Kalau dah berlambak dilonggok didepan mata..! Keldai pun akan terangguk angguk..! Khabarnya surat akuan sumpah menyimpan rahsia pihak pendakwa pun dah sedia..! Cuma angle yang lebih tepat sahaja belum di muktamadkan..!
Diberitakan juga akan ada kambing hitam yang turut terkena..! Ianya hanya sementara untuk menutup mata..! Lepas dari PAU...kambing hitam akan diputihkan semula..!
Yang penting nama nama seperti Tun M, Muhyiddin Yassin, Shafie Apdhal, Tengku Razaleigh ( Ki Li ), Sanusi Junid, Zam sudah di failkan kes mereka..! Itu hajat dan cita cita..!
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau sedia menghadapi sebarang tindakan disiplin daripada partinya, sambil menyifatkan pemimpin yang lemah sentiasa memberi tekanan supaya orang lain mengikut telunjuk mereka.
Ahli Parlimen Umno Gua Musang itu mengakui, dalam mana-mana organisasi terdapat peraturan yang ditetapkan, tetapi pemimpin yang lemah sentiasa mahu setiap gerak-geri ahlinya dipantau dan dikawal.
"Semua organisasi dikekang dengan peraturan dan undang-undang.
"Organisasi seperti kesatuan pekerja dan juga parti komunis, mereka mempunyai undang-undang sedemikian untuk siasat, jejak pergerakan, terutamanya organisasi dengan pemimpin yang lemah.
"Mereka mahu pastikan ahli parti mengikut mereka," kata Tengku Razaleigh atau dikenali sebagai Ku Li kepada wartawan di Parlimen hari ini.
Ku Li mengulas mengenai langkah Umno yang sedang menyiasat 7 pemimpinnya yang dikatakan setiausaha agungnya bakal berdepan dengan tindakan penggantungan daripada parti.
Tambahan lagi..
Lazimnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin agak bersopan santun dan cukup teliti dengan budi bahasanya.
Namun beliau mengejutkan banyak pihak, Sabtu lalu dengan membidas sesetengah pemimpin Umno sebagai pengecut kerana tidak bersuara dalam isu krisis negara.
Ia mungkin kenyataan paling keras pernah dibuat beliau sejak digugurkan dari kabinet Datuk Seri Najib Razak Julai lalu.
Muhyiddin menyifatkan, ketika negara dalam keadaan kelam-kabut di waktu ini beliau sahaja yang berani bersuara untuk memperbetulkan keadaan.
Tindakannya itu dikatakan mungkin memakan diri.
Semalam, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata parti itu sudah penat melayan anggota yang mengeluarkan kenyataan yang tidak sesuai dengan membidas parti.
Beliau juga mendedahkan bahawa tujuh pemimpin misteri Umno sedang dipantau untuk tindakan disiplin. Mereka mungkin juga, katanya digantung jawatan dan keanggotaan dalam parti itu.
Kenyataan itu menyemarakkan spekulasi bahawa Muhyiddin antara tujuh yang dimaksudkan itu dan akan dilucutkan sebagai timbalan presiden Umno tidak lama lagi.
Ia semakin hangat apabila Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunus mengesahkan terdapat gerakan untuk menyingkirkan Muhyiddin.
Sejak beberapa hari lalu, beberapa portal, yang dianggap penyokong tegar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, memperhebatkan ‘serangan’ ke atas Muhyiddin.
Antara lain, portal - MyKMU.net - menuduh bekas menteri pelajaran menyebabkan guru-guru beralih kepada pembangkang.dan menentang kerajaan kerana sistem 1BestariNet yang diilhamkannya bermasalah.
Batu penghalang
Malah penyokong Muhyiddin juga tidak terkecuali daripada mengandaikan bahawa pemimpin politik veteranitu bakal digantung.
"Saya fikir adalah hampir pasti terdapat gerakan yang mahu tsmy (Tan Sri Muhyiddin Yassin) digantung," petik mesej Whatsapp daripada sumber yang rapat dengan pemimpin nombor 2 Umno itu.
Walaupun beberapa ahli Majlis Tertinggi Umno menafikan gerakan itu atau meremehkan isu penyingkiran, namun penyokong Muhyiddin percaya mereka hanya menunggu masa yang sesuai untuk bertindak.
"Jika mereka menafikannya, ini mungkin bermakna tindakan sudah dirancang," kata seorang penyokong Muhyiddin yang tidak mahu namanya disiarkan.
Ada yang beranggapan kedudukannya sebagai timbalan presiden parti menjadi batu penghalang kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini naib presiden tetapi dilantik sebagai timbalan perdana menteri menggantikan Muhyiddin.
Semalam, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz secara terbuka menyatakan sokongan supaya Zahid menggantikan Najib.
Najib pada penghujung Julai lalu memecat Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri kerana lantang membidas syarikat pelaburan negara 1MDB yang diilhamkan perdana menteri tetapi kini sarat hutang.
Beliau kemudiannya menaikkan Zahid - langkah yang melanggar tradisi parti kerana lazimnya timbalan presiden Umno diangkat sebagai timbalan perdana menteri.
Hari ini kebenaran terletak ditangan mereka yang berkuasa..!
Nak jadi apa UMNO ni? setakat hari ni UMNO dicongak hanya mampu bertahan dan disifatkan bersih putih menghadapi pilihanraya hanya di 62 kawasan Parlimen.
Jika tindakan pecat dan gantung ini berlaku apakah ianya akan menambah kawasan putih yang sedia ada???
Sekarang kuasa di tangan kan..! buat la..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Sayang sangat ke dgn jawatan dlm Pac..demi rakyat sepatutnya tony pua sanggup bekorban.sahutlh cabaran dari Arulkanda demi rakyat.terbaru tony pua mustahil akan menerima akn syarat2 yg ditetapkan aleh ceo 1mdb didalam merialisasikan debat terbuka yg akan disiarkn secara langsung.nampaknya melepaslh lagi rakyat marhaen untuk mendapatkn lagi maklumat secara terus dari debat tersebut.
BalasPadamTony Pua sayang jawatan dlm PAC sama sayangnya najib pd jawatan PM..
Padambkn si pang5 bugese kew sayangkan jawatan... sanggup korbankan rakyat demi kedudukan dia tak tergugat..... byk sgt mkn dedak smpi x blh nk pk... soohaiii pnya olang
Padamsiapa pun kita, jawatan apa pun yang kita ada, sampai masa akan ditinggalkan juga. biarlah yang memimpin teruskan usaha mereka, yang kecundangan dan ingin mengharu birukan barisan hentikanlah langkah mu kerana mungkin zaman kepimpinan mu sudah berlalu ataupun tak diperlu lagi.
BalasPadamPemimpin yg tiada kepimpinan sememanya tidak diperlukan...
PadamPecat, saman, tangkap, buang kerja, tukar kerja, undang-undang diadili ikut kroni, HIDUP najib.
BalasPadamJawapan JMD kepada TK Chua....
BalasPadamBerterus terang sahaja lah... 'pelan rasionalisasi' ini hanyalah satu perkataan mewah untuk definasi kegagalan melunaskan hutang dan pelucutan aset. 1MDB mempunyai semua tanda-tanda syarikat menghadapi muflis.
Oleh itu, mereka terpaksa mendapatkan bantuan luar untuk membayar kepentingan hutang mereka. Mengapa Kerajaan tidak boleh jujur dengan fakta ini?
1MDB telah mengalami masalah aliran tunai kronik dimana mereka tidak dapat membayar faedah bunga pada masa yang tepat dan telah melanggari perjanjian. Ini adalah fakta, pada tahun 2014 apabila mereka gagal dan terpaksa melanjutkan tarikh akhir bayaran faedah bunga pihak lintah darat.
Ianya adalah berita hangat dan amat memalukan negara ketika itu.
Apakah yang akan berlaku jika seorang peminjam gagal membayar pinjaman sewa beli kereta tidak mengikuti masa, katakan 3 bulan lewat? Kereta sudah pasti akan diambil dan di tarik oleh pihak lintah darat.
bersambung......
Dari jebat must die blogspot.
Jawapan JMD kepada TK Chua...sambungan....
BalasPadamIanya adalah berita hangat dan amat memalukan negara ketika itu.
Apakah yang akan berlaku jika seorang peminjam gagal membayar pinjaman sewa beli kereta tidak mengikuti masa, katakan 3 bulan lewat? Kereta sudah pasti akan diambil dan di tarik oleh pihak lintah darat.
Apakah yang akan berlaku jika peniaga gagal membayar faedah bunga mengikut masa dan perjanjian, katakan 5 bulan yang lewat?
Dalam kes 1MDB, mereka mendapat lanjutan tempoh masa dan mendapatkan jaminan keluar (bail out) dari pembayar cukai berjumlah RM950 juta dan kemudian, mendapatkan sebuah syarikat asing untuk membayar mereka lebih berbilion-bilion dalam bentuk pertukaran aset asalnya dimiliki oleh rakyat Malaysia.
1MDB sebenarnya, dibebani hutang tidak berbayar yang amat busuk, yang tidak boleh mengumpul wang cukup untuk membayar dan melunaskan hutang mereka mengikut terma perjanjian. Ya mereka boleh membayar hutang mereka , tetapi hanya selepas beberapa lanjutan masa dan dalam keadaan tertentu bukan dengan wang mereka sendiri, tetapi melalui poket orang lain. (sama seperti meminta sedekah).
Sambungan.....
Dari jebat must die blogspot.
Jawapan JMD kepada TK Chua...sambungan....
BalasPadamLebih mengaibkan, rakyat Malaysia TIDAK mendapat apa-apa faedah daripada 1MDB. Wang yang diperolehi daripada menjual aset-aset ini akan digunakan untuk membayar hutang. Ia tidak akan masuk ke dalam tabung negara atau kembali kepada pembayar cukai.
Lintah Darat (Pihak bank) akan mendapat wang dan tersenyum sepanjang jalan, beberapa dekad yang akan datang , manakala 1MDB pula berrjuang untuk mengurangkan berbilion billion hutang terkumpul.
Adakah pengurusan 1MDB dipecat daripada skandal ini? Jawapan nya tidak, bekas CEO mereka dan LEMBAGA pengarah bodoh mereka serta penasihat sedang gembira tersenyum girang seolah olah seperti tiada apa yang berlaku.
Malahan mereka memukul canang, mengadu dombakan 'pelan rasionalisasi' ini tiada kesalahan berlaku, ianya adalah hasil kerja dan sentuhan yang dilakukan adalah amat baik!
Mereka, pihak yang sama melakukan kerja kotor ini turut melaung laungkan slogan dakyah bahawa "sebarang salah laku, jika ada pasti akan dikenakan tindakan".ini merupakan lagi satu tindakan, memperbesar besarkan propaganda yang boleh diumpamakan kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak, yang jelas melambangkan kekurangan kredibiliti dan akauntabiliti pihak ini!
Apabila anda tidak mempunyai akauntabiliti, ia akan memusnahkan integriti anda. Apabila integriti anda hilang, anda tidak akan mempunyai kredibiliti lagi. Apabila anda tidak mempunyai kredibiliti, tiada siapa pun akan mempercayai anda! 1MDB cemerlang dalam bidang ini!
Mulai sekarang, siapa yang mahu menjalankan perniagaan dengan 1MDB? Hanya TNB yang cukup bodoh akan mengambil dan mengutip najis dan sampah sarap yang telah ditinggalkan oleh 1MDB.
Syarikat-syarikat lain yang berurusan dengan 1MDB boleh melakukan urusan lintah darat dan menjerut leher menekan harga untuk permata yang amat berharga iaitu tanah kepunyaan
rakyat.
Sambungan.....
Dari jebat must die blogspot.
Jawapan JMD kepada TK Chua...sambungan....
BalasPadamDi tambah pula, siapa yang boleh dengan 1MDB, apabila mereka bertindak begitu sambil lewa dan mengabaikan peraturan bank sendiri pusat? Siapakah yang membenarkan perkara ini berlaku?
Sebagai contoh, jika anda ingin melabur dalam sebuah syarikat UK, adakah anda berani ymelanggar dan mengabaikan kaedah dan peraturan yang telah dibuat oleh Bank of England?
TK Chua telah merumuskan soalannya
dengan cara yang amat jelas dengan mendedahkan betapa bodohnya 1MDB sebenarnya. Namun, Kerajaan terutamanya, mereka yang terlibat di dalamnya, sedang berusaha untuk menafikan kerja kerja kemunafikan ini!
Mendabik dada bahawa 1MDB telah melakukan kerja kerja yang dilakukan adalah baik, bukan kegagalan kepimpinan, tadbir urus yang baik, perdagangan dan kedaulatan undang-undang adalah penting untuk survival politik seseorang.
Secara jujurnya, kesopanan untuk memberitahu kebenaran dan bertanggungjawab terhadap kegagalan, adalah merupakan satu kuasa yang hilang di kalangan pemimpin politik dan juga pengampu, pencacai korporat mereka.
******* end of article ********
Dari jebat must die blogspot.
Alihbahasa oleh rakyat marhaen.
Satu perkara utama yang boleh ambil iktibar dari penjelasan JMD adalah....
BalasPadamRakyatlah yang akan menanggung dan beban hutang negara selama berdekat dekat lamanya.
Siapakah yang harus bertanggungjawab?
tonggeng, sumbat... tonggeng, sumbat.
BalasPadamsama je bro!
Kita kena bayar hutanglah bro. Gst salah satu, tol dan akan ada lagi, peruntukan dah dikurangkan kecuali kementerian najib di tambah. Jet dia pun makan duit rakyat juga. Rakyat malaysia baik semuanya, tanggunglah perbelanjaan pemimpin-pemimpin kita yg salah guna wang
BalasPadam