan undang2 hudud yg akan dibuat oleh PAS.
PAN adalah PAS yg lebih liberal.
Sebab tu, kita lihat ramai ahli2 PAN sebenarnya masih berstatus ahli PAS.
Mereka cuma berdrama.
PRU14, aku amat yakin PAS akan bergabung semula dlm PH.
Bukti2 dah dapat dilihat di parlimen.
Adzzam....aku bukan drama. Aku org umno. This has got nothing to do with PAN or PAS.
PadamKejatuhan umno nmpk gayanya dilakukan oleh org umno sendiri. Kau cuma fikir nk menangkan Tun aje tanpa memikirkan kesannya. Dan aku ucapkan tahniah kerana korang gagal nk langgar Pakatan, cuma berani langgar sesama sendiri. Hahaha..pejuang konon.
Aku juga org Umno tapi aku mmg tak sokong Najib.
PadamOrg Umno tak jatuhkan Umno, yg jatuhkan dan laga2kan Umno, Najib n the gang.
Aku tak menangkan Tun M dan aku selalu cabar pro Najib, jika ada salah laku Tun , sila dakwa.
Ini zaman Najib, dia paling berkuasa, buatlah.
Tun pun dah jenuh mencabar supaya pihak yg menuduh beliau bersalah, sila bawak bukti dan dakwa di mahkamah.
Simple.
Aku yakin, jika Najib angkat kaki,berambus, BN boleh mematahkan semula kekuatan pakatan.
Mereka tak kuat, tapi integriti Najib yg memberi banyak peluru utk ditembak semula kpd BN.
nak tanya sikit lah
BalasPadamdua hari lepas PM najib kata sprm akan interview dua pegawai kanan SRC nik faisal & dato suboh yg selama ni lari entah ke mana.
betul ke ni.
bukan kah sprm dah jumpa di jakarta minggu lepas?
sapa cakap betul & sapa menipu ni? PM menipu atau sprm menipu.
harap sarawak cepatkan siar foto sprm jumpa nik faisal dijakarta supaya mudah kita tahu siapa menipu
FAISAL SUBOH
4.53,
BalasPadamIngatlah chai, usaha yang sedang dilakukan adalah untuk menyelamatkan umno itu sendiri dan bukan untuk Najib.
Tidak ada masalah jika umno ingin melantik sesiapa pun sebagai Presiden baru demi survival umno itu sendiri.
Ingatlah,
Najib harus letak jawatan bukan esok atau menjelang PRU14 seperti yang di ura urakan sebaliknya adalah hari ini!
Selepas Najib berundur, adalah penting organisasi umno perlu diubah, tiada lagi ketua bahagian yang mempunyai suara majority sebaliknya kuasa ditangan akar umbi!
BalasPadamKorang ni mcm pak pandir pun ada. Sume tau apa yg pro tun nk. Najib pun ada penyokongnya sendiri. Samada najib turun atau tidak, umno sudah pun terpecah dua. Apa untongnya kalo najib xturun sdgkan pro tun xsokong? Apa pula untongnya kalo lantik pm bru sdgkan pro najib xsokong? Yg pasti sokongan ahli umno berkurangan separuh tanpa mengira sape pun yg jd pm. T kasih tun. Susah payah bina, senang2 robohkan.
BalasPadamlaaaa..kan ahjib kata 3 juta ahli umno sokong dia...ni apa crite plak ni?? tak kan ahjib membohong...dia perdana menteri tau
PadamWei ,
PadamYang robohkan UMNO Najib dan geng.
Yang dapat derma 2.6 Billion itu Najib.
5.40,
PadamIni bukan pasal pro Najib atau pro Tun,
Ianya adalah berkenaan jangka hayat umno pada PRU14 akan datang, sesiapa yang ingin dipilih terpulanglah kepada ahli umno ITU sendiri.
6:13
PadamBetul komen tuan tu. Tp siapa yg untong disini? Sy xcerrita psl sape menang di sini. Yg sy tekankan adalah akibatnya. Menang jd arang, kalah jd abu. Menang sorak, kampung tergadai
TN 9:03
PadamTu pendapat ko.
Semua berhak bagi pendapat.
Bagi aku, pro Najib, tak ramai.
Yg detect kat sini pro Najib sebenarnya pro Anwar dan pakatan yg marah dgn Tun M, terutama yg pro Anwar la.
Mereka seakan2 sokong Najib, tapi sebenarnya cuma nak tumpang seronok balas dendam dgn belasah Tun M.
Golongan ni aku dah jumpa dan kenal gaya tulisan dan serangannya.
Diaorg dah mmg standby sejak zaman Pak Lah lagi.
Kalau Najib angkat kaki, masih terdapat sekurang2nya 2 lapisan pemimpin dlm Umno yg nak kena diperhati betul.
Satu, geng Zahid dan satu lagi kem KJ.
Bagus jugak ada tragedi Najib.
Dua kem ni kena fikir banyak sebelum main strategi.
Akar umbi umno harus bersuara!
BalasPadamaku selesa dgn apa yang Najib lakukan buat masa ini......ada bahagian untuk Melayu dan bumiputra ,ada bahagian untuk India dan ada juga bahagian untuk orang Cina..walaupun ada sedikit pilu dgn pengkhianatan mereka namun aku yakin akan ada peningkatan undi yg agak besar untuk bn dalam pru 14 ni....aku reda kerana itulah juga yg dipanggil kehidupan ...tak lebih tak kurang.
BalasPadam6.50
PadamYer ker..?
Analisis bdasarkan fakta atau analisis syok sendiri..?
Ahaii
PadamAnalisa pak rahmad ni.
Sibuta dari gua hantu.
InsyaAllah aku akan tetap undi Umno/BN pru akan datang.
BalasPadamAhaiii
PadamKenapa dlm bajet 2016, Jabatan Perdana Menteri dapat RM20.3b ?
Pertanian dapat bawah drpd RM10b.
projek tak masyuuuukkkkkk tuuu......
BalasPadamBubar je umno. Org meayu boleh buka parti baru. Presiden parti hanya satu term saja...itu pun klu perform dan tiada masalah.
BalasPadamSelagi najib pm...org melayu fikir 10 kali nak undi....last undi pas. Tak caya tengok lah.
Kesian geng Tun M....nak tunggu blogger pro Tun M letak jawatan ke laut la jawabnya....
BalasPadam13 org keluar cawangan semua rsa bersyukur...Depa ingat ahli UMNO 30 orang kot...
Macam ini la aku cadangkan Tun M dan 6 pahlawan keluar UMNO..Lepas tu ajak la semua cawangan bersama-sama...Kan bagus camtu...ini tidak ketua cawangan kat PD...ingatkan cikai2 13 ribu rupa2nya 13 orang....cerita keluar 13 orang ni cantik tunggu PRU masa tu boleh lah DAP sambut sebagai wira...
BalasPadamAhaiii
PadamAku gelak tiap kali pengampu Najib ni nak berhujah mesti nak korek Tun.
Dah kenal sgt, ni anak2 ikan Anwar yg tak habis2 berdendam dgn org tu tu.
Ada satu spesis lagi, geng2 yg tak dapat tender dan pangkat zaman Tun dulu.
Blup blup blup blup.
Bro 9.57,
PadamMereka ni bekas pro anwar dan juga geng reformasi...dah nampak anwar takder harapan jadi PM mereka bertukar kem, seperti yang diketahui oleh DAP, najib ni bodoh dan dungu , oleh sebab itu, dia perlukan punahsihat dan pengampu untuk menasihati beliau kerana najib tak boleh berfikir dan menyusun strategi.
Oleh kerana ini jugalah DAP siang malam berdoa agar Najib kekal sehingga PRU14 atau sekurang kurangnya menjelang PRU14 akan datang.
Pada masa itu boleh lah DAP meletak kan paku terakhir di keranda (final nail in the coffin) seterusnya umno dikuburkan dan ditalkinkan.
Oleh sebab itu, najib wajib letak jawatan bukan esok atau menjelang PRU 14, sebaliknya hari ini! Kerana umno perlu dibersihkan dari sebarang unsur2 parasit seperti yang terdapat komen2 dalam blog ini.
Perlu dibersihkan juga dan tidak ketinggalan yang terdapat dalam kabinet najib hari ini!
Adzzam dan Tanpa Nama 10:57,
PadamKami bukan pro Anwar dan dr Pakatan. Kami pun dr umno mcm kamu juga.
Pada Adzzam...apa yg kamu tulis tu mencerminkan diri kamu sendiri. Cara komen kamu tu standard org pakatan...main tuduh sesedap mulut.
Kalo najib dikekalkan dan disokong sampai PRU14 pun xjadi kesalahan pun. Sepatutnya kita fikirkan bagaimana nk tarik PAS. Dah ada advantage tp kita leka dgn menjatuhkan sesama sendiri. Bijak tang mana org2 umno pro Tun ni????
Aku ahli Umno dan aku memang tak sokong Najib kerana dia secara jelas mmg munafik.
PadamBukti paling jelas masih ada di youtube.
Rakaman di Program Integriti bertauliah ( CELO) anjuran SPRM.
Rakaman ini dlm bulan Februari 2012.
Tajuk : Salur Derma Politik Keakaun Peribadi, Apa kata Najib.
Dengar setiap patah kata Najib.
2015, bau pekong 2.6b tersebar seluruh negara.
Nak tarik PAS, nyata ko sgt dangkal berpolitik.
Aku tak mahu ambik tahun lebih belakang.
Sejak tahun 2010, berapa ramai pemimpin PAS dan pengikutnya masuk Umno.?
Bagi mereka parti PAS ini dah mcm agama. Totok mereka bukan dibuat2 atau ikut2.
Matlamat mereka mmg utk kuburkan Umno.
Bab Tun M ni aku dah naik loya.
Kalau ko benci, kata org tua tu banyak buat salah, cari bukti, tangkap dan dakwalah.
Aku no hal. Simple.
Tak ada kepentingan langsung bagi aku.
Ini zaman Ah Jib Gor maa...
Sebagaimana biasa, aku tetap berpegang dan yakin kpd bukti solid, nyata dan telus daripada luahan2 hati rakyat dlm FB Najib.
Ada yg sindir kata aku old skool, masih main FB.
Peduli apa aku, ada berjuta2 lagi manusia masih guna FB.
Sebenarnya, itu cakap org takut kpd kebenaran.
Yg penting info dlm FB Najib adalah sgt pure tanpa tapisan.
Simpanlah kebijaksanaan kau wahai pengampu Najib.
Bro...yang sokong najib tu hendak fuluss saje,kalau najib out sape pun dah x pandang.MP dan ahli umno ni ibarat lalang akan menyokong sape yg jadi bos.Janji perut dia org boroi dan projek dapat.
BalasPadamDi sini aku tgk pro Tun merasakan mereka ni pandai sangat dan tau segalanya dimana pro najib dituduh dibayar kononnya dan cybertrooper dr pakatan.
BalasPadamMenyokong Tun tak beerti korang sebijak Tun. Menyokong Najib tidak bererti kami bodoh, So we are even. Yg mulia tu hanya ada pada Pandikar Ali sbb dh nama bapaknya begitu.
Siapa pulak yg mengaku sebijak Tun.
PadamSebodoh Najib tu mmg tepat lagi betul.
Ada kubu ISA dia roboh.
Akibatnya, Islam dan Melayu dihina.
Geng Baju Merah mintak ISA dikembalikan.
Ini mmg lawak dan bangang.
Najib jadi General BN dlm PRU13.
Majoriti merudum teruk.
2/3 majoriti mudah di parlimen, gagal buat pertama kali dlm sejarah negara.
Undi popular rakyat buat pertama kali memihak kpd pembangkang.
Tsunami undi Cina berlaku.
Rally2, makan malam bersama masyarakat cina perabih duit berjuta, ....undi?
Kutip GST bayar Brim
Kutip tol bayar Brim
Kutip cukai2 bayar Brim
Penjawat awam yg mampus2 bekerja menaikkan imej kerajaan dapat RM500.
Org BR1M, dapat dkt RM1000.
Aku harap tun jadi pm kembali. Aku nk tgk pru14 bn boleh menang tak.
PadamKalo tun tak serah kuasa pd pak lah dulu, aku percaya waktu itu lah bn kalah. Nasib baik pak lah take over dan pru waktu tu menang 2/3 paling bsr dlm sejarah pru msia. Itu menunjukkan org dh mula fedup dgn tun. Tun bijak membaca senario ini. Cuma yg berlagak bijak mcm adzzam ni yg masih tak faham sepak terajang politik. Kentut tun pun dikatakan wangi..
Adoiii
PadamBro, lu ni mimpi ke ngigau.
Bawah Pak Lah, Kedah, Perak, Kelantan, Penang dan Selangor belayar ke tangan PR.
Kejayaan cemerlang la tu.
Pru pertama buat pak lah sejurus jd pm.
PadamSelepas tu... Tidur berkeruh.
PadamMenantu jadi mastermind PRU12, yg ke dua buat Pak Lah, Najib jadi balaci, melingkup.
Sebab itu dinamakan parti keramat yakni ketua cawanganpun boleh masuk media berprestij walhal kalau ketua cawangan dari mana mana parti pembangkang belum tentu dapat tengok malaysian insider waima dapat masuk situ, kah, kah.
BalasPadam